Berita

PRU15: CUEPACS Cadang Cuti Umum Khas 18 Nov Mudahkan Rakyat Balik Mengundi
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 18 Nov sebagai cuti umum khas untuk memudahkan pergerakan rakyat Malaysia ke lokasi mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov. Presidennya Datuk Adnan Mat berkata walaupun tarikh mengundi jatuh pada Sabtu, cuti umum tambahan sehari lebih […]

VAR Mungkin Diguna Dalam Piala FA, Piala Malaysia Musim Depan – FAM
PETALING JAYA, 7 Nov (Bernama) — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia memperkenalkan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam kancah saingan Liga Malaysia 2023 dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan. Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata badan induk itu kini dalam proses penelitian dan perbincangan untuk merealisasikan hasrat tersebut yang […]

Balai Kota Di Bandung Dijilat Api
Beberapa jentera bomba dikerahkan untuk memadam api kebakaran yang berlaku di Gedung Bappelitbang, Balai Kota Bandung, Jawa Barat, pagi tadi. Bagaimanapun punca kejadian itu berlaku belum disahkan dan masih dalam siasatan pihak berkuasa (setakat laporan ditulis). Dapat dilihat juga, pasukan bomba bergelut untuk mengawal serta memadamkan api dengan menghalakan hos air ke atas bangunan itu. […]

Pengasas Snek Mamee Meninggal Dunia
Pengasas jenama snek makanan ringan terkenal tanah air, Mamee, iaitu Pang Chin Hin dilapor telah meninggal dunia pada usia 96 tahun, lapor Mothership SG. Mendiang yang juga merupakan pengerusi eksekutif kumpulan Mamee-Double Decker itu dilapor meninggal dunia di kediamannya di Melaka pada pukul 6.03 pagi, Sabtu lalu. Menurut laporan Shin Chew Daily menerusi Mothership SG, […]

Polis Perjelas Isu Tayar MPV Polis Dikunci
Polis Perjelas Isu Tayar MPV Polis Dikunci Polis perjelas isu tular di media sosial mengenai sebuah kereta peronda polis (MPV) yang dikunci menggunakan pengapit tayar (clamp) pada tayar kanan hadapan di Pulau Pinang baru-baru ini. Difahamkan, kenderaan itu diletakkan di sebuah kotak tempat letak kenderaan di sebuah lokasi sebelum tayarnya dipercayai dikunci oleh pengawal keselamatan […]

Tidak Mungkin GTA Kerjasama Dengan BN, PH Dan PN Selepas PRU15 – Dr Mahathir
PAPAR, 7 Nov (Bernama) — Tidak mungkin untuk Gerakan Tanah Air (GTA) menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini kerana beliau berkata GTA hanya mahu menjalin kerjasama dengan parti yang sependirian dengan gabungan itu, […]

Tujuh Lelaki Didakwa Khianat Rosak, Terbalikkan Kereta
JOHOR BAHRU, 7 Nov (Bernama) — Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan sebuah kereta di persimpangan sebuah stesen minyak di Kota Masai, Pasir Gudang, Khamis lalu. Muhammad Adam Abd Rahim,18; Mohammad Hairul Hasraf Seeni Abdul Cader, 22; Morrison Malvin Anak Mada, 19; Shaikh Al Amin […]

Model Terkenal Perancis, Marine El Himer Peluk Islam
Bintang dan model terkenal Perancis, Marine El Himer mengumumkan dirinya sudah memeluk Islam dan berkata detik-detiknya kini merupakan hari paling gembira dalam hidupnya. Difahamkan, Marine sudah memeluk Islam sejak beberapa bulan lalu dan langsung tidak mendedahkannya kepada umum sehinggalah pada Rabu lalu. Marine berkongsi berita gembira itu melalui laman Instagram miliknya dengan memaparkan beberapa foto […]

PRU15: Polis Buka Tiga Kertas Siasatan, Tahan Dua Individu
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah buka tiga kertas siasatan serta menahan dua individu, masing-masing satu di Kedah dan Pahang, di atas pelbagai kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam, kata Pengarah Operasi PRU15 PDRM Datuk Seri Hazani Ghazali. Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di Kedah mengikut Seksyen 4(A)(1) […]

“Itu Tak Boleh Diterima,” Erik Kecewa Dengan Manchester United
Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag menyatakan rasa marah dan kecewa setelah pasukannya gagal mempamerkan prestasi memuaskan semasa menentang Aston Villa malam tadi. Menurut Mirror, pasukan kendalian Ten Hag itu terpaksa akur dengan kekalahan 1-3 menentang Aston Villa di Villa Park dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Imbas kembali corak perlawanan arahan Ten Hag malam […]

