Berita

Mahkamah Persekutuan Kekal Sabitan Najib Dan Hukuman Penjara 12 Tahun, Denda RM210 Juta
Mahkamah Persekutuan Kekal Sabitan Najib Dan Hukuman Penjara 12 Tahun, Denda RM210 Juta PUTRAJAYA, 23 Ogos (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. Panel lima hakim dipengerusikan Ketua […]

Kemeriahan Jalur Gemilang Semperna Merdeka Ke-65 Bersama Maxim Malaysia
31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia, di mana Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan daripada Kerajaan British.Pada tahun ini rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-65. Semangat tahun ini berlainan pada tahun yang lepas di mana kesemua rakyat dapat meraikan dengan gilang gemilang selepas hampir dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19. […]

Rayuan Kes SRC: Permohonan Najib Agar Ketua Hakim Tarik Diri Ditolak
PUTRAJAYA, 23 Ogos (Bernama) — Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan terus mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dalam pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. Ini selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu yang dikemukakan di saat-saat akhir agar Tengku […]

Gigit Anjing Polis, Lelaki Dihukum Penjara 8 Bulan
Gigit Anjing Polis, Lelaki Dihukum Penjara 8 Bulan Seorang lelaki berusia 34 tahun dilaporkan telah dihukum penjara selama lapan bulan selepas dipercayai menggigit seekor anjing milik polis, lapor Sky News. Suspek dijatuhkan hukuman di mahkamah pada Selasa lalu selepas mengaku bersalah menyerang seorang pekerja perkhidmatan kecemasan dan menyebabkan kecederaan kepada haiwan. Dia juga telah membuat […]

Tular Video Cubaan Ragut Akak Baju Kelawar, Dua Lelaki Berjaya Ditahan Polis
Tular Video Cubaan Ragut, Dua Lelaki Berjaya Ditahan Polis Seorang wanita berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa ragut dua orang lelaki dalam kejadian tepi lorong kuda Persiaran KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata bahawa pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berkaitan kejadian itu selepas menerima laporan pada […]

Lelaki Maut Dalam Kemalangan Libat Tiga Lori, Satu Motosikal
Lelaki Maut Dalam Kemalangan Libat Tiga Lori, Satu Motosikal ALOR GAJAH, 23 Ogos (Bernama) — Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaannya dan tiga lori di KM206.7 Lebuhraya Plus arah selatan di sini tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 […]

Permohonan Muhammad Shafee Untuk Tangguh Hujah Prosiding Ketua Hakim Tarik Diri Ditolak
Permohonan Muhammad Shafee Untuk Tangguh Hujah Prosiding Ketua Hakim Tarik Diri Ditolak PUTRAJAYA, 23 Ogos (Bernama) — Selepas digugurkan daripada menjadi peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lepas, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat kemunculan semula dalam prosiding rayuan terakhir bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Persekutuan hari ini. Terdahulu, peguam baharu Najib, […]

Dakwa Sering Dipukul & Dicurangi, Wanita Nekad Bunuh, Kerat & Masak Mayat Suami
Dakwa Sering Dipukul & Dicurangi, Wanita Nekad Bunuh, Kerat & Masak Mayat Suami IRAN – Seorang wanita berusia 22 tahun telah ditahan kerana membunuh sebelum mengerat mayat dan memasak suaminya kerana curang, lapor Mirror UK. Suspek merupakan ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, memotong mayat suaminya dan memasak anggota badannya sebelum ditemui polis […]

Rayuan Kes SRC: Najib Mahu Ketua Hakim Negara Tarik Diri
Rayuan Kes SRC: Najib Mahu Ketua Hakim Negara Tarik Diri PUTRAJAYA, 23 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya berkaitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili bekas […]

Kes SRC: Rayuan Terakhir Najib Bersambung Hari Ini
Kes SRC: Rayuan Terakhir Najib Bersambung Hari Ini PUTRAJAYA, 23 Ogos (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini dijadual mendengar hujahan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd. Bagaimanapun, jika peguam Hisyam Teh Poh Teik yang […]

Dapat Gelaran ‘Syahadah Ula Al- Fateh’, Ustazah Muda Layak Mengajar Tahfiz Di Seluruh Dunia
Seorang wanita 24 tahun, Iman binti Mohd Asri berjaya mencapai peringkat hafalan al-Qur’an bagi peringkat yang tertinggi iaitu Syahadah Ula dan melayakkan beliau untuk mengajar al – Qur’an ke pelbagai negara. Memiliki hafalan al-Qur’an sebanyak 30 juzuk sudah semestinya menjadi impian bagi semua penganut agama Islam di seluruh dunia. Namun, tidak semua orang dapat melakukannya […]

Sedih Kawan Berhenti Kelas Sebab Tak Mampu Bayar Yuran, Adik Ni Tekad Menabung Duit Belanja Sendiri & Bantu Bayarkan
Sedih gara-gara seorang kawan tak mampu teruskan bayar yuran sekolah hingga terpaksa berhenti, adik ni tekad menabung kesemua duit belanja sendiri selama sebulan. Seorang penulis berkongsi kisah prihatin tanpa berbelah bahagi cahaya matanya menerusi hantaran di Facebook miliknya pada 22 Ogos baru-baru ini. Penulis Travelog Kembara Cinta di Syria, Mohd Nasaie Ismail memberitahu bahawa anak lelakinya, Yusuf […]

Polis Sahkan Video Tular Papar Usaha Tahan Suspek Pengedar Dadah Di Sandakan
SANDAKAN, 22 Ogos (Bernama) — Polis mengesahkan satu video berdurasi 30 saat memaparkan cubaan menahan sebuah kereta yang tular hari ini, adalah rakaman video satu operasi oleh pihak berkuasa bagi menahan sebuah kenderaan dipandu individu disyaki pengedar dadah. Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata kejadian berlaku di kawasan parkir Program Perumahan […]

Sindiket Pengurup Wang Haram Didalangi Warga Asing Tumpas
Sekumpulan warga asing yang dipercayai menjadi dalang sindiket pengurup wang haram berjaya ditumpaskan dalam satu operasi khas Jabatan Imigresen (JIM) di sekitar ibu kota baru-baru ini, lapor Kosmo!. Menurut Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, tiga kedai yang menjual peralatan telefon, elektronik dan kios agensi pelancongan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti itu telah […]

Perkembangan Ringkas Berhubung Perhimpunan Ketua-Ketua UMNO Di PWTC
Dalam satu perhimpunan di bangunan PWTC pagi tadi, seluruh ketua-ketua UMNO di seluruh Malaysia berhimpun bagi menyatakan perkembangan ringkas berhubung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, pihaknya dikejutkan dengan panggilan malam tadi yang menuntut semua ketua-ketua UMNO Malaysia untuk hadir ke PWTC bagi satu pertemuan […]

Berbeza Dengan US, Watak Jahat Dalam ‘Minions’ Versi China Berakhir Dengan ‘Keinsafan’
Apa yang kecil, kuning, sukakan pisang dan mematuhi undang-undang? Begitulah jalan cerita kehidupan Minion, jika mengikut versi suntingan filem animasi terbaharu yang menampilkan penjahat super, Gru dan tentera kecilnya yang kini ditayangkan di China. Filem kelima untuk siri Despicable Me, iaitu Minions: The Rise of Gru kini ditayangkan di China. Tayangan di negara tersebut adalah […]

Hujan Lebat: 10 Kenderaan Rosak Ditimpa Pokok
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Sebanyak tujuh kereta dan tiga buah motosikal rosak ditimpa pokok di lapan lokasi sekitar ibu kota susulan angin kencang dan hujan lebat yang berlaku kira-kira 4 hingga 6 petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kejadian kereta rosak akibat pokok tumbang dilaporkan di hadapan sebuah kondominium […]

Lelaki Rosakkan Jalur Gemilang Ditahan
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki semalam kerana merosakkan Jalur Gemilang yang digantung di Jalan Tun Sambanthan di sini. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata dalam insiden pada 3 petang itu, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengatakan terdapat seorang lelaki merosakkan Jalur Gemilang. […]

Kalau Saya Perasuah, Pasti Sumbangan Wang Dibuat Atas Nama Saya – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan di Mahkamah Tinggi hari ini sekiranya beliau seorang perasuah, pastinya wang RM2 juta yang diterima daripada seorang pengarah syarikat akan dibuat atas nama beliau sendiri dan bukan ditandakan sebagai ‘sumbangan politik’. Katanya beliau menerima wang RM2 juta dalam tiga cek daripada pengarah […]

Awas, 9 Negeri Termasuk Seluruh KL Dilanda Ribut Petir Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada jam 6 petang tadi. Dijangka ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku sehingga jam 8 malam nanti. Antara kawasan yang diramal berlaku ribut petir termasuklah negeri Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim dan […]