Berita

Berita
Pengawal Keselamatan Ditahan Bantu Siasatan Lelaki Dipukul Hingga Mati
Pengawal Keselamatan Ditahan Bantu Siasatan Lelaki Dipukul Hingga Mati KOTA BHARU, 30 Jan (Bernama) — Polis menahan seorang pengawal keselamatan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini, malam tadi. Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata hasil siasatan mendapati mangsa telah berada di Masjid Pulau Melaka […]
Berita
Perbincangan Kes 1MDB Ditangguhkan Susulan Kematian Sri Ram
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menangguhkan perbicaraan kes membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan penangguhan itu setelah permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib susulan kematian mengejut Datuk Seri Gopal Sri […]
Berita
Kurang 10% Syarikat Culas Bayar SST, Negara Rugi Hampir RM150 Juta – Kastam
Kurang 10% Syarikat Culas Bayar SST, Negara Rugi Hampir RM150 Juta – Kastam PUTRAJAYA, 30 Jan (Bernama) — Lebih 90 peratus syarikat membayar Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) manakala kurang 10 peratus syarikat didapati culas membayarnya pada tahun lepas, sehingga menyebabkan negara terpaksa menanggung kerugian hampir RM150 juta. Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) Datuk […]
Tragedi
Gempa Bumi Kuat Landa Pakistan
Gempa Bumi Kuat Landa Pakistan KARACHI, Pakistan, 29 Jan (Bernama) -– Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan ibu negara Pakistan, Islamabad pada petang Ahad, menurut Jabatan Meteorologi Pakistan. Bagaimanapun, tiada korban jiwa atau infrastruktur yang rosak dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Anadolu. Kejadian berlaku sekitar 12:54 tengah hari (0854GMT) waktu tempatan pada […]
Politik
Pastikan Perpaduan Dan Kesatuan UMNO Johor Tetap Terpelihara – Khaled
Pastikan Perpaduan Dan Kesatuan UMNO Johor Tetap Terpelihara – Khaled JOHOR BAHRU, 29 Jan (Bernama) — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata peralihan kepimpinan itu bukan untuk menguatkan mana-mana kelompok atau kumpulan tetapi sebaliknya bagi memulih, merawat dan membangunkan semula kekuatan parti. Mohamed Khaled, yang mengambil alih jawatan […]
Tragedi
Empat Orang Dilapor Cedera, Dua Daripadanya Parah Selepas Diterkam Harimau
Empat Orang Dilapor Cedera, Dua Daripadanya Parah Selepas Diterkam Harimau INDONESIA — Empat orang dilaporkan cedera akibat diterkam seekor harimau sewaktu menghantar peralatan kepada sepasukan renjer hutan di kawasan Gunung Sempali, Aceh Selatan. Memetik Viva Nasional, dua daripada mangsa cedera parah akibat dicakar pada bahagian kepala dan kaki manakala dua lagi mangsa cedera pada bahagian […]
Berita
Waktu Puncak LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, Monorel Dilanjutkan Mulai Esok
Waktu Puncak LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, Monorel Dilanjutkan Mulai Esok KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) — Perkhidmatan waktu puncak bagi Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Monorel Kuala Lumpur akan dilanjutkan bermula esok. Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini memaklumkan waktu puncak itu dipanjangkan dari 6.30 pagi hingga 10.30 pagi berbanding jadual asal 7 pagi […]
Pemilik Kedai Aksesori Kereta Buat Laporan Palsu Konon Dipecah Masuk
Pemilik Kedai Aksesori Kereta Buat Laporan Palsu Konon Dipecah Masuk KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) — Seorang pemilik kedai aksesori kereta dikesan membuat laporan palsu dengan mendakwa kedainya di Dataran Mentari, Petaling Jaya, di sini dipecah masuk sehingga menyebabkan kerugian RM600,000. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 39 tahun […]
Luar Negara
24 Orang Dilaporkan Maut Dalam Nahas Sebuah Bas Di Peru
24 Orang Dilaporkan Maut Dalam Nahas Sebuah Bas Di Peru LIMA — Sekurang-kurangnya 24 orang dipercayai maut selepas sebuah bas yang membawa 60 penumpang terjunam ke dalam gaung di tebing barat laut di wilayah Piura, Peru semalam. Difahamkan, bas tersebut merupakan milik sebuah syarikat Qorianka Tours yang dalam perjalanan dari Lima ke Tumbes di sempadan […]
Politik
Nurul Izzah Layak Dilantik Penasihat Ekonomi, Kewangan – PM Anwar
Nurul Izzah Layak Dilantik Penasihat Ekonomi, Kewangan – PM Anwar IPOH, 29 Jan (Bernama) — Pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat berdasarkan kelayakannya. Anwar berkata ini kerana anaknya itu mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar […]
Politik
