Berita

Najib Ada Masalah Kesihatan, Perbicaraan Kes Babit Dana 1MDB Disingkatkan
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) — Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak bagi pertuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini disingkatkan kerana bekas perdana menteri itu memerlukan rawatan perubatan setelah ubat darah tingginya memberinya kesan buruk. Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram […]

Juruterbang Helikopter Maut, Bomba Dedah Foto-foto Lokasi Kejadian
Pihak bomba mendedahkan foto-foto bangkai helikopter jenis Eurocopter milik sebuah syarikat swasta yang hilang dan ditemui semula di lokasi kejadian di Hutan Simpan Chikus hari ini. Foto-foto tersebut dikongsikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menerusi Bernama di Twitter sebentar tadi. TAPAH: Bangkai pesawat jenis Eurocopter milik sebuah syarikat swasta sewaktu pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat […]

Juruterbang Helikopter Hilang Sah Ditemui Mati Di Lokasi Kejadian – Ketua Polis Perak
TAPAH, 12 Sept (Bernama) — Juruterbang sebuah helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) sebelum dilaporkan hilang di kawasan Bidor sejak petang semalam, ditemukan mati di lokasi kejadian, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri. Beliau berkata mayat juruterbang itu ditemukan di dalam kokpit helikopter tersebut oleh pasukan […]

Padah ‘Mainkan’ Polis Buat 45 Panggilan Kecemasan Palsu Dalam Satu Malam, Lelaki Dipenjara 16 Bulan
Tindakan pelik seorang lelaki di Everton yang ‘gian’ membuat panggilan kecemasan palsu 999 sehingga 45 kali dalam satu malam tanpa sebarang alasan munasabah mengundang padah apabila dia akhirnya dipenjara. Merujuk laporan Metro UK, lelaki berusia 45 tahun itu melakukan tindakan pelik sedemikian bermula dari pukul 9.36 malam hari kejadian pada 23 Oktober tahun lepas. Difahamkan, […]

Juruterbang Helikopter Hilang Ditemui Selamat Pagi Tadi – Wee Ka Siong
Sebuah helikopter jenis Eurocopter dan juruterbangnya yang dilaporkan hilang semalam telah ditemui selamat di lokasi nahas di Bidor pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi kenyataan kepada pemberita serta hantaran ringkas di Facebook. Beliau berkata pertemuan juruterbang itu disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) yang ditugaskan untuk […]

China Temui Mineral Baharu Di Bulan, Dikenali Changesite-(Y)
Sekumpulan saintis China dilapor menemui sejenis mineral baharu di bulan, dikenali sebagai fosfat dalam kristal kolumnar dan dinamakan sebagai Changesite-(Y), lapor Daily Mail. Mereka menemukan mineral tersebut selepas ia dipisahkan secara teliti daripada 140,000 zarah kecil dan kemudian dianalisis melalui satu siri kaedah mineralogi ‘tercanggih’ oleh Institusi Penyelidikan Uranium Geologi. Difahamkan, Changesite-(Y) kini diletakkan dalam […]

Polis Sahkan Suspek Mati Mengejut Dalam Lokap
KUALA LUMPUR, (Bernama) –– Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang suspek lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di Lokap Berpusat Shah Alam semalam. Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP Skandaguru Anandan berkata lelaki berusia 33 tahun itu merupakan suspek yang ditahan sejak 29 Julai lepas. “Dia ditahan sementara siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah […]

Nahas Tiga Kenderaan: Ibu, Anak & Cucu Maut
Tiga beranak dilaporkan maut termasuk ibu, anak serta cucu dalam satu nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44.5 Jalan Muar-Segamat, Tangkak, Johor semalam, lapor Kosmo!. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.19 petang, pihak bomba menerima laporan kecemasan mengenai kejadian tersebut, kata Ketua Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II (PBK) […]

‘Gempur’ Kereta Kerajaan, Ini Suasana Protes Tolak Harga Minyak Naik Di Indonesia
Demonstrasi menolak kenaikan harga minyak yang berlangsung di sekitar Senayan, Jakarta baru-baru ini menyaksikan pelbagai situasi genting berlaku melibatkan orang awam dan pihak berkuasa. Antara detik genting yang menjadi tumpuan adalah beberapa buah kereta kerajaan antaranya yang dipercayai jenis Toyota Alphard dikatakan terpaksa ‘melepaskan diri’ ekoran pengiringnya diserang orang awam. CNBC Indonesia melaporkan, terdapat tiga […]

Kanser Otak Sejak 10 Tahun Bukan Penghalang Hafaz Quran, Ambil SPM
Walaupun hidup berada di ‘hujung tanduk’ akibat menghidap penyakit kanser otak sejak berusia 10 tahun, keazaman Muhammad Ammar Azman untuk menuntut ilmu tidak pernah luntur. Usaha tidak mengkhianati hasil, Muhammad Ammar turut berjaya memperoleh geran di bawah Program Pendidikan Anak-Anak Kakitangan Yayasan Sime Darby (YSD) bagi melanjutkan pengajian Diploma Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Selangor […]

