Berita

10 Pelajar Di Teluk Intan Ditahan Berhubung Kes Buli
IPOH, 25 Jun (Bernama) —Polis menahan 10 pelajar kerana dipercayai terlibat dengan kes buli hingga mendatangkan kecederaan membabitkan seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah asrama sekolah menengah di Teluk Intan, Khamis lalu. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kesemua suspek lelaki berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan pada jam 11.20 malam kelmarin dan direman […]

Saintis Temui Bakteria Dipercayai Terbesar Di Dunia, Bakteria Pertama Dapat Dilihat Dengan Mata Kasar
Saintis dilapor berjaya menemui bakteria dipercayai terbesar di dunia, dikenali sebagai Thiomargarita. Bakteria berkenaan dilaporkan mempunyai saiz kira-kira 50 kali lebih besar berbanding baktera lain dengan panjang 1 cm. Para saintis menemui bakteria tersebut dalam bentuk filamen putih sebesar bulu mata manusia di sebuah paya, Guadeloupe, di Perancis. Secara tidak langsung, ianya dapat diklasifikan sebagai […]

China Bina Jalan Miliki Lebih 200 Selekoh, Bentuk Seakan Naga
Sebuah jalan di China Barat, Jalan Panlong yang dibina berdasarkan laluan purba berjaya mencuri tumpuan dunia apabila mengandungi lebih 200 selekoh dan berbentuk seakan naga. Jalan itu kini menjadi tarikan pelancongan terbaharu di negara tersebut. Bukan itu sahaja, jalan itu kini juga menjadi kawasan tumpuan pemandu-pemandu khususnya bagi mereka gemar dengan pemanduan lasak dan mencabar. […]

Video Berbalas Tembakan Tidak Berlaku Di Bukit Tinggi – Polis
SHAH ALAM, 25 Jun (Bernama) — Polis Klang Selatan menafikan video yang tular di media sosial yang memaparkan kejadian tembak-menembak dikatakan berlaku di kawasan Bukit Tinggi, Klang, dekat sini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata hasil semakan mendapati, video itu sebenarnya berlaku di sebuah negara Amerika Latin. “Video berbalas tembakan diantara […]

Harga Ayam Tidak Diapung: Ramai Puji, Harap Harga Siling Baharu Tidak Membebankan
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) — Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam untuk tidak mengapungkan harga ayam, disambut baik oleh golongan peniaga, pengguna dan pemain industri. Pada masa sama, mereka berharap harga siling ayam yang bakal diumumkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam waktu terdekat, tidak membebankan pengguna dalam berhadapan dengan […]

Kuwait Umum Cuti Sembilan Hari Untuk Penjawat Awam Sempena Aidiladha
Majlis Menteri Kuwait telah mengumumkan bahawa mereka akan membenarkan cuti selama sembilan hari untuk menyambut Aidiladha yang akan menjelang tidak lama lagi. Menurut Arab News, menerusi pengumuman tersebut, semua institusi awam, kementerian dan badan kerajaan akan ditutup bermula 10 Julai hingga 14 Julai. Ini bermakna sektor awam akan mendapat cuti sembilan hari secara keseluruhan sempena […]

Dunia Sambut Hari Vitiligo Sedunia Hari Ini, Kenali Apa Itu Penyakit Vitiligo
Setiap tanggal 25 Jun, seluruh dunia akan menyambut Hari Vitiligo Sedunia, khusus bagi meraikan dan solidariti bersama-sama dengan individu yang menghidap penyakit vitiligo. Ia juga sebagai satu inisiatif yang bertujuan untuk membina kesedaran global tentang bahaya penyakit tersebut. Menurut perkongsian dari Kementerian Kesihatan Malaysia, vitiligo/sopak adalah penyakit kulit yang dihidapi oleh 0.5 hingga 2 peratus […]

Masjid Al-Aqsa Mungkin Runtuh, Israel Dipercayai Gali Tapak Bawah Masjid
Pegawai di Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis telah menzahirkan rasa bimbang terhadap kerja-kerja gali dipercayai dilakukan oleh pihak Israel yang didakwa menyebabkan kerosakan dan keretakan pada struktur bangunan Masjid Al-Aqsa hingga berisiko runtuh. Ketua Jabatan Wakaf Islam Al-Aqsa di bandar itu, Azzam Al-Khatib telah memberi amaran bahawa masjid itu mungkin akan runtuh jika penggalian itu […]

Gempa Bumi Kuat 5.7 Dilapor Gegar Selatan Iran Sebentar Tadi
Gempa bumi bermagnitud 5.7 telah dilaporkan telah melanda Selatan Iran pada hari ini, Sabtu, 25 Jun 2022. Menurut EMSC, gempa bumi tersebut berlaku di kilometer 26.77 dari utara dan 54.42 dari timur dengan kedalaman 8 km. Manakala jaraknya adalah 185 km dari arah Ajman City, United Arab dan 51 km dari Bandar-e Lengeh Iran. Sebelum […]

Ngeri, Mulut Budak Rosak Teruk Dirobek Cimpanzi, Terpaksa Tampal Guna Tisu & Otot Lengan
Seorang budak lelaki dilaporkan diserang dan mulut dirobek oleh sekumpulan cimpanzi selepas haiwan itu membunuh abang dan sepupunya. Dia kini hadapi perubahan hidup yang sangat ketara disebabkan oleh insiden yang mengerikan itu. Memetik laporan Daily Star, Dunia Sibomana berumur enam tahun dan sedang bermain bersama saudaranya di sebuah taman alam semula semula jadi, Congo. Merentap […]

46,132 Kes Muflis Libatkan Rakyat Malaysia Dari 2018 – Mei 2022 & 19,334 Kes Muflis Sebab Pinjaman Peribadi
Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini mengeluarkan satu laporan yang menunjukkan sebanyak 46,132 kes membabitkan rakyat Malaysia diisytiharkan muflis bagi tempoh 2018 hingga Mei 2022. Daripada jumlah berkenaan, 19,334 kes muflis disebabkan pinjaman peribadi. Berdasarkan laporan tersebut juga, Selangor muncul sebagai negeri yang mencatat kes kebankrapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 11,443 kes muflis. Di tangga […]

Tarif Elektrik & Air Di Semenanjung Kekal, Harga Ayam Tidak Akan Diapungkan – PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung. Menurutnya, meskipun kos bahan api dan kos penjanaan lain meningkat dengan mendadak, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion. “Ini bermakna pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj […]
Lelaki, Anak Tiri Didakwa Tipu Bekalan Sarung Tangan Lebih RM700,000
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Seorang lelaki dan anak tirinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya dua lelaki berhubung pembekalan sarung tangan getah yang tidak wujud membabitkan kerugian lebih RM700,000 dua tahun lepas. Ahmad Yusri Mohd Yunus, 66, dan Megat Akhimullah Faliq Megat Khaironnashiin, 23, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap […]

NESTLÉ OMEGA PLUS Terus Memerangi Kolesterol Tinggi Dengan Perisa Coklat Baharu, Dark Choc
Petaling Jaya, 23 Jun 2022- NESTLÉ OMEGA PLUS terus memerangi kolesterol tinggi dengan perisa terbaharu, Dark Choc yang cukup istimewa! Diperbuat daripada kebaikan susu dan koko yang lazat, versi perisa coklat ini menawarkan satu pilihan minuman baharu buat sesiapa yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat jantung. Hari ini, penyakit jantung kekal menjadi pembunuh No.1 di […]

Didakwa Sedang Berjimat, Amber Heard Dilapor “Shopping” Di Kedai Baju Serbaneka Tawar Diskaun
Amber Heard didakwa sedang berada dalam fasa berjimat-cermat dan mencatu kewangan kerana masih mempunyai hutang terhadap bekas suami, Johnny Depp lebih kurang RM36 juta sebagai ganti rugi, susulan kekalahan kes mahkamah yang mengejutkan dunia sebelum ini. Memetik New York Post, pelakon filem Aquaman itu dilihat membeli-belah di sebuah kedai serbaneka yang sedang mengadakan diskaun di […]

Anak Penceramah Terkenal Indonesia Maut, Abang Tak Sengaja Tertembak Guna Senjata Api Pengawal
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, yang merupakan anak kedua kepada penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Arrazy Hasyim, dilaporkan maut dipercayai tertembak oleh abangnya yang berumur lima tahun secara tidak sengaja, menggunakan senjata api milik pengawal peribadi keluarga mereka. Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika keluarga berkenaan bercuti di Tuban, Jawa Barat, Indonesia. Mereka diiringi oleh seorang […]

WHO Mulakan Perbincangan Mengenai Isytihar Cacar Monyet Kecemasan Global
GENEVA, 24 Jun (Bernama) — Satu jawatankuasa khas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula bermesyuarat pada Khamis untuk memutuskan sama ada cacar monyet perlu diisytiharkan sebagai “kecemasan kesihatan awam” global, di tengah-tengah penularan wabak itu di kebanyakan negara-negara Eropah. Jawatankuasa itu juga akan menasihati ketua WHO sama ada wabak itu mencetuskan Kecemasan Kesihatan Awam yang menjadi […]

FIFA Iktiraf Malaysia Antara 4 Negara Paling Meningkat Naik Dalam Ranking Bola Dunia
Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) baru-baru ini mengiktiraf Malaysia antara 4 buah negara yang paling meningkat naik atau ‘The Biggest Climbers’ dalam carta ranking bola sepak dunia bagi Mei. Menurut tweet berkenaan, Malaysia yang berjaya mendaki 7 anak tangga kini berada pada ranking 147 dunia. Selain itu, tiga buah negara lain yang turut tersenarai adalah […]

Dua Kawasan Di Selangor Dilanda Banjir Kilat – Bomba
SHAH ALAM, 24 Jun (Bernama) — Dua kawasan di sekitar Klang dan Kuala Langat, dekat sini dilanda banjir kilat susulan hujan renyai yang berterusan melebihi dua jam sejak awal pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata kawasan yang terlibat adalah Jalan Pengkalan Kampung Nelayan, Telok Gong di Pelabuhan […]

Pekerja Boleh Buat Permohonan AKF Untuk Bekerja Secara Fleksibel – Awang Hashim
ALOR SETAR, 23 Jun (Bernama) — Pekerja di negara ini yang ingin bekerja secara fleksibel boleh membuat permohonan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing di bawah pindaan Akta Kerja 1955 yang akan mula dikuatkuasakan pada 1 Sept depan. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata permohonan AKF itu perlu dibuat secara bertulis dan […]