Berita

Berita
“Pergi Tengok Wayang” – Anwar
“Pergi tengok wayang” – ANWAR KAJANG, 23 Nov (Bernama) — “Pergi tengok wayang”, itu reaksi berseloroh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diajukan soalan destinasi yang ditujunya selepas keluar dari rumahnya di Sungai Long di sini hari ini. Kenderaan yang membawa Presiden PKR itu kemudian meninggalkan kediamannya pada kira-kira 11.22 pagi. Isteri Anwar iaitu Pengerusi […]
Berita
Lantikan PM: Agong Titah Majlis Raja-Raja Melayu Bermesyuarat Di Istana Negara Esok
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara akan diadakan pada hari esok, 24 November bagi membuat keputusan pelantikan calon Perdana Menteri ke-10. Perkara itu dititahkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenan Istana Negara menganjurkan perbincangan itu. Baginda YDPA bertitah sedemikian menerusi satu perutusan rasmi Istana […]
Berita
Lelaki Disyaki Ugut Bunuh Agong Ditahan
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan hantaran di media sosial membuat ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya telah menerima satu laporan daripada seorang warga tempatan kerana tidak berpuas hati melihat satu video berdurasi 15 saat yang dibuat suspek. “Hasil penelitian mendapati, […]
Hiburan
Pelakon Nad Zainal Kritikal Di ICU, Rakan Mohon Doa
Pelakon Nad Zainal berada dalam ICU dan sedang kritikal Pelakon wanita terkenal dan kecil molek Nad Zainal dilaporkan kini berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan. Berita itu dikongsikan oleh rakan artis Ungku Ismail dalam muat naik ‘story’ di Instagram miliknya pada tengah hari tadi. Beliau juga sempat meminta […]
Berita
Tukang – Festival Rekabentuk Dan Kraf 2022
Tourism Selangor Meraikan Bakat Kreatif dengan Misi Membangunkan Selangor sebagai Hab Industri Kreatif SELANGOR, 22 November 2022— Selangor adalah pusat bagi bakat-bakat kreatif yang telah mencipta nama di luar negara. Menyedari impak bakat kreatif dalam membina masa depan yang lebih baik untuk masyarakat; Negeri Selangor, melalui agensi pelancongan rasminya, Tourism Selangor akan menganjurkan TUKANG—Festival Rekabentuk […]
Berita
Menang Salah, Kalah Salah – FB Najib
Dalam tempoh pasca Pilihan Raya Umum yang ke-15 (PRU15) ini, terdapat tanda tanya siapa yang akan memegang jawatan Perdana Menteri (PM), susulan tiada parti yang mendapat kerusi majoriti membuatkan parlimen tergantung sehingga hari ini. Teka-teki masih belum dapat diselesaikan, lantaran itu perkara tersebut turut membuatkan laman Facebook bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘bersuara’ […]
Berita
Polis Lancar ‘Roadblock’ 24 Jam Di Lokasi-lokasi Strategik Seluruh Negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan sekatan jalan raya (SJR) atau roadblock di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara secara penugasan 24 jam bermula semalam hingga satu tarikh ditetapkan kelak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata tujuan SJR tersebut dibuat adalah sebagai kesiapsiagaan bagi menjamin tahap keselamatan. “Langkah mendirikan SJR ini adalah […]
Berita
PRU15: Penamaan Calon Parlimen Padang Serai, DUN Tioman Esok
PRU15: Penamaan calon Parlimen Padang Serai, DUN Tioman esok KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai, Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang diadakan semula secara serentak esok. PRU15 di kedua-dua kawasan berkenaan ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding iaitu M. […]
Berita
Glazers Sahkan Manchester United Dimiliki 17 Tahun Bakal Dijual
Glazers Sahkan Manchester United Dimiliki 17 Tahun Bakal Dijual Pemilik Manchester United, keluarga Glazers dilapor mengesahkan bahawa kelab bola sepak gergasi Eropah yang dimiliki mereka sejak 17 tahun lalu itu bakal dijual secara rasmi. Menurut laporan, Glazers telah memulakan proses mencari pelaburan luar, sama ada mahu menjualnya sebagai perkongsian atau pengambilalihan sepenuhnya, lapor Mirror. Pengumuman […]
Sukan
Tamat Kontrak Lebih Awal, Ronaldo Sah Tinggalkan MU
Manchester United mengesahkan bahawa pemain sensasinya, Cristiano Ronaldo bakal meninggalkan kelab itu berkuatkuasa serta-merta tidak lama lagi. Berita penamatan kontrak Ronaldo itu disiarkan menerusi satu kenyataan di laman Twitter rasmi United awal pagi tadi. “Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United dengan persetujuan bersama, berkuatkuasa serta-merta. “Kelab berterima kasih kepadanya atas sumbangan besar dalam dua musim […]
Sukan
Tewaskan Argentina, Arab Saudi Umum Cuti Peristiwa Hari Ini
Tewaskan Argentina, Arab Saudi Umum Cuti Peristiwa ARAB SAUDI – Pemerintah Arab Saudi telah mengisytiharkan cuti peristiwa pada hari ini selepas pasukan bola sepak negara itu memberi kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia menewaskan Argentina semalam. Kekalahan Argentina dalam perlawanan kumpulan pertama mereka telah mengejutkan peminat bola sepak di seluruh dunia apabila pasukan pilihan finalis […]
Politik
BN Mohon Tangguh Menghadap Agong – Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Barisan Nasional (BN) akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menangguhkan sesi menghadap yang dijadualkan esok. “Bukan amalan kita bercerita pada khalayak. Sama ada (nak) mohon penangguhan (menghadap) atau tidak, anda akan tahu esok,” kata Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada pemberita […]
Politik
PN Nafi PAS & Bersatu Rebut Jawatan MB Perak
Parti Perikatan Nasional (PN) Perak menafikan dakwaan bahawa berlaku konflik antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam perebutan jawatan Menteri Besar Perak, lapor Sinar Harian. Setiausaha parti itu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata PAS dan Bersatu di negeri itu tiada sebarang masalah berhubung jawatan menteri besar berkenaan. Tambahnya, musyawarah akan […]
Tragedi
Jokowi Lawat Daerah Cianjur, Angka Kematian Akibat Gempa Bumi Meningkat Kepada 268
JAKARTA, 22 Nov (Bernama) — Presiden Indonesia Joko Widodo pada Selasa melawat bandar Cugenang di daerah Cianjur, lokasi pusat gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter yang mengorbankan 268 orang. Beliau mengarahkan agensi mencari dan menyelamat untuk memindah dan mencari mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh. Presiden Indonesia itu turut berikrar membantu daerah berkenaan untuk membina semula infrastruktur selain mengucapkan […]
Politik
Gabungan Dua Tokoh Menteri Besar Mampu Pacu Ekonomi Perak
IPOH, 22 Nov (Bernama) — Gabungan dua tokoh politik negeri yang pernah menjadi Menteri Besar mampu melicinkan pentadbiran kerajaan yang baru dibentuk, selain dapat memajukan ekonomi demi manfaat rakyat. Pensyarah Jabatan Sejarah, Fakuliti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Dr Ishak Saat berkata rakyat kini ingin melihat impak kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) itu […]
Tragedi
Gempa Kuat 7.0 Magnitud Landa Kepulauan Solomon
Gempa Kuat 7.0 Magnitud Landa Kepulauan Solomon Satu gegaran gempa bumi kuat berukuran 7.0 magnitud pada skala Richter melanda Kepulauan Solomon di Honiara pada hari ini, lapor The Guardian. Difahamkan, bencana itu menyebabkan sebahagian bangunan musnah hingga terputus bekalan kuasa dan gangguan komunikasi serta radio. Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gempa itu berlaku pada […]
Berita
Seorang Maut, 20 Cedera Dalam Insiden Letupan Bom Kereta Di Thailand
THAILAND – Sekurang-kurangnya seorang pegawai polis maut dalam letupan bom kereta yang berlaku di kediaman polis di wilayah Narathiwat tengah hari tadi. Manakala, 20 orang lagi dilapor cedera dalam letupan itu. Memetik laporan The Thaiger, seorang lelaki yang berpakaian seperti anggota polis telah dilihat memandu sebuah trak lalu memasuki kawasan tersebut, sebelum bom kereta itu […]
Politik
Rumit Sebab Ada Pihak Dari Awal Buat Pakatan Sulit Sejak Sebelum PRU Lagi, Dakwa Annuar
Rumit Sebab Ada Pihak Dari Awal Buat Pakatan Sulit Sejak Sebelum PRU Lagi, Dakwa Annuar Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan mendakwa proses pembentukan kerajaan menjadi sedikit rumit adalah disebabkan ada pihak dari awal membuat pakatan sulit sejak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lagi. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan […]
Politik
Pengurusan Kes 10 Jan Bagi Rayuan Pendakwa Kes Bebas Ahmad Zahid
PUTRAJAYA, 22 Nov (Bernama) — Mahkamah Rayuan menetapkan 10 Jan depan untuk satu lagi pengurusan kes bagi rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan menerima rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN). Peguam bekas TImbalan Perdana Menteri itu, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, ketika dihubungi, berkata Timbalan […]
Berita
Agong Cadang Kerjasama Dengan PH: ‘Kami Sign Surat, Tapi Tak Setuju’ – Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa partinya masih tetap dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Difahamkan, segalanya bermula selepas pihaknya menghantar surat akuan bersumpah (SD) ke Istana Negara pada semalam. Tegas Muhyiddin, jumlah kerusi yang dipersetujui adalah melebihi 112 kerusi dan meyakini bahawa kerajaan persekutuan di bawah PN […]