Berita

Penantian Berakhir, Kehilangan Muhammad Iman Terjawab – Ibu
KUANTAN, 24 Julai (Bernama) — Penantian seorang ibu berakhir apabila kehilangan anak kesayangannya yang dicari hampir 10 bulan terjawab, semalam. Azmawati Ab Kadir, 55, ibu kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain yang dilaporkan hilang 30 Okt tahun lepas berkata beliau bersyukur dan berasa lega apabila doanya selama tempoh pencarian itu telah dimakbulkan. “Saya doa supaya Allah […]

30 Individu Termasuk Penganjur Perhimpunan #Turun Dipanggil Beri Keterangan
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Polis memanggil seramai 30 individu termasuk penganjur perhimpunan #Turun untuk diambil keterangan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata individu yang dipanggil untuk hadir pada esok dan Selasa itu akan dimaklumkan identiti mereka selepas polis selesai merakamkan keterangan masing-masing. “Polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum sebarang […]

Kemalangan Maut: Hilang Ibu Ayah, Kakak, Abang Ipar, Anak Saudara Sekelip Mata
GERIK, 24 Julai (Bernama) — Memori menghadiri konvokesyen menjadi kenangan terakhir bagi Muhammad Naim Mohd Rodhi sebelum ibu dan bapanya maut dalam nahas jalan raya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, petang semalam. Anak bongsu berusia 26 tahun itu berkata dia menerima panggilan daripada ahli keluarganya pada petang semalam yang memaklumkan mengenai kemalangan tersebut […]

Pantas Merebak Ke Seluruh Dunia, WHO Isytihar ‘Monkeypox’ Sebagai Darurat Kesihatan Global
Pantas Merebak Ke Seluruh Dunia, WHO Isytihar ‘Monkeypox’ Sebagai Darurat Kesihatan Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global berikutan lonjakan kes di beberapa negara. Memetik laporan The Guardian, ia merupakan pengisytiharan ketujuh yang pernah dibuat oleh pertubuhan itu sejak tahun 2009 termasuk bagi pandemik COVID-19 dua tahun lalu. Darurat […]

Nahas Lima Sekeluarga: Trak Pikap Hilang Kawalan, Rempuh MPV – Polis
GERIK, 24 Julai (Bernama) — Siasatan awal polis mendapati, trak pikap jenis Toyota Hilux telah hilang kawalan dan bertembung dengan Perodua Alza dinaiki lima sekeluarga yang maut dalam satu kemalangan di KM62, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata akibat hilang kawalan, Toyota Hilux itu telah masuk […]

Peraduan Dari Page Milo Fans Tiada Kena Mengena Dengan Nestle
Peraduan Dari Page Milo Fans Tiada Kena Mengena Dengan Nestle Baru-baru ini tular mengenai satu peraduan di Facebook fan page (MILO FANS) yang dipercayai dianjurkan sempena Ulang tahun Milo ke-87. Bagaimanapun, pihak Nestle mengingatkan orang ramai bahawa akaun Facebook tersebut tidak dikendalikan oleh Nestle Malaysia. Sehubungan dengan itu, peraduan di akaun Facebook terbabit juga tidak […]

Pesakit Cacar Monyet Lari Dari Thailand Dijumpai Di Kemboja
BANGKOK, 24 Julai (Bernama) — Pesakit cacar monyet pertama Thailand yang menghilangkan diri dari pusat peranginan Phuket telah dijumpai di Phnom Penh pada Sabtu. Kementerian Kesihatan Kemboja memaklumkan lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan, lapor Khmer Times. Lelaki itu dijumpai di sebuah rumah tetamu di Phnom Penh. Dia […]

Berang Aib Perceraian Dijadikan ‘Content’ TikTok, Lelaki Tergamak Tembak Isteri Hingga Mati
Berang Aib Perceraian Dijadikan ‘Content’ TikTok, Lelaki Tergamak Tembak Isteri Hingga Mati CHICAGO – Seorang wanita maut ditembak oleh bekas suaminya selepas mendedahkan aib perceraian mereka secara terbuka di media sosial TikTok, lapor Mirror UK. Suspek yang tinggal di kawasan Georgia, telah pergi ke rumah mangsa iaitu bekas isterinya di Near North Side pada Isnin […]

Rangka Ditemukan, Dipercayai Orang Hilang Sejak 10 Bulan Lepas
KUANTAN, 23 Julai (Bernama) — Polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lepas. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki […]

Bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Kini Dirawat Di ICU
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini sedang dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU). Perkara berkenaan dikongsikan melalui satu hantaran di laman facebook rasminya hari ini. Keadaan beliau pada ketika ini sangat sensitif terhadap persekitaran luar. Pihak hospital juta dilapor mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan jumlah pelawat telah dihadkan. […]

Rogol Remaja 14 Tahun: Penceramah Bebas Diserah Kepada Polis KL
SHAH ALAM, 23 Julai (Bernama) — Seorang penceramah bebas yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun akan diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur hari ini. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata ia bagi membuat siasatan lanjut berhubung kejadian rogol yang dilaporkan turut berlaku di negeri itu. “Hari ini reman tamat di Kuala […]

Jari Lelaki Putus, Cuba Cabut Mata Kail Lekat Di Mulut Ikan Jerung
Jari lelaki dilaporkan putus akibat digigit oleh seekor jerung yang dipancing ketika cuba untuk cabut mata kail pada rahang pemangsa akuatik itu. Seorang nelayan di Florida, Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan keadaan yang mengerikan selepas jari kelingkingnya dilaporkan putus digigit ikan jerung semasa dia cuba untuk cabut mata kail pada ikan tersebut. Memetik laporan akhbar […]

Manfaat Tempurung Kelapa Jadikan Arang, Jana Pendapatan
PORT DICKSON, 23 Julai (Bernama) — Bukan setakat buah, malah segala yang ada pada kelapa, daripada pokok sehingga daunnya, daripada akar sehingga pelepahnya, tiada satu pun tidak berguna melainkan semuanya boleh dimanfaatkan oleh peniaga kelapa. Usahawan muda Mohd Izswan Anuar, 31, yang mengusahakan penjualan kelapa milik bapanya mempunyai pendekatan tersendiri dengan mempelbagaikan hasil perniagaan keluarga hampir […]

Rancang Bercuti Di Korea 8 Hari, Pasangan Habiskan 7 Hari Kuarantin Kerana Covid
Rancang Bercuti Di Korea 8 Hari, Pasangan Habiskan 7 Hari Kuarantin Kerana Covid Keterujaan satu pasangan warga Singapura untuk bercuti ke Korea Selatan selama lapan hari tidak kesampaian selepas mereka disahkan positif COVID-19 pada hari pertama mereka menjejakkan kaki di negara itu. Mereka akhrinya terpaksa menghabiskan masa menjalai kuarantin selama tujuh hari di dalam bilik […]

Demonstrasi #TURUN Dilapor Berlangsung Di KL Sebentar Tadi
Sekumpulan penunjuk perasaan dilaporkan berkumpul di kompleks beli-belah Sogo di tengah pusat bandar Kuala Lumpur dipercayai bagi mengadakan demonstrasi #Turun pada petang Sabtu, 23 Julai 2022. Difahamkan, kumpulan demonstrasi itu berkumpul di luar pusat membeli beli-belah tersebut sekitar jam 2 petang tadi menurut laporan daripada beberapa sumber yang tular di media sosial. Menerusi laman media […]

Cuaca Panas Melampau, London Balut Jambatan Guna Aluminium Foil, Pantul Semula Cahaya
Dunia kini dilanda fenomena cuaca panas melampau hingga ada jalan raya dan bumbung di beberapa buah negara dilaporkan sedang mencair. Gelombang panas yang mampu membawa kepada kematian pada minggu lalu telah mencetuskan kejadian infrastruktur pelik di seluruh dunia. Ia juga dikatakan berkait dengan dunia yang semakin dimamah usia. Dalam pada itu, jalan raya, jambatan, landasan […]

Pesakit Pertama Cacar Monyet Di Thailand Hilangkan Diri
BANGKOK, 22 Julai (Bernama) — Pesakit cacar monyet pertama Thailand menghilangkan diri di pulau peranginan Phuket sebaik beliau dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya. Pegawai kesihatan dan pihak berkuasa tempatan sedang mempergiat usaha untuk mengesan lelaki berusia 27 tahun itu untuk memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya dan membendung penularan penyakit berkenaan. Ketua Kesihatan Wilayah Phuket Dr. Kusak Kukiattikoon […]

Pembantu Kedai Cedera Dalam Kejadian Rompak Dan Bakar
KUANTAN, 23 Julai (Bernama) — Seorang wanita warga Indonesia cedera dalam kejadian rompak dan bakar di sebuah kedai runcit di Felda Tersang Satu, Raub awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata wanita berusia 40 tahun yang juga pembantu kedai itu cedera di muka dan kepala, dipercayai akibat diserang seorang lelaki […]

Cemas, Juruterbang Sempat Daratkan Pesawat Penuh Penumpang Sebelum Meninggal Dunia
Juruterbang sebuah pesawat dari syarikat penerbangan Indonesia, Citilink dilaporkan sempat melakukan pendaratan kecemasan di Bandara Juanda, sebelum dia dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia. Memetik laporan berita Detik, juruterbang tersebut yang sedang melakukan perjalanan Surabaya-Makassar dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan. Sebelum itu, juruterbang berkenaan dilaporkan jatuh sakit ketika baru […]

Wanita Dijumpai Di Sentul Bukan Zalina – Polis
SHAH ALAM, 23 Julai (Bernama) — Wanita kedua yang didakwa mirip bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau dikenali sebagai Zalina Azman yang ditemui di Sentul, Kuala Lumpur semalam, disahkan bukan pembaca berita itu yang dilaporkan hilang sejak 20 Nov tahun lepas. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata hasil semakan identiti melalui […]