Berita›Tragedi

Lebih 130 Orang Maut Akibat Wabak Demam Denggi, Penurunan Pengambilan Vaksin Jadi Punca Utama
Jurucakap Kementerian Kesihatan Filipina mengesahkan lebih 130 orang meninggal dunia, sebahagian besar adalah kanak-kanak akibat wabak demam campak yang sedang melanda negara tersebut ketika ini. Antara punca yang disebut-sebut kepada angka korban tinggi tersebut adalah penurunan pengambilan suntikkan vaksin dalam kalangan kanak-kanak yang menyaksikan berlaku peningkatan kes demam campak sebanyak 1,000 peratus di kota Manila, yang […]

Tentera Israel Serang Penganut Islam Dalam Masjid Al-Aqsa
Tentera Israel pada petang Selasa telah menyerang penganut agama Islam Palestin di dalam masjid Al-Aqsa di bandar Baitulmaqdis yang didudukinya, menyebabkan ramai mangsa cedera sebelum menahan yang lain, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan saksi. Serangan berlaku berhampiran pagar Al-Rahma masjid itu, menurut saksi tanpa menyatakan jumlah tentera Israel yang terlibat dalam insiden tersebut. Persatuan Bulan Sabit Merah berkata pasukannya telah […]

Hasrat Nak Sambut Ulang Tahun Ke-30 Tak Kesampaian, Sean Milliken Meninggal Dunia
Bintang reality show TLC “My 600lb Life” meninggal dunia pada usia 29 tahun. Sean Milliken meninggal dunia di hospital pada hari Ahad selepas mengalami komplikasi dari jangkitan, ayahnya mengesahkan. Ayahnya Matt menulis di Facebook, “Ahad lalu dia mengalami masalah dengan pernafasannya, mereka mampu menyelamatkannya dan tidak lama kemudian jantungnya berhenti.” Dia menambah anak lelakinya adalah lelaki yang […]

Bapa Sanggup Ikat Anak Pada Kereta, Heret Atas Jalan Raya
Seorang bapa disoal-siasat oleh pihak polis selepas menyeret anaknya pada tayar belakang kereta sepanjang sebuah jalan di China. Rakaman video seorang kanak-kanak berusia sekurang-kurangnya 10 tahun dilihat diseret diatas jalan yang diselaputi salji pada Khamis minggu lalu di wilayah Handan, Hebei. Lelaki berkenaan mendakwa mencari sesuatu yang ‘menyeronokkan’ didalam lembah salji tersebut. Video tersebut menyaksikan […]

Bayi Maut Didakwa Berpunca Daripada Keracunan Cecair Vape
Seorang bayi dilaporkan meninggal dunia yang didakwa akibat keracunan cairan vape yang mengandungi nikotin, dalam kejadian yang berlaku di Australia. Walaupun cecair untuk e-rokok itu diharamkan di Australia, bagaimanapun ia masih boleh dibeli melalui atas talian, dedah korener yang menyiasat insiden kematian melibatkan bayi malang berkenaan. Biarpun tiada maklumat lanjut yang didedahkan, korenar menegaskan bahawa […]

(Video) Fenomena ‘Salji Hitam’ Kejutkan Penduduk Di Dua Bandar Rusia
Penduduk dua buah bandar, Kiselevsk dan Prokopyevsk di Rusia dikejutkan dengan fenomena aneh salji hitam yang turun di kawasan berkenaan. Fenomena yang menggemparkan tersebut turut tular di media sosial selepas beberapa rakaman video dimuat naik di pelbagai platform media sosial. Bagaimana pun fenomena berkenaan bukanlah perkara yang luar biasa sebaliknya salji hitam itu dikatakan berpunca daripada […]

“Jangan Cabut Pisau Jika Anggota Badan Tertusuk,” Jururawat Kongsi Rawatan Awal Elak Risiko Kematian
Kelmarin negara kita digemparkan dengan berita seorang kanak-kanak berusia 2 tahun maut apabila dirinya tertusuk pisau ketika berlari ke dapur dan terpijak pinggan sehingga terjatuh. Insiden itu benar-benar membuatkan ramai diantara kita terkesan dan menyedari betapa bahayanya peralatan tajam serta kesannya jika barangan tersebut diletakkan di kawasan yang terdedah. Jururawat Bel Nawhen menerusi Facebook miliknya […]

Insiden Kuil: Ada Lebam, Kesan Tapak Kasut Pada Rusuk Kanan Adib – Saksi
Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim diberitahu terdapat kesan lebam pada rusuk kanan anggota bomba itu selain kesan tapak kasut di bahagian sama. Anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) R. Narresh, 30, berkata kesan lebam itu dilihat pada bahagian luar rusuk kanan anggota itu kerana ada tanda kemerahan di bahagian […]

Hotel Di Makkah Terbakar
Satu kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Makkah, Arab Saudi semalam, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan, demikian menurut portal berita alweeam, memetik pertahanan awam Makkah. Jurucakap pertahanan awam Nayef al-Sharif, berkata kejadian berlaku kira-kira 11.40 pagi (waktu tempatan) di hotel yang merupakan sebahagian projek Jabal Omar. Beliau berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada pembakaran sampah di tempat tertutup dan berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak pertahanan awam. Punca kejadian masih dalam siasatan, katanya. — BERNAMA Fire […]

Tidak Dibenarkan Masuk, Orang Awam Thailand Tutup Pintu Pagar Sempadan Malaysia-Thailand
Sekumpulan orang awam warga Thailand bertindak menutup pintu pagar sempadan Malaysia-Thailand apabila mereka tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan kumpulan tersebut memasuki Malaysia. Facebook Info Roadblock JPJ/Polis berkongsi video serta penjelasan berkaitan isu yang berlaku. Kejadian yang berlaku tengahari tadi selama hampir 15 minit akhirnya berjaya dileraikan pihak berkuasa. LAPORAN KEJADIAN […]

Mayat Penumpang Feri Jatuh Ditemui Selepas 3 Hari
Mayat seorang lelaki dipercayai penumpang sebuah feri yang didakwa terjatuh dari feri berkenaan, Jumaat lepas akhirnya ditemui berhampiran Jeti Swettenham, di sini selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemui terapung oleh orang awam kira-kira pukul […]

(Video) Dakwa Dengar ‘Suara’ Suruh Bunuh, Penunggang Motosikal Ikat, Heret Bangkai Kucing
Satu rakaman video menyaksikan seekor anak kucing tak berdaya diikat tali lalu diheret menaiki motosikal tular di laman media sosial beberapa hari ini. Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan dua orang lelaki menunggang motosikal dengan sengaja mengheret haiwan berkenaan. Rakaman itu walau bagaimanapun mendapat kecaman rata-rata netizen yang dianggap kejam dan menyiksa binatang. Menurut laporan […]

Kes Syed Saddiq, Papagomo Dipanggil Polis
Polis akan memanggil blogger kontroversi Papagomo bagi membantu siasatan berhubung insiden Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa dikasari dan diugut blogger berkenaan. Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata Papagomo atau nama sebenar Muhammad Azri Wan Deris akan dipanggil secepat mungkin bagi melengkapkan siasatan kes ini. “Kami akan panggil […]

Bayi Setahun Nyaris Maut, Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas
Seorang bayi yang baru berusia satu tahun telah mengalami masalah buah pinggan dan hati selepas bapanya tersilap membancuh susu bayi berkenaan dengan serbuk racun lipas. Bayi itu dibawa terus ke hospital Wuhan di wilayah Hubei, China selepas bapanya menyedari kesilapan tersebut. Kejadian berlaku apabila bapa kepada bayi itu keliru dengan rupa serbuk kalsium dengan serbuk […]

(Video)Muncung Pesawat Menjunam Dua Kali, Penumpang Lalui Detik Cemas Pada Ketinggian 34 Ribu Kaki
Penumpang pesawat Delta Flight menuju ke Washington daripada California, Rabu lepas berhadapan dengan detik-detik cemas apabila pesawat berhadapan dengan turbulan di udara sehingga muncung pesawat dilaporkan menjunam dua kali, lapor Dailymail. Akibat kejadian yang berlaku pada ketinggian 34,000 kaki itu, penerbangan 5763 terpaksa mendarat cemas di Nevada. Menurut laporan Dailymail lagi, dipercayai seramai 5 orang […]

(Video)Penumpang Feri Di Pulau Pinang Jatuh Ke Dalam Laut
GEORGE TOWN, 15 Feb (Bernama) — Seorang penumpang dipercayai terjatuh ke dalam laut dari sebuah feri penumpang yang belayar dari sini ke Butterworth pagi ini dan usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Maklumat yang diperolehi Bernama dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang menyatakan penumpang yang masih belum dapat dikenalpasti identiti itu dilaporkan terjatuh […]

Insiden Kuil: Kerajaan Selangor Gesa Pihak Terlibat Hormati Keputusan Mahkamah
Kerajaan Negeri Selangor menggesa semua pihak terlibat dalam isu Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield USJ 25, Subang Jaya, supaya menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang membatalkan saman difailkan 50 penganut agama Hindu untuk menghalang pemindahan kuil tersebut dari tapaknya. Menteri Besar Amirudin Shari berkata ini adalah bagi menjamin ketenteraman awam dan keluhuran […]

Virus ‘Rusa Zombi’ Kembali, Pakar Beri Amaran Manusia Boleh Dijangkiti
Virus ‘zombi’ merebak dengan pesat di seluruh Amerika Syarikat, dan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa manusia boleh dijangkiti. Virus membawa maut itu dikatakan kini merebak melibatkan haiwan seperti rusa dna moose. Dikenali sebagai penyakit kronik (CWD), virus ini didakwa menyerang otak, saraf tunjang dan organ penting lain haiwan. Penyakit rusa zombi mendapat […]

Bakal Pengantin Ditunggu Tetapi Tidak Kunjung Tiba, Majlis Perkahwinan Bertukar Upacara Pengebumian
Kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan segalanya adalah pepatah yang sesuai digunakan untuk menggambarkan insiden yang menimpa pasangan bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan tetapi bertukar menjadi upacara pengebumian. Bakal pengantin, Rodrigo Noguiera, 31, dan pasangannya Luana Alves, 36, sepatutnya melangsungkan perkahwinan mereka pada 11 pagi di sebuah gereja di Passos, selatan Brazil, […]

Geram Kerana Degil Tak Dengar Cakap, Wanita Bunuh Dan Tetak Badan Anak
Seorang wanita berusia 23 tahun disyaki membunuh anak kandungnya dan menetak badan mangsa serta menyorokkannya di dalam sebuah beg sebelum melaporkan kepada polis bahawa anaknya hilang di culik. Nakira M.Griner, 24, mengakui dia membunuh anak lelakinya yang berusia dua tahun kerana geram terlalu degil dan enggan dengar cakap selain tidak mahu menjamah makanan yang disediakan. […]