Nurul Izzah Dilantik Sebagai Penasihat Kanan Ekonomi & Kewangan Perdana Menteri
Nurul Izzah Dilantik Sebagai Penasihat Kanan Ekonomi & Kewangan Perdana Menteri SHAH ALAM — Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dilaporkan telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Sinar Harian. Memetik sebuah temubual dengan sebuah akhbar, Nurul […]
Politik
Keputusan Terima Ahli UMNO Dalam PH: Perlu Jaga Kerukunan Kerajaan Perpaduan – PM
IPOH, 29 Jan (Bernama) — Keputusan untuk menerima pimpinan UMNO yang dipecat jika mereka mahu menyertai parti dalam Pakatan Harapan (PH) akan mengambil kira pandangan pimpinan setiap parti komponen dalam gabungan itu. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH berkata perkara itu juga perlu menjaga kesepakatan dalam Kerajaan Perpaduan. “Ia perlu menjaga […]
Berita
Pemilihan UMNO Tetap Dilaksana Walau Ada Bahagian Digantung – Ahmad
Pemilihan UMNO Tetap Dilaksana Walau Ada Bahagian Digantung – Ahmad PONTIAN, 29 Jan (Bernama) — Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bagi memastikan pemilihan tidak terganggu, parti juga melantik pentadbir bahagian yang akan mengendalikan pemilihan di bahagian digantung […]
Berita
Cuaca Sejuk: Angka Kematian Di Afghanistan Meningkat Kepada 166
Sekurang-kurangnya 166 maut dalam gelombang cuaca sejuk yang melanda Afghanistan sejak 10 Januari lalu, memetik laporan The Sun Daily. Difahamkan, suhu di Afghanistan telah mencapai serendah -33 darjah Celcius (-27 darjah Fahrenheit) ditambah pula dengan ribut salji yang meluas sehingga menyebabkan gangguan elektrik kerap berlaku. Susulan itu, agensi bantuan telah mengeluarkan amaran awal dengan menyatakan […]
Berita
‘Nak U-Turn? Maaflah..’, Digantung 6 Tahun, Ini Kata Shahril Hamdan
‘Nak U-Turn? Maaflah..’, Digantung 6 Tahun, Ini Kata Shahril Hamdan Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan dirinya tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan UMNO untuk menggantung keahliannya selama enam tahun. Jelas Shahril, sekiranya melakukan rayuan seperti yang diminta ramai, prosedur yang digunakan oleh pihak terbabit berkemungkinan tidak mengikuti prosedur yang asal. “Mungkinlah mereka mengharapkan […]
Tragedi
Lelaki Maut Dihempap Tandas Hidraulik Di London
Seorang lelaki dilapor maut selepas dihempap tandas hidraulik semasa melakukan penyelenggaraan dalam kejadian berlaku di West End, London baru-baru ini, lapor Daily Mail. Menurut laporan kejadian ngeri itu berlaku di Cambridge Circus di persimpangan antara Shaftesbury Avenue dan Charing Cross Road. Ageni-agensi menyelamat seperti pihak polis, bomba, ambulans serta penyelamat udara dikerahkan ke lokasi kejadian […]
Berita
Skrip Kontroversi Drama Siri ‘Kudeta’, Maszlee Malik Mohon Maaf
Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai susulan skrip kontroversi drama bersiri ‘Kudeta’ yang tular baru-baru ini. Maszlee dalam satu kenyataan berkata, keberkesanan filem dan drama dalam menyampaikan mesej yang baik terhadap masyarakat tidak perlu sehingga menyinggung sensitiviti mahupun budaya. “Secara peribadi, saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana […]
Berita
Pemimpin Diingat Jangan Susahkan Rakyat – PM Anwar
IPOH, 29 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan pemimpin supaya tidak melupakan dan menyusahkan rakyat setelah mendapat kuasa. Beliau berkata rakyat seharusnya merasai nikmat di negara ini dan bukannya tersepit dalam drama pergaduhan di antara pemimpin termasuk dalam kalangan ahli politik. “Yang penting negeri kita kena selamatkan, bila saya […]
Luar Negara
Fosil Tapak Kaki Dinosaur Didakwa Ditemui Di Thailand
Penduduk Ban Nam Kham, Thailand digemparkan dengan penemuan fosil dipercayai tapak kaki dinosaur yang terletak di Taman Hutan Phu Faek, wilayah timur laut Kalasin, memetik laporan Thaiger. Hasil siasatan dijalankan, Jabatan Sumber Mineral mengesahkan bahawa penemuan lebih daripada 10 kesan tapak kaki di kawasan berbatu tersebut adalah dipercayai milik dinosaur jenis karnivor (pemakan daging). Tambah […]
Berita
Sekurang-kurangnya 2 Maut, 122 Cedera Akibat Gempa Bumi Landa Iran
TEHRAN, 29 Jan (Bernama) — Sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala 122 lagi cedera akibat gempa bumi melanda wilayah barat laut Iran, kata jurucakap Pertubuhan Kecemasan Iran, Mojtaba Khaledi. Gempa berukuran 5.9 pada skala Richter itu dilaporkan berlaku sekitar 9.44 malam waktu tempatan pada kedalaman tujuh kilometer (4.34 batu), dengan pusat gempa berhampiran Khoy, lapor Agensi Anadolu. […]