Berita

Selalu Nampak Depan Pintu? Ini Sebab Penganut Hindu Buat Hiasan Kolam Ketika Deepavali
Malaysia didiami oleh pelbagai kaum dan etnik yang sudah tentunya kaya dengan pelbagai kebudayaan serta perayaan. Bermula dari awal hingga ke hujung tahun, ada sahaja festival-festival tertentu yang disambut dengan penuh meriah oleh kita semua. Salah satunya adalah perayaan Deepavali yang diraikan pada 24 Oktober lalu. Disambut meriah, khususnya oleh masyarakat India beragama Hindu, kehangatan […]

Polis Tahan Bekas Ahli Politik Terbabit Kes Pemerdagangan Orang
Polis Tahan Bekas Ahli Politik Terbabit Kes Pemerdagangan Orang Seorang bekas ahli politik antara 11 yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes pemerdangangan orang (eksploitasi buruh) di Georgetown, Pulau Pinang, lapor Sinar Harian. Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, suspek bekas ahli politik bergelar Datuk terbabit ditahan di rumahnya pada […]

Korea Selatan Berkabung Mengenang Mereka Yang Terkorban Dalam Tragedi Itaewon
Korea Selatan Berkabung Mengenang Mereka Yang Terkorban Dalam Tragedi Itaewon SEOUL, 31 Okt (Bernama) — Jambangan bunga putih dan ucapan takziah diletakkan di altar peringatan, dan kedai-kedai yang menggantung mesej ucapan takziah menutup perniagaan masing-masing di daerah Itaewon di Seoul pada Isnin, ketika Korea Selatan meratapi kematian paling dahsyat akibat rempuhan orang ramai. Altar perkabungan yang sarat dengan […]

Pelakon Lee Ji Han Dilapor Terkorban Dalam Insiden Rempuhan Itaewon
Pelakon Lee Ji Han Dilapor Terkorban Dalam Insiden Rempuhan Itaewon KOREA – Pelakon Korea Selatan, Lee Ji-Han yang juga dikenali sebagai peserta dalam rancangan televisyen Mnet Produce 101 Musim 2 dilaporkan turut terkorban dalam kejadian rempuhan yang berlaku di bandar Itaewon Sabtu lalu. Memetik laporan Korea JoongAng Daily, berita itu disahkan sendiri oleh agensinya, 935 […]

KKM Kesan Empat Kes Jangkitan Tempatan Varian Omicron XBB – Khairy
KKM Kesan Empat Kes Jangkitan Tempatan Varian Omicron XBB – Khairy Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa terdapat sebanyak empat kes jangkitan tempatan varian Omicron XBB yang telah dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Singapura telah melalui gelombang XBB yang telah mengambil masa dalam tiga hingga empat minggu untuk menurun dan barangkali kita juga […]

“Trend” Kes COVID-19 Dijangka Akan Terus Meningkat Beberapa Minggu Akan Datang – Khairy
“Trend” Kes COVID-19 Dijangka Akan terus Meningkat Beberapa Minggu Akan Datang – Khairy Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin hari dalam satu siaran langsung memaklumkan bahawa COVID-19 dijangka akan menunjukkan tren peningkatan dalam beberapa minggu akan datang. “Buat beberapa minggu yang akan datang tren kes COVID-19 dijangka akan terus meningkat. Berhati-hati. Be careful. KKM sangat mengesyorkan […]

Jambatan Baru Diubahsuai Runtuh Di India, 132 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini
Jambatan Baru Diubahsuai Runtuh Di India, 132 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini Sekurang-kurangnya 132 orang dilaporkan maut dalam kejadian runtuhan jambatan gantung di Morbi Gujarat, India, semalam. Memetik Laporan Hindustan Times, angka kematian itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri Gujarat, Harsh Sanghavi pada pagi ini. Menurutnya pasukan penyelamat termasuk National Disaster Response Force (NDRF) telah […]

Angka Kematian Dalam Tragedi Rempuhan Di Itaewon Cecah 154 Termasuk 26 Warga Asing
SEOUL, 31 Okt (Bernama) — Angka kematian akibat kejadian rempuhan ketika sambutan Halloween di Itaewon, Seoul meningkat kepada 154 termasuk 26 warga asing, lapor Agensi Berita Yonhap. Angka kematian dijangka meningkat berikutan 33 mangsa mengalami kecederaan serius, menurut pegawai di Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat. Seramai 116 yang lain mengalami cedera ringan manakala hampir […]

13 Kedai Di Pekan Baru Serdang Musnah Terbakar
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) — Sebanyak 13 kedai termasuk sebuah kedai menjual emas musnah dalam kebakaran di Jalan Pasar, Pekan Baru Serdang dekat sini, awal pagi ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melibatkan kedai berstruktur kayu dan batu itu pada 4.15 pagi. Menurutnya, […]

Lelaki Pijak Hiasan Deepavali Akan Dipanggil Polis
Lelaki Pijak Hiasan Deepavali Akan Dipanggil Polis Lelaki yang dilapor memijak dan berjalan di atas hiasan perayaan (kolam) Deepavali di sebuah hospital swasta di Klang seperti yang tular baru-baru ini akan dipanggil polis. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Smachulu, pihaknya akan memanggil lelaki yang dipercayai kakitangan hospital tersebut untuk siasatan […]

Tragedi Rempuhan Itaewon: Konsert, Perayaan, Promosi Dibatalkan
Persembahan artis-artis terkenal Kpop bersempena sambutan Halloween di Korea Selatan terpaksa dibatalkan ekoran tragedi kematian beramai-ramai di Itaeowon pada Ahad. Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan (Korea Selatan) berkata, pembatalan konsert Busan One Asia Festival K-pop itu dibuat hanya beberapa jam sebelum ia bermula. “Kami membuat keputusan untuk membatalkan konsert yang dijadualkan pada 1 hingga 4 […]

Polis Tahan Lima Penjawat Awam & Rampas Dadah
Polis menahan 10 individu termasuk lima penjawat awam dalam satu serbuan oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Jalan Puchong, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, serbuan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 11.45 malam itu […]

Gara-Gara Aksi Drift Di Hatyai, Rakyat Malaysia Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM12,438
SONGKHLA, 30 Okt (Bernama) — Gara-gara melakukan aksi “drift” di tempat letak kereta, seorang warga Malaysia terpaksa membayar ganti rugi hampir 100,000 baht (RM12,438) kepada empat pemilik kenderaan di Hatyai, Songkhla, selatan Thailand. Dalam kejadian kira-kira 1 petang (waktu tempatan) pada 28 Okt, pemandu berusia 32 tahun yang membawa kereta jenis BMW itu telah membuat aksi drift di tempat letak di sebuah […]

Ayah Makan Ketam Hidup-hidup, Balas Dendam Anak Kena Kepit
Gara-gara mahu balas dendam, seorang ayah di China dilapor tekad memakan seekor ketam mentah ‘hidup-hidup’ selepas haiwan itu mengepit anaknya hingga kesakitan. Bagaimanapun tindakan lelaki itu akhirnya mengundang padah apabila dia mengalami beberapa masalah kesihatan yang serius hingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Menurut South China Morning Post, mangsa berusia 39 tahun yang berasal dari wilayah […]

Pasangan Malaysia Juara Terbuka Perancis
Beregu badminton wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah merangkul juara dalam Kejohonan Terbuka Perancis 2022 sebentar tadi. Kemenangan dalam acara badminton itu berjaya diraih selepas mereka menewaskan wakil Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 21-15 dalam saingan akhir. Pearly-Thinaah menampilkan aksi penuh bertenaga seawal set pertama dengan kemenangan 21-19, namun pasangan itu dikalahkan pada set kedua 18-21 yang […]

Ibu, Anak Maut Kereta Terbabas Di Kuala Pilah
KUALA PILAH, 30 Okt (Bernama) — Dua beranak maut manakala tiga anggota keluarga lain cedera ringan selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka terbabas di Jalan Terachi-Tanjung Ipoh, di sini, awal pagi tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Menanti Pegawai Bomba Kanan II Norhirwan Zainal berkata mangsa, Nuratika Arsad, 27, dan anaknya yang sedang dikenal pasti identiti, meninggal dunia di […]

Naib Presiden Bersatu Umum Keluar Parti
MELAKA, 30 Okt (Bernama) — Naib Presiden Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen hari ini mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam Bersatu dan keluar dari parti berkenaan berkuat kuasa serta-merta. Beliau berkata tindakan itu diambil selepas beliau tidak dipilih sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Tangga Batu walaupun telah enam tahun berkhidmat di kawasan itu […]

Dua Lelaki Termasuk Anggota Bomba Ditahan Seludup Ketum
JELI, 30 Okt (Bernama) — Dua lelaki termasuk seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditahan bersama 850 kilogram (kg) daun ketum dalam kejadian di Kampung Rabbana, Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Jeli Supt Ahmad Ariffin berkata anggota bomba berusia 30 tahun itu ditahan bersama rakannya ketika membawa sebuah van milik JBPM melalui sekatan […]

Seakan Tersenyum Ceria, Imej Matahari Dirakam NASA Ini Tular
Seakan Tersenyum Ceria, Imej Matahari Dirakam NASA Ini Tular Satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dilaporkan berjaya merakam imej matahari yang kelihatan seakan sedang ‘tersenyum’ pada minggu lalu. Memetik laporan The Guardian, foto itu telah didedahkan di laman Twitter @NASASun pada Rabu lalu. “Hari ini Balai Cerap Dinamik Suria NASA merakam gambar matahari ‘tersenyum’. […]

Warga Emas Maut Ketika Daki Gunung Pulai
JOHOR BAHRU, 30 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut selepas dilaporkan pengsan di puncak gunung ketika menjalani aktiviti mendaki secara berkumpulan di Gunung Pulai, Kulai, pagi ini. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kulai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairil Buang berkata tujuh anggota bersama jentera dan ambulans digegaskan ke lokasi selepas Pusat Gerakan Operasi […]