Korban Akibat Pesawat Terhempas Di Tasik Tanzania Cecah 19 Orang
Korban Akibat Pesawat Terhempas Di Tasik Tanzania Cecah 19 Orang DAR ES SALAAM (Tanzania), 7 Nov (Bernama) — Angka korban akibat pesawat Tanzania terhempas di Tasik Victoria meningkat kepada 19 nyawa pada Ahad, kata Perdana Menteri Kassim Majaliwa. Majaliwa yang melawat lokasi nahas di pantai Tasik Victoria di daerah Bukoba, Kagera berkata beberapa penumpang mungkin masih […]

Pelombong Terperangkap Tanah Runtuh Sembilan Hari, ‘Survive’ Makan Serbuk Kopi
Pelombong Terperangkap Tanah Runtuh Sembilan Hari, ‘Survive’ Makan Serbuk Kopi Dua pekerja lombong yang terperangkap di bawah runtuhan tanah selama sembilan hari dalam kejadian di Bonghwa, Korea Selatan baru-baru ini berjaya ditemui masih hidup dan diselamatkan, lapor Independent. Menurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat, satu-satunya cara mereka untuk bertahan hidup sepanjang tempoh itu adalah dengan […]

Lima Lelaki Ditahan, Disyaki Bergaduh Di Padang Bola
Lima lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan yang melibatkan dua pasukan bola sepak di sebuah padang bola di Saujana Putra, Kuala Langat malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata pihaknya menerima laporan pada 12.30 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa telah dipukul semasa berlaku pergaduhan di […]

Pengasuh Nekad Redah Asap Tebal Dukung Bayi Tiga Bulan Selamatkan Diri Daripada Kebakaran
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Seorang pengasuh nekad meredah asap tebal sambil mendukung bayi lelaki berusia tiga bulan bagi menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran rumah di Jalan Raja Muda Musa, yang terletak berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di sini malam ini. Robiah Abdul Raof, 38, berkata ketika kejadian dia bersama bayi yang dijaganya berada di dalam rumah […]

Pakar Ramal Bandar Pekalongan Di Jawa Tengah Akan Tenggelam Pada Tahun 2035
Pakar Ramal Bandar Pekalongan Di Jawa Tengah Akan Tenggelam Pada Tahun 2035 INDONESIA – Satu kajian yang didedahkan dalam seminar online baru-baru ini meramalkan bahawa Bandar Pekalongan di Jawa Tengah akan tenggelam pada tahun 2035. Memetik laporan Detik News, hal ini terjadi disebabkan paras tanah di bandar itu terus jatuh. Malah, paras tanah di kawasan […]

Lima Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Baru
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) – Lima rumah berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di Jalan Raja Muda Musa di sini musnah dalam kebakaran malam ini. Komander Operasi Kanan Penolong Penguasa Bomba Rahmat Kamarulzaman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.19 malam. Beliau berkata seramai 36 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, […]

Seorang Maut, Dua Cedera Diserang Babi Tunggal Di Pantai Remis
IPOH, 6 Nov (Bernama) — Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera apabila diserang seekor babi tunggal di Jalan Kampung Paya Ara, Pantai Remis. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata mangsa yang maut, Syaiful Anuar Abdul Wahab, 46, telah diserang oleh haiwan itu semasa dalam perjalanan ke kebunnya. “Dua lagi mangsa masing-masing berumur 49 […]

Pecco Bagnaia Dinobat Juara Dunia MotoGP 2022
Pecco Bagnaia Dinobat Juara Dunia MotoGP 2022 Pelumba Ducati, Francesco “Pecco” Bagnaia, 25 dinobatkan sebagai Juara Dunia MotoGP dalam kejohanan Valencia Grand Prix yang berlangsung di Sepanyol hari ini. Pelumba Itali itu mengesahkan kejuaraan tersebut dengan bergaya walaupun melengkapkan perlumbaan terakhir pada kedudukan kesembilan di belakang pemenang perlumbaan, Alex Rins dari Jepun. Bagaimanapun ia sudah […]

Tengah Lapor Kadar Peningkatan Jenayah, AirPod Milik Wartawan ‘Disamun’ Burung Kakak Tua
Tengah Lapor Kadar Peningkatan Jenayah, AirPod Milik Wartawan ‘Disamun’ Burung Kakak Tua Seperti yang diketahui, burung kakak tua sememangnya mempunyai ‘keletah’ yang tersendiri. Ia cukup dikenali kerana kemahirannya yang boleh bercakap atau mengajuk percakapan manusia. Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan aksi seekor burung kakak tua yang menganggu siaran langsung laporan berita […]

Lelaki Dilapor Temui 200 Ekor Anak Labah-Labah Bersarang Dalam But Kereta
Lelaki Dilapor Temui 200 Ekor Anak Labah-Labah Bersarang Dalam But Kereta AUSTRALIA – Seorang lelaki telah dikejutkan dengan penemuan sarang labah-labah gergasi di dalam but keretanya. Menurut laporan Ladbible, lelaki yang berasal dari Melbourne, Australia itu telah menemui sekitar 200 anak labah-labah. Kewujudan sarang labah-labah itu disedari oleh lelaki berkenaan sewaktu sedang membersihkan keretanya. Ia […]