Berita

Bantuan Khas Kewangan RM1,500 Untuk Penjawat Awam Kelantan
KOTA BHARU, 30 Nov (Bernama) — Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam di negeri itu. Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bantuan itu akan diberi Januari tahun depan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka. “Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas kewangan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM13 juta […]

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Wall Street Pamer Sentimen Bercampur-Campur
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan kerugian semalam untuk dibuka lebih rendah pada sesi dagangan awal Rabu, manakala Wall Street mempamerkan sentimen yang bercampur-campur. Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.88 mata kepada 1,473.08 daripada 1,476.96 penutup semalam. Pasaran dibuka pada paras 1,476.22 turun sedikit […]

Tak Pernah Dilihat Sebelum Ini, Saintis Dilapor Temui Dua Mineral Baharu Dalam Meteorit Seberat 14 Tan
Tak Pernah Dilihat Sebelum Ini, Saintis Dilapor Temui Dua Mineral Baharu Dalam Meteorit Seberat 14 Tan Saintis dilaporkan telah menemui dua mineral dalam meteorit seberat 14 tan yang terhempas dua tahun lalu di Somalia. Penemuan itu dikatakan belum pernah dilihat sebelum ini. Memetik Daily Mail, batu angkasa itu dianggarkan mempunyai kepadatan dua kali ganda daripada […]

Usahawan Matawang Kripto & Billionaire Rusia Maut Helikopter Dinaiki Terhempas
Usahawan Matawang Kripto & Billionaire Rusia Maut Helikopter Dinaiki Terhempas Seorang billionaire Rusia, Vyacheslav Taran, 53, dilapor meninggal dunia apabila helikopter yang dinaikinya terhempas berdekatan Monaco ketika cuaca cerah. Memetik laporan Dailymail, helikopter yang dinaikinya terhempas berdekatan bandar resort Villefranche-sur-Mer selepas berlepas dari Lausanne, Switzerland. Mendiang dilapor bertolak dari Lausanne bersama seorang juruterbang yang berpengalaman […]

Ratusan Bangkai Ikan Terdampar Gemparkan Pengunjung Pantai, Dikaitkan Petanda Amaran Pemanasan Global
Ratusan Bangkai Ikan Terdampar Gemparkan Pengunjung Pantai, Dikaitkan Petanda Amaran Pemanasan Global Pengunjung pantai dan penduduk tempatan di Semaphore, di bandar Adelaide, Australia digemparkan dengan insiden ratusan ikan terdampar di persisiran pantai berkenaan, dalam kejadian yang berlaku pada minggu lepas. Keberadaan kumpulan ikan itu yang kebanyakkan sudah mati menyebabkan pantai berkenaan menjadi kotor dan menimbulkan […]

Tiga Orang Dilapor Berjaya Diselamatkan Lepas 11 Hari Bertenggek Bawah Kapal
Tiga Orang Dilapor Berjaya Diselamatkan Lepas 11 Hari Bertenggek Bawah Kapal LAS PALMAS — Tiga orang berjaya diselamatkan oleh pegawal pantai Sepanyol selepas 11 hari ‘bertenggek’ di atas kemudi sebuah kapal yang tiba di Kepulauan Canary. Memetik CNN News, gambar yang disebarkan oleh pengawal tersebut pada Ahad lalu mendedahkan tiga orang pendatang yang berada di […]

Jejas Bahan Bukti, Hampir 200kg Rampasan Ganja Didakwa Telah Dimakan Tikus
Jejas Bahan Bukti, Hampir 200kg Rampasan Ganja Didakwa Telah Dimakan Tikus MATHURA — Dianggarkan hampir 200 kilogram ganja dilaporkan dimakan oleh tikus di Uttar Pradesh, India, lapor BBC News. Mahkamah Negeri Uttar Pradesh telah meminta pihak polis untuk mengemukakan rampasan tersebut sebagai bukti dalam kes pengedaran dadah. Dalam kes itu, Hakim Sanjay Chaudhary meminta pihak […]

Mechamato Movie Promosikan Budaya Malaysia, Di Peringkat Global Pada 2023
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Mechamato Movie, filem animasi 3D keluaran tempatan yang mempamerkan budaya dan nilai Malaysia bakal ditayangkan di pawagam antarabangsa pada 2023. Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta) Nizam Abd Razak yang merupakan penulis dan juga pengarah filem itu berkata Mechamato Movie yang akan ditayangkan serentak pada 8 Dis ini di pawagam seluruh Malaysia dan […]

Zamsaham Mahu Sunting Jurulatih Dari Korea Selatan Kemudi Kelantan FC
Pemilik Kelantan Football Club (FC), Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menyatakan hasratnya untuk menyunting jurulatih dari Korea Selatan bagi memimpin The Red Wariors (TRW) Liga Super musim depan. Difahamkan, pasukan itu masih mencari jurulatih selepas memutuskan tidak mengekalkan Rezal Zambery Yahya sebagai pengendali TRW. Sebelum ini, media melaporkan Zamsaham telah menyatakan hasratnya untuk […]

Disindir Netizen ‘Tolak Mercedes Tapi Pakai Kasut Mahal’, Ini Balas PM Anwar
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dirinya menolak untuk menggunakan kenderaan mewah berjenama Mercedes sebagai pengangkutan rasmi hingga mendapat perhatian umum. Kata Anwar, beliau sebaliknya memilih untuk menggunakan aset kerajaan yang sudah sedia ada untuk kegunaan rasmi hariannya. Oleh itu, ramai yang mengangumi langkah dan sifatnya yang sering memikirkan cara untuk bersederhana […]

Lelaki Perkasa ‘Relaks’ Junjung Motosikal Atas Kepala Sambil Panjat Tangga
Lelaki perkasa ‘relaks’ junjung motosikal atas kepala sambil panjat tangga Sebuah klip video tular di media sosial di India berikutan kegagahan seorang lelaki yang menjunjung sebuah motosikal di atas kepalanya sambil memanjat tangga, lapor laman berita India Times. Berdasarkan video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter itu, lelaki tersebut dilihat sedang berjalan di tepi […]

Cemas Anak Terlibat Kemalangan, Sharifah Shahirah Tak Henti Doa
Seorang pelakon berkongsi detik cemas apabila mendapat tahu anak lelakinya terlibat dalam kemalangan sebuah bas merempuh treler, semalam. Mangsa dikenali sebagai Airell Zulkifli, 18 tahun iaitu anak kepada pelakon, Sharifah Shahirah dikatakan menaiki bas tersebut untuk menuju ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, keadaan anaknya dilaporkan berada dalam keadaan baik, biarpun mengalami cedera ringan di muka, kaki […]

Legenda Bola Sepak Kelantan, Mohd Hashim Mustapha Meninggal Dunia
Bekas pemain legenda bola sepak Kelantan Mohd Hashim Mustapha menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.25 malam tadi pada usia 57 tahun, lapor Sinar Harian. Difahamkan, beliau meninggal dunia di sisi keluarganya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. “Urusan pengkebumian akan dilakukan pada esok (Rabu), ” kata menantunya Mohd Nizab […]

Pencuri Rantai Emas Larikan Diri, Sanggup Redah Sungai 100 Meter Dipenuhi Ular
Pencuri Rantai Emas Larikan Diri, Sanggup Redah Sungai 100 Meter Dipenuhi Ular Seorang lelaki yang mencuri seutas rantai emas bernilai RM19,000 dari sebuah kedai emas berhampiran balai Polis di Chiang Rai, Thailand sanggup berenang melarikan diri merentasi sungai yang dipenuhi ular ke Myanmar, lapor The Thaiger. Khaosod melaporkan, kecurian itu berlaku pada Sabtu, 26 November […]

Anwar Tuntut Ahli Parlimen Baling Mohon Maaf
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan notis tuntutan terhadap Hassan Saad, menuntut Ahli Parlimen Baling itu supaya membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung hantaran audio berbaur fitnah yang mengaitkannya sebagai ejen Israel. Anwar, 75, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan memfailkan notis tuntutan itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners hari […]

Seorang Kanak-Kanak Lelaki Maut Dipercayai Dihempap Tiang Elektrik
Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dihempap tiang elektrik ALOR SETAR, 29 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala dua lagi rakannya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai dihempap longgokan tiang elektrik di Kampung Belukar Changlun di Bukit Kayu Hitam dekat Kubang Pasu hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah […]

Disyaki ‘Sentuh’ Budak, Penduduk Hukum Lelaki Buat ‘Sit-up’ Lima Kali
Seorang lelaki hanya dihukum melakukan sit-up sebanyak lima kali atas dakwaan melakukan jenayah seksual terhadap seorang gadis berusia lima tahun dalam kejadian di Bihar, India baru-baru ini. Menurut NDTV, suspek didakwa membawa kanak-kanak itu ke ladang ayamnya berserta janji akan memberikannya coklat sebagai ganjaran. Namun apabila tiba di lokasi kejadian, suspek dikatakan tekad merogol mangsa. […]

Dua Lelaki Termasuk Warga Emas Cedera Selepas Tabung NGV Meletup
Dua lelaki termasuk warga emas cedera selepas tabung NGV meletup JOHOR BAHRU, 29 Nov (Bernama) — Dua lelaki termasuk seorang warga emas cedera dalam kejadian dipercayai berpunca daripada letupan tabung gas asli untuk kenderaan (NGV) pada lori, di sebuah stesen minyak di Jalan Langkasuka, kawasan perindustrian Dato Onn di sini, tengah hari tadi. Penolong Kanan Penguasa […]

Apple Ancam Keluarkan Twitter Daripada App Store, Kata Elon Musk
Apple ancam keluarkan Twitter daripada App Store, kata Elon Musk WASHINGTON, 29 Nov (Bernama) — Apple mengancam untuk mengeluarkan Twitter daripada kedai aplikasinya (apps store) serta meminta pengubahsuaian tertentu pada platform media sosial, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Elon Musk mengesahkan pada Isnin, lapor Sputnik. “Ya”, Musk berkata apabila ditanya sama ada Apple mengancam kehadiran Twitter atau menuntut perubahan […]

Ratusan Syarikat Di UK Daftar Untuk Bekerja 4 Hari Seminggu
Ratusan Syarikat Di UK Daftar Untuk Bekerja 4 Hari Seminggu Kira-kira 100 syarikat di United Kingdom (UK) telah mendaftar untuk polisi bekerja selama empat hari seminggu untuk kesemua pekerja tanpa pemotongan gaji, lapor NDTV. Syarikat-syarikat tersebut mempunyai sekitar 2,600 orang kakitangan dan berharap agar Kempen 4 Hari Seminggu dapat membawa perubahan transformatif dalam negara. Dalam […]