Berita›Tragedi

Dua Rentung Di Seremban: Polis Cari Waris Mangsa Kedua
SEREMBAN, 8 Nov (Bernama) – Polis kini sedang mengesan waris kepada salah seorang daripada dua lelaki mangsa kemalangan van yang rentung Rabu lepas kata Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim. Katanya setakat ini pihaknya berjaya mengesan seorang waris, manakala waris seorang lagi mangsa belum dapat dikesan. “Waris yang berjaya dikesan dipercayai ibu kepada […]
(Video) ‘Banjir Kuning 2014’, Tragedi Bencana Besar Jejaskan Ratusan Ribu Orang Satu Ketika Dahulu
Bagi rakyat di pantai timur terutamanya, Kelantan, pasti anda masih mengingati peristiwa banjir paling teruk dalam sejarah yang menjadi detik hitam negeri ini pada 2014. Banjir tersebut telah mengakibatkan kerosakan infrastruktur, rumah dan harta benda ratusan ribu penduduk dengan kerugian yang besar. Fenomena tersebut telah menenggelamkan rumah penduduk dengan air berlumpur, bahkan ada dakwaan menyatakan […]

Budak 7 Tahun Hampir Buta, Tulang Kepala Ternganga Diserang Anjing
Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun hampir buta dan sebahagian tengkoraknya ternganga kerana diserang anjing. Sophie Evans, 7, berasal dari Wombwell, South Yorkshire, ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah dan mengalami luka di bahagian muka dan kepalanya akibat di gigit anjing Gembala Jerman pada bulan Januari. Ibu Sophie, Lyndsey, 34, tidak dapat menggambarkan ketakutannya ketika mendapat tahu […]
Pemandu Bas Rempuh Pelajar Tingkatan 4, Dikenalpasti Positif Syabu, Tiada Lesen Memandu Sah
George Town, 8 Nov – Pemandu bas persiaran yang melanggar empat buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Setia Triangle Bayan Lepas sehingga mengakibatkan kematian seorang pelajar tingkatan empat semalam disahkan positif dadah jenis syabu. Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan AA Anbalagan berkata, suspek yang berusia 49 tahun dikenalpasti positif dadah jenis syabu melalui […]
Kanak-kanak Lelaki Tiga Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Empat
Edward Popadiuc berusia tiga tahun meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat rumahnya di Court Bridge, Harrow. Saksi kejadian, Naznaz Ismael, 50, dia mendengar jeritan ibu Edward yang menjerit apabila anaknya jatuh dari tingkap tersebut. Dia memberitahu Sun Online: “Saya mendengar jeritan dan tangisan. Kelihatan satu tubuh berada di atas lantai ketika itu. “Ayahnya menjerit […]
(Video) Rakaman Detik Cemas, Gempa 5.8 Magnitud Landa Iran
Menurut Suruhanjaya Geologi Amerika Syarikat, satu gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda barat laut Iran pada awal pagi tadi. Gempa itu dilaporkan berlaku pada jam 2.17 pagi waktu tempatan dan dilaporkan mempunyai gegaran yang sangat kuat. Ekoran itu, ramai yang panik dan bergegas keluar daripada rumah mereka. Pada awalnya, gempa itu dilaporkan berukuran 6.0 oleh […]

Lelaki Didakwa Bunuh Diri Selepas Dipercayai Tersepit Dengan Masalah Kewangan
Seorang lelaki berumur 32 tahun yang didakwa bunuh diri selepas dipercayai mengalami tekanan akibat masalah kewangan yang dihadapinya. Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan nekad terjun dari bangunan rumahnya selepas dikatakan putus asa dengan hidupnya. Dimana, dia dipercayai hanya mendapat gaji kasar bulanan RM 1,000 selepas penat bekerja lebih masa. Hasil yang diperoleh tidak memuaskan baginya […]
Percutian Bertukar Tragedi, Lelaki Dikhuatiri Maut, Tangan Dan Cincin Kahwin Ditemui Dalam Perut Jerung
Seorang perenang berusia 44 tahun dikhuatiri maut setelah dilaporkan hilang ketika berenang bersendirian di Hermitage Lagoon di Pulau Reunion, Sabtu lalu. Menurut media antarabangsa, isteri mangsa telah melaporkan kehilangan suaminya apabila dia didapati tidak pulang ke rumah. “Apabila dia tidak pulang, isterinya membuat laporan dan misi pencarian dijalankan melibatkan bot dan helikopter. “Penyelam mencari mangsa […]
Kebocoran Radioaktif Di Pos Aviation Di Sepang, Operasi Dihenti Sementara
SEPANG, 7 Nov (Bernama) — Kebocoran radioaktif yang berlaku di terminal Pos Aviation di kawasan KLIA Cargo Village di sini hari ini mengakibatkan kakitangannya mengosongkan bangunan dan menghentikan sementara operasinya. Insiden kebocoran radioaktif itu yang mana Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikerahkan ke lokasi, disahkan Pos Aviation, pengendali perkhidmatan logistik darat, dalam satu kenyataan hari ini. Menurut JBPM Selangor, Balai Bomba […]

37 Maut Dalam Serangan Ke Atas Konvoi Pekerja Lombong Di Burkina Faso
Trenton : Satu serangan ke atas konvoi yang dalam perjalanan ke sebuah lombong emas milik syarikat Kanada di Burkina Faso pada Rabu telah menyebabkan 37 orang maut manakala lebih 50 lagi cedera, lapor agensi berita Turki Anadolu. Semafo, syarikat perlombongan emas dari Montreal yang memiliki Lombong Boungou, berkata serangan berlaku kira-kira 40 kilometer (25 batu) dari lombong itu. Ketika kejadian, anggota tentera mengiringi lima […]

