Berita

MyIPO Sedia Dana RM2 Juta Untuk Usahawan Daftar Harta Intelek Menerusi Inisiatif Daya Kreatif
PUTRAJAYA, 26 Januari 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, hari ini melancarkan Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 berjumlah RM2 juta di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menerusi Inisiatif DAYA Kreatif. DAYA merupakan salah satu jenama inisiatif KPDN yang menekankan kepada strategi mendaya upayakan rakyat […]

Beting Patinggi Ali Milik Malaysia, Tidak Iktiraf Sebarang Tuntutan – MINDEF
Beting Patinggi Ali Milik Malaysia, Tidak Iktiraf Sebarang Tuntutan – MINDEF KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Kementerian Pertahanan (MINDEF) menjelaskan bahawa Beting Patinggi Ali adalah milik Malaysia dan tidak pernah mengiktiraf sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak lain memandangkan ia di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia. MINDEF dalam kenyataan hari ini memaklumkan dari […]

Undi18: KBS Semak, Susun Semula Program Pendidikan Literasi Politik – Adam Adli
UNDI18: KBS Semak, Susun Semula Program Pendidikan Literasi Politik – Adam Adli KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia terutamanya yang telah tamat pengajian persekolahan susulan Undi18. Timbalan Menterinya Adam Adli Abdul Halim berkata […]

Unik, Sebagai Tanda Kenang Jasa, Syarikat Ini Bina Tugu Khas Untuk Lipas
Unik, Sebagai Tanda Kenang Jasa, Syarikat Ini Bina Tugu Khas Untuk Lipas Setiap kali bercakap tentang serangga perosak lipas, apa yang kita bayangkan adalah ia haiwan yang kotor dan menggelikan. Jika terlihat lipas dimana-mana, sebelum ia terbang, kita pasti mencari pelbagai cara untuk menghapuskan haiwan tersebut. Bukan apa, selain kotor lipas juga mampu mencetuskan rasa […]

Hujan Berterusan Diramal Landa Pantai Timur Dan Johor Sehingga Isnin
Hujan Berterusan Diramal Landa Pantai Timur Dan Johor Sehingga Isnin KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Hujan berterusan dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula hari ini sehingga Isnin depan. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 9 pagi ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota […]

Macam Terminator, Saintis China Cipta Robot Mampu Berubah Bentuk, Boleh Cair & Jadi Asal Semula
Macam Terminator, Saintis China Cipta Robot Mampu Berubah Bentuk, Boleh Cair & Jadi Asal Semula Sekumpulan saintis dari China berjaya menghasilkan sebuah prototaip robot yang memiliki kebolehan untuk menukar bentuk badannya, daripada pepejal kepada cecair dan kembali menjadi pepejal. Memetik laporan MailOnline semalam, kebolehan robot kecil tersebut tidak ubah seperti kebolehan salah satu watak dalam […]

HelloGold Bakal Tamatkan Operasi Di Malaysia & Thailand Awal Februari Ini
HelloGold Bakal Tamatkan Operasi Di Malaysia & Thailand Awal Februari Ini HelloGold, sebuah firma yang menawarkan platform penyimpanan emas patuh syariah pertama di Malaysia bakal mengakhiri operasi mereka di Malaysia dan Thailand. Dalam sebuah hantaran di Facebook rasminya pada Khamis, pihak HelloGold memaklumkan bahawa platform tersebut akan menamatkan operasinya pada 2 Febuari. ”Walaupun kami terus […]

Atlet Rusia Dan Belarus Dijemput Sertai Sukan Asia – Majlis Olimpik Asia
Atlet Rusia Dan Belarus Dijemput Sertai Sukan Asia – Majlis Olimpik Asia Atlet dari Rusia dan Belarus telah dijemput untuk bertanding ke Sukan Asia di Hangzhou, China tahun ini walaupun kedua-dua negara tersebut disisihkan daripada melibatkan diri dalam beberapa acara sukan antarabangsa utama, menurut Majlis Olimpik Asia (OCA), lapor RT. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata […]

Kreatif, Pengantin Filipina Bawa Sejambak Bawang Ganti Bunga Tangan
Kreatif, Pengantin Filipina Bawa Sejambak Bawang Ganti Bunga Tangan Seorang pengantin perempuan warga Filipina membuat kelainan di majlis perkahwinannya dengan menggantikan bunga tangan kepada sejambak bawang seberat kira-kira 4 kilogram (kg) semasa berjalan menuju ke pengantin lelaki, lapor Mothership. Pengantin perempuan yang dikenali sebagai April Lyka Biorrey-Nobis berusia 28 tahun dari Bingawan, iloilo City itu […]

Nahas Pesawat Nepal: Kotak Hitam Dibawa Ke Singapura
Dua kotak hitam dalam nahas pesawat terhempas di Nepal yang mengorbankan 72 nyawa pada 15 Januari lalu akan dibawa ke Singapura untuk dianalisis, lapor The Independent. Sebelum ini pegawai bertugas mengatakan bahawa kotak hitam itu akan dibawa ke Perancis (tempat pesawat dibuat) namun, pada hari Khamis penyiasat menyatakan bahawa ia akan dibawa ke Biro Penyiasatan […]

