Berita›Tragedi

Tsunami : Jumlah Kematian Meningkat Lebih 400 Orang, Amaran Ribuan Mayat Lagi Akan Dijumpai
Terkini, jumlah mangsa yang terbunuh akibat bencana tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi kuat di Pulau Sulawesi, Indonesia, dilaporkan telah meningkat ke 420 orang pada malam tadi. Menurut laporan media tempatan Kompas TV, Ketua Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Willem Rampangilei memberitahu jumlah kematian itu baru di Palu, belum termasuk di Donggala dan Sigi. Komunikasi di […]

Malaysia Sedia Bantu Mangsa Gempa Bumi Sulawesi
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) – Malaysia bersedia menghulurkan bantuan terutamanya dalam misi mencari dan menyelamat mangsa bencana gempa bumi di Sulawesi, Indonesia. Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataannya berkata bagaimanapun, sehingga kini Indonesia masih belum memohon bantuan antarabangsa kerana berpandangan kapasiti dalam negara tersebut masih mencukupi. “Berdasarkan kepada ‘standby arrangement plan’, Malaysia sentiasa […]

Indonesia : Petugas Pusat Kawalan Udara Maut Selepas Selamatkan Ratusan Penumpang Diberi Penghormatan Sebagai Wira
Seorang pengawal trafik udara di Lapangan Terbang Mutiara SIS Al-Jufrie, Palu di Indonesia dijulang sebagai wira selepas tindakannya yang sanggup mengorbankan nyawanya sendiri demi memastikan sebuah kapal terbang yang memuatkan ratusan penumpang dapat berlepas ketika daerah tersebut dilanda gempa bumi pada Jumaat malam lepas. Anthonius Gunawan Agung, 21, maut selepas terjun daripada tingkat empat menara kawalan […]

Terkini: Sekurang-kurangnya 30 Terbunuh, 12 Cedera Dalam Gempa Bumi Gegar Sulawesi
Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 skala Richter yang melanda Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia pada pukul 5.02 petang waktu tempatan (6.02 waktu Malaysia). Doktor Komang Adi Sujendra dalam satu kenyataan berkata, 30 orang terbunuh dan telah dibawa ke hospital dan 12 orang lagi memerlukan pembedahan ortopedik segera. Pihak berkuasa mengalami kesulitan […]

(Video)Tsunami Landa Dua Wilayah Indonesia, Jumlah Korban Tidak Diketahui
Sebentar tadi kami ada bawakan berita mengenai dua bencana gempa bumi kuat yang melanda negara jiran, Indonesia iaitu di daerah Pulau Sulawesi dengan gempa kedua berkekuatan 7.5 magnitud menyebabkan amaran tsunami yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan bencana alam Indonesia. Terkini, melalui laporan terbaru portal berita antarabangsa menyatakan bahawa gelombang tsunami sudahpun melanda dua kawasan di […]

Gempa Bumi Gegar Indonesia, Amaran Tsunami Dikeluarkan
Pihak berkuasa Indonesia pada Jumaat mengeluarkan amaran Tsunami susulan kejadian gempa bumi kuat yang menggegarkan Kepulauan Sulawesi sebentar tadi. Menurut Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, gempa berkenaan direkod berkekuatan 7.5 magnitud berkedalaman 10 kilometer dengan pusat gempa berada di 56 kilometer Timur Laut bandar Donggola, Sulawesi Tengah. Media antarabangsa melaporkan bahawa gempa terbabit merupakan gempa […]

Anak Mengadu Matanya Dicucuk Rakan Sekelas, Bapa Ini Sanggup Pergi Bunuh Si Pelakunya
Seorang bapa berusia 36 tahun nekad membunuh seorang budak lelaki yang dipercayai mencederakan mata anaknya di sekolah. Lelaki di kenali sebagai Lin, menikam Ye, 10, yang merupakan rakan sekelas anak perempuannya menggunakan pisau buah di sekolan rendah di Zhejiang, China pada 21 September lalu. Ketika ditemui, budak lelaki itu telah terbaring di atas lantai dan […]

Bayi Umur 3 Hari Hampir Maut, Kala Jengking Dijumpai Dalam Lampin Dengan 7 Kesan Sengatan
Seorang bayi berusia tiga hari di Brazil, secara ajaibnya terselamat selepas disengat oleh kala jengking kuning apabila haiwan berbisa itu bersembunyi di dalam salah satu lampin pakai buang bayi tersebut. Ibu kepada bayi malang itu, Fernanda Ferreira hanya menyedari tentang apa yang berlaku apabila bayinya itu dilihat secara tiba-tiba lemah dan mulutnya mula mengeluarkan buih. […]

Tiga Maut Nahas Dekat Felda Belara
KUALA TERENGGANU, 26 Sept (Bernama) – Tiga pemuda maut manakala tiga lagi cedera parah dalam nahas dua kereta di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Felda Belara, Sungai Tong, malam tadi. Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 10.25 malam itu termasuk dua pelajar institut kemahiran iaitu Che Wan Hasbullah Che Wan Zubaidi, 22, dari Kampung Gong […]

Persis Filem ‘Life of Pi, Remaja Indonesia Dibawa Arus Hingga Ke Lautan Pasifik, Terkandas Selama 49 Hari
Seorang remaja Indonesia telah terselamat selama 49 hari di laut di sebuah pondok penangkapan ikan, sebelum ia diselamatkan oleh sebuah kapal yang membawanya pulang ke rumah. Aldi Novel Adilang, yang berusia 19 tahun dari Sulawesi, bekerja sebagai penjaga lampu di perangkap ikan terapung, dikenali orang tempatan sebagai rompong, terletak 125km di laut. Remaja itu bekerja […]

