Berita

Isteri Ketua Kampung Maut Dicekik
Seorang wanita yang merupakan isteri kepada Ketua Kampung Felda Mengkuang maut dipercayai dicekik dalam kejadian samun di rumahnya di Felda Mengkuang, Bera pagi tadi, lapor Kosmo!. Menurut Kosmo!, mangsa, Siti Zuliana Said, 52 tahun ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya pula cedera dan pengsan kerana dipukul dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu. […]

Bintang Bola Sepak EPL Ditahan, Didakwa Terlibat Jenayah Rogol
Seorang bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) telah ditahan dalam serbuan yang dibuat polis sekitar jam 3 pagi, di Utara London atas tuduhan terlibat jenayah rogol seorang wanita. Ketika serbuan itu dibuat, pemain berkenaan difahamkan sedang tidur nyenyak di rumah agamnya. Pemain itu diberkas selepas enam buah kereta polis tiba di pekarangan rumah mewahnya yang bernilai […]

Kejayaan Filem Mat Kilau Bukti Dasar Kerajaan Tepat, Bantu Penerbit Tempatan
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Kejayaan filem dan penerbitan yang menerima dana galakan daripada kerajaan membuktikan dasar serta program yang disalurkan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) adalah tepat dalam membantu penerbit filem tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan […]

Siput Babi Gergasi Serang Florida, Satu Pekan Kena ‘Lockdown’
Sebuah pekan di Florida, Amerika Syarikat terpaksa menjalani perintah berkurung (lockdown) selepas diserang ‘gerila’ siput babi gergasi sebesar tikus baru-baru ini, lapor Daily Star. Menurut laporan Daily Star, Jabatan Pertanian dan Perkhidmatan Pengguna (FDACS) Florida mengumumkan bahawa haiwan itu telah dikesan di kawasan sekitar New Port Richey di Pasco County. Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan […]

Tiada Pembalakan Aktif Di Kawasan Hutan Simpan Gunung Inas – Takiyuddin
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Laporan rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mengesahkan tiada aktiviti pembalakan aktif di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas sehingga mengakibatkan kejadian kepala air dan banjir kilat di Baling, semalam. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata sebaliknya, terdapat pembangunan ladang hutan di kompartmen lapan, Hutan Simpan […]

Abang Viva Tiba Di Kedah, Jalankan Misi Banjir Di Baling
Berikutan banjir yang yang melanda sebuah perkampungan di Baling Kedah semalam, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar turut menghadirkan diri untuk sama-sama laksanakan misi bantuan di sana. Menerusi siaran langsung (Live) yang disiarkan menerusi laman Facebook miliknya, Azwan Omar atau Abang Viva telah tiba di kawasan banjir tersebut awal pagi tadi sekitar jam 5.30 […]

Akademi Bola Sepak Villarreal Bakal Dibuka Di KL Ogos Ini, Pertama Di ASEAN
Kelab bola sepak yang bersaing dalam saingan La Liga di Sepanyol, Villarreal mengumumkan sebuah akademi bola sepak miliknya bakal dibuka di Kuala Lumpur (KL), menurut laman web rasmi Villareal CF. Akademi itu akan menjadi yang pertama di Asia Tenggara dan dijangka mula beroperasi pada Ogos tahun ini. Apabila beroperasi kelak, akademik berkenaan mampu menenmpatkan lebih […]
Wanita Didakwa Buat Hantaran Gambar Lucah Di Twitter
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran dengan memuat naik gambar lucah di akaun Twitter, tahun lepas. Amira Nur Afiqah Agus Salim, 25, operator di sebuah syarikat perhotelan, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di […]

Penyanyi Legenda Indonesia & Lagu Widuri, Bob Tutupoly Meninggal Dunia
Penyanyi veteran, Bob tutupoly dilaporkan meninggal dunia hari ini, Julai 2022 pada usia 82 tahun setelah sekian lama menanggung sakit. Penggiat muzik, Stanley Tulung telah memaklumkan berita Bob Tutupoly meninggal dunia kepada detikHot sekitar jam 12.30 tengah malam tadi. “Terima kasih untuk semua yang sudah Uncle Bob berikan kepada Indonesia dalam industri seni di Indonesia. […]

KKM Umum Pemberian Dos Penggalak Kedua Untuk Individu Berisiko Tinggi Berumur 18-59 Tahun
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian dos penggalak kedua kepada individu berisiko tinggi berumur 18 hingga 59 tahun dan juga petugas-petugas kesihatan barisan hadapan. Dalam pada itu, pemberian vaksin Can Sini sebagai dos penggalak secara heterologus akan diperluas kepada penerima lengkap tanpa mengira jenis vaksin dos primer. “Langkah ini bertujuan agar populasi Malaysia mendapat […]

Lelaki Disyaki Bunuh Isteri, Bayi Direman Seminggu
JOHOR BAHRU, 5 Julai (Bernama) — Seorang lelaki yang disyaki membunuh isteri dan bayinya yang baru berumur tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu di sini direman tujuh hari bermula hari ini. Tempoh reman hingga 11 Julai terhadap pencuci kapal berumur 24 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Nur Izzaty Muhammad Zahari di Mahkamah Majistret di sini […]

Banjir Di Baling, Mayat Dua Sekeluarga Ditemukan Berpelukan
BALING, 5 Julai (Bernama) — Mayat dua daripada tiga sekeluarga yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air yang melanda Kampung Iboi, Kupang di sini petang semalam, ditemukan pasukan penyelamat pada 9.30 pagi tadi. Dua mangsa tersebut, Salmah Mat Akib, 53, dan menantunya, Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan, ditemukan […]

Banjir Di Baling: Warga Emas Berpaut Pada Pokok Elak Dibawa Arus Deras
BALING, 5 Julai (Bernama) — Seorang wanita warga emas yang dihanyutkan air dalam kejadian banjir yang melanda beberapa kampung di sini petang semalam, sempat berpaut pada sebatang pokok pinang sebelum diselamatkan. Mangsa, Hasnah Ismail, 58, berkata sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran […]

Ibu Goreng Ikan Keli Kesayangan Dibelanya, Budak Menangis Hiba Peluk Lauk
Baru-baru ini tular sebuah klip video yang memaparkan seorang budak lelaki menangis selepas mendapat tahu ibu telah goreng ikan keli peliharaannya, lapor Suarasumut.com. Menerusi video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok oleh Nialailatu0, memaparkan gelagat kanak-kanak lelaki itu sewaktu menjamu selera. @nialailatu0 ♬ suara asli – Nialailatu0 – Nialailatu0 Difahamkan, ikan keli peliharaannya […]

Banjir Di Baling: Tiga Sekeluarga Termasuk Wanita Hamil Dikhuatiri Hilang
BALING, 5 Julai (Bernama) — Tiga sekeluarga termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai hilang selepas rumah didiami mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir yang melanda Kampung Iboi, Kupang di sini petang semalam. Abd Rahman Said, 71, berkata ketiga-tiga mangsa adalah ahli keluarganya iaitu isterinya Salmah Mat Akib, 53, menantunya Nurul Hanis Abu Hassan, […]

Tiada Kelibat Zii Jia, Axelsen Di Masters Malaysia
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Peminat badminton tanah air terlepas peluang menyaksikan aksi jaguh perseorangan utama negara Lee Zii Jia dan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen di kejohanan badminton Masters Malaysia yang akan membuka tirai esok. Berdasarkan jadual perlawanan terkini dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), nama Zii Jia dan Axelsen tiada dalam senarai […]

Waktu Bekerja Empat Hari Seminggu Belum Sesuai Dilaksana Di Malaysia – Cuepacs
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Waktu bekerja empat hari seminggu masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia ketika ini, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia berikutan terdapat perkara lain melibatkan hal-hal kebajikan serta kadar gaji semasa pekerja yang belum diselesaikan kerajaan dan majikan. “Tumpuan seharusnya diberikan […]

Runtuhan Salji Di Marmolada: Enam Terbunuh, Lapan Cedera, 17 Hilang
ROM, 4 Julai (Bernama) — Enam orang maut, lapan cedera manakala 17 lagi hilang selepas bongkah besar glasier Marmolada di utara Itali pecah mencetuskan runtuhan salji pada Ahad, lapor Agensi Berita Itali (ANSA), Isnin. Dua daripada mangsa yang maut masih belum dikenal pasti. Tiga lagi mangsa adalah warga Itali dan seorang warga Czech, menurut ANSA. Pasukan penyelamat […]

Dua Kampung Di Baling Dilanda Banjir Selepas Hujan Lebat Tiga Jam
BALING, 4 Julai (Bernama) — Hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan dua buah kampung iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang di sini dilanda banjir petang tadi. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Rasidah Kassim berkata hujan lebat yang bermula kira-kira 2 petang tadi mengakibatkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan […]

Moratorium Sewa Enam Bulan Bagi Pengusaha Makanan Di Kampus
PUTRAJAYA, 4 Julai (Bernama) — Moratorium bayaran sewa selama enam bulan akan diberikan kepada pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan di dalam kampus institusi pengajian tinggi (IPT) awam mulai bulan ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah itu akan membolehkan tanggungan kos sewa itu diserap […]