Berita›Tragedi

“Mujur Dia Cepat Bangun,” Terhibur Gelagat Peserta Lumba Lari Melatah Sampai Rebah Atas Trek
Penyakit latah sememangnya sudah sinonim dengan rakyat Malaysia. Penyakit yang dikatakan berpunca dari keturunan dan ikutan masyarakat itu juga dikatakan boleh membuat individu yang berada di sekeliling si ‘pelatah’ ketawa terbahak-bahak. Terbaru, telah tular satu video acara lumba lari di laman Twitter dengan mendapat 13,271 retweets dan 121,000 tontonan. Bila manusia yang melatah masuk olahraga. […]

Netizen Undi ‘Mati’ Di Media Sosial Boleh Didakwa Bersubahat, Membunuh Tanpa Niat
Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kejadian bunuh diri seorang remaja perempuan selepas menerima undian yang menyokong hasrat hatinya untuk berbuat demikian. Remaja perempuan yang berumur 16 tahun bertindak sebegitu selepas menerima undian sebanyak 69% daripada netizen yang mengundinya ‘mati’ dengan terjun bangunan. Susulan kejadian tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan kenyataan menerusi […]

Wanita Didakwa Mati Mengejut Ketika Sedang Bersenam Kerana Mahu Kekal Cantik
Seorang suami, menceritakan semula bagaimana isterinya yang sebelum ini sihat meninggal dunia secara tiba-tiba semasa sedang melakukan senaman di rumah. Tujuan isterinya bersenam hanyalah untuk kelihatan cantik semasa percutian mereka sekeluarga ke Turki. Joanne Leach, 46, dari Anglesey sedang mengayuh basikal senamanya di ruang tamu sambil menonton rancangan Judge Rinder. Secara tiba-tiba, dia seperti hilang […]

(Video)”Pegang Anak Kau, Pegang…”, Kelam-Kabut Payung Khemah Hampir Terbang Ketika Bazar Dilanda Ribut
Perit dan pasrah. Semalam merupakan hari yang menyakitkan buat peniaga-peniaga bazar Ramadhan Setia Tropika di Johor Bahru. Ribut kuat memusnahkan khemah-khemah dan hasil jualan. Habis hasil jualan mereka untuk hari tersebut. Kedengaran seorang peniaga wanita dengan nada pasrah mengeluh.. “Habis, habis, habis…” Dalam video tersebut kelihatan para peniaga dengan cemas memegang dan ‘bergantung’ pada khemah […]

(Video) 10 Tahun Kumpul Duit Dalam Pasu, Rahsia Suami Terbongkar Jumpa Wang Kertas Bertaburan
Dalam setiap perkahwinan sudah pasti ada rahsia yang kita akan sorokkan dari pasangan. Bagi pasangan yang telah berkahwin di Guilin, Guangxi, China ini rahsia yang disimpan kemas oleh si suami terbongkar setelah anak mereka tanpa sengaja memecahkan sebuah pasu bunga yang dipenuhi dengan wang kertas. Kejadian disedari oleh isterinya apabila mendengar bunyi benda jatuh dan […]

Ayah Tak Sedar Anak Main Mancis Dalam Kereta, Budak Dua Tahun Nahas Rentung, Keracunan Karbon Monoksida
Seorang anak kecil terkorban dalam tragedi kebakaran menyedihkan selepas bermain dengan kotak mancis milik bapanya. Kanak-kanak baru berusia dua tahun itu telah dibiarkan bermain di halaman rumah sendirian sebelum memanjat masuk ke dalam sebuah kereta yang diletakkan di perkarangan rumah. Difahamkan kanak-kanak itu menemui kotak mancis di dalam sarung tangan dan bermain dengannya sebelum api […]

Penat Di Tempat Kerja, Bapa Tak Sedar Anak Jatuh Balkoni Hotel
Tular di Thailand apabila media melaporkan bahawa seorang kanak-kanak berusia lima tahun telah jatuh dari balkoni beberapa hari lalu. Rakaman cctv menunjukkan kanak-kanak itucuba memanjang dinding tepi sebuah hotel sebelumt terjatuh ke bawah. Kejadian yang berlaku di Pattaya, Thailand itu telah mengakibatkan mangsa mengalami patah tangan dan kaki. Walau bagaimanapun, dalam satu laporan tempatan menyatakan […]

‘Pressure Cooker’ Meletup, Tak Pasal-Pasal Kaki Melecur Sampai Kena Bedah
Malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa di mana sahaja pada bila-bila masa. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Emma Azman berkongsi kesedihan apabila adik dan ibunya melecur teruk apabila pressure cooker mereka ‘meletup’ ketika cuba membuka penutup periuk berkenaan. “Masa tu lagi 15 min nak azan berbuka ibu suruh adik aku bukak penutup pressure […]

Sanggup Sembunyi Dalam Tayar Pesawat Asalkan Dapat Pulang Kampung
GEORGE TOWN, 13 Mei (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia kerana menceroboh kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan bersembunyi dalam ruang tayar sebuah pesawat kargo. Sumber berkata kejadian itu disedari seorang juruteknik yang sedang membuat penyelenggaraan kapal terbang kargo berkenaan kira-kira pukul 10.00 pagi ini. “Juruteknik itu ternampak lelaki Indonesia berusia […]

Sri Lanka: Enam Buah Masjid Diserang, Cermin Dipecah Dan Ruang Solat Dirosakkan
Bermula semalam, kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan darurat pada waktu malam bermula 9 malam hingga 4 pagi waktu tempatan di seluruh negara akibat berlakunya keganasan menyasarkan komuniti Islam di sana. Sejak serangan Easter Sunday oleh didakwa didalangi kumpulan Islamic State, hubungan masyarakat berbilang agama menjadi tegang apabila beberapa kumpulan membuat serangan balas dan merosakkan rumah ibadah […]

Sepanyol Tutup Gelongsor Mainan Terpanjang Selepas 48 Jam Dibuka Akibat Berlaku Banyak Kecederaan
Gelongsor sepanjang 125 kaki yang menghubungkan dua jalan di Sepanyol terpaksa ditutup dalam tempoh 48 jam sahaja selepas dibuka ekoran beberapa laporan kecederaan yang dihadapi oleh pemain. Gelongsor yang diperbuat dari kelului itu bermula di bandar peranginan Costa del So dibina adalah dengan tujuan untuk memberikan kemudahan jika ada pelancong yang ingin ke mana-mana. Sebelum […]

Kilang Plastik Terbakar
Kuala Lumpur : Dentuman kuat disusuli kebakaran di sebuah kilang plastik memecah suasana ketika tiba waktu berbuka puasa di sekitar Jalan Genting Klang di sini, hari ini. Lebih 20 letupan kuat didengari dari kilang di Jalan Perusahaan Kiri, Setapak itu dalam kejadian kira-kira 7 malam itu. Ketua pengawal keselamatan di sebuah syarikat pengedaran kereta antarabangsa, Omar Dani […]

Gambar Seorang Lelaki Kurang Upaya Beratur Untuk Guna Lif Cetus Kemarahan Netizen
Sebuah gambar yang menunjukkan gerombolan orang berpusu-pusu menaiki lif stesen keretapi dikatakan telah mencetuskan kemarahan netizen. Dalam gambar tersebut juga, terdapat seorang lelaki kurang upaya yang berkerusi roda sedang beratur untuk menaiki lif tersebut. Kemarahan tersebut tercetus kerana lif yang digunakan oleh orang ramai itu merupakan lif yang dikhaskan bagi mereka yang kurang upaya dan […]

