Berita

Cuaca Buruk: Wanita Maut Dihempap Pokok, Air Laut Melimpah Di Sabah
KOTA KINABALU, 22 Dis (Bernama) — Cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan mengakibatkan seorang wanita maut akibat dihempap pokok di Papar manakala air pasang melimpah ke Jalan Tun Fuad Stephen di sini petang ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Misran Bisara berkata mangsa, Katizah Juani, 55, meninggal dunia dihempap sebatang pokok ara […]

Gagal Dihubungi, Misi Robot Pendarat InSight NASA Di Marikh Dihentikan
Gagal Dihubungi, Misi Robot Pendarat InSight NASA Di Marikh Dihentikan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) secara rasmi telah mengumumkan penamatan misi pendarat robotik InSight pada Rabu lalu. Menurut NASA, InSight gagal dihubungi dalam dua percubaan berturut-turut yang dilakukan oleh pihak mereka. InSight atau lebih dikenali sebagai Misi Penerokaan Dalaman menggunakan Penyiasatan Seismik, Geodesi dan […]

Peguam Indonesia Kagum Dengan Intelektual PM, “Bisa Petik Ayat Al-Quran, Shakespeare Dalam Satu Nafas”
Peguam Indonesia Kagum Dengan Intelektual PM, “Bisa Petik Ayat Al-Quran, Shakespeare Dalam Satu Nafas” Seorang peguam Indonesia, Jansen Sitindaon menzahirkan rasa kagumnya terhadap cara penyampaian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam persidangan Parlimen Malaysia baru-baru ini. Jansen, yang juga merupakan Wakil Setiausaha Agung Parti Demokrat Indonesia berkongsi perasaannya itu menerusi satu ciapan […]

Air Pasang Besar Dijangka Bermula Esok, 44 Kampung Di Terengganu Berisiko Dilanda Banjir
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu memaklumkan bahawa 44 buah kampung di Terengganu berisiko mengalami banjir akibat air pasang besar yang dijangka berlaku mulai 23 Disember (esok). Menurut JPS, antara kawasan yang terlibat adalah Pantai Rusila, Muara Sungai Besut, Muara Sungai Setiu, Muara Sungai Merang, Muara Sungai Terengganu, Muara Sungai Ibai, Muara Sungai Merchang, […]

Siap Kongsi Gambar Dikafan, Wanita Dipercayai Pura-Pura Meninggal Dunia Kerana Tak Mahu Bayar Hutang
Siap Kongsi Gambar Dikafan, Wanita Dipercayai Pura-Pura Meninggal Dunia Kerana Tak mahu Bayar Hutang Dipercayai tidak mahu melunaskan hutang, seorang wanita didakwa berpura-pura meninggal dunia dalam kejadian di Medan, Indonesia baru-baru ini. Memetik laporan Merdeka.com, perkara itu telah didedahkan oleh satu pemilik akaun di Facebook yang juga merupakan pemiutang kepada wanita itu. Difahamkan, pada mulanya […]

Polis Nafi Dakwaan Pemilik Akaun Twitter Dolla Dalam Kejadian Di Puchong
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Polis hari ini menafikan dakwaan seorang pemilik akaun Twitter bahawa beliau dan tiga rakannya telah ditahan tiga individu yang didakwa menyamar sebagai polis, dalam kejadian di Puchong, Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A Anbalagan dalam kenyataan di sini berkata sebaliknya ketiga-tiga individu itu adalah anggota polis sebenar […]

Tular Khabar Angin Dakwa Ronaldo Setuju Pindah Ke Kelab Arab Saudi, Al-Nassr
Tular Khabar Angin Dakwa Ronaldo Setuju Pindah Ke Kelab Arab Saudi, Al-Nassr Khabar angin yang bertiup kencang kini mendakwa Ronaldo dilapor sudahpun menyatakan persetujuan untuk mengikat kontrak dengan kelab Arab Saudi, Al-Nassr. Kelab berkenaan juga dilaporkan yakin bahawa semua urusan termasuk dokumentasi akan dilengkapkan menjelang hujung tahun ini. Memetik laporan Goal, pemenang lima kali Ballon […]

Kementerian Wilayah Persekutuan Distruktur Jadi Jabatan Wilayah Persekutuan, Kini Dibawah JPM
PUTRAJAYA, 22 Dis (Bernama) — Kementerian Wilayah Persekutuan yang distruktur semula dari segi pentadbiran kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan dikenali sebagai Jabatan Wilayah Persekutuan. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam hantaran di Facebooknya hari ini berkata beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberi taklimat berhubung […]

Hentikan Anjur Majlis Besar-Besaran – PM Anwar
PUTRAJAYA, 22 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu agensi kerajaan menghentikan penganjuran majlis besar-besaran serta pembelian pakaian baharu bagi sesuatu majlis untuk mengelak pembaziran perbelanjaan. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya amalan itu dapat dihentikan, peruntukan yang digunakan untuk tujuan tersebut dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan. “Tiap agensi perlu […]

Messi Mungkin Jadi Penerima Kedua Trofi Super Ballon d’Or, Anugerah Paling “Rare” Bola Sepak
Messi Mungkin Jadi Penerima Kedua Trofi Super Ballon d’Or, Anugerah Paling “Rare” Bola Sepak Kejayaan Argentina menjulang Piala Dunia FIFA Qatar 2022 baru-baru ini masih menjadi topik perbualan hangat hingga ke hari dan salah satunya adalah berkenaan persembahan menakjubkan tonggak utamanya, Lionel Messi. Pada usia 35 tahun, Messi menampilkan persembahan persis ‘alien’ apabila berjaya menjaringkan […]

