Berita

Makan Jerung Putih Semasa ‘Live’ Hingga Dikecam Ramai, Influencer China Ditahan Polis & Mungkin Dipenjara
Seorang influencer di China telah ditahan oleh pihak polis untuk proses siasatan selepas dia dilihat memanggang dan makan ikan jerung putih dalam satu video tular baru-baru ini. Menurut AFP, seorang vlogger dikatakan menjamah ikan pemangsa itu dan spesiesnya telah dikenal pasti sebagai ikan jerung putih oleh pihak polis di Nanchong pada Ahad lalu. Apa yang […]

Harga Minyak RON97 Turun Lima Sen, RON95 & Diesel Kekal
Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM4.55 kepada RM4.50 seliter berkuat kuasa bagi tempoh 4 Ogos hingga 10 Ogos 2022. Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal, masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter. “Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran […]

Dihanyut Arus Deras Ketika Memancing, Lelaki Dikhuatiri Lemas
Dihanyutkan arus deras ketika memancing, seorang lelaki dikhuatiri lemas di kawasan loji air Semantan di Kampung Lengkong, Bentong semalam, lapor Kosmo!. Memetik laporan Kosmo! mangsa, Amiruddin Asyraf Mat Saman, 26 tahun difahamkan terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan oleh arus deras sewaktu keluar memancing bersama seorang rakannya dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu. Menurut […]

Masyarakat Islam Berpendapatan Kasar RM3 Ribu Ke Bawah Layak Dapatkan Khidmat Guaman Syarie MAIS Percuma
Shah Alam – Sebagai salah satu usaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membantu lebih ramai masyarakat Islam yang tidak berkemampuan khususnya B40, MAIS telah mengubah syarat kelayakan berkaitan jumlah pendapatan kasar kepada RM3000 ke bawah berbanding RM1500 untuk perkhidmat bantuan Guaman Syarie secara percuma bagi kes mal di Mahkamah Syariah di Negeri Selangor. Dengan adanya […]

Parti Bangsa Malaysia Hantar Permohonan Rasmi Sertai BN – Zuraida
Parti Bangsa Malaysia Hantar Permohonan Rasmi Sertai BN – Zuraida Parti Bangsa Malaysia (PBM) dilapor telah menghantar permohonan rasmi untuk sertai Barisan Nasional (BN) baru-baru ini, lapor AWANI. Menerusi laporan ringkas yang dimuat naik AWANI di Facebook sebentar tadi, difahamkan gabungan itu adalah sebagai persediaan menghadapi gelombang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “PBM telah menghantar […]

Pekerja Kilang Cedera Ditikam Dalam Pergaduhan Di Kulai
JOHOR BAHRU, 3 Ogos (Bernama) — Seorang pekerja kilang warga Indonesia cedera akibat ditikam dalam pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di hadapan kilang di Kawasan Perindustrian Senai Fasa 3, dekat Kulai, Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditikam di bahagian belakang badan dalam kejadian pada 8.30 […]

Pengusaha Taska Didenda RM7,000 Tampar Kanak-Kanak 2 Tahun Hingga Bengkak
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) — Seorang pengusaha taska didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Jun lepas. Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, 41, selepas dia mengaku bersalah dengan menampar kanak-kanak berkenaan beberapa kali sehingga bengkak di kedua belah […]

Bukan Lagi Pepsi, KFC & Pizza Hut Di Malaysia Kini Beralih Ke Coca-Cola
Minuman coke terkenal, Coca-Cola kini secara rasminya akan menjadi minuman pilihan yang dihidangkan di beberapa restoran KFC dan Pizza Hut terpilih bermula Ogos ini, merujuk laporan The Edge Market. Dalam laporan itu, syarikat Coca-Cola Malaysia kini menjadi pembekal hidangan minuman Coca-Cola buat restoran tersebut berikutan kerjasama multi-year partnership bersama pemilik serta operator kedua-dua francais berkenaan, […]

Enggan Bangun Menyusu Bayi, Suami Bunuh Isteri & Buang Mayat Ke Tempat Sampah
Enggan Bangun Menyusu Bayi, Suami Bunuh Isteri & Buang Mayat Ke Tempat Sampah Seorang suami didakwa kerana membunuh isterinya sendiri kemudian membuang mayat mangsa ke dalam karung di Kampung Jongjing, Desa Cerukcuk, Indonesia Sabtu lalu. Memetik Kompas, pasangan tersebut merupakan bapa dan anak saudara yang menikah tanpa restu dari keluarga besar dan secara tidak sah […]

Lebuhraya Bertukar ‘Merah’, Lori Sardin Dilapor Terbalik Di Lebuhraya PLUS Dekat Kuala Kangsar
Sebuah lori membawa muatan sardin dilapor terbalik di Lebuhraya Utara Selatan dekat Kuala Kangsar yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan yang dipercayai berlaku kira-kira 1 petang di Kilometer 265.9 itu menyebabkan trafik terhenti lebih tiga kilometer selepas semua laluan terhalang. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob […]

Kastam Johor Rampas Rokok Seludup RM9.45 Juta, Rampasan Terbesar Tahun Ini
JOHOR BAHRU, 3 Ogos (Bernama) — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor berjaya merampas rokok seludup bernilai RM9.45 juta termasuk cukai, selepas menyerbu sebuah gudang di Kulai pada 23 Julai lepas, yang merupakan rampasan terbesar JKDM Johor tahun ini. Pengarahnya Sazali Mohamad berkata lebih lapan juta batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama ditemukan tersembunyi di dalam […]

China Umum Sekat Import Lebih 2,000 Produk Dari Taiwan
China Umum Sekat Import Lebih 2,000 Produk Dari Taiwan China telah menyekat import produk daripada ratusan pengeluar makanan dari Taiwan dan menggantung sementara eksport pasir semula jadi ke negara itu. Taiwan menganggap ia sebagai balasan untuk menghukum negara tersebut dari segi ekonomi atas lawatan Speaker Dewan Rakyat AS, Nancy Pelosi semalam. Sejak malam Isnin, apabila […]

Anak Tergelincir Ke Sungai & Ayah Gagal Selamatkan, Dua Beranak Mati Lemas
Dua beranak mati lemas selepas si ayah tidak berjaya selamatkan anaknya yang tergelincir ke dalam sungai ketika memancing di Bendungan Notopuro, Pilangkenceng di Madiun, Jawa Timur semalam, lapor Tribun Mataraman. Pada awalnya, mangsa, Nanang Sutrisno, 40, dan anaknya FS, 14, sedang memancing di Bendung Notopuro pada pukul 3.30 petang waktu tempatan. Bagaimanapun malangnya, FS tiba-tiba […]

22 Tahun Tak Mandi, Lelaki ‘Bernazar’ Taknak Sentuh Air Selagi Ada Kekejaman Terhadap Wanita
Seorang lelaki berusia 62 tahun dari Bihar, India meraih perhatian ramai apabila dia dilaporkan tidak pernah mandi walaupun sekali selama hampir dua dekad. Dharamev Ram terkenal di kampung asalnya di Baikunthpur dan semua orang tahu yang dia tidak mandi selama 22 tahun. Namun, tidak ada seorang pun yang mengejeknya, malah mereka menghormati keputusan yang dibuat. […]

Dakwa Degil & Selalu Keluar Rumah, Atuk & Opah Tergamak Rantai Cucu Di Tiang
Dakwa Degil & Selalu Keluar Rumah, Atuk & Opah Tergamak Rantai Cucu Di Tiang Sepasang suami isteri mengaku merantai cucu perempuan mereka yang berusia 11 tahun pada sebatang tiang dan memukulnya dengan sebatang kayu di wilayah Buriram, timur laut Thailand. Perkhidmatan sosial awam telah melakukan siasatan ke rumah pasangan tersebut apabila video mangsa diikat dengan […]

Semua Kegiatan Boleh Jejaskan Tasik Chini Telah Dihentikan – Takiyuddin
KOTA BHARU, 3 Ogos (Bernama) — Sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan Tasik Chini, Pahang termasuk kelulusan baharu untuk pengambilan pasir, mineral atau sebagainya telah dihentikan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Beliau berkata arahan tegas itu dikeluarkan untuk memastikan Tasik Chini dapat dipelihara dan dipulihara semula untuk mengekalkannya sebagai sebahagian Rangkaian […]

Lagi Kes Individu Maut, Dipercayai Jatuh Dari Tingkat Atas Pusat Beli-belah
Seorang lagi individu dilaporkan maut dipercayai jatuh dari tingkat atas sebuah pusat membeli-belah. Menurut laman Facebook Kedah Kini, kejadian berkenaan didakwa berlaku di sebuah pusat membeli-belah yang terletak di negeri itu pagi tadi, 3 Ogos 2022. Kes berkenaan dikatakan masih lagi dalam siasatan. Berita lanjut menyusul. Sumber: Kedah Kini

Rusia Sokong China, Ada Hak Untuk Ambil Apa Jua Langkah Pertahan Kedaulatan
Rusia Sokong China, Ada Hak Untuk Ambil Apa Jua Langkah Pertahan Kedaulatan Rusia menyokong China dan berkata negara itu mempunyai hak untuk mengambil apa jua langkah bagi melindungi kedaulatan wilayahnya dan menggelar lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi ke Taiwan sebagai “provokasi yang jelas”. “China mempunyai hak untuk mengambil langkah yang perlu bagi melindungi […]

Tentera Taiwan Lipat Ganda Latihan Buat Simulasi Anti Penceroboh, Cetus Kebimbangan ‘Perang Dunia Ketiga’
Ketegangan antara Taiwan dan China mencetuskan kebimbangan dunia tentang Perang Dunia Ketiga selepas tentera negara itu melakukan simulasi anti penceroboh baru-baru ini, lapor Daily Star. Senario itu semakin jelas kelihatan apabila Taiwan mengadakan latihan ketenteraan besar-besaran iaitu simulasi anti penceroboh sewaktu sekutu utamanya, China dan Rusia sedang sibuk menawan Ukraine. Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan, pihaknya […]

Padah Abai Nasihat Doktor, ‘The Hulk Brazil’ Suntik Minyak Nak Besarkan Otot Maut
Seorang ahli bina badan dari Brazil yang digelar ‘ The Hulk Brazil’ di TikTok maut pada usia 55 tahun selepas mengalami komplikasi dipercayai serangan jantung baru-baru ini, lapor Mirror. Menurut laporan, semasa hayatnya dia kerap mengamalkan sejenis teknik membesarkan otot yang ‘pelik’, iaitu menyuntik minyak pada bicep, pektoral dan otot belakangnya setiap hari sejak 2016 […]