Kejam, Bayi Masih Bertali Pusat Ditinggalkan, Habis Satu Badan Digigit Nyamuk
Jam 6.50 pagi beberapa hari lalu, Balai Polis Chalong Krung, Thailand menerima berita gempar apabila salah seorang penduduk tempatan menemui seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di dalam bakul sebuah kedai. Bayi tersebut dalam keadaan yang sangat menyedihkan dengan tali pusat yang masih terlekat serta kesan gigitan nyamuk hampir di seluruh badannya. Menurut media, bayi tersebut […]

Ahli Gusti Silver King Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Hadapan Jutaan Peminat Di London
Bekas WCW, ahli gusti Silver King mati selepas jatuh pitam di dalam gelanggang semasa beraksi di hadapan peminat-peminatnya di London. Dia yang melakonkan watak penjahat di dalam filem Nacho Libre bersama-sama dengan Jack Black juga telah tampil bersama dalam persembahan di Roundhouse, Camden malam tadi. Ahli gusti Silver King, atau nama sebenarnya Caser Barron, dikatakan […]

Ingatkan Gas Bocor, Bomba Berhempas Pulas Geladah Perputakaan Kata Bau Busuk Berasal Dari Durian
Ratusan pengguna perpustakaan ibu kota Australia diarah keluar kerana bau busuk yang dipercayai berpunca dari gas yang bocor. Kejadian itu yang berlaku pada hari Jumaat, 10 Mei mencetuskan huru hara dan panggilan kecemasan palsu kedua dalam masa setahun. Anggota bomba dikerah ke perpustakaan University of Canberra kerana aduan bau yang kuat pada sekitar 2.30 petang […]

Kanak-Kanak Ditemui Dalam Keadaan Kebuluran Selepas 9 Hari ‘Teman’ Mayat Ibu Dan Ayah Seorang Diri
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dijumpai dalam keadaan lemah dan tidak mampu berdiri akibat kebuluran di sisi mayat ibu bapanya yang dipercayai sudah meninggal dunia sembilan hari lepas. Kanak-kanak malang tersebut, Alexandra ditemui apabila pekerja kecemasan memecah masuk ke dalam flat keluarganya setelah penduduk sekitar mengadu terhidu bau busuk dari rumah mereka. Alexandra dijumpai di […]

Ibadah Terakhir Seorang Remaja, Maut Ditikam Ketika Pulang Dari Masjid
Seorang remaja warga Ireland ditikam hingga mati ketika dalam perjalanan pulang dari masjid di Dublin, Ireland. Azzam Raguragui, 18 diserang sekumpulan samseng ketika melalui Finsbury Park, Dundrum kira-kira jam 8.10 malam. Dia dibawa ke Hospital St. James dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Pembunuhan tersebut masih dalam siasatan pihak polis. Setakat ini, seorang remaja […]

Nahas Lion Air: Syarikat Boeing Bakal Berdepan Dengan Saman Sebanyak 1 Billion
Jumlah wang yang bakal dituntut oleh keluarga mangsa nahas pesawat 737 Max bakal ditentukan oleh satu faktor. Tindakan saman undang-undang yang boleh dikenakan boleh mencecah sebanyak USD$ 1 bilion malahan ianya boleh melonjak naik lagi sekiranya bukti yang dapat menunjukkan syarikat Boeing tersebut tahu tentang masalah teknikal yang berlaku kepada pesawat tersebut sebelum pesawart itu […]

(Video) Syria Sedang Berdarah, Diserang Rejim Syria, Kanak-Kanak Dan Wanita Antara Mangsa Terkorban
Bulan ramadan adalah bulan yang pastinya dinanti-nantikan oleh semua umat islam di seluruh dunia. Bulan yang mulia serta penuh keberkatan ini telah disambut dalam keadaan yang baik serta aman di negara kita. Namun, tidak semua daripada kita dapat menyambut bulan ramadan ini dengan sempurna serta penuh dengan kegembiraan. Seperti yang dikongsikan oleh The White Helmet menerusi […]