Berita›Tragedi

Pesawat Malang Terhempas, Sekurang-Kurangnya 12 Orang Dilaporkan Terkorban
Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan terkorban dalam kejadian kapal terbang terhempas di Bogota, tengah Colombia, lewat petang semalam. Menurut jurucakap Jabatan Pernerbangan Awam Columbia, pesawat jenis DC-3 membuat panggilan kecemasan ketika dalam perjalanan menuju ke bandar Villavicencio. Kesemua 12 orang penumpang disahkan terkorban. Pesawat berkenaan dikatakan dikendali oleh Perkhidmatan Penerbangan Laser dan berlepas daripada San Jose del Guaviare. […]

Isu Kuil: Tan Sri Bebas, Dua Lagi Lanjut Reman
Seorang lelaki bergelar ‘Tan Sri’ yang direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung pembangunan sebidang tanah milik Kuil Sri Mahamariamman Devasthanam di Jalan Bandar, Kuala Lumpur, dibebaskan hari ini. Majistret Noraisyah Mohd Yusof membenarkan lelaki berusia 75 tahun yang juga anggota pengurusan tertinggi sebuah kuil di Batu Caves, Selangor itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan […]

Genap Lima Tahun Esok, MH370 Kekal Misteri Yang Belum Terjawab
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Esok, genap lima tahun penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa jejak di selatan Lautan Hindi dan persoalan paling penting dalam misteri penerbangan terbesar di dunia itu masih belum dijawab – di manakah anda dan apa sebenarnya yang terjadi? Kehilangan pesawat penumpang Boeing 777 yang hilang daripada skrin radar semasa […]

Wang Tunai RM9,000 Lesap, Keluarga Mangsa Kemalangan Merayu Minta Pulangkan
Bukan pertama kali, tapi kes kecurian yang berlaku setiap kali berlakunya kemalangan sering terjadi. Mangsa kemalangan dirompak oleh orang ramai yang kononnya ingin membantu namun segala barangan mangsa diambil. Seorang gadis, Mimi Syazwani memuat naik status di Twitter meminta jasa baik orang ramai untuk mengembalikan wang syarikat abangnya bernilai RM9,000 yang telah dicuri individu tidak […]

Kerana Tidak Mahu ‘Layan’ Suami, Ibu Dalam Pantang Dan Bayinya Dibunuh
Sadis, seorang ibu muda yang berusia 25 tahun dan bayinya ditemui mati dalam rumah mereka di daerah Banten, Indonesia semalam. Lebih menyedihkan apabila mengetahui mereka dibunuh oleh suami wanita itu sendiri. Pihak keluarga mengesahkan bahawa mereka menjumpai mayat tersebut sekitar jam 4.00 petang waktu tempatan. Ketika dilihat keadaan kedua-dua mayat mangsa mempunyai lebam dan luka di […]

“Kita Muda-Muda Ni Terlalu Nak Enjoy, Padahal Kematian Tu Tak Kenal Umur” Doktor Ini Dedah Pengalamannya
Saban hari kita dengar, lihat dan baca tentang insiden suka mahupun duka yang terjadi kepada masyarakat mahupun orang disekeliling kita. Malah yang lebih menyayat hati adalah kejadian yang melibatkan kematian. Sama ada kita kenal atau tidak individu tersebut, kita akan turut terasa sayu seolah-olah merasai kesedihan yang sama. Tapi semua itu mungkin hanya untuk seketika. Kerana […]

Detik Cemas Kanak-Kanak Terkena Renjatan Elektrik, Tapak Tangan Melekat Di Tiang Lampu
Viral di media sosial seorang kanak-kanak lelaki terkena renjatan elektrik di tiang lampu di sebuah villa di Indonesia. Video tersebut telah dimuat naik saksi kejadian pada Sabtu lalu sehingga mendapat perhatian netizen. Dalam rakaman tersebut menunjukkan orang ramai dalam usaha menyelamatkan kanak-kanak itu yang sepertinya sudah lemah sambil tangan sebelahnya tidak dapat melepaskan tiang lampu […]

Kanak-Kanak 9 Tahun Koma Selepas Basikal Dirempuh Keretapi
Kota Bahru : Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun koma selepas tayar belakang basikal yang sedang ditolaknya, dirempuh keretapi di Tok Uban, Pasir Mas petang ini. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.45 petang semasa Muhammad Amirul Hakimi Muhd Yuslizam, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Uban, melalui jalan kecil di situ sambil menolak basikalnya, melintasi landasan keretapi. Rempuhan kuat pada […]

Anak Saudara Buat Kacau Rosakkan Koleksi Terhad Patung Figura, Tuan Rumah Tuntut RM150 Ribu Ganti Rugi
Seorang kanak-kanak disaman sebanyak hampir RM150,000 selepas merosakkan ratusan koleksi patung figura yang bernilai ribuan ringgit milik bapa saudaranya sendiri. Kejadian itu berlaku semasa mereka sekeluarga datang menumpang di rumah lelaki itu bagi menghadirkan diri dalam upacara pengebumian nenek mereka. Walau bagaimanapun, keadaan bertukar lebih tragis apabila lelaki itu mendapati kesemua koleksi figuranya berselerak dan […]

Pemandu Panik, Lori Undur Rempuh 12 Kenderaan
KUALA LUMPUR 28 Feb (Bernama) — Dua belas kenderaan rosak teruk manakala seorang lelaki cedera ringan apabila sebuah lori yang diparkir mengundur ke belakang secara tiba-tiba dan melanggar semua kenderaan itu dalam kejadian di KM 16 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh menghala ke Rawang, petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Supt Azman Shari’at dalam satu […]

