Berita

Kapal Tentera Laut Thailand Karam: Angka Korban Meningkat Kepada 18
Angka korban tragedi kapal tentera laut Thailand yang karam di perairan negara itu pada Ahad lalu telah meningkat kepada 18 orang setakat ini, memetik laporan terkini CNN. Sebelum ini, kapal His Thai Majesty’s Ship (HTMS) Sukhothai dilaporkan karam dalam cuaca buruk pada awal Isnin sehingga menyebabkan berpuluh-puluh anak kapalnya hilang di teluk Thailand. Dalam perkembangan […]

Rumah Penduduk Kampung Tersang Semakin Reput Akibat Banjir
PASIR MAS, 26 Dis (Bernama) — Beberapa mangsa banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini menyatakan kebimbangan apabila rumah mereka yang diperbuat daripada kayu, kini reput akibat sering ditenggelami banjir. Che Ali Che Mud, 60, berkata sejak dua tahun lalu rumah pusaka yang didiaminya sering ditenggelami banjir, menyebabkan dinding dan lantai mulai runtuh. “Kerana […]

Mohamad Faisal Mahu Terus Jadi ‘Mesin Gol’ Ketika Bertemu Vietnam
HANOI, 26 Dis (Bernama) — Pemain sayap sensasi negara Mohamad Faisal Abdul Halim mempunyai misi serampang dua mata pada perlawanan ketiga Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh di sini esok. Mohamad Faisal, yang meledak keseluruhan tiga gol untuk muncul penjaring terbanyak bersama kejohanan setakat ini, berazam melebarkan […]

Notis Batal Lesen Akan Dikeluarkan Kepada Premis Tular Tikus Menikmati Ayam Goreng – MPAJ
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) — Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) yang berkuat kuasa serta-merta akan dikeluarkan ke atas sebuah premis makanan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) susulan isu tular di media sosial mengenai seekor tikus dilihat menikmati ayam goreng di premis berkenaan. Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata langkah itu […]

Sergio Aguero Berseloroh Buat “Comeback” Lepas Tengok Aksi Pemain Malaysia Menentang Laos
Sergio Aguero Berseloroh Buat “Comeback” Lepas Tengok Aksi Pemain Malaysia Menentang Laos Pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero telah mencuri tumpuan peminat bola sepak apabila berjaya memberikan jaringan sulung buat Malaysia dalam perlawanan Piala AFF 2022 menentang Laos pada Sabtu lalu. Rata-rata peminat bola sepak turut memuji prestasi pemain berusia 28 tahun itu. Dalam pada itu, […]

Rumah Persatuan Orang Cacat JB Terbakar, Penjaga Melecur
JOHOR BAHRU, 26 Dis (Bernama) — Seorang penjaga Rumah Persatuan Orang Cacat Johor Bahru melecur di bahagian badan susulan kebakaran di rumah tersebut di Jalan Ahad, Kampung Ungku Mohsin, di sini pagi tadi. Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Faiz Suleiman berkata lelaki berusia 64 tahun itu melecur 30 […]

Tanah Runtuh Di Batang Kali Kejadian Kedua Terbesar Libatkan Jumlah Mangsa Maut
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) — Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali dekat sini pada 16 Dis lepas merupakan kejadian kedua terbesar melibatkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1993 yang mengorbankan 48 nyawa. Tragedi pada kira-kira pukul 2.30 pagi 16 Dis itu, membabitkan 92 mangsa, […]

Peluang Pan Gon, Pemain Sempurnakan ‘Urusan Belum Selesai’ Berdepan Vietnam
HANOI, 26 Dis (Bernama) — Adakah sentuhan ‘magis’ pengendali skuad kebangsaan Kim Pan Gon akan berterusan sekali gus membantu Malaysia merentap ego Vietnam di gelanggang keramat mereka di Stadium Nasional My Dinh di sini, malam esok? Rekod pertemuan cemerlang yang berpihak Vietnam menjadikan persoalan itu sukar dijawab tatkala debaran pertembungan kedua-dua pasukan yang bakal membuat perhitungan pada perlawanan penting […]

“All The Best,” Borussia Dortmund Ucap Selamat Maju Jaya Buat Skuad Harimau Malaya Dalam Piala AFF
“All The Best,” Borussia Dortmund Ucap Selamat Maju Jaya Buat Skuad Harimau Malaya Dalam Piala AFF Kelab bola sepak Jerman, Borussia Dortmund menarik perhatian warganet Malaysia selepas mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Malaya dalam menempuh kejohanan Piala AFF 2022. Ucapan itu telah dimuatnaik menerusi akaun rasmi kelab terbabit di Facebook. “BVB mengucapkan selamat […]

Al Nassr FC Masih Menunggu Keputusan Ronaldo
BERLIN, 26 Dis (Bernama) — Kelab bola sepak Arab Saudi Al Nassr FC masih menunggu keputusan bintang sensasi Cristiano Ronaldo sama ada bersetuju untuk menyertai kelab berkenaan, kata pengarahnya Marcelo Salazar, lapor STATS Perform/dpa. Ronaldo, 37, pada November lalu telah pun meninggalkan kelab Manchester United. Al Nassr mula mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat pemain itu […]

