Berita

UAE Benarkan Staf Kerajaan Cuti Setahun Mulakan Bisnes, Jawatan Kekal & Gaji Dibayar Separuh
UAE dilaporkan membenarkan penjawat awamnya mengambil cuti selama setahun untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Malah, kerajaan juga akan membayar separuh gaji mereka dalam tempoh berkenaan dan jawatan masing-masing akan dikekalkan. Keputusan itu telah dibuat ketika Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden, Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai mempengerusikan mesyuarat Kabinet […]

Harga Minyak Petrol RON97 Turun Lima Sen, Ron 95 & Diesel Kekal
Kementerian Kewangan (MOF) sebentar tadi memaklumkan harga runcit bagi produk Petroleum bagi tempoh 14 Julai 2022 hingga 20 Julai 2022. Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Twitter rasmi milik MOF, hanya minyak petrol RON97 sahaja yang mengalami penurunan harga sebanyak 5 sen menjadikan harga bagi setiap satu liter adalah RM 4.75 . Manakala, RON […]

Kemalangan Maut Di KM277.1 Lebuhraya PLUS, Trafik Sesak 5KM
Satu kemalangan maut membabitkan beberapa kenderaan dilaporkan berlaku di satu lokasi di KM277.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Perak sebentar tadi. Merujuk laporan ringkas Astro Radio Traffic sebentar tadi, kemalangan tersebut melibatkan beberapa buah kereta dan sebuah lori di lokasi kejadian. Difahamkan, insiden berkenaan telah menyebabkan semua lorong di laluan itu terhalang dan mengalami kesesakan […]

Presiden Lari Ke Maldives, Sri Lanka Isytihar Darurat Seluruh Negara
Sri Lanka dilapor telah mengisytiharkan darurat seluruh negara selepas Presidennya, Gotabaya Rajapaksa melarikan diri ke Maldives selepas berdepan dengan protes anti-kerajaan yang berterusan. Protes itu menyaksikan ribuan warga negara tersebut turun ke jalan bagi menyatakan kemarahan di atas keenganannya meletakkan jawatan di tengah-tengah situasi ekonomi negara itu yang semakin meruncing. Memetik AFP, Rajapaksa pada minggu […]

Tak Terima Calon Suami Berkulit Gelap, Pengantin Nekad Batalkan Perkahwinan Semasa Bersanding
Tak Terima Calon Suami Berkulit Gelap, Pengantin Nekad Batalkan Perkahwinan Semasa Bersanding INDIA – Pengantin perempuan bertindak membatalkan majlis perkahwinannya dengan alasan calon suaminya berkulit terlalu gelap untuknya, lapor India Times. Pembatalan majlis kahwin itu dilaporkan amat dikesali oleh bakal pengantin lelaki bersama keluarganya. Lelaki tersebut mendapati, bakal pengantin perempuan itu terlalu berprasangka buruk terhadap […]

Tak Cukup Duit Nak Bedah Hidung, Wanita Tergamak Jual Anak Berusia Lima Hari
Tak Cukup Duit Nak Bedah Hidung, Wanita Tergamak Jual Anak Berusia Lima Hari RUSIA – Wanita yang didakwa telah menjual anak lelakinya dengan harga £2,900 (RM12,910) bagi menanggung kos pembedahan hidungnya telah berjaya ditahan, lapor Daily Mail. Wanita tersebut berusia 33 tahun dari Dagestan, di selatan Rusia, dikatakan telah memberitahu rakannya bahawa dia tidak mahu menjaga […]

Kes Buka Tudung: Teman Lelaki Tertuduh Didakwa Buat Hantaran Video Jelik Di Media Sosial
Kes Buka Tudung: Teman Lelaki Tertuduh Didakwa Buat Hantaran Video Jelik Di Media Sosial PETALING JAYA, 13 Julai (Bernama) — Teman lelaki kepada wanita yang membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan membuat […]

Wanita Didakwa Cetus Suasana Tak Harmoni Kalangan Penganut Agama Islam
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Seorang wanita yang membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, bulan lepas. Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 26 itu mengaku […]

Lebih 20 Tahun Kencing Berdarah, Lelaki Terkejut Disahkan Sebenarnya Dia Wanita & Datang Bulan
Lebih 20 Tahun Kencing Berdarah, Lelaki Terkejut Disahkan Sebenarnya Dia Wanita & Datang Bulan BEIJING – Seorang lelaki di China yang mengalami masalah ‘kencing berdarah’ terkejut apabila diberitahu oleh doktor bahawa dia sebenarnya datang bulan, lapor South China Morning Post. Selepas 33 tahun dikenali sebagai seorang lelaki, Chen Li, yang namanya telah ditukar bagi melindungi […]

Dihalang Masuk Ke Dubai, Presiden Sri Lanka Dilapor ‘Larikan Diri’ Ke Maldives
Dihalang Masuk Ke Dubai, Presiden Sri Lanka Kini Dilapor ‘Larikan Diri’ Ke Maldives Colombo – Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dilaporkan telah ‘melarikan diri’ ke Maldives selepas kediaman rasminya di Colombo ‘diserang’ oleh penunjuk perasaan yang dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinannya. Memetik laporan NDTV, Rajapaksa telah ‘terbang’ ke Maldives pada awal Rabu dan ia […]