Perak Umum Bonus Satu Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM 2k Untuk Penjawat Awam Negeri
Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad mengumumkan bahawa kerajaan negeri Perak bakal memberikan Bantuan Khas Kewangan dengan nilai satu setengah bulan gaji atau minimum RM2,000 kepada penjawat awam negeri. Perkara berkenaan dirujuk berdasarkan berita ringkas dimuat naik oleh BERNAMA sebentar tadi. Berita lanjut bakal menyusul Sumber: Bernama

Tanah Runtuh: Hanya Seorang Lagi Mangsa Belum Ditemui – Polis Selangor
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Memasuki hari ketujuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, dekat Batang Kali, hanya seorang kanak-kanak lelaki masih belum ditemukan. Data baharu itu diperoleh selepas polis hari ini mengesahkan jumlah rasmi dan sebenar kesemua mangsa terlibat adalah seramai 92 orang […]

Angin Kencang, Ombak Besar, Hujan Berterusan Di Pantai Timur, Sabah & Sarawak Sehingga 27 Dis
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca signifikan di negeri-negeri Pantai Timur, Sabah dan Sarawak serta perairan Laut China Selatan bermula 23 Disember sehingga 27 Disember. Ramalan ini dibuat berdasarkan analisis model-model cuaca, fenonema luruan monsun yang sedang berlaku kini dijangka berlarutan sehingga 27 Disember 2022. Ia juga memiliki potensi untuk membawa fenomena angin kencang, […]

Kediaman Bawah RM300k Di Putrajaya Diberikan Potongan Cukai Taksiran 30 Peratus Mulai 1 Jan 2023 – PM
Kediaman Bawah RM300k Di Putrajaya Diberikan Potongan Cukai Taksiran 30 Peratus Mulai 1 Jan 2023 – PM Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa semua kediaman yang berharga di bawah RM300 ribu akan diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah taksiran yang dikenakan. Menurutnya, pengurangan tersebut selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan bebanan […]

Pelbagai Pihak Tampil Sumbang Makanan Untuk Anjing Pengesan K9
BATANG KALI, 22 Dis (Bernama) — Ketangkasan anjing unit pengesan (K9) yang bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini sehingga ada yang terpaksa direhatkan kerana kelesuan mengundang simpati banyak pihak. Hari ini beberapa pihak tampil menyumbang 16 beg makanan sebagai tanda sokongan dan menghargai kelibat wira tak didendang […]

Pencipta Resipi Ayam Tikka Masala, Ali Ahmed Aslam Meninggal Dunia
Pencipta Resipi Ayam Tikka Masala, Ali Ahmed Aslam Meninggal Dunia Seorang tukang masak yang dipercayai telah mencipta masakan ayam tikka masala dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 77 tahun, lapor The Guardian. Kematian Ali Ahmed pada hari Isnin lalu diumumkan oleh restoran miliknya yang bernama Shish Mahal di Glasgow. Restoran itu dilaporkan ditutup selama 48 […]

Budak Lelaki 5 Tahun Nyaris Maut, Tertelan 52 Biji Bebola Magnet
Budak Lelaki 5 Tahun Nyaris Maut, Tertelan 52 Biji Bebola Magnet Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun nyaris maut akibat menelan lebih 50 biji bola magnet mainan. Menurut Daily Star, insiden itu telah menyebabkan dia terpaksa menjalani satu pembedahan kecemasan untuk mengeluarkannya, lapor Daily Star. Difahamkan Jule Foley mula mengalami sakit perut pada Ogos lalu […]

Mayat Seorang Lelaki Tanpa Identiti Ditemukan Dalam Roda Pesawat
Mayat Seorang Lelaki Tanpa Identiti Ditemukan Dalam Roda Pesawat Mayat seorang lelaki telah ditemui di ruang roda sebuah kapal terbang yang melakukan penerbangan dari Gambia ke Britain, kata pihak berkuasa Gambia pada minggu ini. Berdasarkan laporan CBS News, mayat lelaki kulit hitam yang tidak dikenali itu ditemui dalam kapal terbang yang dikendalikan oleh TUI Airways. […]

Banjir: Tiada Keperluan Isytihar Darurat Iklim Ketika Ini – Saifuddin
Banjir: Tiada keperluan isytihar darurat iklim ketika ini – Saifuddin TANAH MERAH, 22 Dis (Bernama) — Belum ada keperluan untuk kerajaan mengisytiharkan darurat iklim ketika ini susulan beberapa negeri terjejas teruk akibat banjir, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata untuk mengisytiharkan darurat iklim, beberapa proses dan penilaian tertentu perlu dilakukan oleh […]

Amang Seksual Fizikal Terhadap Remaja Lelaki: PU Azman Didakwa Lagi
Amang Seksual Fizikal Terhadap Remaja Lelaki: PU Azman didakwa lagi SHAH ALAM, 22 Dis (Bernama) — Selepas dituduh di tiga mahkamah berasingan di Seremban, Klang dan Ampang bagi 10 pertuduhan berkaitan jenayah seksual, pendakwah selebriti Azman Syah Alias hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap […]