Berita

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Kepada Bukit Aman
IPOH, 26 Sept (Bernama) — Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar yang tular di media sosial sejak Isnin lepas, kini telah dirujuk kepada Bukit Aman. Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya telah melengkapkan siasatan dan menghantar kertas siasatan minggu lepas. “Kini kita tunggu hasil […]

Pound British Susut Hampir 3 Peratus Berbanding Dolar US, Paras Terendah Dalam Sejarah
MOSCOW, 25 September (Bernama) — Pound British jatuh hampir tiga peratus berbanding dolar US pada pagi Isnin, dan mencecah rekod paras terendah dalam dagangan awal, menurut data dagangan. Sputnik melaporkan setakat 04:46 GMT, paun susut 2.77 peratus kepada US$1.0555 daripada penutupan sebelumnya pada US$1.0856. Pada kira-kira 01:00 GMT, mata wang itu menjunam ke paras terendah baharu kepada US$1.0384. […]

Pembentukan Garis Badai, Hujan Lebat Diramal Landa Utara Semenanjung, Kelantan & Terengganu Bermula 28 Hingga 30 Sept
Pembentukan Garis Badai, Hujan Lebat Diramal Landa Utara Semenanjung, Kelantan & Terengganu Bermula 28 Hingga 30 Sept Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menjangkakan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri di utara Semenanjung termasuk Kelantan dan Terengganu bermula 28 September hingga 30 September 2022 ini. Menurut MetMalaysia dalam […]

Imej Satelit Dedah Kemunculan Pulau Baharu Di Lautan Pasifik, Terbentuk Lepas Gunung Berapi Bawah Laut Meletus
Imej Satelit Dedah Kemunculan Pulau Baharu Di Lautan Pasifik, Terbentuk Lepas Gunung Berapi Bawah Laut Meletus Sebuah pulau baharu dilapor muncul di barat daya Lautan Pasifik selepas gunung berapi bawah laut meletus pada 10 September lalu, lapor CNN World. Menurut National Aeronautics and Space Administration (NASA), gunung berapi yang terletak di kepulauan Tonga Tengah itu […]

Terlebih Stok & ‘Expired’, Switzerland Lupus 10 Juta Dos Vaksin Moderna
Kerajaan Switzerland memutuskan untuk bakal melupuskan sebanyak 10.3 juta dos vaksin COVID-19 Moderna selepas ia tamat tempoh minggu ini, lapor CNA. Menurut Keystone-ATS, Kementerian Kesihatan Switzerland pada Sabtu berkata pihaknya tidak mempunyai pilihan selain menamatkan suntikan selepas tempoh hayat dos tamat Rabu lalu. Difahamkan, tempat penyimpanan vaksin itu berada di dua tempat berlainan dan kuantiti […]

Pesawat Terbabas Dari Landasan, Dipercayai Kerana Hujan Lebat
Sebuah pesawat Boeing 737-8V3 Copa Airlines dilaporkan terbabas dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen (PTY) di Panama hari ini, lapor Simple Flying. Menerusi kenyataan Copa Airlines memetik Simple Flying, penerbangan CM135 antara Mexico City ke Panama City berakhir dalam kemalangan apabila ia lari dari landasan semasa mendarat di PYT. “Kami mendapat pengesahan […]

Bicara Kes Gangguan Seksual Ebit Lew Esok
KOTA KINABALU, 26 Sept (Bernama) — Perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew melibatkan gangguan seksual akan bermula esok hingga 30 Sept di Mahkamah Majistret Tenom. Lew, 37, menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara […]

Larang Rusia Guna Senjata Nuklear, US Beri Amaran Secara Peribadi
Amerika Syarikat (US) dilaporkan telah memberi amaran secara peribadi kepada Rusia mengenai malapetaka jika negara itu menggunakan senjata nuklear sebagai sebahagian daripada pencerobohan Ukraine, lapor AFP. Setiausaha Negara US Antony Blinken mengesahkan mengenai perkara itu dalam program CBS News ‘60 minit’ di New York yang disiarkan pada Ahad. “Kami sangat jelas dan bersifat terbuka dengan […]

Korea Utara Tembak Peluru Berpandu Balistik, Provokasi Ketibaan Kapal US
Korea Utara dilapor melepaskan tembakan peluru berpandu balistik di luar kawasan pantai timur negara sebagai ujian pertama yang diketahui umum sejak Jun, maklum jurucakap tentera Korea Selatan. Menurut BBC, tembakan peluru berpandu balistik tersebut berlaku selepas sebuah kapal karier pesawat US tiba di Korea Selatan dalam satu latihan, disusuli lawatan Timbalan Presiden US, Kamala Harris. […]

Suri Rumah Didakwa Buat Laporan Polis Palsu Berhubung Institusi Milik NGO
SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) — Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membuat laporan polis palsu berhubung sebuah institusi milik badan bukan kerajaan (NGO). Zuraina Zamri, 45, didakwa membuat laporan palsu dengan memberikan maklumat secara bertulis kepada seorang anggota polis di Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25, […]

