Berita›Tragedi

Gempa Bumi Kuat Landa Rantau Kepulauan Sandwich Selatan
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter berlaku di Rantau Kepulauan Sandwich Selatan pada 7.55 pagi ini (waktu Malaysia). Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa itu terletak 3,740 km tenggara dari Puerto Montt, Chile, pada kedalaman 36 km. Ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Sumber: BERNAMA

(Video)Rakaman “Dashcam” Tular Dedah Detik-Detik Kemalangan Maut Libatkan Lori Muatan Tong Gas
Seperti yang kita tahu, beberapa hari lepas telah berlaku satu kemalangan maut yang melibatkan empat buah kenderaan termasuk sebuah lori dengan muatan tong gas di KM269.9 Lebuhraya PLUS arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai. Kemalangan yang terjadi berhampiran dengan RnR Seremban Utara pada jam 10 malam, 26 Ogos tersebut dilaporkan telah meragut tiga nyawa. […]

Seorang Maut, Dua Cedera Nahas Empat Kenderaan
Kuala Lumpur : Seorang lelaki maut, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer 41 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Guru Nanak, Hulu Selangor, malam tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Azman Ab Rahman berkata Mara’ai Md Aris, 57, yang bekerja sebagai Pembantu Kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah Gombak meninggal dunia di tempat kejadian akibat […]

Hasrat Bantu Mangsa Kemalangan Bertukar Tragedi, Ragut 3 Nyawa
SEREMBAN, 27 Ogos (Bernama) — Hasrat pemandu lori yang mambawa muatan tong gas untuk membantu penunggang motosikal yang terbabas di laluan kecemasan, bertukar tragedi apabila lorinya dirempuh dari belakang oleh sebuah lagi lori yang membawa muatan simen, malam tadi. Rempuhan itu menyebabkan lori dengan muatan tong gas itu bergerak ke depan lalu melanggar penunggang dan […]

Kanak-Kanak Hilang Ketika Mandi Sungai Ditemukan Lemas
SIBU, 27 Ogos (Bernama) — Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang semasa mandi bersama bapa dan sepupu lelakinya di Sungai Rejang, di kawasan Sungai Bidut pada pagi Ahad lepas, ditemukan lemas 10.30 malam tadi. Mayat Julia Purnama, 7, dijumpai bapanya yang dibantu rakan-rakan dan penduduk setempat selepas pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah menangguhkan operasi […]

Hutang Punya Pasal, Isteri Tergamak Upah ”Hitman” Bunuh, Bakar Suami Dan Anak Tiri Dalam Kereta
Dilaporkan, dua mayat ditemukan dalam sebuah kereta terbakar di Sukabumi, Jawa Barat Indonesia pada Ahad lalu (25 Ogos). Penduduk tempatan yang terkejut melihat kejadian tersebut telah melaporkan kepada pihak polis. Dipercayai penduduk juga melihat terdapat mayat di dalam kereta yang terbakar. Hasil dari analisis polis, kedua mayat didakwa merupakan mangsa pembunuhan yang dilakukan beberapa hari […]

(Gambar) Kemalangan Empat Buah Kenderaan, Tiga Maut, Tong Gas Bertaburan Di Atas Jalan Akibatkan Kesesakan
Seremban – Kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di KM269.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai telah meragut tiga nyawa semalam. Kejadian yang berlaku berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Seremban kira-kira jam 10 malam semalam telah melibatkan dua buah lori termasuk sebuah lori dengan muatan tong gas dan dua buah motosikal. “Setakat […]

(Video)Anggaran 60 Rumah Musnah, Kebakaran Di Kampung Otentik Tawau
TAWAU, 27 Ogos (Bernama) — Dianggarkan 60 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Otentik, Tanjung Batu Keramat, di sini, malam tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata pihaknya mengalami kesukaran memadamkan api berikutan faktor pergerakan angin kuat selain kedudukan rumah yang rapat. “Bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.51 malam sebelum empat jentera Fire […]

Sangat Membimbangkan, Ini Yang Bakal Terjadi Sekiranya Hutan Hujan Amazon Musnah Sepenuhnya
Seperti sedia maklum, Hutan Hujan Amazon yang terletak di benua Amerika Selatan sedang ‘nazak’ berikutan kebakaran yang berlaku dipercayai sejak 15 Ogos yang lalu. Pelbagai usaha sedang giat diperjalankan dalam misi menyelamatkan hutan hujan tropika yang terbesar di dunia itu. Walau bagaimanapun, kebakaran Hutan Hujan Amazon ini sangat membimbangkan komuniti dunia berikutan terdapat pelbagai kepentingannya […]

“Nak Tekan Break, Tertekan Minyak”, Tular Rakaman Kereta Rempuh Dua Wanita, Ramai Anggap Pemandu Tak Sengaja
Malang menimpa dua orang wanita Melayu apabila mereka dilihat telah dilanggar oleh sebuah kereta berwarna putih di kawasan parkir TF Behrang 2020 Tanjung Malim Perak. Kejadian tersebut dapat dilihat menerusi rakaman litar tertutup CCTV yang memaparkan dua orang wanita berjalan beriringan sebelum dilanggar oleh kereta berkenaan dengan secara tiba-tiba. Rakaman CCTV kes langgar lari berlaku […]

