Berita

Wanita Dilapor Maut Dalam Kemalangan Di Pontian
Wanita Dilapor Maut Dalam Kemalangan Di Pontian PONTIAN — Seorang wanita maut apabila motosikal yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer 1.2 Jalan Pontian-Kukup pagi semalam. Ketua Polis Daerah Pontian, Superitenden Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian tersebut sekitar jam 10.40 pagi. Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati, […]

Trauma & Takut Terperangkap Dalam Gua Tempurung – Mangsa
GOPENG, 26 Okt (Bernama) — “Saya berasa trauma dan ketakutan semasa kejadian (kepala air) dan hanya terfikir untuk menyelamatkan diri dan peralatan penggambaran sahaja,” demikian kata Muhd Aidilfitri Ilias, seorang daripada 30 kru penggambaran sebuah filem antarabangsa yang terperangkap berhampiran Gua Tempurung di sini hari ini. Muhd Aidilfitri, 20, yang baru dua bulan bekerja sebagai kru produksi filem berkenaan […]

Belanda Siasat Dakwaan Kononnya Dua Buah ‘Balai Polis’ Haram China Dibuka Di Negaranya
Belanda Siasat Dakwaan Kononnya Dua Buah ‘Balai Polis’ Haram China Dibuka Di Negaranya Kementerian Luar Belanda dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan pihaknya kini sedang menyiasat dakwaan kononnya terdapat dua buah ‘balai polis’ haram China yang dibuka di negaranya, lapor AFP. ”Kami sedang menyiasat aktiviti-aktiviti yang dilakukan di pusat yang didakwa sebagai balai polis tersebut. […]

Sut Robot Bantu Kanak-Kanak Lumpuh Berjalan Semula
Sut Robot Bantu Kanak-Kanak Lumpuh Berjalan Semula BANDAR MEXICO – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang menghidap penyakit cerebral palsy tersenyum gembira apabila dapat memakai sut robot eksoskeleton yang memberi peluang kepadanya untuk berjalan semula. Memetik laporan Today Online, kanak-kanak lelaki itu telah menggunakan kerusi roda disebabkan oleh masalah neurologi yang dihadapi olehnya, yang […]

Sabah Lancar Minyak Masak Tempatan Jenama ‘Sayang’
KOTA KINABALU, 26 Okt (Bernama) – Kerajaan Sabah hari ini melancarkan minyak masak keluaran tempatan baharu jenama ‘Sayang’ dalam usaha memastikan bekalan mencukupi di negeri ini selain membolehkan rakyat membelinya pada harga yang berpatutan. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata produk keluaran Sawit Kinabalu Sdn Bhd yang juga syarikat berkaitan kerajaan negeri, akan memasuki pasaran […]

Jerman Dilapor Bakal Benarkan Penggunaan Ganja Untuk Tujuan Rekreasi Menjelang 2024
Jerman Dilapor Bakal Benarkan Penggunaan Ganja Untuk Tujuan Rekreasi Menjelang 2024 Kerajaan Jerman dilaporkan bakal membenarkan pembelian dan pemilikan sejumlah kecil ganja bagi tujuan rekreasi. Memetik laporan AFP, kabinet persekutuan telah bersetuju dengan rancangan tersebut menerusi satu persidangan hari ini. Menteri Kesihatan Jerman, Karl Lauterbach pada sidang akhbar berkata kabinet persekutuan bersetuju bagi melaksanakan pengedaran […]

30 Kru Filem Terperangkap Di Belakang Gua Tempurung Berjaya Diselamatkan
IPOH, 26 Okt (Bernama) –– Seramai 30 kru penggambaran filem antarabangsa yang terperangkap di belakang Gua Tempurung di Gopeng, dekat sini, selepas laluan keluar gua itu dinaiki air berikutan hujan lebat petang tadi, selamat dan berjaya di bawa keluar. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata, jumlah kru yang terlibat dalam aktiviti penggambaran di kawasan itu adalah […]

Obses Dengan Pengebumian, Wanita Dah Lawat Lebih 200 Kubur & Selalu Ikut Urus Mayat
Obses Dengan Pengebumian, Telah Pergi Ke 200 Tempat Pengebumian Pelik Tetapi Benar Seorang wanita yang berasal dari London mencuri tumpuan apabila mendedahkan hobi peliknya iaitu obses dengan majlis pengebumian dan mengembara ke serata dunia untuk mengikuti majlis pengebumian individu yang tidak dikenalinya. Jeane Trend-Hill, 55, mendedahkan bahawa dia sudahpun menghadiri kira-kira 200 majlis pengebumian setakat […]

Masih Terlalu Awal Untuk Ramal Cuaca Pada Tempoh PRU15 – MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Masih terlalu awal untuk Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) membuat ramalan cuaca pada tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bulan depan. Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Arip, berkata corak cuaca tidak boleh ditentukan pada masa ini kerana negara masih berada di Fasa Peralihan Monsun yang bermula […]

Zii Jia Tersingkir Seawal Pusingan Pertama Terbuka Perancis
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama pada Terbuka Perancis 2022, selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada pemain bukan pilihan dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito hari ini. Zii Jia yang juga pilihan ketiga kejohanan, mudah ditundukkan 19-21, 18-21 dalam pertarungan yang berlangsung selama 44 minit, di […]

Program ‘SULUNG’ KPT Akan Diperluas Ke Semua Universiti Awam Tahun Hadapan
BATU PAHAT, 26 Okt (Bernama) – Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan diperluaskan kepada semua Universiti Awam (UA), pada tahun hadapan dengan sasaran 200 penerima. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata perlaksanaan pertama atau rintis program SULUNG berkenaan, bermula Oktober tahun ini melibatkan lapan universiti. […]

Masjid Cina Melaka Lokasi Tumpuan Saksikan Gerhana Bulan Penuh
MELAKA, 26 Okt (Bernama) – Penduduk Melaka berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh di negeri itu yang dijangka berlaku pada 8 Nov ini, kata Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil. Beliau berkata fenomena berkenaan dijangka berlaku lebih tiga jam bermula 6.51 petang hingga 9.56 malam dan ia boleh disaksikan menggunakan teleskop dengan Masjid Cina Melaka, […]

Sekolah Cacat Penglihatan Terbakar, 11 Kanak-Kanak Dilapor Maut
Sekolah Cacat Penglihatan Terbakar, 11 Kanak-Kanak Dilapor Maut UGANDA – Sekurang-kurangnya 11 orang kanak-kanak dilaporkan telah terbunuh dalam kebakaran yang berlaku di sebuah sekolah cacat penglihatan di Mukono, timur bandar Kampala, semalam. Memetik laporan BBC News, insiden kebakaran itu dipercayai melibatkan 27 orang kanak-kanak di asrama sekolah terbabit pada awal pagi. Difahamkan, punca kebakaran itu […]

Airbus Umum Beri Setiap Pekerjanya Duit “One-off” Lebih RM 7 Ribu, Bantuan Untuk Hadapi Inflasi
Airbus Umum Beri Setiap Pekerjanya Duit RM 7 Ribu, Bantuan Untuk Hadapi Inflasi Syarikat pengeluar pesawat berpangkalan di Eropah, Airbus Isnin lalu mengumumkan pihaknya akan memberikan bayaran sebanyak RM7,113 secara one-off kepada semua pekerjanya di empat negara iaitu United Kingdom (UK), Perancis, Jerman dan Sepanyol. Bayaran berkenaan diberikan sebagai bantuan untuk membantu para pekerjanya berdepan […]

Dah Kahwin 47 Tahun & Miliki 10 Anak, Lelaki Dedah Sekali Pun Tak Pernah Tengok Muka Isteri
Dah Kahwin 47 Tahun & Miliki 10 Anak, Lelaki Dedah Sekali Pun Tak Pernah Tengok Muka Isteri Seorang lelaki Arab Saudi berkongsi satu kisah unik apabila mendedahkan tidak pernah melihat wajah isterinya walau sekali biarpun sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita tersebut selama 47 tahun dan memiliki 10 orang anak. Kisah berkenaan menjadi tular selepas […]

Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa 10 Negeri Hingga Malam Ini
Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa 10 Negeri Hingga Malam Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini. Menurut METMalaysia, ribut petir dan hujan lebat dijangka akan melanda seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Bagi negeri […]

CAAM Terima Maklumat Kemalangan Udara Babitkan Sebuah Helikopter Di Cameron Highlands
PUTRAJAYA, 26 Okt (Bernama) — Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan menerima maklumat berhubung kemalangan udara membabitkan sebuah helikopter berhampiran Tanah Rata di Cameron Highlands, Pahang pada pukul 1.03 tengah hari hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Chester Voo dalam satu kenyataan berkata helikopter jenis Airbus AS 355 F2 itu dikendalikan Layang Layang Aerospace Sdn Bhd, membawa seorang juruterbang dan lima […]

Dipercayai Mampu Bersihkan Kotoran Hingga Liang Pori, Syarikat Jepun Cipta Teknologi Mesin Basuh Tubuh Manusia
Dipercayai Mampu Bersihkan Kotoran Hingga Liang Pori, Syarikat Jepun Cipta Teknologi Mesin Basuh Tubuh Manusia Sebuah syarikat teknologi Jepun, Science dilaporkan sedang membangunkan teknologi mesin basuh manusia bagi membersihkan tubuh badan, lapor Daily Mail semalam. Syarikat yang berpengkalan di Osaka, Jepun itu memaklumkan bahawa teknologi mandian ultrasonik dengan gelembung air berkelajuan tinggi mampu membersihkan kotoran […]

Lubuk “Game” Zaman Kanak-kanak, Miniclip Umum Tutup Semua “Server” Permainannya
Miniclip, sebuah laman web yang menawarkan pelbagai koleksi pemainan baru-baru ini mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup semua pelayan permainan atas taliannya, kecuali Agario dan 8 Pool Ball yang masih boleh diakses buat masa ini. Laman web berkenaan begitu popular dalam kalangan remaja, khususnya bagi mereka yang membesar sekitar tahun 1990-an hingga pertengahan 2000-an. Ia menawarkan […]

Mudah Bayar ‘Cashless’, Lelaki Tanam Mikrocip Dalam Tangan
Tanam mikrocip dalam tangan untuk transaksi tanpa tunai (cashless) akhirnya menjadi realiti apabila seorang lelaki di Britain sudah menggunakan kaedah itu. Lelaki berkenaan, Arnie Szoke, 40, membelanjakan kos hampir RM1,655 untuk menjalani pembedahan pemasangan mikrocip pada tangannya di sebuah pusat perubatan di Jerman. Menurut laporan The Sun, proses pembedahannya memerlukan prosedur yang rapi di mana […]