Berita

Shopee Kongsikan Impak yang Diwujudkan Rakyat Malaysia terhadap E-Dagang
Lebih daripada 80% Penjual Shopee Bina Kesetiaan Pengguna dengan Nilai Melebihi Harga KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2022 – Sebuah kajian baharu yang melibatkan lebih 3,300 pembeli dan 2,100 penjual di seluruh Malaysia oleh platform pasaran dalam talian Shopee terhadap penggunanya, telah mengkaji kesan yang diwujudkan oleh rakyat Malaysia terhadap ekonomi menerusi tingkah laku membeli-belah dalam […]

Gardenia KL, Syafiq Nordin & Balai Seni Negara Angkat Mesej Anti Pembelian Panik Di Pameran Seni Pop
Siri Seni Pop Cetus Pemikiran Menerusi Dialog dan Galakkan Ekspresi Artistik Menerusi Pertandingan Untuk Pelajar Kuala Lumpur, 17 Ogos 2022 – Siri Anti Pembelian Panik oleh pengiat seni tanah air yang sedang meningkat naik, Shafiq Nordin, kini sedang dipamerkan di Balai Seni Negara dari 21 Jun hingga 4 September 2022. Siri tersebut diilhamkan oleh peristiwa yang […]

Sah, ‘Elon Musk Mahu Beli Manchester United’ Sekadar Gurauan
Desas-desus pemilik syarikat Tesla, Elon Musk yang kononnya mendakwa mahu membeli Manchester United akhirnya terjawab apabila dia mengakui itu sekadar gurauan sahaja, lapor Daily Mail. Elon menerusi laman Twitter rasminya, Elon Musk mengesahkan perkara tersebut selepas dia mengatakan dirinya tidak berminat untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. Berita mengenai lelaki terkaya itu yang […]

Piala Dunia Qatar: ‘Negara’ Tiada Dalam Sistem, Rakyat Israel Perlu Beli Tiket Atas Nama ‘Palestin’
Rakyat Israel yang mahu menonton FIFA Piala Dunia Qatar 2022 di Doha serta mengakses kemudahannya perlu membeli tiket perlawanan atas nama negara ‘Palestin’, lapor Arab News. Menurut laporan Arab News, laman web rasmi tempahan tiket dan pakej kemudahan di Qatar, Winterhill Hospitality tidak menyenaraikan ‘Israel’ sebagai ‘negara’ dalam sistem mereka. Tambahan lagi, seperti yang dilaporkan […]

Apple Rancang Pasang Apple Watch & MacBook Di Kilang Di Vietnam
Apple Rancang Pasang Apple Watch & Macbook Di Kilang Di Vietnam Apple sedang dalam perbincangan untuk menghasilkan Apple Watch dan MacBook di Vietnam buat pertama kalinya, lapor Asharq Al-Awsat Difahamkan, pembekal Apple China Luxshare Precision Industry dan iPhone Foxconn telah memulakan ujian pengeluarkan untuk produk Apple Watch dan Macbook di Vietnam Utara. Menurut Asharq Al-Awsat, […]

Ahli Perniagaan Mengaku Tidak Bersalah Ubah Wang Haram RM2.04 Juta
RAUB, 17 Ogos (Bernama) — Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.04 juta. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya. Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 8 Jan 2021 hingga 20 Jun 2021, menerusi […]

Nama Pemilik Kelab Komedi Di TTDI Disenaraihitamkan
Nama pemilik kelab komedi di TTDI disenaraihitamkan KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyenaraihitamkan nama pemilik sebuah kelab komedi seumur hidup kerana melanggar syarat lesen yang ditetapkan. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata perniagaan kelab berkenaan dibatalkan berkuat kuasa 30 Julai lepas dan nama pemilik kelab […]

Kedai & Stesen Minyak Di 11 Wilayah Di Yala, Narathiwat & Pattani Dibom, Didakwa ‘Kerja’ Kumpulan Pemisah
Kedai & Stesen Minyak Di 11 Wilayah Di Yala, Narathiwat & Pattani Dibom, Didakwa ‘Kerja’ Kumpulan Pemisah Kumpulan pemisah didakwa telah melancarkan serangan bom dan khianat api ke atas kedai serbaneka dan stesen minyak di 11 wilayah sempadan selatan Thailand. Ekoran dari serangan tersebut telah mengakibatkan kerosakan yang besar di Yala, Narathiwat dan Pattani pada […]

Penerbangan Ihsan JBPM Bawa Dua Anak Orang Asli Ke Hospital
GUA MUSANG, 17 Ogos (Bernama) — Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan dengan membawa seorang kanak-kanak lelaki dan seorang bayi perempuan Orang Asli untuk mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) semalam. Affenzie Khylic Keyei, dua tahun dari Kampung Piyel dan bayi perempuan Lili Safina berusia lapan bulan dari Pos Bihai Lama, demam […]

Lapan Warga Myanmar, Tekong Darat Ditahan Di Pasar Borong Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Lapan warga Myanmar dipercayai baru tiba di negara ini ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di sini hari ini. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata turut ditahan dalam operasi berkenaan seorang lelaki tempatan dipercayai tekong yang membawa semua warga Myanmar itu ke […]