Pengecas “Phone” Dipercayai Terbakar, Pesawat Bawa 127 Orang Penumpang Terpaksa Dikosongkan
Pengecas “Phone” Dipercayai Terbakar, Pesawat Bawa 127 Orang Penumpang Terpaksa Dikosongkan NEW YORK – Kira-kira 127 orang terpaksa mengosongkan pesawat selepas pengecas telefon seorang penumpang dilapor terbakar hingga menyebabkan berlakunya keadaan menjadi cemas. Memetik laporan Mirror UK, anggota kecemasan telah berjaya menyelamatkan penumpang dan mengosongkan pesawat 662 JetBlue di Lapangan Terbang Antarabangsa JFK di New […]

Air Pasang: Enam Beranak Bermalam Dalam Kereta
SANDAKAN, 26 Dis (Bernama) — Bimbang laluan ke rumahnya terjejas akibat fenomena air pasang di sebuah perkampungan atas air di sini, sebuah keluarga enam beranak mengambil langkah bermalam dalam kereta sebagai langkah keselamatan malam tadi. Riden Abdul Mutalib, 43, berkata dia sekeluarga keluar rumah yang berkedudukan hampir dengan kawasan darat di Kampung Forest kira-kira 9 malam apabila […]

Kajian Terbaru Dapati Menara Condong Pisa Semakin Menegak
Kajian Terbaru Dapati Menara Condong Pisa Semakin Menegak Kajian terbaru mendapati bahawa menara terkenal di Itali iaitu Menara Condong Pisa dilaporkan semakin berada dalam keadaan menegak iaitu sebanyak 1.6 inci sejak dua dekad yang lalu. Memetik laporan Daily Mail, walaupun bangunan tersebut dianggap unik, namun ia telah membimbangkan jurutera dan ahli sejarah yang sudah berusaha […]

Lebih 7,000 Mangsa Banjir Berlindung Di PPS Pagi Ini
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) — Sebanyak 7,054 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan Kelantan, Terengganu, Perak dan Sabah, setakat 8 pagi ini. Selain itu, hampir 1,500 penduduk di pesisir pantai di Sabah terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan ke PPS setakat ini, berikutan fenomena air pasang besar. Di […]

Hospital Balik Pulau Cari Waris Dua Mayat Tidak Dituntut
BALIK PULAU, 25 Dis (Bernama) — Hospital Balik Pulau (HBP) sedang mengesan ahli keluarga atau waris kepada dua lelaki warga emas yang meninggal dunia baru-baru ini dan mayatnya masih ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik hospital itu kerana tidak dituntut. HBP dalam kenyataan media berkata mayat pertama dikenali sebagai Abu Bakar Mohamed Sheriff, 63, beralamat terakhir […]

Pelarian Rohingya Mendarat Di Indonesia Selepas Sebulan Terkandas Di Laut
JAKARTA, 25 Dis (Bernama) — Berpuluh-puluh pelarian Rohingya mendarat di pesisir pantai Aceh, Indonesia pada Ahad selepas pertubuhan kemanusiaan menuntut agar mereka dibenarkan mendarat selepas terkandas di lautan selama sebulan, lapor dpa. Agensi berita Antara melaporkan bahawa 57 lelaki Rohingya tiba di pesisir pantai Aceh dan sebahagian daripada mereka dilaporkan sakit. Bagaimanapun, tiada laporan mengenai pelarian […]

Ribut Salji ‘Gergasi’ Landa US, Suhu Menjunam Dalam Masa 30 Minit
Penduduk Amerika Syarikat (US) kini sedang berdepan dengan ‘serangan’ ribut salji seakan taufan bom yang mengancam nyawa, selain kilat dan banjir yang berlaku pada Jumaat, lapor The Guardian. Fenomena alam yang ‘mengganas’ tersebut dilapor melumpuhkan bekalan elektrik, sekali gus mengakibatkan kira-kira 1.4 juta rumah dan kedai terjejas dan terpaksa ‘bergelap’. Tidak kurang juga, 5,700 penerbangan […]

Manuskrip Lama Didakwa Salinan Taurat Berusia 700 Tahun Dirampas Di Turkiye
Sebuah manuskrip lama didakwa salinan Taurat berusia kira-kira 700 tahun dirampas oleh sepasukan polis dalam kejadian di daerah Bulancak, Giresun di Turkiye pada Khamis, lapor akhbar Daily Sabah. Difahamkan, rampasan dibuat selepas pasukan polis berkenaan mendapat maklumat mengenai penjualan manuskrip itu yang dilakukan oleh seorang individu. Menurut Daily Sabah, suspek dilapor membuat penjualan manuskrip bersejarah […]

Rayuan Derma Darah: Target 50 Beg, Tapi Setakat Dua Jam Baru Dapat 4 Beg
Pusat Darah Negara (PDN) Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang melaksanakan kempen derma darah yang melibatkan 13 lokasi berbeza di pada hari ini dan esok. Bagi lokasi tumpuan utama yang dikunjungi ramai seperti di sebuah pusat beli-belah di Taman Melawati, sebanyak 50 beg darah disasarkan PDN untuk sesi hari ini yang bermula pada 11 pagi. Bagaimanapun […]

Kereta Bolos, ‘Cium’ Lantai ‘Mall’ Di Kota Kinabalu
Kereta Bolos, ‘Cium’ Lantai ‘Mall’ Di Kota Kinabalu Satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan berlaku di tempat letak kereta di sebuah kompleks beli-belah di Kota Kinabalu, Sabah sebentar tadi, lapor Info Kemalangan dan Bencana Malaysia. Dalam satu hantaran, laman Facebook itu berkata setakat ini maklumat semasa mengenai kejadian tersebut masih tidak diketahui dan jenis kenderaan serta […]