Berita

Berita
Tiada Campur Tangan Dalam Kes Mahkamah Libat Jemaah Menteri – PM Anwar
Tiada Campur Tangan Dalam Kes Mahkamah Libat Jemaah Menteri – PM Anwar KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak akan mengganggu sebarang proses undang-undang melibatkan Jemaah Menteri yang terlibat dengan kes mahkamah. Anwar berkata beliau telah memaklumkan kepada Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara bahawa negara ini […]
Berita
ChatGPT Gagal Dalam Peperiksaan Darjah Enam Di Singapura
ChatGPT Gagal Dalam Peperiksaan Darjah Enam Di Singapura Semasa bot yang dikuasai kepintaran buatan ini mula menjadi tular dalam kalangan penduduk bumi, ChatGPT diminta untuk menyelesaikan pelbagai soalan daripada pelbagai peperiksaan penting. Kebanyakan hasilnya menampilkan kejayaan laman bot tersebut untuk melepasi setiap peperiksaan. Namun begitu, tiada siapa yang sangka bahawa ChatGPT telah ditumpaskan dengan soalan […]
Berita
Kes Denggi Meningkat Minggu Lepas – KKM
Kes Denggi Meningkat Minggu Lepas – KKM PUTRAJAYA, 21 Feb (Bernama) — Sebanyak empat kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu epidemiologi ketujuh 2023 iaitu pada 12-18 Feb, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau dalam kenyataan hari ini berkata sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, berbanding 1,967 […]
Berita
MCMC Akan Buka Kertas Siasatan Terhadap Awesome TV
MCMC Akan Buka Kertas Siasatan Terhadap Awesome TV PUTRAJAYA, 21 Feb (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membuka satu kertas siasatan terhadap saluran televisyen tempatan, Awesome TV, susulan laporan berita yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan. Menerusi kenyataan hari ini, MCMC berkata kertas siasatan itu dibuka di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi […]
Luar Negara
Wanita Dakwa Temui Syiling Lama Bernilai Lebih RM100,000
Wanita Dakwa Temui Syiling Lama Bernilai Lebih RM100,000 CANBERRA — Seorang pencuci dilaporkan telah menemui syiling lama dipercayai berasal dari tahun 1930-an yang bernilai RM177,200 ($40,000) sewaktu membersihkan rumah. Memetik Daily Mail, Charlotte Bosanquet, 20, bersama pasukannya dari Care Cleaning Services Sydney ketika itu sedang membersihkan lantai rumah seorang wanita. Dia secara kebetulan menemui syiling […]
Projek Jana Wibawa: Wan Saiful, Ahli Perniagaan Dihadap Ke Mahkamah
Projek Jana Wibawa: Wan Saiful, Ahli Perniagaan Dihadap Ke Mahkamah KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung projek Jana Wibawa. Wan Saiful, 48, dan Adam Radlan, […]
Berita
Artis Manga, Leiji Matsumoto Meninggal Dunia
Artis Manga, Leiji Matsumoto Meninggal Dunia Pencipta manga dan anime terkenal Jepun, Leiji Matsumoto atau nama sebenarnya Akira Matsumoto telah meninggal dunia pada usia 85 tahun. Menurut kenyataan studionya, Studio Leijisha, beliau meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung pada 13 Februari. Matsumoto sangat dikenali melalui karya-karya fiksyen sains epik, termasuk Galaxy Express 999, Queen Emeraldas dan […]
Berita
Terselamat Dari Gempa, Keluarga Maut Dalam Kebakaran
Terselamat Dari Gempa, Keluarga Maut Dalam Kebakaran Sebuah keluarga asal Syria dilapor maut dalam kebakaran di rumah yang baru diduduki mereka, selepas terselamat dari bencana gempa bumi Turkiye sebelum ini. Mangsa yang maut merupakan ibu dan ayah serta lima adik beradik. Menurut laporan Anadolu Agency, lima beradik yang maut berusia diantara empat hingga 13 tahun. […]
Berita
Polis Sahkan Lelaki Tikam Pesakit Mengamuk Sebelum Tiba Di Hospital
Polis Sahkan Lelaki Tikam Pesakit Mengamuk Sebelum Tiba Di Hospital Polis mengesahkan seorang pesakit mental yang menikam lelaki di Hospital Selayang, dipercayai melakukan perbuatan agresif di rumah kakaknya sebelum tiba pusat perubatan. Memetik Awani, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata selepas suspek ditenangkan di rumah, dia kemudian dibawa ke hospital bersama ahli […]
Berita
Papua New Guinea: Profesor Australia Ditahan, Dijadikan Tebusan
Papua New Guinea: Profesor Australia Ditahan, Dijadikan Tebusan Lawatan sambil belajar bertukar ngeri apabila beberapa penyelidik termasuk ahli akademik tempatan dan seorang profesor warga Australia dilaporkan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata api di Papua New Guinea (PNG). Lapor BBC, Perdana Menteri PNG James Marape berkata pihak berkuasa sedang berhubung dengan penculik dan berharap tebusan dibebaskan […]
Luar Negara
Misteri, Beratus-ratus Burung Hitam Jatuh Dari Langit
Misteri, Beratus-ratus Burung Hitam Jatuh Dari Langit Bagaikan dalam siri Netflix, Dark, ratusan ekor burung hitam berkepala kuning dilapor bertaburan jatuh dari langit dalam kejadian di Chihuahua, Mexico minggu lalu. Menurut CBS News, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5 pagi 7 Februari lalu melibatkan sekumpulan burung yang sedang berhijrah ke Mexico dari utara Kanada. Rakaman […]
Berita
Misteri ‘Makhluk’ Didakwa Ikan Duyung Terbongkar, Rupanya Buatan Manusia
Misteri ‘Makhluk’ Didakwa Ikan Duyung Terbongkar, Rupanya Buatan Manusia Selama hampir 300 tahun kebingungan, para saintis akhirnya menemukan jawapan kepada misteri berabad-abad mengenai satu mumia ikan duyung yang berukuran 12 inci. Lapor The Sun, sebenarnya makhluk itu merupakan bahan buatan manusia yang diperbuat daripada kertas, kain dan kapas. Difahamkan, makhluk itu didakwa ditangkap di Lautan […]
Berita
APM Tangkap Ular Di Rumah PM
APM Tangkap Ular Di Rumah PM KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal rumah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Sungai Long, Kajang malam ini. Koperal Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat Mior Norazlan Safian berkata empat anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima […]
Berita
Arab Saudi Dilapor Bakal Bina Pusat Bandar Terbesar Di Riyadh
Arab Saudi Dilapor Bakal Bina Pusat Bandar Terbesar Di Riyadh New Murabba dilaporkan bakal menjadi pusat bandar moden terbesar di dunia yang akan dibina di Riyadh, Arab Saudi, lapor Arabian Business. Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman mengumumkan mengenai projek baharu itu pada Khamis lalu. Projek itu dijadualkan siap menjelang tahun 2030, yang juga ditambah […]
Berita
Kerajaan Perlu Pertimbang Baki Simpanan Pencarum KWSP
Kerajaan Perlu Pertimbang Baki Simpanan Pencarum KWSP KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Kerajaan perlu mempertimbangkan baki simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam isu pengeluaran wang KWSP. Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) berkata baki simpanan pencarum semakin membimbangkan selepas beberapa kali pengeluaran khas itu dibenarkan sejak negara berdepan pandemik COVID-19, dengan ada yang mempunyai […]
Berita
Kenapa Tergesa-gesa Untuk Dengar Rayuan Najib – Shafee
Kenapa Tergesa-gesa Untuk Dengar Rayuan Najib – Shafee PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa bekas peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Hisyam Teh Poh Teik “dipaksa” terus mewakili bekas perdana menteri itu dalam rayuan kes babitkan dana SRC International Sdn Bhd, walaupun peguam itu memohon untuk menarik diri. Peguam […]
Berita
Seleweng Zakat Mains: Kertas Siasatan Dihantar TPR Selewat-lewatnya Minggu Depan
Seleweng Zakat Mains: Kertas Siasatan Dihantar TPR Selewat-lewatnya Minggu Depan SEREMBAN, 20 Feb (Seremban) — Kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) selewat-lewatnya minggu depan. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata ketika ini pihaknya […]
Berita
Polis Tumpas Sindiket Edar Heroin Bernilai RM4.05 Juta
Polis Tumpas Sindiket Edar Heroin Bernilai RM4.05 Juta SHAH ALAM, 20 Feb (Bernama) — Polis merampas dadah jenis heroin seberat kira-kira 46.7 kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM4.05 juta, selepas menahan tiga lelaki di sekitar Klang dan Kupang, Kedah, Rabu lepas. Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S.Sasikala Devi berkata pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman […]
Kes Bella: Siti Bainun Lantik Semula Seorang Peguam Pernah Mewakilinya
Kes Bella: Siti Bainun Lantik Semula Seorang Peguam Pernah Mewakilinya KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali melantik semula seorang daripada lima peguam yang sebelum ini menarik diri daripada mewakilinya, untuk mengendalikan prosiding membela dirinya atas tuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. Siti Bainun, […]
Berita
Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS
Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Nilai ringgit kembali pulih dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan minat belian yang diperbaharui menjelang pengumuman minit yang dijadualkan daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS dan data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) minggu ini, kata seorang penganalisis. Pada 9 […]