Kawan ‘Makan’ Kawan, Pemuda Mengaku Tipu Tujuh Sahabat Melabur Kripto RM 1.08 Juta
Kawan ‘Makan’ Kawan, Pemuda Mengaku Tipu Tujuh Sahabat Melabur Kripto RM 1.08 Juta Seorang lelaki yang mendakwa dirinya telah memperoleh keuntungan dalam pelaburan kripto telah memberitahu tujuh rakannya untuk melabur dalam pelaburan yang sama dengan nilai kira-kira RM 1.08 juta melalui dirinya. Bagaimanapun, dia telah menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan mainan dalam talian, yang […]

Pembantu Penguat Kuasa JPJ Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah
Pembantu penguat kuasa JPJ mengaku tidak bersalah terima rasuah JOHOR BAHRU, 17 Ogos (Bernama) — Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM27,600. Tertuduh, 40, yang bertugas di JPJ cawangan Muar, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk […]

Salah Derma Lebih RM700,000 Kepada Gereja Terbakar Di Mesir
Pemain sayap kanan Liverpool, Mohamed Salah mendermakan sebanyak RM702,690 kepada sebuah gereja di Mesir yang terbakar hingga mengorbankan 41 nyawa, lapor The Sun UK. Memetik laporan The Sun UK, gereja Abu Seifein yang terletak di bandar Giza, Mesir itu dilaporkan terbakar pada hari Ahad baru-baru ini. Salah yang sejurus sahaja mendengar berita itu bertindak pantas […]

MAHA 2022 Catat Lebih 1.4 Juta Pengunjung, Jumlah Nilai Jualan RM260 Juta
SERDANG, 14 OGOS 2022 – Majlis Penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) Tahun 2022 telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam satu majlis di Dewan D, MAEPS, Serdang hari ini. Kehadiran jumlah pengunjung MAHA 2022 dicatatkan melebihi 1.4 juta pengunjung iaitu 1.2 juta pengunjung […]

Tiga Lelaki & Remaja Perempuan 15 Tahun Dicekup Bersama, Turut Ditemui Kondom Dalam Tong Sampah
Tiga lelaki dan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dicekup bersama dalam satu operasi di sebuah bilik motel di Sungai Petani awal pagi semalam, lapor Sinar Harian. Malah hasil pemeriksaan lanjut anggota penguatkuasa agama di sekitar bilik itu turut menemui kondom yang disyaki telah digunakan yang dibuang ke dalam tong sampah. Menurut Pegawai Agama Daerah Kuala […]

Kedutaan Malaysia Di Mesir Saran Rakyat Malaysia Henti Aktiviti Rekreasi Di Kawasan Sungai Qanatir Khairiah
Kedutaan Malaysia Di Mesir Saran Rakyat Malaysia Henti Aktiviti Rekreasi Di Kawasan Sungai Qanatir Khairiah Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Republik Arab Mesir (KBMK) menasihatkan warga negara Malaysia untuk hentikan sebarang aktiviti rekreasi di kawasan sungai Qanatir Khairiah, Qalyubiah dengan serta merta. KBMK memandan serius mengenai kejadian lemas seorang pelajar mahasiswa Malaysia pada 13 Ogos […]

CEO Syarikat Pengeluar Vaksin Pfizer Dilapor Positif Covid-19
CEO Syarikat Pengeluar Vaksin Pfizer Dilapor Positif Covid-19 Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Inc., Albert Bourla dilaporkan positif Covid-19 dan sedang menjalani rawatan dengan menggunakan ubat antiviral Paxlovid yang dihasilkan oleh syarikat miliknya. Menerusi laman Twitter miliknya, beliau menjelaskan bahawa hanya mengalami simptom-simptom yang sangat ringan dan masih berada dalam keadaan yang sihat. Menurut Bloomberg, Albert […]

Andersen Dapat Ugutan Bunuh Selepas Insiden Penyerang Liverpool, Nunez Dibuang Padang
Andersen Dapat Ugutan Bunuh Selepas Insiden Penyerang Liverpool, Nunez Dibuang Padang Pemain Crystal Palace, Joachim Andersen mendedahkan bahawa dia telah menerima ugutan bunuh yang ditujukan kepada diri dan keluarganya selepas insiden dia ditanduk oleh Darwin Nunez dalam aksi yang berkesudaha seri di Anfield, Isnin lalu. Penyerang Liverpool itu dilayangkan kad merah dengan Liverpool ketika itu […]

Elon Musk Umum Beli Manchester United?
Pengarah syarikat Tesla dan pemilik aplikasi Twitter, Elon Musk mengumumkan dia membeli kelab gergasi Eropah, Manchester United (MU). Dalam satu ciapan di Twitter pagi tadi, pada awalnya Elon menjelaskan tentang prinsipnya dalam memberi sokongan secara adil kepada dua haluan parti politik. Dalam masa sama, dia juga memaklumkan dipercayai akan memiliki The Red Devils hingga pengumuman […]

Lagi Insiden Gemparkan Indonesia, 20 Pelajar Dakwa Jadi Mangsa Cabul Guru
Lagi Insiden Gemparkan Indonesia, 20 Pelajar Dakwa Jadi Mangsa Cabul Guru Sekurang-kurangnya 20 pelajar perempuan bawah umur disyaki menjadi mangsa cabul yang didakwa dilakukan oleh seorang guru di sebuah sekolah di Kecamatan Katapang, Kabutpaten Bandung, Jawa Barat. Kes itu terbongkar selepas salah seorang mangsa tampil ke depan dan melaporkannya selepas beberapa tahun berdiam diri. Menurut […]