Berita

Guru Besar Beri Alasan Sudah Biasa Keluar Wang Tanpa Polis Pengiring
Guru besar beri alasan sudah biasa keluar wang tanpa polis pengiring KAJANG, 17 Jan (Bernama) — Seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Beranang dekat sini, yang kehilangan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya, memberi alasan sudah biasa mengambil wang bantuan itu tanpa polis pengiring. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd […]

Populasi Rakyat China Menyusut
Populasi Rakyat China Menyusut Populasi rakyat China dilapor merosot pada tahun lepas buat pertama kalinya sejak 1961 dan merupakan sejarah baharu yang akan menandakan permulaan tempoh kemerosotan yang panjang, lapor CNA. Kemerosotan populasi rakyat negara itu kini menyaksikan India menjadi negara yang mempunyai populasi paling ramai di dunia pada 2023. Pada tahun lalu, populasi China […]

PM Anwar: Tiada Hajat Bina Mercu Tanda Baharu
PM Anwar: Tiada hajat bina mercu tanda baharu PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak berhajat untuk membina mercu tanda baharu di bawah pentadbirannya. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata mercu tanda sedia ada seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara TRX sudah mencukupi. “Saya jaga Kuala Lumpur, cukup mercu […]

30 Tahun Bersembunyi, Bos Besar Mafia Itali Akhirnya Berjaya Diberkas Polis
30 Tahun Bersembunyi, Bos Besar Mafia Itali Akhirnya Berjaya Diberkas Polis Bos Mafia Itali yang paling dikehendaki bernama Matteo Messina Denaro telah ditangkap di Sicily selepas 30 tahun hidup dalam pelarian, lapor BBC. Messina Denaro dilaporkan telah ditahan di sebuah klinik swasta di ibu kota Sicily, Palermo sewaktu sedang menerima rawatan untuk kanser yang dihidapinya. […]

RM10 Bilion Boleh Diselamatkan Daripada Kebocoran Sistem Perolehan Kerajaan
RM10 Bilion boleh diselamatkan daripada kebocoran sistem perolehan kerajaan PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara boleh melakukan penjimatan sehingga RM10 bilion daripada kebocoran yang berlaku dalam sistem perolehan kerajaan. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kebocoran boleh dihentikan sekiranya amalan rasuah dibanteras di semua peringkat termasuk mengubah cara lama iaitu […]

Warga Emas Maut Dilapor Maut, Jatuh Pokok Kelapa
Warga Emas Maut Dilapor Maut, Jatuh Pokok Kelapa Seorang warga emas dilaporkan maut selepas terjatuh dari pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter di Kampung Jal Kechik semalam. Menurut laporan Sinar Harian, mangsa Abdul Mutalib Hussin yang berusia 69 tahun dijumpai terbaring di tepi pokok oleh seorang pemilik kebun pada jam 10 pagi. Seorang ahli keluarga […]

Sami Jatuh Cinta Dengan Cucu Sendiri Nekad Tamatkan Riwayat, Kecewa Cinta Tak Terbalas
Sami Jatuh Cinta Dengan Cucu Sendiri Nekad Tamatkan Riwayat, Kecewa Cinta Tak Terbalas Seorang sami yang menyerang cucu perempuannya berusia 17 tahun dengan tukul ditemui tergantung di dalam hutan, lapor The Thaiger. Pegawai penyiasat melaporkan bahawa mayat sami itu dijumpai pada Ahad lalu. Pegawai penyiasat juga berkata, sami berkenaan dipercayai telah menggantungkan dirinya kira-kira seminggu […]

Guru Besar Hilang Wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,00 Selepas Tingkap Kereta Dipecah
KUALA LUMPUR (Bernama) — Seorang guru besar kehilangan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya, di Semenyih dekat sini tengah hari semalam. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 12.17 tengah hari, daripada lelaki berusia 50 tahun itu. “Siasatan awal polis […]

Kilang Kertas Terpakai Sungai Petani Dilapor Terbakar Dijilat Api
Sebuah kilang memproses kertas terpakai di Taman Perindustrian Ria Jaya, Sungai Petani di Kedah dilaporkan hampir musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi. Dalam perkongsian Shaiful (@Bancikzzz) di laman TikTok, kebakaran dipercayai mula berlaku seawal jam 5 pagi namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Memetik Bernama, seorang pegawai bersama dua anggota […]

Eksport Album K-Pop Korea Selatan Cecah Rekod Tertinggi Sebanyak AS$233 Juta Pada 2022
SEOUL, 16 Jan (Bernama) — Eksport album K-pop Korea Selatan mencecah paras tertinggi baharu tahun lepas dengan data pada Isnin menunjukkan pandemik COVID-19 menyumbang kepada peningkatan permintaan ke atas album fizikal. Eksport album K-pop mencecah AS$233.113 juta pada 2022, meningkat 5.6 peratus daripada tahun sebelumnya, menurut agensi berita Yonhap memetik statistik perdagangan import dan eksport Perkhidmatan Kastam Korea (KCS). Angka tahun […]

Pesawat Terhempas Di Nepal: Dua Kotak Hitam, Satu Lagi Mayat Ditemukan Di Lokasi Nahas
Pesawat Terhempas Di Nepal: Dua Kotak Hitam, Satu Lagi Mayat Ditemukan Di Lokasi Nahas KATHMANDU, 16 Jan (Bernama) — Dua kotak hitam milik pesawat Yeti Airlines ANC ATR 72 dan satu lagi mayat ditemukan di lokasi nahas pada Isnin, menjadikan angka kematian terkini kepada 69 orang, lapor Xinhua. “Satu lagi mayat mangsa ditemukan sekitar jam […]

Mexico Ketatkan Larangan Merokok Di Tempat Awam
Mexico dilapor telah menguatkuasakan salah satu undang-undang anti-tembakau yang paling ketat di dunia dengan menggubal larangan sepenuhnya terhadap perbuatan merokok di tempat awam. Memetik laporan BBC, langkah itu pernah diluluskan buat kali pertama pada tahun 2021 termasuk larangan pengiklanan tembakau. Difahamkan, undang-undang larangan merokok di tempat awam turut terpakai di beberapa negara Amerika Latin yang […]

Pengeluaran KWSP, Lebih Baik Kerajaan Cari Jalan Lain – Anwar
Pengeluaran KWSP, Lebih Baik Kerajaan Cari Jalan Lain – Anwar KANGAR, 16 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum membenarkan sekali lagi pengeluaran khas. Anwar berkata adalah lebih baik kerajaan mencari kaedah dan jalan lain yang lebih berkesan bagi […]

Pertahan Takhta, Thailand Juara Piala AFF Mitsubishi 2022
Pertahan Takhta, Thailand Juara Piala AFF Mitsubishi 2022 BANGKOK — Tuan rumah Thailand berjaya membenam Vietnam di gelanggang sendiri dengan keputusan 1-0 (agregat 3-2) di Stadium Thammasat dalam pusingan kedua akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 sebentar tadi. Berbekalkan dua gol di tempat lawan, skuad gajah perang turun di gelanggang keramat dengan misi mempertahankan kejuaraan. […]

Kes Nikah Di Thailand Meningkat 15 Peratus Bagi Daerah Kota Setar
YAN, 16 Jan (Bernama) — Kes pernikahan di Thailand tanpa kebenaran yang membabitkan pasangan dari daerah Kota Setar kini secara puratanya meningkat 15 peratus sebulan, selepas dua tahun berlaku pandemik COVID-19. Pegawai Agama Daerah Kota Setar Datuk Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata kebanyakan pernikahan itu melibatkan individu bujang dan berpoligami tanpa kebenaran. “Terdapat lima hingga enam […]

Tiga Peguam Tarik Diri, Mahkamah Tangguh Prosiding Bela Diri Siti Bainun Hari Ini
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) — Prosiding bela diri Siti Bainun Ahd Razali atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella ditangguh hingga esok selepas tiga peguam pengasas Rumah Bonda itu menarik diri daripada mewakili beliau. Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi membenarkan penangguhan itu selepas peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md […]

Mayat Reput Ditemui Di Dalam Rumah, Disyaki Maut Lebih Dua Dekad
IRELAND – Mayat yang dianggarkan berusia lebih dua dekad dilapor telah ditemui terbaring oleh kakitangan majlis perbandaran di sebuah rumah di Ireland. Memetik laporan Daily Mail, mayat itu ditemui di sebuah rumah terbiar di Beecher Street, County Cork di Ireland pada 13 Januari yang lalu. Difahamkan, kakitangan majlis perbandaran menemui mayat tersebut sewaktu mereka ditugaskan […]

STR Fasa Satu Dikreditkan Kepada 8.7 Juta Golongan B40 Mulai Esok – PM
STR Fasa Satu Dikreditkan Kepada 8.7 Juta Golongan B40 Mulai Esok – PM KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa satu kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar secara berperingkat mulai esok. Beliau […]

Ribut & Hujan Lebat Landa Cyberjaya, Banyak Kejadian Pokok Tumbang Dipercayai Berlaku
Ribut & Hujan Lebat Landa Cyberjaya, Banyak Kejadian Pokok Tumbang Dipercayai Berlaku Beberapa kawasan di Cyberjaya, Selangor dilanda hujan lebat dan ribut yang membawa angin kencang sekitar jam 4 petang tadi. Susulan kejadian itu, tular beberapa video dan gambar yang mendedahkan kejadian buruk yang menimpa di sekitar kawasan berkenaan. Difahamkan, angin kencang menyebabkan beberapa kawasan […]

Tiga Sekeluarga Maut Disyaki Keracunan Makanan, Anak Lima Tahun Selamat
Tiga Sekeluarga Maut Disyaki Keracunan Makanan, Anak Lima Tahun Selamat JAWA BARAT — Lima sekeluarga dipercayai keracunan makanan selepas tiga daripada mereka maut manakala hanya dua orang yang terselamat di Desa Ciketing Udik, RT 02 RW 03, Kecamatan Bantargebang pada Khamis lalu. Memetik Tribunnews, difahamkan salah seorang mangsa yang terselamat merupakan kanak-kanak berusia lima tahun […]