Menteri Iran Gesa Kerajaan Beri Toleransi Kepada Wanita Tidak Bertudung
Kerajaan Iran digesa agar memberikan toleransi lebih besar terhadap wanita yang tidak memakai tudung, di tengah-tengah protes berbulan-bulan yang dicetuskan daripada kematian individu dalam tahanan, Mahsa Amini, lapor AFP. Menteri Pelancongan dan Warisan Ezzatollah Zarghami berkata demikian selepas mesyuarat kerajaan pada Rabu, merujuk kepada fakta bahawa semakin ramai wanita dilihat tidak memakai tudung sejak kematian […]

Pemilik Rumah Tergamam, Sofa Baru Dibeli Dibiarkan Atas Tangga Sebab Tak Lepas Bawa Naik
Pemilik Rumah Tergamam, Sofa Baru Dibeli Dibiarkan Atas Tangga Sebab Tak Lepas Bawa Naik Seorang lelaki mendakwa tangga dan dinding di rumah barunya telah calar dan rosak teruk selepas penghantar barang meninggalkan sofanya di tengah tangga sehingga menganggu laluan tersebut, lapor BBC. Pemilik rumah, Luke Ansell dilaporkan telah membeli sofa itu dengan harga lebih 2,000 […]

Ahli Teori Konspirasi Dakwa Kesan ‘Bigfoot’ Setinggi 7.5 Kaki Dalam Google Earth
Sebahagian ahli teori konspirasi mendakwa bahawa mereka telah mengesan kelibat makhluk misteri Bigfoot setinggi 7.5 kaki yang berkeliaran di hutan di Colorado, US, lapor Mirror. Segalanya bermula dengan sekeping gambar daripada Google Earth yang dimuat naik di Reddit memaparkan imej seakan seekor beruang besar melalui kawasan hutan, sebelum ia mula dibincangkan dengan pelbagai teori. Menurut […]

Wanita Lithuania Hilang 4 Tahun Lalu Ditemukan Di Malaysia
Wanita Lithuania Hilang 4 Tahun Lalu Ditemukan Di Malaysia KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Selepas empat tahun pencarian, seorang wanita warga Lithuania yang datang ke Malaysia dan terputus hubungan dengan kedua ibu bapanya, berjaya ditemukan semula, menurut penyiar awam Lithuania LRT. Wanita dari Raseiniai, Lithuania itu datang ke Malaysia pada Januari 2019 untuk melawat rakan yang dikenali menerusi internet […]

Dua Rakyat Malaysia Maut Selepas Bot Dinaiki Terbalik Di Krabi
BANGKOK, 26 Jan (Bernama) — Seorang ibu hamil dan anak perempuannya berusia enam tahun dari Malaysia yang melancong ke Thailand, maut selepas bot yang dinaiki terbalik berhampiran pantai wilayah Krabi, selatan negara itu pada Rabu. Dalam kejadian pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) itu, tiga sekeluarga – wanita berusia 36 tahun bersama suaminya berusia 38 tahun dan anak […]

Anak Meninggal Dunia Terhidu Aeorosol Deodoran, Ibu Bapa Mahu Label Produk Papar ‘Tanda Amaran’ Lebih Jelas
Ibu bapa kepada seorang gadis England yang meninggal dunia akibat terhidu deodoran aerosol mahu tanda amaran dalam label produk diletakkan dengan lebih jelas supaya orang ramai sedar mengenai tahap bahaya produk terbabit, lapor BBC. Sebelum ini media melaporkan mangsa, Giorgia Green berusia 14 tahun meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung akibat terhidu semburan deodoran aerosol […]

Youtuber Terkenal Arab Saudi, Al Qazm Meninggal Dunia
Youtuber Terkenal Arab Saudi, Al Qazm Meninggal Dunia Seorang Youtuber terkenal di Arab Saudi, Aziz Al Ahmad telah meninggal dunia di usia 27 tahun pada Khamis, menurut laporan media tempatan. Gulf News melaporkan, Al Ahmad lebih dikenali dengan nama panggilannya “Al Qazm” yang bermaksud kerdil dalam bahasa Arab. Rata-rata peminat Al Ahmad yang sedih dengan […]

Jurutera China Dijatuhi Hukuman Penjara Lapan Tahun Kerana Mengintip US
Jurutera China Dijatuhi Hukuman Penjara Lapan Tahun Kerana Mengintip US Seorang jurutera warga China dipenjara lapan tahun gara-gara didakwa membuat kerja intipan di Amerika Syarikat (US) dalam kes berhubung usaha China mencuri rahsia perdagangan penerbangan US, lapor BBC. Menurut sumber Jabatan Kehakiman US, lelaki (tertuduh) yang berusia 31 tahun itu telah dikenal pasti sebagai saintis dan […]

Kes Bella: ‘Saya Dikecam, Diugut Bunuh, Hilang Perniagaan’ – Siti Bainun
Kes Bella: ‘Saya Dikecam, Diugut Bunuh, Hilang Perniagaan’ – Siti Bainun KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, yang berdepan pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella, hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau telah dikecam dan diugut bunuh sejak kes […]

Tak Tahan Kena Ejek, Bapa Nekad Tembak Mati Anak Perempuan Selepas Video Menarinya Tular
Tak Tahan Kena Ejek, Bapa Nekad Tembak Mati Anak Perempuan Selepas Video Menarinya Tular Seorang bapa di kampung Vano Ghari di Sardaryab, Khyber-Pakhtunkhewa, Pakistan tergamak menembak mati anak perempuannya yang berusia 18 tahun selepas video menarinya menjadi tular di media sosial, lapor The Current. Ibu mangsa memberitahu pihak berkuasa bahawa dia bersama anak perempuannya itu […]