Kejam, Bapa Belasah Dan Tikam Anak Hingga Cedera Parah Kerana Enggan Siapkan Kerja Sekolah
Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera cedera parah akibat dibelasah dan ditikam oleh bapa kandungnya yang berang kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru. Pelajar dari salah sebuah sekolah di wilayah Hunan, China itu diberi tugasan oleh gurunya untuk diselesaikan semasa cuti musim sejuk namun dia gagal menyiapkannya sehinggalah semester baru bermula. Bapanya […]

Bayi Perempuan Patah Hidung Jatuh Ditangga Pesawat Terlepas Dari Pegangan Pramugara
Seorang bayi perempuan menderita patah tulang hidung selepas terjatuh dari buaian mudah alihnya dan terkena pada tangga pesawat di Russia. Bayi berusia lima bulan itu dikatakan terjatuh disebabkan pramugara pesawat berkenaan yang cuai ketika membawanya turun dari kabin. Akibat dari insiden itu, dia disahkan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan patah tulang hidung sebaik sahaja […]

Papagomo Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Cederakan, Aibkan Syed Saddiq
Pengendali laman blog Papagomo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengaibkan dan mendatangkan kecederaan terhadap Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu insiden pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, dua minggu lepas. Papagomo atau nama sebenarnya Wan […]

Berang Tak Beritahu Siapa Yang Telefon Pada Tengah Malam, Wanita Tembak Suami Hingga Cedera Parah
Seorang lelaki di utara Thailand cedera parah akibat ditembang isterinya yang berang kerana dia enggan memberitahu siapa yang menelefonnya sewaktu mereka sedang menikmati makan malam pada malam sambutan hari Valentine. Isterinya yang berusia 44 tahun berang pada awal pagi hari kejadian kerana pertanyaanya tidak dijawab dan menghalau suaminya keluar dari rumah. Enggan mengikuti arahannya, wanita […]

Wanita Lumpuh Tinggal Bersama Mayat Ibu Yang Disimpan Selama 30 Tahun
Seorang wanita Ukraine didapati tinggal bersama mayat ibunya yang disimpan selama 30 tahun di pangsapurinnya dekat bandar Mykolaiv, di sini selepas dia diselamatkan oleh pihak polis kerana mengalami lumpuh separuh badan dan tidak dapat bergerak. Bagaimanapun, mayat ibunya yang lengkap dengan pakaian putih, stoking hijau serta kasut biru ditemui pihak polis dalam sebuah bilik terkunci […]

Remaja Lelaki Maut Dihempap Bapa Sendiri Yang Jatuh Dari Bumbung Rumah
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut apabila dihempap bapanya yang jatuh dari bumbung ketika sedang membaiki atap kediaman mereka. Pasquale meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan di kepala yang serius. Ketika kejadian, bapanya, Gabrielle, 55 sedang membaiki atap sebelum ditiup angin kencang di wilayah Rome dan jatuh menimpa anaknya sendiri. Gabrielle yang […]

(Video) Lombong Emas Haram Runtuh, 60 Orang Dikhuatiri Tertimbus
Sekurang-kurangnya 60 orang dikhuatiri terkambus dalam runtuhan lombong emas haram di Sulawesi Utara, Indonesia, malam tadi. Pasukan penyelamat ketika ini sedang bertungkus-lumus mencari mangsa yang terselemat dalam runtuhan berkenaan. Menurut pihak pengurusan bencana Indonesia, seorang mangsa ditemui tidak bernyawa manakala 13 orang lagi sudah berjaya diselamatkan setakat pukul 5 pagi hari ini. ”Dianggarkan seramai 60 […]

Mayat Wanita Dibunuh Anak Sendiri Ditemui, Tubuh Badan Dipotong Dan Diletakkan Dalam ‘Tupperware’
MADRID: Polis memberkas seorang lelaki berusia 26 tahun selepas dia disyaki membunuh ibunya sebelum memotong bahagian badan mangsa dan meletakkannya dalam bekas Tupperware yang berasingan. Menurut polis, mereka memulakan pencarian mencari mangsa yang berumr 66 tahun selepas salah seorang kawannya melaporkan kepada polis kerana tidak sudah tidak bertemu dengannya selama hampir sebulan. Sebaik sahaja menggeledah […]

Bangkai Ikan Paus Sepanjang 26 Kaki Ditemui Berdekatan Hutan Amazon
Ahli biologi dikejutkan dengan penemuan bangkai ikan paus humpback di berdekatan hutan di Amazon, Brazil baru-baru ini. Haiwan berkenaan yang mempunyai ukuran panjang 26 kaki ditemui kira-kira 50 kaki daripada kawasan pantai Aruna, kata pertubuhan bukan kerajaan Bicho D’agua. ”Ia bukanlah ikan paus dewasa dan tidak terlalu besar seperti kelihatan pada gambar,” kata badan berkenaan […]

Wanita Sanggup Bunuh Suami Sendiri Demi Mahu Ganti Identiti Suami Dengan Kekasih
Seorang wanita nekad membunuh suaminya dan kemudiannya ‘mencederakan’ wajah kekasihnya dengan asid sebelum memaklumkan kepada keluarga mentuanya bahawa si ‘suaminya’ cedera kerana diserang sekumpulan lelaki di Teelangana, India. Wanita yang berusia 28 tahun, bersama kekasihnya merancang pembunuhan suaminya sebelum mencuri identitinya untuk digunakan oleh kekasihnya yang juga bersetuju menjalani pembedahan plastik. Menurut polis tempatan India, […]