Berita

Polis Siasat Anggota Benar Orang Awam Pegang Senjata Api
JOHOR BAHRU, 12 Jan (Bernama) — Polis sedang menyiasat tindakan seorang anggota Balai Polis Taman Johor Jaya di sini, yang dipercayai membenarkan seorang rakannya yang juga orang awam memegang senjata api ketika bertugas semalam. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 2.43 pagi Rabu, menerusi ciapan gambar di […]

Kemasukan Pelancong China: Usah Beri Reaksi Keterlaluan – Tiong
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing memohon rakyat Malaysia supaya tidak memberikan reaksi keterlaluan berhubung kemasukan pelancong China ke dalam negara. Beliau berkata kerajaan sentiasa peka mengenai situasi semasa COVID-19 dalam negara, namun ketika ini, masih tiada keperluan untuk mengenakan sekatan, menambah baik prosedur operasi standard (SOP) atau kawalan khas terhadap pelancong China. “Saya […]

Pemandu Lori Tertua Britain Gembira, Dapat Kelulusan Untuk Teruskan Kerjaya
Pemandu Lori Tertua Britain Gembira, Dapat Kelulusan Untuk Teruskan Kerjaya Pemandu lori tertua Britain yang masih bekerja selama 12 jam sehari pada usia 90 tahun dilaporkan telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa kesihatan Britain untuk terus bekerja selama setahun lagi. Menurut laporan The Telegraph, lelaki yang bernama Brian Wilson itu mula memandu trak perisai di […]

Kerap Makan Daging Mentah, Cacing Pita Sepanjang Dua Meter Keluar Dari Badan
Akibat kerap memakan daging mentah, cacing pita sepanjang dua meter telah ditemui keluar dari badan seorang lelaki dalam kejadian di Thailand, lapor Thaiger. Lelaki tersebut, Amarit Chuetamuen yang merupakan seorang pencinta tegar daging lembu mentah telah menjadikan sajian itu sebagai makanan kegemarannya sejak tiga tahun lalu. Menurut Thaiger, Amarit akan makan daging tersebut beberapa kali […]

500 Kilometer Perjalanan, Polis Tahan Lelaki Tak Bayar Tambang Teksi
500 Kilometer Perjalanan, Polis Tahan Lelaki Tak Bayar Tambang Teksi Seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan kerana didakwa gagal membayar tambang teksi sebanyak 210,000 yen (RM7,060) selepas menaikinya hampir 500 kilometer dari Yokohama ke Osaka, lapor The Mainichi. Polis Yodogawa di wilayah Osaka menahan lelaki yang berdaftar sebagai penduduk di Higashiyodogawa tersebut kerana disyaki telah […]

Lima Pejalan Kaki Terbunuh Dirempuh Pemandu BMW Dipercayai Mengamuk
Lima Pejalan Kaki Terbunuh Dirempuh Pemandu BMW Dipercayai Mengamuk Seorang lelaki yang memandu kereta BMW di Guangzhou, China ditahan kerana membunuh sekurang-kurangnya lima pejalan kaki dan mencederakan 13 yang lain, lapor Mothership. Pemandu yang berusia 22 tahun itu dilaporkan merempuh pejalan kaki mengunakan SUV BMW berwarna hitam miliknya ke arah pejalan kaki di simpang empat […]

Kogi Sah Diikat Chungbuk Cheongju FC
Kogi sah diikat Chungbuk Cheongju FC KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Bekas pemain Petaling Jaya (PJ) City FC, R. Kogileswaran, sah diikat kelab daripada Liga Korea Selatan, Chungbuk Cheongju FC, hari ini. Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj menerusi laman Instagram rasminya. Kogileswaran yang turut […]

Aaron-Wooi Yik Tersingkir Daripada Terbuka Malaysia
Aaron-Wooi Yik tersingkir daripada terbuka Malaysia KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Beregu utama lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik sekali lagi tidak dapat memenuhi jangkaan dan harapan selaku juara dunia selepas tersingkir dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023. Berada pada ranking ketiga dunia, Aaron-Woi Yik tewas 10-21, 21-23 kepada wakil China, Liu Yu Chen-Ou […]

Seteru Utama Al Nassr Berminat Dapatkan Khidmat Messi, Sedia Tawar RM 1.3 bilion Setahun
Seteru Utama Al Nassr Berminat Dapatkan Khidmat Messi, Sedia Tawar RM 1.3 bilion Setahun Satu lagi kelab Arab Saudi, Al Hilal dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Lionel Messi selepas ketibaan pemain Cristiano Ronaldo ke kelab seteru mereka Al Nassr, lapor Sport Bible. Menurut laporan media Sepanyol, pesaing utama kelab Al Nassr iaitu Al Hilal sedang mencari […]

Seteru Al Nassr Jual Jersi Messi Di Kedai Rasmi, Perli Perpindahan Ronaldo
Seteru Al Nassr Jual Jersi Messi Di Kedai Rasmi, Perli Perpindahan Ronaldo Seteru hebat kelab Al Nassr dilaporkan menambah stok jersi Lionel Messi sebagai tindak balas kepada perpindahan Cristiano Ronaldo ke kelab berkenaan. Berdasarkan laporan Sport Bible, Ronaldo tiba ke Timur Tengah selepas menandatangani kontrak selama dua tahun setengah bersama kelab Al Nassr yang kini […]

