Berita›Tragedi

Cas Telefon Ketika Mandi, Remaja Maut Selepas Telefon Itu Jatuh Dalam Tab Mandi
Seorang remaja perempuan 14 tahun maut selepas telefon bimbit miliknya terjatuh di dalam tab mandi ketika telefon bimbit itu dicaj dan menyebabkan mangsa mengalami kejutan elektrik di kediamanya Cheboksary, Rusia. Keluarga mangsa sempat membuat panggilan kecemasan namun mangsa meninggal di tempat kejadian, kata salah seorang doktor. Kejadian ini bukan pertama kali berlaku di Rusia malah […]

Sedih, Hadirin Saling Berpelukan Di Upacara Pengebumian Mangsa Korban Serangan Di Chrischurch
Beratus orang telah berkumpul di tanah perkuburan Christchurch hari ini (20 Mac) untuk upacara pengebumian pertama mangsa serangan dua buah masjid di New Zealand. ‘Hari perpisahan’ ini nyata menggamit perasaan hiba semua yang berada di sana berikutan mereka yang terkorban ini ‘pergi’ dengan cara yang begitu tragik (pembunuhan beramai-ramai) Pagi ini, ratusan orang berkabung dan […]

Rakyat New Zealand Pakai Tudung Jumaat Ini Sebagai Tanda Sokongan Kepada Masyarakat Muslim Christchurch
Jumaat ini, gerakan daripada komuniti yang menggelarkan diri mereka Scarves in Solidarity di Facebook merupakan gerakan persendirian telah menwar-warkan pemakaian hijab bagi komuniti wanita di New Zealand sebagai simbol sokongan dan penghormatan kepada masyarakat Muslim di Christchurch Jumaat, 22 Mac ini. “Kami mahu tunjukkan rasa cinta dan sokongan kami terhadap tragedi yang menimpa sehingga menyebabkan […]

Ratusan Terperangkap, 60 Orang Lagi Terbunuh Akibat Ribut Salji Dan Banjir Afghanistan
Barat Afghanistan dilanda banjir kilat serta ribut salji yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang sejak minggu lalu. Bernama melaporkan seramai 400 penduduk di wilayah tengah Bamiyan terperangkap dalam ribut salji, namun berjaya diselamatkan. “Mereka yang diselamatkan dipindahkan ke pusat daerah Yakawlang, barat kota Bamiyan,” jelas Pejabat Negeri Hal Ehwal Pengurusan Bencana dan Kemanusiaan dalam satu kenyataan. […]

Tolak Komputer Sebagai Hadiah Hari Jadi, Kanak-Kanak 9 Tahun Ini Hanya Mahu Jambangan Bunga Untuk Letak Di Masjid Di Christchurch
Seluruh dunia masih merasai impak serangan yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang mangsa terkorban susulan tragedi tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand. Insiden berlaku ketika mereka sedang menunaikan Solat Jumaat dan terdapat beberapa rakyat Malaysia yang turut menjadi mangsa serangan tersebut. Berita pilu itu menjadi bualan di media sosial, sekaligus menyentuh […]

Suspek Lelaki Kematian Nur Aisyah Aleya Didakwa Esok
Suspek lelaki kes penemuan mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di dalam sebuah gaung di Gunung Raya, pada 6 Mac lepas, akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok. Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata suspek lelaki berusia 37 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. “Kertas siasatan telah dirujuk […]

Upacara Pengebumian Mangsa Christchurch Ditangguh
Tokoh kanan komuniti Muslim di New Zealand telah menangguhkan upacara pengkebumian yang melibatkan mangsa serangan masjid Christchurch. Peristiwa sadis yang melibatkan serangan tembakan itu telah mengorbankan 50 orang. Lebih dari 40 orang cedera yang 30 masih berada di hospital Christchurch, kata pihak berkuasa. Sembilan daripada mereka berada dalam keadaan kritikal. Seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah. […]