Pelajar Tingkatan Satu Bunuh Diri Sebab Tertekan, Banyak Kerja Rumah
Georgetown, 25 Ogos – Seorang pelajar tingkatan satu menamatkan riwayatnya setelah mengadu tertekan dengan tugasan sekolah yang banyak. Bapa mangsa menemui pelajar berkenaan tergantung pada tuala di dalam bilik air rumah mereka di Jalan Paya Terubung, Taman Sri Relau di sini pada Sabtu lalu. Menurut ketua polis daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang, […]

Leher Hampir Terputus, Kanak-Kanak Maut Leher Dihiris Tali Layang-Layang Ketika Keluar Mahu Tunai Ibadah
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas separuh lehernya dipotong tali layang-layang dalam satu kejadian di India baru-baru ini. Semasa kejadian itu berlaku, mangsa dikatakan sedang menuju ke kuil menaiki motorsikal bersama dengan bapanya. Sukan layang-layang sememangnya popular di negara tersebut dan popularitinya memuncak di sekitar sambutan Hari Kemerdekaan mereka yang diraikan pada 15 […]

Helikopter, Pesawat Ringan Bertembung, Dua Kanak-Kanak Antara Yang Terkorban
Sebuah helikopter dan pesawat ringan telah bertembung dalam satu kemalangan udara yang berlaku di Mallorca, Sepanyol. Dalam insiden yang berlaku pada Ahad, tujuh orang termasuk dua penumpang kanak serta dua lelaki tempatan dilaporkan telah meninggal dunia. Bangkai pesawat dan helikopter yang terlibat telah terhempas berhampiran kawasan kediaman penduduk di sebuah perkampungan. Menurut laporan sumber, helikopter […]

“Makcik Takkan Maafkan Dosa Mereka,” Warga Emas Terkenang 5 Ahli Keluarganya Dibunuh Komunis
Mencapai sebuah kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah, tapi tidak dinafikan bahawa ada segelintir masyarakat yang terlalu selesa dengan keamanan negara ini sehinggakan culas untuk menghargai pengorbanan para pejuang terdahulu. Ya, mungkin kerana mereka sendiri tidak pernah merasakan betapa peritnya berada dalam zaman itu. Hanya sekadar mendengar cerita tentang kemerdekaan tanpa benar-benar menghayati. Justeru, seorang warga […]

(Video) Lelaki Nyaris Rentung, Sempat Keluar Dari Van Tiba-Tiba Terbakar Di Stesen Minyak
Seorang pemandu van mungkin telah mengalami detik paling mencemaskan sepanjang hidupnya apabila kenderaan yang dipandunya itu tiba-tiba terbakar ketika dia berada di dalamnya. Melihat kepada rakaman video yang didedahkan, api marak secara tiba-tiba di bahagian bawah van tersebut. Lebih mencemaskan lagi, kebakaran itu berlaku di sebuah stesen minyak dan bas itu berada betul-betul berhampiran dengan […]

(Video)Api Marak, Tular Rakaman Dan Gambar Hutan Dekat Legoland Terbakar
Sejak petang tadi, tular di media beberapa keping gambar dan juga video kejadian hutan terbakar berhampiran dengan Taman Tema Loegoland di Iskandar Puteri, Johor. Menurut BERNAMA yang memetik laporan Bomba, kebakaran berdekatan taman tema dan hotel itu melibatkan kawasan seluas 2.4 hektar. Kebakaran teruk Bukit Medini bersebelahan Legoland. Posted by Shukry Radzi on Friday, 23 August […]

Viral Gambar Air Hujan Bertukar Hitam, Langit Siang Pula Gelap Macam Malam Akibat Asap Hutan Amazon Terbakar
Kebakaran Amazon merupakan tragedi besar pada bumi. Digelar ‘Paru-paru Bumi’, hutan hujan tropika terbesar di dunia ini membekalkan 20 peratus oksigen kepada atmosfera untuk melambatkan perubahan iklim dunia. Menurut Institut Penyelidikan Angkasa Kebangsaan Brazil (INPE), kebakaran kali ini berlaku dalam kadar terpantas berdasarkan rekod mereka sejak tahun 2013. Sebanyak 72,843 kebakaran di Brazil berlaku tahun […]

Kapal Santika Nusantara Terbakar, 23 Baki Mangsa Masih Dicari
Kapal Laut, iaitu Kapal Motor (KM) Santika Nusantara di laluan Balikpapan, Surabaya, terbakar di perairan Masalembu, Kabupaten Sumenep, Madura, Indonesia pada jam 8:45 malam khamis lalu (22 Ogos). Punca kebakaran belum diketahui dan proses pencarian mangsa masih terus dilakukan. Ketua Badan Pengawasan Bencana Daerah (BPBD) Sumenep, A Rahman Riadi berkata, dari 162 mangsa yang terdiri […]

Dua Maut, Empat Cedera Kemalangan Lima Kenderaan Di Kulim
Alor Setar : Dua maut manakala empat termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Padang Serai menghala ke Tasek Gelugor, Kulim, pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata dalam kejadian kira-kira 7.49 pagi itu, pihaknya menerima panggilan […]

“Awak Rehat Tau,” Niat Nak Kahwin Hujung Tahun Ini Tak Kesampaian, Tunang Maut Dalam Kemalangan
Suka atau tidak, semua makhluk pasti akan berdepan dengan kematian. Dalam tak sedar, setiap saat yang dilalui malah makin mendekatkan kita dengan hakikat tersebut. Tapi tiada yang tahu bila, di mana atau bagaimana keadaan kita ketika ‘dijemput’. Ada orang yang paginya sihat, tapi bila tiba waktu petang dia jatuh sakit dan ‘pergi’ mengadap Sang Pencipta. […]