Berita

Lelaki Dipercayai Mabuk Ditemukan Lemas Dalam Kolam Takungan Air
Lelaki Dipercayai Mabuk Ditemukan Lemas Dalam Kolam Takungan Air KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Seorang lelaki tempatan yang dipercayai mabuk ditemukan lemas dalam sebuah kolam takungan air di Tasik Puteri Centre Park, Batu Arang, Rawang dekat sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden […]

Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup Dua Minggu
Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup Dua Minggu GEORGE TOWN, 2 Jan (Bernama) — Sebuah gerai roti canai popular di Jalan Transfer, di sini yang sebelum ini tular kerana cara penyediaannya tidak bersih diarah tutup selama dua minggu kerana tidak menepati piawaian kebersihan Kementerian Kesihatan (KKM). Pengerusi Jawatankuasa Agro-Tech dan Keselamatan Makanan, […]

Harimau Malaya Tagih Sokongan Kuat Peminat Menentang Singapura – Pan Gon
Harimau Malaya Tagih Sokongan Kuat Peminat Menentang Singapura – Pan Gon KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Skuad Harimau Malaya merayu sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat menjelang perlawanan penting antara Malaysia dengan Singapura dalam perlawanan terakhir Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam esok. Ketua jurulatih kebangsaan […]

CAKE Minta Kerajaan Kedah Pantau Judi Dalam Talian, Kurangkan Lesen Jualan Arak
CAKE Minta Kerajaan Kedah Pantau Judi Dalam Talian, Kurangkan Lesen Jualan Arak ALOR SETAR, 2 Jan (Bernama) — Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang memutuskan untuk tidak lagi memperbaharui lesen perjudian, di samping menyuarakan harapan agar lesen penjualan minuman keras pula dapat dikurangkan. Presidennya Mohamad Yusrizal Yusoff berkata susulan langkah menutup sepenuhnya […]

Sambutan Hari Lahir Jadi Kenangan Terakhir Bersama Cucu
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Sambutan hari lahir bersama cucu menjadi kenangan terakhir buat Lokman Marni apabila dua cucunya maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Kampung Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi. Lokman, 57, berkata Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, hadir majlis hari lahirnya di Sabak Bernam, Selangor […]

Kapal Tentera Laut Thailand Karam: Misi Mencari Lima Anak Kapal Masih Diteruskan
Tentera Laut Diraja Thai masih meneruskan misi pencarian lima anak kapal perang HTMS Sukhothai yang masih hilang sejak Ahad, 18 Disember lepas. Menurut jurucakap tentera laut, Adm Pokkrong Monthatpalin, penggunaan bot-bot kecil dalam misi pencarian itu menjadi sukar ekoran daripada angin kencang dan ombak tinggi di sekitar lokasi kejadian. Namun, perkara tersebut tidak mematahkan semangat […]

Tiada Lagi Premis Judi, Loteri Di Kedah, Bermula Hari Ini
ALOR SETAR (Bernama) — Bermula 1 Jan 2023, tiada lagi premis perjudian dan loteri di negeri Kedah selepas operasi mereka tamat sepenuhnya semalam susulan keputusan kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian. Justeru, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu diarah memantau dan memastikan semua premis berkenaan tidak lagi menjalankan operasi mereka. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md […]

Disaman & Kereta Disita, Pemandu Dakwa Tak Sedar ‘Road Tax’ Dah Tamat Sejak 2017
Seperti yang kita tahu, memandu kenderaan dengan cukai jalan (road tax) yang telah tamat tempoh merupakan satu kesalahan yang telah termaktub dalam undang-undang jalan raya. Apatah lagi jika sengaja membiarkannya tanpa mahu memperbaharuinya. Namun percaya atau tidak, berlaku juga satu kejadian ‘aneh’ mengenai seorang individu yang ditahan dalam operasi sekatan jalan raya, mendakwa dirinya ‘tidak […]

Pelajar Ditampar Jurulatih: KPM Beri Kerjasama Penuh Kepada Polis
Pelajar Ditampar Jurulatih: KPM Beri Kerjasama Penuh Kepada Polis Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberikan kerjasama penuh kepada polis sekiranya ada laporan yang dibuat mengenai insiden melibatkan seorang jurulatih menampar dua pelajar perempuan yang tular baru-baru ini. Dalam kenyataan, KPM berkata pihaknya juga akan meneruskan siasatan ke atas insiden tersebut bagi tujuan tatatertib dan sekiranya jurulatih […]

Jakel Terbakar: Bomba Laung Azan Ketika Padam Api, Tanda Ikhtiar Selepas 8 Jam Keadaan Tak Terkawal
Kira-kira empat atau lima anggota bomba melaungkan azan sebagai tanda ikhtiar untuk memadam api di Wisma Jakel Shah Alam, susulan kebakaran masih belum dapat dikawal selepas lapan jam bertungkus-lumus, lapor Awani. Perkara tersebut telah dikongsi di Facebook oleh Pasukan Bomba Sukarela Gombak yang mengatakan pihaknya mengalami kesulitan semasa melakukan pemadaman kebakaran di gedung itu. “Dah […]

