Berita›Tragedi

Duka Pemilu 2019 Indonesia, Kira-Kira 225 Petugas Pilihanraya Maut Kepenatan Kira Undi
Dilaporkan kira-kira 225 orang petugas pilihanraya yang terbabit dalam proses kira undi Pilihanraya Umum Indonesia 2019 (Pemilu) dilaporkan maut akibat kepenatan, setakat Khamis lepas. Menurut laporan Suara Palu, seramai 7.2 juta orang petugas pilihan raya terlibat dalam Pemilu kali ini. Daripada jumlah berkenaan, seramai 1,695 orang sukarelawan jatuh sakit sehingga perlu mendapat rawatan di hospital […]

Tunjukkan Solidariti Pada Perhimpunan Aman #SalamSriLanka Pada Malam Ini
Kuala Lumpur : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menggesa orang ramai yang cintakan kedamaian untuk bersama menyertai himpunan aman #SalamSriLanka di ibu negara malam ini. Beliau berkata ini penting bagi menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa Malaysia menolak segala bentuk keganasan tanpa mengira warna kulit, agama atau bangsa. “Rakyat Malaysia perlu […]

Doktor Malaysia Yang Berpangkalan Di Singapura Berjaya Diselamatkan Setelah Hilang Di Gunung Annapurna
Pendaki dari Malaysia, juga seorang doktor yang terkandas selama dua malam di Gunung Annapurna, Nepal diselamatkan pada Khamis (25 April), kata penganjung ekspedisi. Kejadian itu dikatakan sebagai salah satu keajaiban apabila Dr. Chin Wui Kin yang berusia 48 tahun diselamatkan dalam keadaan beliau beku setelah dua hari ditinggalkan sendirian di atas gunung. Salah seorang yang […]

Mayat Seorang Daripada Dua Pelajar Dikhuatiri Lemas Di Sungai Dekat Simpang Renggam Ditemui
Johor Bahru : Mayat seorang daripada dua pelajar tahfiz yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kampung Shaari, Simpang Renggam dekat Kluang, petang semalam, ditemui hari ini. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata mayat Mohd Ammar Mazeni, 13, ditemui kira-kira 5.20 pagi tadi kira-kira dua kilometer dari tempat dia dilaporkan mandi dan […]

Gempa Bumi 5.5 Skala Richter Landa Sulawesi
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 skala Richter berlaku di Sulawesi, Indonesia pada 5.57 pagi tadi. Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, gempa tersebut berlaku 214 kilometer (km) utara dari Kendari, Indonesia. Gempa dengan kedalaman 15km itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu.- BERNAMA

Dua Pelajar Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Sungai Di Simpang Renggam
Johor Bahru : Dua pelajar lelaki Sekolah Tahfiz Assidiq Gufran dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hanyut dibawa arus ketika sedang bermandi manda bersama rakan mereka di Sungai Kampung Haji Sahari, Simpang Renggam, dekat Kluang, petang ini. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata Mohd Ammar Mazeni, 13, dan Mohd Danish Mirzan Muhammad Said, 16, […]

Isteri Penyerang Sri Lanka Letupkan Diri Ketika Rumah Diserbu, Dua Orang Anak Perempuannya Antara Terkorban
Wanita sarat hamil yang merupakan isteri kepada suspek serangan bom berani mati di Sri Lanka minggu lepas bertindak meletupkan diri ketika rumah mereka di serbu pihak berkuasa. Tindakan tersebut menyebabkan dirinya dan dua orang anak perempuannya serta tiga orang pegawai polis terkorban. Pihak berkuasa tempatan mendedahkan dua orang suspek utama yang merupakan sudara kandung berasal […]

Kejam, Lelaki Gantung Kucing Depan Pagar Sebab Bengang Burung Peliharaannya Dikacau
Mengikut Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan, barang siapa yang bertindak kasar dengan memukul, menendang, mendera, mengabaikan atau meninggalkan mana-mana haiwan boleh didakwa atas kekejaman haiwan sehingga disabit kesalahan denda antara RM20,000 dan RM100,000 serta penjara tak lebih 3 tahun. Terbaru, kes melibatkan seekor kucing dizalimi menarik perhatian netizen. Rata-rata mengeji tindakan tidak perikemanusian individu yang berbuat […]

Wanita 50 Tahun Nekad Buat Rawatan Anjal Wajah, Kulit Melepuh Gelembung Lepas Terima Rawatan ‘Kecantikan’
Seorang wanita berusia 50 tahun tidak menyedari bahawa kulitnya telah terbakar dibahagian dalam selepas menjalani rawatan di Taipei, Taiwan. Mangsa dipercayai menjalani rawatan jenis Thermage yang berfungsi untuk menganjalkan wajah melalui teknologi radio frequency yang memanaskan lapisan dalam kulit untuk merangsang kolagen. Walau bagaimanapun, selepas pulang ke rumah, dia mula merasakan kesakitan drastik di wajahnya yang […]

“Otak Membengkak, Mangsa Tidak Boleh Bercakap Dan Berjalan,” Kisah 1999 Negara Diserang Wabak Nipah Korbankan 105 Orang
Siapa sangka negara pernah dibarahi virus yang tak dapat dikenal pasti dari mana asalnya sehingga mengorbankan beberapa nyawa. Kejadian yang berlaku pada tahun 1999 mengejutkan negara dengan khabar kematian setiap hari. Orang ramai ketika itu gelisah dengan apa yang sebenarnya menyerang mereka. Orang yang sihat, tiba-tiba esoknya jatuh sakit. Semuanya terjadi dengan begitu pantas. Apa […]

Pencemaran Pasir Gudang: Warga Singapura Dikehendaki Polis, Serah Diri
JOHOR BAHRU, 24 April (Bernama) — Seorang pengarah syarikat warga Singapura yang dikehendaki berhubung kes pencemaran kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang, bulan lepas, menyerah diri hari ini. Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata lelaki berusia 49 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam […]

“Dia Meninggal Didakapan Saya,” Bekas Jururawat Kongsi Detik Cemas Bayi Meninggal Dalam Pesawat Air Asia
Seorang wanita yang dikenali sebagai Nadia Prenzee berkongsi kisah telah menawarkan bantuan kepada kepada pasangan ibu bapa kepada bayi yang dikatakan kelihatan sangat gelisah dan tidak berhenti menangis sejak awal penerbangan berlepas. “Saya dapat melihat mereka (ibu bapa bayi) agak tertekan. Bayi itu asyik menangis, tetapi kemudian saya dapat melihat pramugari itu memberi botol […]

(Video)Kura-Kura Cengkerang Lembut Betina Terakhir Mati, Spesisnya Kini Diletak Dalam Senarai Pupus
Yantze, kura-kura cengkerang lembut betina terrakhir yang diketahui disahkan mati pada 13 April lalu di sebuah pusat penyelidikan, China’s Suzhou Shangfangshan Forest Zoo di China. Kematian Yantze meletakkan spesisnya dalam senarai pupus selepas meninggalkan hanya tiga ekor kura-kura cengkerang lembut jantan yang masih hidup. Kura-kura berkenaan dilaporkan mati sehari selepas percubaan kali kelima persenyawaan yang […]

Serpihan Tulang Yang Ditemui Di Gua Kandu Adalah Milik Manusia – Polis
KAMPAR: Polis mengesahkan serpihan beberapa tulang termasuk tulang paha yang ditemukan oleh orang awam pada Sabtu lepas di kawasan Gua Kandu, Gopeng, iaitu kira-kira 16 kilometer dari sini, merupakan tulang manusia. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata pengesahan itu dibuat selepas laporan bedah siasat ke atas serpihan tulang itu selesai dilakukan oleh […]

”Ibu Jadi ‘Perisai’ Lindungi Anak Ketika Kereta Dilanggar Bas”, Anak Kongsi Saat Indah Ibunya Mula Sedar Selepas 27 Tahun Koma
Seorang wanita akhirnya sedar kembali selepas 27 tahun berada dalam keadaan separuh koma. Munira Abdulla mengalami kecederaan teruk pada bahagian otaknya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 1991. Munira berumur 32 tahun ketika kejadian. Untuk empat tahun pertama selepas kemalangan, Munira tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia […]

Sekurang-Kurangnya 8 Orang Terbunuh Dalam Gempa Yang Melanda Manila Semalam
Sekurang-kurangnya 8 orang mangsa disahkan terbunuh dalam gempa yang melanda Manila baru-baru ini. Gempa yang berukuran 6.1 skala ritcher itu telah menyebabkan gangguan kepada pengangkutan udara, kereta api dan jalan raya. Bukan itu sahaja, dikatakan gempa tersebut juga telah mengakibatkan banyak kemusnahan tehadap bangunan dan infrastuktur di negara tersebut. Antara lapangan terbang yang terjejas ialah […]

Sri Lanka Isytihar 23 April Hari Berkabung Nasional
Sri Lanka telah mengisytiharkan 23 April sebagai hari berkabung nasional selepas beberapa siri pengeboman maut berlaku pada hujung minggu, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik media tempatan pada Isnin. Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Nasional yang dipengerusikan Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena. Sirisena juga dijangka bertemu diplomat asing untuk mendapatkan bantuan antarabangsa. Tiga anak jutawan peruncitan Denmark Anders Holch Povlsen turut […]

(Video)Gempa Bumi Gegarkan Kota Manila, Netizen Kongsi Detik Cemas Ketika Kejadian
Gempa berkekuatan 6.3 magnitud dilaporarkan telah menggoncang pusat bandar Manila pada petang Isnin, kata Pusat Kajian Geologi AS. Bencana tersebut dikatakan antara yang terkuat melanda pada pukul 5.11 petang waktu tempatan (9.11 pagi GMT) di kedalaman cetek 25 batu, kira-kira 37 km barat laut. Buat masa ini belum mengenai korban atau kerosakan. Filipina berada di […]

(Gambar) Ratusan Maut, Rakyat Sri Lanka Berpusu-Pusu Ke Hospital Untuk Derma Darah Bantu Mangsa Serangan Bom
Sri Lanka dikejutkan dengan enam letupan dahsyat yang memusnahkan tiga buah gereja dan tiga buah hotel di sekitar ibukota itu sehingga mengorbankan ratusan mangsa. Ledakan melanda beberapa hotel mewah dan satu gereja di ibu negara, sementara dua gereja tambahan disasarkan di luar Colombo. Setakat ini, mangsa yang tercedera telah dibawa terus ke hospital untuk mendapatkan […]

Memasuki Hari Ke-30 Kehilangan Acap, Misteri Masih Belum Terungkap, Pencarian Diteruskan
Kehilangan Mohammad Ashraf Hassan atau dikenali sebagai Acap, kekal menjadi misteri sehingga kini. Namakan apa sahaja usaha, segalanya telah dikerah, setiap pelusuk hutan juga telah diredah untuk mencari keberadaan anak muda itu. Sebelum ini, abang kepada Acap tampil berkongsi perkembangan terbaru dalam usaha mencari adiknya. Melahirkan perasaan berat hati, beliau meminta semua sukarelawan yang menyertai […]