Rakyat Berebut Tepung Sampai Bergaduh, Krisis Ekonomi Pakistan Makin Memburuk
Rakyat Berebut Tepung Sampai Bergaduh, Krisis Ekonomi Pakistan Makin Memburuk Krisis ekonomi yang teruk dan kekurangan makanan di Pakistan dikhabarkan menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan penduduk di beberapa wilayah bergaduh untuk berebut tepung, lapor Wion News. Rakaman video yang menunjukkan penduduk Pakistan dari Khyber Pakhtunkhwa, Sindh, dan Balochistan bergaduh untuk mendapatkan bekalan makanan ruji mereka […]

Microsoft AS Bagi Cuti Tahunan “Unlimited” Untuk Semua Pekerjanya
Microsoft AS Bagi Cuti Tahunan “Unlimited” Untuk Semua Pekerjanya Syarikat gergasi teknologi global, Microsoft dilaporkan membenarkan pekerjanya mengambil cuti tahunan seberapa banyak yang mereka mahukan mulai minggu depan. CBS News melaporkan bahawa pemberian cuti itu merupakan satu dasar polisi terbaru syarikat berkenaan yang dikenali sebagai Discretionary Time Off (DTO). Pekerja syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat […]

Uniqlo Umum Naikkan Gaji Pekerja Di Jepun Sehingga 40 Peratus
Pemilik rangkaian fesyen Jepun, Uniqlo dilaporkan akan menaikkan gaji tahunan pekerja sehingga 40 peratus mulai Mac, lapor Japan Today. Difahamkan, usaha itu dilakukan bagi mengecilkan jurang imbuhan dengan pekerja di luar negara dan meningkatkan daya saing syarikat di peringkat global. Uniqlo menyertai usaha syarikat besar lain yang melaksanakan usaha yang sama di tengah-tengah kebimbangan orang […]

Tengku Permaisuri Selangor Titah Baiki Pengurusan Pusat Kurungan Haiwan Terbiar
Tengku Permaisuri Selangor titah baiki pengurusan Pusat Kurungan haiwan terbiar SHAH ALAM, 12 Jan (Bernama) — Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bertitah agar pihak berkuasa khususnya majlis perbandaran memperbaiki dan menaik taraf tatacara pengurusan di pusat kurungan anjing dan kucing kendalian mereka. Tengku Permaisuri Norashikin, yang juga Penaung Diraja kepada kempen ‘Stray Free Selangor’ (SFS) […]

Polis Siasat Gambar Tular Anggotanya Bagi Orang Awam Pegang Senjata Api Ketika Bertugas
Polis Siasat Gambar Tular Anggotanya Bagi Orang Awam Pegang Senjata Api Ketika Bertugas Polis Daerah Seri Alam pada hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung isu tular seorang anggota polis yang membenarkan orang awam untuk memegang senjata api miliknya ketika bertugas. Supt Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Bin Ishak berkata bahawa tindakan anggota polis itu […]

12 Cedera Dalam Kemalangan Bas
Sekurang-kurangnya 12 mangsa dikejarkan ke hospital selepas sebuah bas dipercayai terlibat dalam kemalangan di M6 di Warwickshire, Coventry pada malam Selasa. Menurut The Sun, kemalangan ngeri tersebut berlaku kira-kira pada jam 9:42 malam yang melibatkan sebuah bas merempuh jambatan lebuh raya. Susulan itu, enam ambulans, Perkhidmatan Ambulans West Midlands, empat pegawai paramedik, Pasukan Tindak Balas […]

Tak Puas Hati Dengan Staf Hotel, Lelaki Nekad Pandu Kereta Rempuh Lobi Hotel
Tak Puas Hati Dengan Staf Hotel, Lelaki Nekad Pandu Kereta Rempuh Lobi Hotel Seorang tetamu hotel yang berang nekad merempuh lobi sebuah hotel di Shanghai menggunakan kereta yang dipandunya selepas bertengkar dengan pekerja hotel mengenai kehilangan komputer ribanya, lapor Next Shark. Lelaki berusia 28 tahun itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan pekerja tersebut sebelum bertindak […]

BN Tidak Ambil Tindakan Terhadap 10 Ahli Parlimen Sokong PN – Ahmad Zahid
BN tidak ambil tindakan terhadap 10 ahli Parlimen sokong PN – Ahmad Zahid KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil tindakan terhadap 10 Ahli Parlimennya yang sebelum ini menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara berkenaan […]

Anggota Imigresen, Adik Dan Orang Tengah Direman Bantu Siasatan Kes ‘Pasport Terbang’
SIBU, 12 Jan (Bernama) — Seorang anggota imigresen, adik lelakinya dan seorang individu yang disyaki orang tengah direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes suapan berkaitan pengeluaran ‘pasport terbang’ di sini. Perintah reman terhadap mereka yang masing-masing berusia 36, 32 dan 42 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sibu Rommie Ahmad Zaidi selepas […]

Malaysia Terbaik Di Asia Tenggara Dalam Indeks Keselamatan Siber Nasional 2020
Malaysia Kini Di Tangga Pertama Dalam Indeks Keselamatan Siber Nasional Di Asia Tenggara Malaysia tersenarai di kedudukan pertama dalam Indeks Keselamatan Siber Nasional (NCSI) di peringkat Asia Tenggara pada 2022. Diperingkat global, Malaysia berada di tangga ke-18 dalam indeks yang sama. Kedudukan indeks ini dinilai berdasarkan beberapa faktor iaitu perundangan dan peraturan keselamatan siber, kewujudan […]