Dua Rentung Kenderaan Dinaiki Terbabas Dan Terbakar Lalu Terjunam Ke Parit
Seremban, 6 Nov – Dua lelaki rentung selepas kenderaan dinaiki terbabas dan terbakar di Kilometer 262.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Seremban, petang tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, van dinaiki dua mangsa dilaporkan terbabas sebelum menjunam ke dalam parit di bahu […]
Ibu Dakwa Hospital Gagal Kenal Pasti Jantina Bayi Jadi Punca Anaknya Hampir Maut
Seorang wanita yang juga seorang ibu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah hospital selepas gagal mengenal pasti jantina bayi byang baru dilahirkan. Pihak hospital mendakwa bayi tersebut sebagai bayi lelaki. Bayi itu dinamakan Maxim dan dikatakan mengalami sindrom adrenogenital iaitu masalah pembesaran organ seksual. Kegagalan pihak hospital mengesan masalah yang dialami oleh bayi itu lebih […]
(Video) Tiba-Tiba Melambung, Viral Lelaki Dikhuatiri Maut Tangki Septik Meletup Dipercayai Kena Api
Jakarta, 6 Nov – Seorang pekerja pembersihan loji kumbahan dikhuatiri maut apabila tangki septik yang dibersihkannya di salah sebuah rumah meletup secara tiba-tiba di daerah Cakung, Jakarta Timur pada Isnin lalu. Mangsa yang pada ketika itu baru sahaja selesai menyedut tangki najis berkenaan telah menyalakan api pada kertas di lubang tangki bagi memastikan sudah tidak […]
Ajal Semasa Bertugas, Dua Anggota Polis Maut Dirempuh Semasa Jalankan ‘Road-Block’
Malang menimpa beberapa orang anggota polis apabila dirempuh oleh sebuah lori semasa bertugas bagi satu sekatan jalan raya di Jalan Changong, Pasir Puteh. Akibat rempuhan itu, dua orang anggota dilaporkan meninggal dunia. Kejadian dikatakan berlaku pada jam 5.30 pagi tadi dipercayai berpunca daripada lori yang terbabas ke bahagian kiri jalan sehingga merempuh enam orang anggota […]

(Video) Terkini: Tular Rakaman Tanah Runtuh Di Genting Highlands, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati
Satu video tular mengenai tanah runtuh yang dipercayai berlaku di Jalan Genting-Amber Court di Genting Highland petang tadi kira-kira jam 5.40 petang. Menurut Pengarah Bomba Pahang, kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Genting-Amber Court di Genting Highlands petang ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kejadian tersebut menyebabkan laluan ke bangunan pangsapuri di tutup sepenuhnya untuk kerja […]
“Hanya Tembak Suka-Suka,” Lelaki Warga Palestin Cedera Didakwa Ditembak Polis Israel
Satu kejadian yang mengejutkan telah dirakam apabila anggota polis Israel didakwa bertindak menembak seorang lelaki Palestin dari arah belakang sekadar untuk suka-suka. Video yang dimuatnaik di laman sosial media telah tular menunjukkan lelaki tersebut jatuh ke bawah setelah ditembak menggunakan peluru keluli bersalit getah ketika berjalan di sebuah terowong yang dipercayai sempadan Palestin. Leaked footage […]

Cas Telefon Guna Kabel Balut ‘Tape’, Gadis Maut Direnjat Elektrik
Seorang gadis berusia 17 tahun di Thailand meninggal dunia disebabkan oleh renjatan elektrik selepas mengecas telefon pintar miliknya menggunakan wayar plug yang rosak dimana ia hanya dibalut dengan tape. Wayar tersebut dipercayai terkena besi katilnya dan menyebabkan berlakunya renjatan sehingga gadis tersebut meninggal dunia. Kejadian yang berlaku pada malam jumaat lalu itu disedari oleh ibunya, […]

Tertuduh Pertama Mengaku Tekap Tapak Kaki, Lutut Zulfarhan Dengan Seterika Wap
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Tertuduh pertama dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia telah menekap bahagian tapak kaki dan lutut mangsa menggunakan seterika wap. Muhammad Akmal Zuhairi, 23, turut mengakui bahawa Zulfarhan menjerit kesakitan, setiap kali beliau ditekap dengan seterika wap […]

Hajat Beli Rumah Dengan Kekasih Tak Kesampaian, Wanita Maut Terjatuh Puncak 60 Kaki
Tidak sempat untuk membeli rumah bersama kekasih, seorang pendaki wanita dipercayai mati terjatuh dari ketinggian 60 kaki di puncak air terjun di Peak District, England. Mangsa, Hannah Lowe mendaki gunung itu bersama dengan keluarga dan teman lelakinya, Adam Stanaway dan mereka sebelum itu merancang untuk membeli rumah sempena hari lahir teman lelakinya itu. Mengambil masa […]
Ustaz Azhar Idrus Terlibat Dalam Kemalangan Kecil Ketika Berbasikal, Semua Kuliyah Terpaksa Ditangguh
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dipercayai terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika melakukan kayuhan basikal pada petang tadi. Bagaimanapun, menurut laman rasmi Facebook Ustaz Azhar Idrus, beliau mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan rehat untuk sementara waktu. Segala kuliah yang bakal dilangsungkan terpaksa ditangguhkan sehingga diberitahu kemudian. Semoga UAI diberi kesembuhan yang sebaiknya. Rata-rata netizen […]