Dua Hari Tak Keluar Rumah, Anak Temui Mayat Bapa ‘Sudah Berulat’
Seorang anak terkejut apabila menemui mayat bapanya dalam keadaan ‘sudah berulat’ selepas pulang ke rumahnya di sebuah perumahan di Jinjang Utara, Kuala Lumpur hari ini, lapor Kosmo!. Mangsa yang berusia 77 tahun itu ditemui oleh anak perempuannya sebelum satu laporan dibuat kepada pihak polis sekitar jam 2.09 pagi, kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner […]

Helikopter Swasta Dikhuatiri Hilang Sekitar Hutan Bidor Tengah Hari Tadi – Wee Ka Siong
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan sebuah helikopter swasta dikhuatiri hilang di sekitar kawasan hutan Bidor, Perak tengah hari tadi, lapor AWANI. Dalam kejadian sekitar jam 12.16 tengah hari itu, helikopter jenis Eurocopter dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC), jelas Ka Siong menerusi AWANI. Maklumnya lagi, difahamkan pengangkutan […]

Khairy Sahkan Pak Lah Hidap Demensia, Tak Ingat Sesiapa
Persoalan ramai mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 82, yang sudah lama ‘menghilang’ akhirnya terjawab apabila beliau disahkan menghidap demensia. Perkara itu disahkan menantunya, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Kesihatan dalam menjawab tentang keadaan terkini Abdullah yang turut mesra dikenali sebagai Pak Lah. “Mungkin ramai antara anda tertanya-tanya, di mana PM kelima (Pak […]

Kandungan Langgar Nilai Islam, Arab Saudi & GCC Beri Amaran Kepada Syarikat Penstriman
Negara-negara Teluk Arab telah mendesak syarikat penstriman untuk membuang semua kandungan yang bercanggah dengan ‘prinsip dan nilai Islam serta kemasyarakatan’, lapor media Arab Saudi menerusi BBC. Baru-baru ini, pemerhati media Arab Saudi dan Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (Gulf Co-operation Council, GCC) memberikan amaran kepada sebuah syarikat penstriman mengenai kandungan yang menyentuh sensitiviti agama. Menerusi […]

Periksa Tayar Bocor, Pemandu Lori Maut Dilanggar Motosikal
Seorang pemandu lori maut dilanggar penunggang motosikal dari arah belakang semasa memeriksa tayar bocor di Kilometer 21.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS-Arah Selatan) di Kulai, Johor semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tok Beng Yeow dalam satu kenyataan, pihaknya menerima laporan daripada anggota trafik lebuh raya Utara-Selatan berhubung kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori jenis Mitsubishi dan […]

Tarikh PRU15: Belum Bincang Dengan ‘Top Five’ UMNO – PM
BERA, 11 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata beliau belum berbincang dengan ‘Top Five’ UMNO berhubung tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). ‘Top Five’ UMNO merujuk kepada Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed […]

Kepala Mangsa Serangan Buaya Ditemukan Di Sandakan
SANDAKAN, 11 Sept (Bernama) — Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan hari ini menemukan kepala seorang mangsa lelaki yang hilang dipercayai diserang dan dibaham buaya ketika cuba menyeberang Sungai Seguntor, dekat Taman Kenari di sini, Jumaat lepas. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan berkata kepala mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada […]

‘Bekas Ketua Cawangan Pas Meninggal Dunia Dalam Keadaan Sujud Seorang Pemurah, Jaga Solat Jemaah’ – Imam
Bekas Ketua Cawangan Pas Kampung Kenor, Kuala Krai, Mohd Radzi Ibrahim, 63 tahun yang meninggal dunia sewaktu menunaikan solat Maghrib berjemaah baru-baru ini merupakan seorang yang pemurah, lapor Sinar Harian. Imam Tua Masjid Mukim Kenor, Ahmad Fadhil Zamani menceritakan, pernah seketika sewaktu berada di kedai makan, arwah sangat pemurah kerana sering berebut-berebut untuk ‘payung’ (belanja) harga […]

Banjir Pakistan: Tapak Warisan Dunia UNESCO Berusia 5,000 Tahun Rosak Teruk
Kota Moenjodaro di Pakistan yang merupakan salah satu khazanah dunia dilapor mengalami kerosakan teruk akibat banjir yang melanda negara itu sejak beberapa bulan lalu, lapor CNN. Difahamkan, kota yang mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) itu dikatakan sudah wujud sejak kira-kira 5,000 tahun lalu. Jabatan Kebudayaan, Pelancongan dan Jabatan Antik […]

Gempa Kuat Landa Papua New Guinea, Cetus Amaran Tsunami
MOSCOW, 11 Sept (Bernama) — Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter menggegarkan Papua New Guinea pada Sabtu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gempa bumi berlaku pada kedalaman 61.4 kilometer (km) dan 67 km dari timur Kainantu, sebuah bandar di timur Papua New Guinea. Sistem amaran tsunami Amerika Syarikat mengeluarkan amaran ancaman berikutan gempa […]