Petronas Sahkan Dua Anak Syarikatnya Di Azerbaijan Dirampas
Syarikat pengeluar minyak dan gas Malaysia, Petronas sahkan bahawa dua anak syarikatnya di Azerbaijan telah dirampas seperti yang dilaporkan media tempatan hari ini. Petronas dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya merujuk kepada laporan Financial Times bertajuk ‘Anak syarikat PETRONAS dirampas ketika peguam menekan tuntutan $15 bilion ke atas Malaysia’. “Kami mengesahkan bahawa dua anak syarikat (kami) […]

Polis Johor Terima Bantuan Polis Singapura, Kesan Dua Suspek Dalam Insiden Tular Di Linkedua
ISKANDAR PUTERI – Polis Johor terima bantuan daripada Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam menjejaki kes khianat yang berlaku berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar pada Sabtu lalu, lapor AWANI. Identiti kedua-dua suspek sudah dikenal pasti yang merupakan seorang lelaki dan wanita warga Singapura, menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten […]

Pensyarah Pulangkan Gaji Selama Dua Tahun, Dakwa Pelajar Tak Masuk Kelas
Seorang pensyarah di sebuah kolej di India tekad pulangkan semula gaji yang diterima selama dua tahun gara-gara tiada pelajar yang hadir dalam kelasnya, lapor The Independent UK. Penolong profesor yang mengajar Bahasa Hindi di Kolej Nitishwar Mahavidyalaya di Muzaffarpur, Bihar Lallan Kumar berkata, “Tiada sesiapa untuk diajar, jadi untuk apa dapat gaji?” Menurut Independent, pensyarah […]

Wanita, Teman Lelaki, Disyaki Hina Islam Didakwa Esok
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Wanita yang didakwa menghina agama Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, di sini, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Siber, di sini, esok. Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata kertas siasatan berhubung kes itu telah dirujuk kepada pejabat Peguam Negara hari ini. “Polis […]

Waris Kesultanan Sulu Dilapor Rampas Dua Anak Syarikat Petronas Di Azerbaijan
Peguam yang mewakili waris kepada Kesultanan Sulu dilapor rampas dua anak syarikat milik Petronas di Azerbaijan yang dianggarkan bernilai RM8.87 bilion baru-baru ini, lapor Financial Times menerusi Sinar Harian. Difahamkan, seperti yang dilaporkan Financial Times, kedua-dua syarikat berkenaan yang dirampas bailif di Luxembourg itu ialah Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus. Menurut laporan, […]

Bekas Ahli Perniagaan Mati Ditembak
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Seorang bekas pemilik restoran mati ditembak di kawasan perumahan di Jalan Desa Kiara 1, dekat sini tengah malam semalam. Mayat lelaki yang dikenali sebagai Goh Chok Chuan, 63, ditemukan dalam keadaan terbaring berlumuran darah berhampiran keretanya yang diletakkan di luar kawasan perumahan itu. Saksi kejadian mendengar tiga das tembakan […]

11 Lembu Ditemukan Mati Di Kampung Sungai Lekar Di Kuala Nerus
KUALA NERUS, 12 Julai (Bernama) — Bangkai 11 ekor lembu dalam keadaan berulat ditemukan di sebuah kawasan terbiar di Kampung Sungai Lekar di sini, dipercayai dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menurut seorang penduduk kampung itu Wan Zaidi Wan Jaafar, 48, berkata bangkai lembu tersebut dijumpai penduduk yang ingin memancing di Sungai Lekar yang terletak […]

7 Tahun Bersembunyi, Suspek Kerat Zakar Anak Berjaya Diberkas Polis
7 Tahun Bersembunyi, Suspek Kerat Zakar Anak Berjaya Diberkas Polis BRAZIL – Seorang wanita yang memotong kemaluan anak angkatnya sebagai hukuman kerana terlalu ‘nakal’ telah berjaya ditangkap oleh pihak polis selepas tujuh tahun melarikan diri, lapor Daily Star. Suspek dilaporkan melarikan diri selepas menggunakan gunting untuk memotong zakar kanak-kanak berusia tujuh tahun tersebut di rumah […]

Boleh Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans, Ketahui Apa Itu i-Lindung Dan Syarat Nak Mohon
Boleh Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans, Ketahui Apa Itu i-Lindung Dan Syarat Nak Mohon KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Lindung yang membolehkan pencarum (ahli) membeli produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA) serendah RM30. Melalui PPA, ahli KWSP dibenarkan membeli produk insurans/takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang […]

Fenomena ‘Supermoon’ Dijangka Berlaku Esok, Bulan Bakal Berada Di Kedudukan Paling Hampir Dengan Bumi
Fenomena ‘Supermoon’ Dijangka Berlaku Esok, Bulan Bakal Berada Di Kedudukan Paling Hampir Dengan Bumi Fenomena supermoon dijangka akan menghiasi langit Malaysia bermula hari esok iaitu 13 Julai 2022 pada jam 5:09 petang waktu Malaysia, lapor Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Menurut perkongsian di akaun rasmi media sosialnya, bulan akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan […]