Berita

Dakwaan Culik Di Genting Highlands, Dua Wanita Asing Ditahan
Dakwaan culik di Genting Highlands, dua wanita asing ditahan KUANTAN, 22 Sept (Bernama) — Polis menahan dua wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands yang tular di aplikasi Tik Tok baru-baru ini. Ketua Polis Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar menerusi kenyataan di sini hari ini […]

Remaja Lembam Tanggung Derita, Dirogol 9 Lelaki Warga Emas Sampai Hamil Tiga Bulan
Remaja Lembam Tanggung Derita, Dirogol 9 Lelaki Warga Emas Sampai Hamil Tiga Bulan Seorang remaja lembam berusia 15 tahun yang berasal dari Kecamatan Cilongok, Jawa Tengah, Indonesia dilaporkan telah dirogol oleh sembilan lelaki sejak setahun lalu, lapor Kompas.com Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Banyuman, Kompol Agus Supriadi, sebahagian besar daripada suspek yang merogolnya merupakan […]

Kes Siti Bainun: Bella Sambung Keterangan Esok
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella, akan menyambung keterangannya esok di Mahkamah Sesyen dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas. Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memberitahu pemberita, ini kerana pihak pembelaan masih belum selesai […]

Imej ‘Gelung’ Planet Neptun Paling Jelas Berjaya Dirakam Satelit James Webb
Imej ‘Gelung’ Planet Neptun Paling Jelas Berjaya Dirakam Satelit James Webb Imej satelit terbaharu James Webb dilaporkan berjaya merakamkan gambar planet Neptune yang paling jelas pernah dilihat. Satelit James Webb berjaya mendedahkan imej lingkaran ais gergasi tersebut paling jelas pernah diambil dalam tempoh lebih 30 tahun. Sebelum ini planet Zuhal adalah planet yang ramai orang […]

‘Delivery’ Cara Terbang, Hantar Parcel Ke Bangunan Tinggi Guna Jetpack
Pengguna media sosial telah dikejutkan dengan video yang tular, memperlihatkan seorang lelaki mengendalikan ‘jet pack’ ketika sedang melakukan penghantaran bungkusan ke gedung tinggi di Arab Saudi. Berdasarkan video yang berdurasi 15 saat tersebut, pekerja kurier ini kelihatan sedang mengendalikan mesin yang berada pada bahagian belakangnya untuk terbang dan bergerak dari satu gedung ke gedung lain […]

Lelaki Dilapor Maut, Usus Terkoyak Akibat Tertelan Tulang Ikan
Lelaki Dilapor Maut, Usus Terkoyak Akibat Tertelan Tulang Ikan SRI LANKA – Seorang lelaki dilaporkan maut selepas tulang ikan berukuran 0.8 inci tersekat pada usus kecilnya. Menurut Insider, mangsa yang bekerja sebagai petani, 61 tahun dikatakan mengalami sakit perut yang teruk, muntah-muntah, sembelit dan perut kembung selama tiga hari sebelum pergi mendapatkan rawatan di hospital Mannar, utara […]

Ikan ‘Pengganas’ Dah Sampai Thailand, Lelaki Seludup Piranha Ditahan Polis
Seorang lelaki ditahan polis kerana didakwa menyeludup dan menjual ikan piranha secara haram di rumahnya dalam kes di Bangkok, Thailand baru-baru ini, lapor The Thaiger. Dalam satu serbuan ke rumahnya, sejumlah enam ekor ikan piranha yang berukuran enam hingga tujuh sentimeter (cm) panjang setiap satu ditemui sebelum dirampas pihak polis. Jurucakap Biro Siasatan Pusat (CIB) Thailand […]

OneRepublic Datang Malaysia Tahun Depan, Beraksi Dalam ‘Live In Concert’ Di KL
OneRepublic akan mengadakan konsert jelajah ‘Live In Concert’ di Asia pada tahun depan dan tarikh ‘beraksi’ di Malaysia sudah diumumkan iaitu pada 1 Mac 2023. Sebuah kumpulan pop rock dari US, OneRepublic dilapor akan membuat persembahan di tujuh bandar berbeza semasa konsert jelajah Asia termasuklah Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, Taipei dan Tokyo bermula dari Februari […]

Warga Bangladesh Didakwa Hasilkan, Miliki Lebih 700 Bahan Pornografi Kanak-Kanak
Warga Bangladesh didakwa hasilkan, miliki lebih 700 bahan pornografi kanak-kanak SEREMBAN, 22 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga Bangladesh, yang merupakan pelajar perubatan sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menghasilkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak Zobaidul Amin, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya […]

Cemas, Percikan Api Keluar Dari Sayap Kapal Terbang Saat Berlepas, Ada Serpihan Gugur Dari Udara
Cemas, Percikan Api Keluar Dari Sayap Kapal Terbang Saat Berlepas, Ada Serpihan Gugur Dari Udara Penerbangan rutin pesawat United Airlines bertukar ngeri apabila terdapat percikan api berlaku dari salah satu sayapnya ketika baru melakukan penerbangan. Sebuah pesawat penerbangan United Airlines 149 yang dijadualkan berlepas dari Newark, New York ke Sao Paulo, Brazil pada jam 11.24 […]

Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.9 Sekali Lagi Gegar Mexico Sebentar Tadi
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 skala richter sekali lagi dilaporkan menggegarkan Mexico menyebabkan orang ramai keluar dari kediaman masing-masing lewat tengah malam (waktu tempatan) dan sekurang-kurangnya dua maut, lapor AFP. Kejadian berkenaan berlaku beberapa hari selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 melanda wilayah tersebut yang meragut sekurang-kurangnya dua nyawa. Memetik AFP, gempa dipercayai bermagnitud 6.9 […]

Kes Rasuah VLN: Ahmad Zahid Bebas Atau Bela Diri Diketahui Esok
SHAH ALAM, 22 Sept (Bernama) — Keputusan sama ada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintah membela diri terhadap 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), akan diketahui esok. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi. Sekiranya keputusan mahkamah memihak […]

Polis Siasat Insiden Pergaduhan Separuh Akhir Bola Sepak Lelaki Sukma
SHAH ALAM, 22 Sept (Bernama) — Polis kini dalam proses melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya berhubung insiden pergaduhan yang berlaku pada aksi separuh akhir bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) antara pasukan Wilayah Persekutuan menentang Pulau Pinang di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam […]

Tekong Warga Asing Maut Ditembak Ketika Cuba Serang Anggota PGA
KOTA BHARU, 22 Sept (Bernama) — Seorang lelaki dipercayai tekong, maut terkena satu das tembakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas cuba menyerang anggota terbabit menggunakan sebilah parang dalam kejadian di kawasan Jeram Perdah, Pasir Mas dekat sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi tadi. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kejadian berlaku ketika sepasukan […]

Sering Pakai Jaket Ke Sekolah, Derita Budak 7 Tahun Dipercayai Dipukul Bapa Kandung Terbongkar
Sering Pakai Jaket Ke Sekolah, Derita Budak 7 Tahun Dipercayai Dipukul Bapa Kandung Terbongkar Sungai Petani – Seorang bapa ditahan pihak polis selepas dipercayai memukul anak kandungnya dengan menggunakan batang penyapu, rotan dan senduk plastik. Memetik laporan Astro Awani, mangsa yang sering memakai jaket sewaktu ke sekolah membuatkan guru kelas murid tahun satu itu curiga […]

SPRM Lancar Platform Digital Untuk OKU Lapor Rasuah
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan platform digital dikenali sebagai Laman OKU Pendengaran Portal SPRM untuk golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti rasuah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata platform digital yang dibangunkan dengan kerjasama Persekutuan Orang Pekak […]

Hubungkan Denmark & Jerman, Terowong Bawah Laut Terpanjang Dunia Dijangka Beroperasi 2029
Hubungkan Denmark & Jerman, Terowong Bawah Laut Terpanjang Dunia Dijangka Beroperasi 2029 Sebuah terowong bawah laut terpanjang di dunia bakal menghubungkan dua negara, Denmark dan Jerman dijangka beroperasi pada 2029 nanti, lapor CNN News. Difahamkan, terowong Fehmarnbelt Fixed Link yang masih dalam pembinaan itu mempunyai kedalaman 40 meter di bawah Laut Baltik. Terowong sepanjang 18 […]

Rasuah Antara Punca Rakyat Tidak Dapat Perkhidmatan Yang Sepatutnya – Sultan Nazrin
SHAH ALAM, 22 Sept (Bernama) — Gejala rasuah menjadi antara punca rakyat tidak mendapat perkhidmatan, pengagihan kekayaan tidak seimbang dan ketirisan khazanah negara, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. Baginda bertitah rasuah juga mengakibatkan pembangunan tidak lestari, pencemaran alam sekitar, membantutkan pertumbuhan ekonomi, menghilangkan minat pelabur asing, meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga serta mendorong berlakunya […]

Menjelmakan Kekuatan Luar Bandar Melalui Kuasa Belia
Kita harus akui bahawa dunia pada hari ini semakin ‘muda’. Di Malaysia sahaja, hampir 41% daripada populasinya berumur di bawah 25 tahun. Sebilangan besarnya adalah berasal atau secara relatifnya membesar di kawasan luar bandar. Maka, membangunkan potensi golongan belia amat penting bagi pembangunan dan kesejahteraan luar bandar yang mampan. Menyedari hakikat tersebut, amatlah penting bagi Kerajaan Keluarga […]

Cetuskan Kebimbangan, Setiap Empat Saat Seorang Penduduk Dunia Dilapor Maut Akibat Kebuluran
Cetuskan Kebimbangan, Setiap Empat Saat Seorang Penduduk Dunia Dilapor Maut Akibat Kebuluran Lebih 200 Badan Bukan Kerajaan (NGO) menggesa seluruh komuniti antarabangsa untuk mengambil langkah bagi menangani masalah kebuluran ekoran dianggarkan seorang penduduk dunia akan maut akibat masalah itu pada setiap tempoh empat saat, lapor The Daily Star. Dalam satu surat terbuka yang dicadangkan kepada […]