(Video) Selepas Lombok, Ombak Besar Bali ‘Devil Tears Indonesia’ ‘Telan’ Pelancong
Beberapa hari lalu satu rakaman video menyaksikan seorang pelancong wanita dihempas ombak besar Bali tular di media sosial. Rakaman tersebut memperlihatkan pelancong tersebut berdiri di tebing pantai Nusa Lembongan, Bali kerana ingin merakamankan gambar sambil tersenyum. Namun, apa yang berlaku sebaliknya apabila sebaik sahaja dia mendepakan tangannya, ombak besar menghempas dari belakang. Dia kemudian hilang […]

Lagi Bencana Alam, Kali Ini Ribut Sikolan ‘Basuh’ Mozambique, 90% Bandar Hancur Teruk
Sekurang-kurangnya 1000 orang maut dalam taufan yang melanda Beira, Mozambique minggu lepas manakala lebih 200 orang hilang. Tropika Siklon Idai telah melanda Bandar Beira pada hari Khamis sebelum ribut tersebut meletus ke Zimbabwe yang berdekatan melepaskan angin kencang, banjir kilat dan turut ‘membasuh’ bandar dan rumah penduduk di situ. “Sebelum ini kami telah mendaftar sebanyak […]

Jenazah Dua Rakyat Malaysia Gempa Bumi Lombok Dibawa Pulang Esok
Jenazah dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi dan tanah runtuh di Lombok semalam, dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.10 petang esok. Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, dalam kenyataan, berkata mendiang Datin Tai Siew Kim dan mendiang Lim Sai Wah akandibawa pulang ke Malaysia denganmenggunakan penerbangan Garuda Indonesia, GA816. Selain itu, 17 mangsa lain akan turut pulang ke tanahair esok dengan menaiki pesawat Air Asia dengan nombor penerbangan AK309terus dari Lombok dan dijangka tiba di KLIA2 pada jam 3.15 petang, katanya. Bagaimanapun, empat lagi warganegara Malaysia yang cedera dalam kejadian itu masih menerima rawatan di Rumah Sakit UmumDaerah – (RSUD) Mataram. Kenyataan itu menyebut pegawai Kedutaan Malaysia di Lomboksedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan bagimemastikan kelancaran urusan membawa pulang jenazah sertawarganegara Malaysia yang terjejas. […]

”Tindakkan ‘Raksasa’ Serang Rumah Ibadah”, Kumpulan Samseng Paling Ganas NZ Turut Selar Serangan Christchurch
Kumpulan motosikal dan ‘samseng’ yang dianggap paling ganas di New Zealand, Mongrel Mob, turut menyelar tindakkan keganasan yang dilakukan terhadap komuniti Islam terutamanya di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand. Jurucakap kepada kumpulan berkenaan yang turut hadir ke majlis memperingati tragedi, Tanielu Fatu berkata, kejadian berkenaan menyebabkan semua penduduk New Zealand berada dalam kesedihan. ”Saudara Muslim […]

Gambar-Gambar Kemalangan MTR Bertembung, Sebabkan Kesesakkan Di Tengah Kota Hong Kong
Duah buah gerabak metro dari arah berbeza bertembung sesama sendiri pagi tadi ketika menjalani ujian sistem isyarat baru, menyebabkan seorang pemandu cedera dan perkhidmatan metro tergendala, di Hong Kong. Ketika kejadian, kedua-dua gerabak tidak membawa penumpang. Menurut laporan Bloomberg, kemalangan berkenaan berlaku sekitar pukul 3 pagi dan ketika itu perkhidmatan belum dibuka untuk orang awam. […]