Salji Lebat, 45 Dilaporkan Hilang Ketika Mendaki Di Utara India
Sekurang-kurangnya 45 orang termasuk 35 pelajar Institut Teknologi India (IIT) Roorkee, dilaporkan hilang ketika mendaki di kawasan pergunungan di Himachal Pradesh, utara India akibat salji lebat. Kumpulan pendaki itu dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti di daerah Lahaul-Spiti, lapor agensi berita Xinhua, Selasa. “Pendaki tersebut sepatutnya kembali semula ke hab pelancong Manali,” memetik jurucakap sebuah agensi berita […]

Ingatkan Patung, Bayi Hampir Digilis Dijumpai Merangkak Atas Jalan
Seorang bayi perempuan ditemui sedang merangkak di atas jalan raya di Lakewood, New Jersey. Seorang pemandu trak yang melalui jalan tersebut terkejut ketika melihat susuk tubuh bayi kecil yang disangka patung berada di tengah jalan raya. Cory Cannon, yang mula risau memperlahankan kenderaan dan mendekati bayi tersebut. Ternyata susuk yang disangka patung adalah seorang bayi […]

Mayat Dua Remaja Kemalangan Ditemui Dalam Parit
KANGAR, 24 Sept (Bernama) — Mayat dua remaja dipercayai terlibat dalam kemalangan kira-kira seminggu lalu ditemukan di dalam parit di Kampung Sungai Bugis, KM 11 Jalan Kangar-Alor Setar, Simpang Empat dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata mayat remaja tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Hayat Romzi, 19, dan seorang lagi perempuan yang belum diketahui identitinya ditemui oleh orang ramai yang kemudian melaporkan kepada […]

Insiden Tanah Runtuh Berganda Filipina Ragut 95 Nyawa, 59 Masih Hilang
MANILA, 24 Sept (Bernama) — Angka kematian dalam dua insiden tanah runtuh besar-besaran yang melanda Filipina minggu lepas telah meningkat kepada 95 orang, kata pihak berkuasa. Menurut agensi berita China Xinhua, setakat Ahad malam, pada pegawai berkata 49 mayat telah dikeluarkan dari runtuhan di pekan pelombongan Itogon, wilayah Benguet di utara Filipina. Baki mayat selebihnya […]

(Video) Padah Bergurau Tusuk Hos Angin Pada Punggung Rakan, Pekerja Maut Organ Dalamannya Rosak
Seorang lelaki maut selepas organ dalamannya rosak akibat diacu hos tekanan udara tinggi oleh penyelia di kilangnya yang berniat untuk bergurau dengan mangsa. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Aditya Jadhav terlihat gembira dan ketawa sewaktu mendekati penyelianya. https://videos.metro.co.uk/video/met/2018/09/22/838148716455610297/960x540_MP4_838148716455610297.mp4 Penyelia kilang di Kolhapur, India itu bergurau dengan anak buahnya apabila dilihat mengacukan hos tekanan udara […]

(Video)Bola Sepak Indonesia Terus Dicemari Insiden Kematian Penyokong Akibat Pergaduhan
JAKARTA, 24 Sept (Bernama) — Bola sepak Indonesia terus tercemar dengan insiden kematian penyokong bola sepak akibat pergaduhan. Terbaru, seorang penyokong kelab bola sepak Persija Jakarta mati dibelasah sekumpulan penyokong kelab Persib Bandung semalam. Dalam kejadian 1 tengah hari sebelum perlawanan itu, mangsa Haringga Sirilla, 23, mati dibelasah penyokong lawan di luar Stadium Gelora Bandung […]

”Dua Lelaki Pegang, Sambil Seorang Lagi Rogol,” Tragis, Budak Tadika 4 Tahun Diperkosa 3 Murid Sekolah
Tragis. Begitulah apa yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang berdepan detik hitam apabila dia diperkosa sekumpulan murid di tandas sekolah dalam serangan seksual yang mengejutkan Thailand baru-baru ini. Kanak-kanak malang itu difahamkan telah menjadi sasaran oleh tiga murid berkenaan dari sebuah sekolah di Bang Lamung, Timur Thailand. Terdapat laporan yang mengatakan […]

Penghantar Ayam Maut Tersepit Lif
GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) — Seorang penghantar ayam maut selepas tersepit pada lif mengangkut barang di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Penang, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, Mohammad Shahrukh Khan Mohd Mydin, 19, dikatakan berada di situ […]

Paderi Mengaku Nabi Beri Minum Peluntur Untuk Sucikan Diri, Enam Penganut Maut, Empat Kritikal
AFRIKA SELATAN: Enam penganut agama Kristian maut manakala empat lagi kritikal selepas dipercayai dipaksa meminum sejenis peluntur yang didakwa boleh menyembuhkan penyakit dan penyucian diri, di Afrika Selatan, baru-baru ini. Dalam insiden itu, mangsa dikatakan meminum peluntur tersebut atas dorongan seorang paderi yang mengaku nabi di wilayah miskin Limpopo yang bersempadan dengan Botswana. Paderi yang […]

”Lelaki Pakai Jeans Lusuh, Baju Biru Cuba Buka Pintu Grill Umah Saya,” Ibu Cerita Detik Cemas Anak kecilnya Hampir Diculik
Kejadian jenayah seperti samun dan culik sudah banyak dilaporkan di media. Penjenayah sanggup melakukan apa sahaja supaya dapat memperoleh wang dengan cara mudah termausklah membahayakan nyawa orang lain. Terbaru, perkongsian oleh Azie Ashley Darwish ini mungkin boleh dijadikan peringatan oleh semua orang agar berhati-hati kerana penjenayah kini semakin berani. Manakn tidak, dakwa wanita ini lelaki tersebut […]