Buat Loan RM262,000 & Bank Silap ‘Transfer’ RM26 Juta, Kisah Benar Kekasih ‘Sakau’ Duit Bank Yang Berakhir Di Penjara
Kes kesilapan transaksi wang oleh pihak bank ke akaun individu secara tidak sengaja bukanlah perkara baharu dalam isu-isu kewangan, malah ia pernah menjadi satu episod jenayah global yang panjang beberapa tahun lalu. Sebelum ini, pernah berlaku beberapa kes pihak bank tersilap melakukan transaksi ke dalam akaun individu hingga membuatkan si penerima itu terkedu sebentar kerana […]

Pan Gon Bangga Walaupun Harimau Malaya Tewas Kepada Tajikistan
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) — Tiada kekesalan, tetapi sebaliknya berbangga. Biarpun gagal menamatkan penantian 44 tahun Malaysia untuk menjulang Piala Raja Thailand selepas tewas 0-3 dalam penentuan sepakan penalti kepada Tajikistan pada perlawanan akhir, ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon memuji anak buahnya kerana meletakkan semangat juang dan kekuatan mental yang […]

Ekonomi Jatuh Teruk, Menteri Kewangan Pakistan Letak Jawatan
Menteri Kewangan Pakistan Miftah Ismail mengumumkan peletakan jawatan pada Ahad disebabkan negara itu menghadapi krisis ekonomi yang terburuk sejak banjir melanda beberapa bulan lepas, lapor Wion News. Beliau memaklumkan mengenai peletakan jawatannya dalam satu kenyataan di laman Twitter selepas pertemuan bersama mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Pakistan. “Dalam pertemuan dengan Mian Nawaz Sharif (bekas perdana […]

Spekulasi PRU15 Makin Kencang, Belum Dapat Ilham Bubar Parlimen – Ismail Sabri
NEW YORK, 26 Sept (Bernama) — Ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin kencang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan bila beliau akan membubarkan Parlimen. Perdana Menteri berkata sebarang keputusan mengenai tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO pada 30 Sept ini. “Pada 30 hari bulan, petang […]

Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada
Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada Saintis mendakwa bahawa telah menemui koronavirus baharu dalam kelawar yang kalis terhadap vaksin sedia ada, lapor Time. Difahamkan, virus tersebut mampu menjangkiti sel manusia walaupun telah mendapat perlindungan imun daripada vaksin COVID-19. Menurut Penolong Profesor di Paul Allen School of Public Health […]

Malaysia Tewas Penalti, Gagal Bawa Pulang Piala Raja Thai
Malaysia Tewas Penalti, Gagal Bawa Pulang Piala Raja Thai Pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya tunduk kepada skuad Tajikistan menerusi sepakan penalti 0-3 dalam perlawanan akhir Piala Raja Thai edisi ke-48 yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand sebentar tadi. Skuad Tajikistan yang berada pada ranking ke-109 dunia itu nyata berada pada […]

Mahasiswa Rakyat Malaysia Ditahan Di Mesir Telah Dibebaskan – Saifuddin
PUTRAJAYA, 25 Sept (Bernama) — Seorang mahasiswa rakyat Malaysia di Universiti Al-Azhar yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Mesir sudah pun dibebaskan pada petang 24 Sept. Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan malam ini berkata, mahasiswa itu berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan pengajian di universiti tersebut. Katanya, Kementerian Luar bekerjasama rapat […]

Tular Panah Anjing Hingga Mati, Lelaki Diburu Polis
Tular Panah Anjing Hingga Mati, Lelaki Diburu Polis Dalam satu kenyataan hari ini, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki yang tular di media sosial selepas dipercayai bertindak memanah seekor anjing menggunakan busur panah hingga mati. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata satu laporan telah dibuat oleh orang awam yang terkesan menerusi […]

Detik-Detik Rumah Musnah & Hanyut Dalam Laut, Dihentam Ombak Kuat Ketika Taufan Fiona Di Kanada
Detik-Detik Rumah Musnah & Hanyut Dalam Laut, Dihentam Ombak Kuat Ketika Taufan Fiona Di Kanada Taufan Fiona yang melanda Nova Scotia di Kanada itu telah mengakibatkan pelbagai kemusnahan kepada penduduk di kawasan itu termasuk kediaman yang dihanyutkan ke dalam laut, lapor CNN News. Difahamkan, pasca ribut taufan itu telah membuatkan kebanyakan rumah di kawasan tepi […]

18 Terbunuh Dalam Serangan Ketika Solat Jumaat Di Masjid Nigeria
18 Terbunuh Dalam Serangan Ketika Solat Jumaat Di Masjid Nigeria ABUJA, Nigeria — Sekurang-kurangnya 18 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan di masjid di negeri Zamfara pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu. Menurut laporan media tempatan, penyerang yang menyamar menjadi sebahagian daripada jemaah telah melepaskan tembakan ke arah jemaah yang sedang berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat dengan […]