”Kami Memohon Maaf,” Keluarga Penyerang Masjid Minta Maaf Dan Sedih Dengan Tindakan Tarrant
”Kami mohon maaf,” begitulah ungkapan yang keluar daripada mulut keluarga pengganas dari Australia, Brenton Tarrant yang telah membunuh 50 nyawa jumaat lalu. Ahi keluarga Tarrant meluahkan rasa sedih mereka terhadap mangsa pembunuhan Christchurch berkenaan dan menganggap keganasan yang dilakukan oleh Tarrant tidak boleh membaiki apa-apa. Nenek Tarrant, Marie Fitzgerald, 81, memberitahu Nine News di Grafton, […]

Penyerang Ditahan Ketika Dalam Perjalanan Untuk Serang Masjid Yang Ketiga – Polis
Pihak polis yang menjalankan siasatan mendapati bahawa insiden berdarah di Christchurch boleh menjadi lebih teruk sekiranya Brenton Tarrant tidak berjaya ditahan lebih awal. Tiga titik yang ditemui pada peta yang dirampas daripada Tarrant menunjukkan dia dalam perjalanan menuju ke masjid ketiga iaitu Masjid Ashburton sebagai sasaran serangan seterusnya. Masjid berkenaan terletak lebih sejam perjalanan daripada […]

Dua Rakyat Malaysia Yang Terkorban Di Lombok Dijadual Dibawa Pulang Hari Ini
Jakarta : Seorang lagi rakyat Malaysia yang terbunuh dalam kejadian gempa di Lombok semalam dikenali sebagai Lim Sai Wah. Bagaimanapun identiti lengkap wanita itu masih belum diperoleh setakat 6 pagi ini. Menurut Timbalan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zamshari Shaharan, tujuh warganegara Malaysia turut cedera, dan kini dirawat di hospital di Lombok. “Dua orang warganegara Malaysia meninggal dunia akibat gempa […]

”Saya Menyayanginya Sebagai Manusia”, Lelaki Kehilangan Isteri Di Christchurch Maafkan Perbuatan Penyerang
Seorang lelaki yang kehilangan isterinya dalam insiden serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand memberitahu media bahawa dia tidak membenci penyerang dan memaafkan perbuatannya sebagai jalan untuk memandang kedepan. Farid Ahmed, 59, yang lumpuh dan berkerusi roda kehilangan isterinya, Husne Ahmad, 44, ketika mangsa bergegas daripada ruang solat wanita menuju ke ruang […]

Kumpulan Jenazah Pertama Diserah Mulai Malam Ini
Ketua Koroner New Zealand Deborah Marshall memberitahu kesukaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti mayat mangsa serangan keganasan hari Jumaat lalu. “Tidak ada yang lebih buruk daripada memberi jenazah yang salah kepada keluarga yang salah,” kata Marshall. “Ini tidak akan berlaku di sini.” Bercakap pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Wally Haumaha, […]

Dua Gempa Bumi Besar Gegar Lombok
Gempa bumi berukuran melebihi 5 pada skala Richter menggegarkan Pulau Lombok, Indonesia, petang ini. Gempa pertama berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku jam 2.07 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 24km timur laut Timur Lombok-Nusa Tenggara Barat. Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, ia disusuli dengan satu lagi gempa berukuran 5.2 pada skala Richter, berpusat […]

Gas Hidrogen Sianida Tidak Seteruk Sianida
JOHOR BAHRU, 17 Mac (Bernama) — Gas hidrogen sianida yang dikesan dari pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim adalah sianida yang terhasil akibat tindak balas bahan pembuangan itu dan kesannya tidak seteruk sianida asli, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Datuk Yahaya Madis. Justeru itu, beliau berharap agar orang ramai […]

Warga Emas Maut Dihempap Pokok
Kuala Kangsar : Seorang wanita warga emas maut setelah dihempap sebatang pokok Hujan-Hujan yang tumbang di Kampung Lembah Masjid berdekatan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini, pagi ini. Semasa kejadian, mangsa Norizan Am, 61, sedang menunggang basikal apabila pokok tersebut tiba-tiba tumbang menghempapnya selain turut mengakibatkan dua rumah serta sebuah kereta rosak. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat […]