Berita

Piala AFF: Antara Aksi Terbaik Harimau Malaya – Pan Gon
Piala AFF: Antara aksi terbaik Harimau Malaya – Pan Gon KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) –Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon, menyifatkan kemenangan 4-1 ke atas Singapura pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022, malam ini, sebagai antara persembahan terbaik anak buahnya. Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata beliau […]

Ramai Mengadu “Sticker” Cukai Jalan Mudah Koyak, Anthony Loke Janji Perubahan Besar Tahun Ini
Ramai Mengadu “Sticker” Cukai Jalan Mudah Koyak, Anthony Loke Janji Perubahan Besar Tahun Ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengadakan mesyuarat bersama pihak pengurusan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mendengar taklimat berkenaan perancangan badan tersebut bagi tahun 2023. Menurut Anthony, JPJ telah meletakkan pelaksanaan platform digital terhadap perkhidmatan asas kepada rakyat seperti pelesenan kenderaan […]

China Selar Tindakan Ujian COVID-19 Wajib Ke Atas Pelancong Warganya, Janji Bertindak Balas
Beijing Selar Tindakan Ujian COVID-19 Wajib Ke Atas Pengembara Dari China Kerajaan China telah mengkritik terhadap keperluan untuk mengambil ujian COVID-19 wajib yang dikuatkuasa oleh beberapa negara terhadap penumpang kapal terbang yang berlepas dari negaranya. Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan Jepun merupakan antara negara yang mewajibkan para pengembara dari China untuk menunjukkan ujian COVID-19 dengan […]

Air Disalurkan Tidak Berusik, Usaha Menyelamat Budak Lelaki Jatuh Dalam Lubang Konkrit Masih Diteruskan
Air Disalurkan Tidak Berusik, Usaha Menyelamat Budak Lelaki Jatuh Dalam Lubang Konkrit Masih Diteruskan VIETNAM – Pihak berkuasa tempatan masih meneruskan usaha untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terperangkap dalam lubang paip konkrit sedalam 35 meter di wilayah selatan Dong Thap pada Sabtu lalu. Memetik laporan AFP, walaupun selepas tiga hari kanak-kanak […]

Korea Selatan Denda Tesla 2 Juta Dolar Atas Dakwaan Pengiklanan Palsu
Korea Selatan Denda Tesla 2 Juta Dolar Atas Dakwaan Pengiklanan Palsu Pihak berkuasa Korea Selatan berkata, pihaknya akan mendenda Tesla sebanyak 2.85 bilion won (RM 9.85 bilion) atas kegagalannya untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai julat pemanduan kereta elektrik tersebut pada waktu musim sejuk. “Syarikat tersebut didapati telah membuat membuat dakwaan paksu serta berlebih-lebihan mengenai jarak […]

Cipta Sejarah Baharu, Danuri Si Pengorbit Bulan Berjaya Rakam Gambar Permukaan Bulan Dan Bumi
Cipta Sejarah Baharu, Danuri Si Pengorbit Bulan Berjaya Rakam Gambar Permukaan Bulan Dan Bumi SEOUL — Pengorbit bulan pertama Korea Selatan, Danuri dilaporkan berjaya menghantar gambar berwarna hitam putih yang memaparkan permukaan bulan dan bumi hari ini. Dinamakan sebagai Danuri, ia merupakan gabungan perkataan Korea yang membawa maksud “Bulan” dan “Nikmatilah”. Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea […]

Pemandu Lori Pandu Lawan Arus Di Linkedua Sehingga Sebabkan Kemalangan Ditahan
Pemandu Lori Pandu Lawan Arus Di Linkedua Sehingga Sebabkan Kemalangan Ditahan JOHOR BAHRU, 3 Jan (Bernama) — Seorang pemandu lori dipercayai memandu melawan arus di Kilometer 5.5 Lebuh Raya Linkedua, Iskandar Puteri sehingga menyebabkan kemalangan, ditahan petang tadi. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata lelaki berusia 41 tahun yang didapati di bawah […]

Bijan Kini Disenarai Sebagai Makanan Utama Yang Menyebabkan Alahan – FDA
Bijan Kini Disenarai Sebagai Makanan Utama Yang Menyebabkan Alahan – FDA Bijan secara rasmi telah dimasukkan ke dalam senarai alahan makanan utama yang perlu diletakkan dalam label bungkusan makanan mulai 1 Januari 2023. Memetik laporan CNN, perubahan yang dilakukan oleh Akta Keselamatan, Rawatan, Pendidikan dan Penyelidikan Alergi Makanan (FASTER) itu telah ditandatangani pada April 2021 […]

KBS Saran Penggiat E-Sukan Sertai Kaji Selidik
KBS Saran Penggiat E-Sukan Sertai Kaji Selidik KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyarankan rakyat Malaysia yang aktif atau pernah terlibat dalam e-sukan supaya menyertai kaji selidik secara dalam talian yang bertujuan mengumpul maklumat serta pandangan tentang ekosistem sukan itu di negara ini. Menterinya Hannah Yeoh berkata hasil kaji selidik […]

Marathon Setiap Hari Selama Setahun, Lelaki Lari Sejauh 15,300 Km Kumpul Dana Amal RM 5 Juta
Marathon Setiap Hari Selama Setahun, Lelaki Lari Sejauh 15,300 Km Kumpul Dana Amal RM 5 Juta Seorang lelaki British yang meletakkan matlamat untuk berlari marathon setiap hari sepanjang 2022 bagi mengumpul dana amal berjumlah 1 juta pound (RM 5.26 juta) berjaya mencapai sasaran tersebut selepas melengkapkan larian terakhirnya pada akhir 31 Disember lepas. Gary McKee […]

Benam Singapura 4-1, Harimau Malaya Mara Ke Peringkat Separuh Akhir Piala AFF
KUALA LUMPUR — Harimau Malaya gah di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selepas membenam Singapura 4-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan B Piala Mitsubishi Electric AFF 2022. Turun dalam perlawanan penentuan naib johan kumpulan B, kedua-dua pasukan pada minit awal permainan separuh masa pertama saling berbalas serangan. Harimau Malaya selaku tuan rumah turun dengan dibanjiri […]

Dah Besar Dah, ‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai Selamat Bertunang Dengan Teman Lelaki
‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai Bertunang Dengan Teman Lelaki Asal Amerika Sana Saeed atau lebih dikenali sebagai Anjali menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) dilaporkan selamat bertunang dengan teman lelakinya, Csaba Wagner, yang berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat. Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu video yang dimuat naik di […]

Wabak Selesema Burung Di Jepun Dilapor Semakin Meningkat
Wabak Selesema Burung Di Jepun Dilapor Semakin Meningkat TOKYO — Jumlah wabak selesema burung di Jepun ketika ini mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 54 menjelang awal tahun ini, lapor The Japan Times. Dianggarkan jumlah keseluruhan penghapusan burung akibat wabak berkenaan dijangka mencecah 7.75 juta ekor. Menurut kerajaan wilayah Fukuoka pada Selasa, pihaknya telah melaporkan wabak berkenaan […]

Kabinet Akan Putuskan Isu Berkaitan Pengembara Luar Negara – Dr Zaliha
Kabinet Akan Putuskan Isu Berkaitan Pengembara Luar Negara – Dr Zaliha SEPANG, 3 Jan (Bernama) — Sebarang keputusan berkaitan ketibaan pengembara luar negara khususnya dari China perlu dibincangkan secara komprehensif dan diputuskan di peringkat Kabinet, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. Beliau berkata keputusan itu perlu dibuat secara bersama dengan mengambil input daripada pelbagai kementerian dan bukan […]

La Nina Dijangka Akan Berterusan Hingga Februari Ini – MetMalaysia
La Nina Dijangka Akan Berterusan Hingga Februari Ini – MetMalaysia Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini telah memaklumkan dalam satu kenyataan berhubung fenomena La Nina yang sedang melanda negara ketika ini dijangka akan berterusan sehingga Februari 2023. Menerusi kenyataan tersebut, tinjauan itu dibuat berdasarkan penganalisaan beberapa model tinjauan iklim terpilih seperti NCEP Coupled Forecast […]

Dari Manusia Terkaya, Elon Kini Jadi Manusia Paling Rugi Dalam Sejarah Selepas ‘Hilang’ RM 881 Bilion
Dari Manusia Terkaya, Elon Kini Jadi Manusia Paling Rugi Dalam Sejarah Selepas ‘Hilang’ RM 881 Bilion Elon Musk muncul sebagai manusia pertama dalam sejarah yang mencatatkan kerugian sebanyak USD 200 bilion (RM 881.20 bilion) dalam nilai kekayaan bersihnya sepanjang 2022 menurut Indeks Bilionaire Bloomberg, sekaligus menjadi Manusia Paling Rugi Dalam Sejarah. Sebelum ini, Musk merupakan […]

Pekerja Warga Nepal Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Ketinggian 70 Meter Di Tapak Pembinaan
Pekerja Warga Nepal Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Ketinggian 70 Meter Di Tapak Pembinaan PASIR GUDANG — Seorang pekerja warganegara Nepal dilaporkan maut dalam satu insiden selepas terjatuh dari tempat tinggi di sebuah tapak pembinaan semalam. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor dalam satu kenyataan berkata sepasukan penyiasat telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan […]

Jadi Inspirasi ‘Meme’ Shiba Inu, Anjing Terkenal Kabosu Dilapor Tenat, Hidap Leukemia
Anjing Shiba Inu Terkenal Dengan Meme ‘Doge’ Menghidap Leukemia Kabosu, iaitu anjing yang menjadi terkenal di internet apabila menjadi inspirasi meme syiling pertama dalam mata wang kripto dilapor sedang sakit tenat selepas menderita penyakit leukemia dan penyakit hati. Turut dikenali sebagai Shiba Inu, anjing yang berusia 17 tahun itu kini tinggal bersama pemiliknya, Atsuko Sato, […]

Empat Maut, Tiga Kritikal Selepas Dua Helikopter Bertembung
AUSTRALIA – Sekurang-kurangnya empat orang dilapor maut manakala tiga lagi cedera parah selepas dua helikopter bertembung sebelum terhempas di sebuah pantai di Australia. Memetik laporan CNN, perlanggaran tersebut berlaku berhampiran kawasan pelancongan popular di Pantai Gold Coast, selatan Brisbane sekitar jam 2 petang waktu tempatan. Menurut Inspektor Polis Queensland, Gary Worrell, pasukan perkhidmatan kecemasan mengalami […]

Dipercayai Kekurangan Oksigen Dalam Badan, Lelaki Ditemui Mati Di Restoran
Dipercayai Kekurangan Oksigen Dalam Badan, Lelaki Ditemui Mati Di Restoran Seorang lelaki berketurunan Siam ditemukan mati di sebuah restoran di Kota Bharu, Kelantan, semalam. Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya telah dimaklumkan berhubung penemuan mayat terbabit yang berusia 31 tahun pada jam 7.45 malam selepas menerima […]