Dua Beradik Rentung Dalam Kebakaran Di Gombak – Bomba
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Kampung Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi. Mangsa yang maut ialah Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan berusia tujuh tahun. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bomba […]

MAVA Gantung Jurulatih Tampar Pemain Remaja Perempuan
Jurulatih yang tampar pemain remaja perempuan digantung KUALA LUMPUR (Bernama) — Seorang jurulatih yang didakwa menampar dua pemain remaja perempuan telah digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai. Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya juga telah mengambil langkah menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut dengan […]

Tragedi Sambutan Tahun Baharu, Sembilan Dilapor Maut Dalam Insiden Rempuhan Di Uganda
Tragedi Sambutan Tahun Baharu, Sembilan Dilapor Maut Dalam Insiden Rempuhan Di Uganda KAMPALA — Sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan maut dalam rempuhan yang berlaku di sebuah pusat beli-belah Freedom City sempena sambutan awal tahun baru di ibu negara Uganda hari ini, lapor pihak polis. Memetik AFP, difahamkan kejadian itu berlaku selepas pertunjukan bunga api diadakan di […]

Kebakaran Wisma Jakel: Unit K9 Akan Digerak Esok
SHAH ALAM, 1 Jan (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor akan menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) esok bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini. Pengarah JBPM Selangor Datuk Norazam Khamis berkata setakat ini, punca kejadian masih belum diketahui dan dua ekor anjing pengesan […]

Wanita Dilapor Maut, Motosikal Ditunggang Terperosok Bawah Lori
Wanita Dilapor Maut, Motosikal Ditunggang Terperosok Bawah Lori JOHOR BAHRU — Seorang wanita berusia 31 tahun dilaporkan maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pandan, Kampung Melayu Majidee awal pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi talian […]

Naik Hingga Ke Tingkat Lima, Tapir Tersesat Dalam Hotel Berjaya Ditangkap
Naik Hingga Ke Tingkat Lima, Tapir Tersesat Dalam Hotel Berjaya Ditangkap BANDAR HILIR — Seekor tapir dilaporkan tersesat di tingkat lima sebuah bangunan hotel di Dataran Pahlawan, Melaka hari ini. Memetik kenyataan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan di Facebook, Balai Bomba Penyelamat (BBP) Melaka Tengah telah menerima panggilan dari orang […]

Waspada Iklan Tawar Lesen Memandu Tanpa Perlu Ke Kelas, Ujian Memandu
KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak terpengaruh dengan iklan dalam media sosial yang kononnya menawarkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri kelas dan ujian memandu. Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata pihaknya telah mengesan tawaran iklan itu yang turut menggunakan gambar profil ‘China doll’ bagi menarik perhatian pengguna […]

“Kerugian Kali Ini Amat Besar,” Gedung Pakaian Musnah Dijilat Api, Pemilik Jakel Reda Dengan Ketentuan Ilahi
“Kerugian Kali Ini Amat Besar,” Gedung Pakaian Musnah Dijilat Api, Pemilik Jakel Reda Dengan Ketentuan Ilahi SHAH ALAM — Pemilik gedung tekstil terkemuka, Jakel di cawangan Shah Alam Seksyen 7 reda menanggung kerugian selepas gedung tersebut terlibat dalam kebakaran awal pagi tadi. Memetik laporan Sinar Harian, kebakaran yang berlaku itu difahamkan merebak dengan pantas sehingga […]

Maghribi Bakal Larang Kemasukan Pengembara Dari China, Kanada Perkenal Syarat Ujian Saringan COVID-19
Maghribi Bakal Larang Kemasukan Pengembara Dari China, Kanada Perkenal Syarat Ujian Saringan COVID-19 ANKARA, 1 Jan (Bernama) — Maghribi bakal mengenakan larangan masuk kepada pelancong dari China mulai 3 Jan berikutan peningkatan kes COVID-19, menurut kenyataan Kementerian Luar pada Sabtu. “Pihak Berkuasa Maghribi memutuskan untuk melarang akses ke wilayah Maghribi kepada semua pengembara yang datang dari China tanpa […]

Polis Kerjasama Dengan SKMM, Siasat Ketulenan Video Ceroboh Menara Merdeka 118
Polis Kerjasama Dengan SKMM, Siasat Ketulenan Video Ceroboh Menara Merdeka 118 Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan ketulenan video tular menunjukkan sepasang individu dipercayai warga Rusia yang dikatakan menceroboh Menara Merdeka 118, pada Rabu lalu, lapor Sinar Harian. Ekoran video tersebut tular di media sosial, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata […]