Berita

Berita
PSM Tak Arah Guna Penyodok, Kadbod Buang Air Bertakung Di Stadium Nasional
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tidak mengeluarkan arahan supaya penyodok dan kadbod digunakan untuk mengalirkan air keluar dari padang sebelum aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain di Stadium Nasional di Bukit Jalil, semalam. Ketua Pegawai Eksekutif PSM Mohd Faidz Sanusi berkata tindakan mengeluarkan air secara manual itu tidak sepatutnya dilakukan kerana […]
Luar Negara
Bomoh Peru ‘Bersatu’, Adakan Ritual Pastikan Pasukan Bola Sepak Layak ‘World Cup’
Bomoh di Peru dilaporkan berkumpul bagi melakukan ritual sebelum perlawanan playoff Piala Dunia untuk pasukan bola sepak kebangsaan mereka baru-baru ini, lapor the Guardian. Difahamkan pelbagai dukun yang berasal dari pelbagai kawasan seperti pergunungan, hutan dan pantai berkumpul bagi menjalankan upacara itu. Mereka percaya bahawa ritual itu akan membantu pasukan bola sepak Peru mengalahkan pasukan […]
Berita
Dior Siar Semula Iklan Dior Sauvage Lepas Johnny Depp Menang Perbicaraan
Perbicaraan kes yang panjang antara Johnny Depp dan Amber Heard mungkin akhirnya akan menjadi perlahan, kerana keputusan untuk kes fitnah mereka di Virginia telah didedahkan seminggu yang lalu. Walaupun pelakon Aquaman itu akan memilih untuk merayu dengan keputusan ini, ia bakal menjadi menarik untuk masyarakat melihat bagaimana kerjaya Depp yang akhirnya disokong oleh kemenangannya di […]
Luar Negara
Hanya 1 Meter Dari Rumah, Video Kereta Api Jalan Depan Rumah Tular
Tular berkenaan sebuah kereta api yang melalui perkampungan di Indonesia dengan jarak hanya beberapa meter sahaja dari kediaman baru-baru ini, lapor Indozone. Difahamkan, landasan kereta api itu terletak di tengah-tengah kampung iaitu Desa Pengok dan Desa Demangan di Kecamatan Gondokusuman, Daerah Istimewa Yogyakarta. Dalam kesibukan penduduk kampung yang berulang alik melalui jalan kampung tersebut. Terdapat […]
Bunuh & Makan Otak Bekas Kekasih, Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup
Seorang lelaki yang didakwa mengalami gangguan mental telah bertindak bunuh dan makan otak bekas teman wanitanya, lapor Daily Star. Difahamkan, pada September 2020, lelaki berusia 41 tahun itu telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa penjamin selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya pada 2014. Bagaimanapun, penguam yang membela lelaki tersebut telah mengemukakan permohonan rayuan terhadap […]
Berita
Nahas Helikopter, Tujuh Maut Di Itali
ROM, 12 Jun (Bernama) — Sebuah helikopter yang hilang daripada radar trafik udara pada Khamis telah ditemukan dan kesemua tujuh penumpang disahkan terkorban, menurut pihak berkuasa Itali pada Sabtu. Seorang pengembara yang melalui kawasan berhampiran Monte Cusna — sebuah gunung di wilayah tengah Itali Emilia Romagna berhampiran sempadan dengan Tuscany — menghubungi pihak berkuasa selepas menemui […]
Berita
Kurung Dan Raba Pelajar Perempuan 12 Tahun, Dua Lelaki Berjaya Ditahan Polis
Tumpat – Seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun telah dikurung dan diraba oleh dua lelaki di sebuah chalet di Pantai Sri Tujuh, lapor Astro Awani. Menurut laporan, kejadian itu berlaku pada Jumaat malam yang lalu ketika pelajar itu dibawa oleh seorang rakan lelakinya ke sebuah chalet di pantai peranginan tersebut. “Mangsa sebelum itu telah keluar […]
Berita
Doktor Temui Wayar 18cm Dalam Zakar Pesakit, Lelaki Dakwa Masukkan Sebab Susah Kencing
PAKISTAN – Gara-gara susah nak kencing, seorang lelaki nekad memasukkan wayar 18 cm ke dalam zakar sendiri. Tindakan lelaki berusia 64 tahun dari Pakistan itu membawa padah kepada dirinya selepas wayar sepanjang 18cm yang dimasukkan ke dalam alat sulitnya itu tersekat. Dia memberitahu pakar bedah di Hospital Abbasi Shaheed Karachi yang merawatnya bahawa dia telah […]
Berita
Nelayan Terkejut Terlihat Kelibat Buaya Di Pantai Kampung Tengah, Kijal
KEMAMAN, 11 Jun (Bernama) — Sekumpulan nelayan terkejut apabila terlihat kelibat seekor buaya sedang berenang di Pantai Kampung Tengah dekat Kijal di sini hari ini. Wan Zuhairi Wan Nordin, 32 berkata kejadian itu berlaku ketika dia dan beberapa nelayan lain sedang dalam perjalanan memukat ikan bilis di tengah laut kira-kira 7 pagi. “Ingatkan apa benda yang […]
Berita
Dua Wanita Maut Dalam Kebakaran Lima Rumah Di Tawau
TAWAU, 12 Jun (Bernama) — Dua wanita maut dalam kebakaran yang memusnahkan lima rumah di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama di sini awal pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Julius John Stephen Jr berkata mayat Kamisah Mapiasah, 40, dan Sadiah Jabar, 70, ditemukan dalam sebuah rumah jenis dua tingkat. “Sepasukan 19 pegawai dan anggota bomba bersama dua […]
Berita
Menabung Sejak 14 Tahun Lepas, Empat Beradik Teruja Dapat Tunai Haji Bersama
SEREMBAN, 11 Jun (Bernama) — Empat beradik di sini tidak menyangka dapat merealisasikan impian mereka sejak sekian lama menjadi tetamu Allah, apabila terpilih untuk menunaikan ibadah haji bersama-sama pada tahun ini. Meluahkan kesyukuran, Siti Norsaliana Abu Khalid, 35, berkata ia merupakan rezekinya bersama tiga adik-beradiknya iaitu Muhammad Saffuan, 34, Siti Norkhariah, 27, dan Muhammad Syahid, […]
Berita
Lautan Kuning-Hitam Banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) — Cuaca mendung dan hujan rintik tidak dapat menandingi kehangatan keadaan di pekarangan Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini menjelang perlawanan kedua Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain malam ini. Setakat 6 petang, stadium keramat skuad Harimau Malaya itu sudah dibanjiri peminat tempatan berbeza […]
Berita
Video Pra-Perkahwinannya Terima Pujian Ramai, Sofyank Selamat Bernikah Hari Ini
Jejaka kelahiran Kelantan yang terkenal dengan menghasilkan video-video berunsur magik ala Zach King, Sofyank atau nama penuhnya Mohammad Sufian Bin Abdullah, 26 telah menamatkan zaman bujang dan bernikah pada Sabtu pagi bersama pasangannya Nabilah Ramli, 24. Difahamkan isterinya juga berasal dari daerah yang sama itu Pasir Mas, Kelantan. Pasangan tersebut telah selamat diijabkabulkan oleh jurunikah, […]
Berita
Fenomena 5 Planet ‘Duduk’ Sebaris Dijangka Dapat Dilihat Jun Ini
Dunia bakal disajikan dengan fenomena lima buah planet ‘duduk’ sebaris yang dapat dilihat di langit walaupun menggunakan mata kasar, Jun ini. Menurut laporan The Washington Post, kira-kira 30 minit sebelum matahari terbit, lima planet berkenaan iaitu Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal akan berada dalam kedudukan selari secara semula jadi, memanjang secara diogonal, bermula di […]
Berita
Singapura Bakal Buka Pusat Daging Ayam ‘Dibiak’ Dari Sel Terbesar Asia
Singapura dilapor bakal membuka pusat ternakan daging ayam dibiak daripada sel terbesar Asia hasil kerjasama dengan firma teknologi makanan dari Amerika Syarikat, Eat Just’s Good Meat, seluas 30,000 kaki persegi di Bedok. Sebelum ini, negara berkenaan juga menjadi negara pertama yang meluluskan penjual daging berasaskan sel, yang juga merupakan produk keluaran firma daripada negara Uncle […]
Berita
Lembu Ditahan, Berdepan Hukuman Penjara Selepas Serang Budak Hingga Maut
Seekor lembu di Sudan Selatan dilapor telah ditahan dan berdepan hukuman penjara oleh polis tempatan bersama pemiliknya selepas didapati bersalah menyerang seorang budak lelaki berusia 12 tahun sehingga menemui ajal. Memetik laporan Daily Star, serangan yang dibuat oelh lembu berkenaan menyaksikan mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian. Laporan penahanan ke atas lembu berkenaan […]
Berita
Mata Sebelah Tak Berkelip, Justin Bieber Hidap Sindrom Ramsay Hunt, Lumpuh Sebelah Muka
Pada Jumaat yang lalu, seorang penyanyi dan penulis lagu terkenal, Justin Bieber memaklumkan kepada peminat bahawa beliau akan berehat daripada membuat persembahan kerana mengalami lumpuh pada sebelah muka. Menerusi satu video di akaun Instagram miliknya, penyanyi tersebut menjelaskan bahawa beliau disahkan menghidap Sindrom Ramsay Hunt. Sindrom tersebut menyebabkabnya tidak dapat menggerakkan hampir separuh mukanya. “Semuanya […]
Berita
47 Kawasan Wilayah Petaling Bakal Alami Gangguan Bekalan Air Berjadual 21 Jun Ini – Air Selangor
Gangguan bekalan air berjadual dijangka bakal berlaku di 47 kawasan di Wilayah Petaling berikutan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di kolam air Bukit Dengkil pada 21 Jun nanti. Menurut Air Selangor, tempoh gangguan bekalan air berjadual yang berlaku di wilayah Petaling itu akan bermula pada jam 9.00 pagi dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada […]
Berita
Fenomena La Nina Diramal Akan Berlarutan Hingga 2023 – Pertubuhan Meteorologi Sedunia
Geneva – Fenomena La Nina diramal akan terus berlarutan sehingga bulan Ogos atau mungkin sehingga musim luruh dan permulaan musim sejuk. Ia dijangka akan memburukkan lagi musim kemarau dan bencana banjir di dunia. Ramalan telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dalam kenyataan akhbar hari ini. Menurut kenyataan itu, beberapa ramalan jangka panjang juga mendapati […]
Berita
Cemas Anak Dilarikan Penganggur Curi Kereta Mahu Balik Kampung
KUANTAN, 10 Jun (Bernama) — Seorang peniaga berdepan detik cemas selepas anak lelakinya dilarikan oleh seorang penganggur yang mencuri keretanya di Felda Hilir Satu di sini, yang didakwa mahu digunakan untuk pulang ke kampung. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu bagaimanapun berkata kanak-kanak berusia sembilan tahun itu, diturunkan di tepi Jalan […]