Berita

Lelaki Bakar Rumah Diburu Polis
JERTIH, 31 Mei (Bernama) – Seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah diburu polis kerana disyaki membakar sebuah rumah di Kampung Keruak di Hulu Besut, di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki tempatan berusia 40an itu dipercayai sedang bersembunyi di dalam hutan di sekitar kampung tersebut selepas melakukan perbuatan […]

“Confirm” Tak Cukup Sepinggan, Rupanya Ini Helah Mak Masak Ketam Kari Cili Sampai Ketagih
Makanan laut memang mempunyai tarikan tersendiri dan tiada seorang pun yang mampu menolak rasa enak serta kelazatan menjamu selera dengan makanan laut. Boleh dihidangkan dalam pelbagai gaya masakan, rasa manis ketam, sotong, udang dan isi ikan mampu membuatkan kita kecur air liur biarpun sekadar membayangkannya sahaja. Walaupun ramai yang kata masakan berasaskan makanan laut ini […]

MB Perak Saran Rakyat Tanam Sayur, Ternak Haiwan Untuk Kegunaan Sendiri
GOPENG, 31 Mei (Bernama) — Kerajaan Negeri Perak menyarankan supaya rakyat di negeri itu menanam sendiri sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri susulan kekurangan bekalan makanan yang dihadapi ketika ini. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata langkah itu juga merupakan antara inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat […]

PICKids Kepada Kanak-Kanak Mencapai Usia 5 Tahun Tamat Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan penutupan PICKids kepada kanak-kanak yang telah melepasi usia lima tahun. Timbalan Menteri Kesihatan 1, YB Dato’ Dr Noor Azmi Bin Ghazali, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pada 31 Mei 2022, hari ini merupakan hari terakhir pemberian dos pertama PICKids kepada kanak-kanak yang telah mencapai usia lima tahun. “Semenjak pelancaran […]

Pakai Kasut Orang Asli, Penerbit Filem Kelvin Redvers Dihalau Dari Karpet Merah
Penerbit filem berketurunan Orang Asli, Kelvin Redvers tidak dibenarkan berjalan di atas karpet merah di Cannes Film Festival untuk tayangan perdana filem Valeria Bruni Tedeschi’s Les Amandiers kerana pakai kasut Orang Asli. Mengetahui akan ada banyak orang memerhati di acara tersebut termasuklah ‘paparazi’, dia mengambil peluang untuk mengetengahkan identiti dan budaya keturunan suku kaumnya dengan memakai sepasang kasut […]

Miliki, Jual Walkie-Talkie Tidak Diperakui MCMC, Peniaga Didenda RM14,000
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) – Seorang penjual alat komunikasi hari ini didenda berjumlah RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menjual dan memiliki 16 unit walkie-talkie yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Hakim M.M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Lee Wan Ying, 35, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas wanita […]

Ibu, Rakan Lelaki Dan Nenek Tidak Mengaku Salah Dera Dua Kanak-Kanak
GEORGE TOWN, 31 Mei (Bernama) – Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera dua kanak-kanak dipercayai anaknya, masing-masing berusia tiga dan lima tahun dalam kejadian pertengahan bulan ini. Wanita berumur 28 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu didakwa melakukan penderaan dan penganiayaan kepada anak lelakinya […]

Ramai Beratur Beli Pizza Wak Doyok, Sekali Ada Orang Koyak Stiker Jumpa ‘Brand’ Lain
Bila sebut saja nama Wak Doyok, warga Malaysia mesti akan kenal dengan usahawan dan personaliti fesyen ini. Yela, dengan penampilan berjambang siap dengan pakai suit, trademark bergaya yang dibawa oleh Wak Doyok memang lain dari yang lain. Baru-baru ni, Wak Doyok dah ceburkan diri pula dalam bidang perniagaan pizza. Katanya, dia buat jenama baru Pizza […]

Cubaan Dua Lelaki Seludup 1.35 Tan Daun Ketum Ke Johor Gagal
ALOR SETAR, 31 Mei (Bernama) — Cubaan dua lelaki menyeludup daun ketum seberat 1.35 tan ke Johor Bharu gagal apabila mereka ditahan dalam satu operasi di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berdekatan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Supt Mohd Mahiri Hussin […]

Infinix Membawa Peranti Permainan Mudah Alih Yang Dinaik Taraf Untuk Rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR, 31 MEI 2022 – Perhatian Gamers! Infinix, jenama yang sedang meningkat naik di dalam pasaran elektronik telah melancarkan telefon bimbit pintar dengan visual mantap yang dinanti-nantikan iaitu Infinix NOTE 12 Series serba baharu yang bakal mengubah cara anda bermain permainan video! Bersiap sedia untuk menaik taraf permainan anda dengan Infinix Note 12 Series […]

Chulio Terima Pingat ‘Jasamu Dikenang’
BATU GAJAH, 31 Mei (Bernama) — Chulio, seekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima pingat ‘Jasamu Dikenang’ atas kejayaan mengesan mayat lelaki warga emas pada 11 Mei lepas. Anjing jenis German Shepherd dari United Kingdom itu menerima pingat daripada Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif sempena […]

HFMD: Hanya Tiga Kes Dimasukkan Ke ICU Setakat Ini – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Sehingga 28 Mei lepas, hanya tiga kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) daripada 65,535 kes yang dilaporkan, dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata kes pertama dan kes kedua dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi […]

Da’i Syed Bebas Dua Tuduhan Jenayah Seksual
PETALING JAYA, 31 Mei (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta. Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas […]

Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Pencerobohan Israel Ke Atas Masjid Al-Aqsa
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan oleh pelampau dan pegawai Israel di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya pada Ahad. Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pencerobohan yang dirancang di tapak suci umat Islam dan perhimpunan perarakan bendera di Kota Lama adalah satu provokasi dan pelanggaran […]

Ubah Suai Flat Melampau Tanpa Kelulusan, MPAJ Perjelas Sebab Terpaksa Dirobohkan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa merobohkan struktur tambahan haram di sebuah rumah flat yang di ubah suai tanpa kelulusan. Menurut MPAJ dalam satu kenyataan, pemilik rumah yang di ubah suai tanpa kelulusan tersebut jelas menggunakan ruang harta bersama yang bukan hak mutlaknya tetapi dikongsi secara bersama. “Kediaman berstrata seperti flat, apartmen […]

Pelakon Veteran, Aripah Damanhuri Meninggal Dunia
Pelakon veteran, Aripah Damanhuri dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi ini. Berita pemergian pelakon itu telah dimaklumkan sendiri oleh anak lelakinya, Fais Al-Hajari di Facebook sebentar tadi. Menurutnya, ibunya telah meninggal dunia pada jam 8.15 pagi. “Mak akhirnya pergi juga. Bagi sesiapa yang mengenali mak, dukacita dimaklumkan mak baru sahaja meninggal […]

Rasuah Pengurusan Jenazah: SPRM Tahan 4 Kakitangan Hospital
SHAH ALAM, 30 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan empat kakitangan di sebuah hospital di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima suapan antara RM1,000 dan RM5,000 setiap seorang bagi kerja-kerja berkaitan pengurusan jenazah. Menurut sumber, dua suspek merupakan pembantu kesihatan dan dua lagi adalah penolong pegawai perubatan berusia antara 35 […]

Anak Gadis The Rock Ikut Jejak Langkah Ayah, Bakal Sertai WWE
Anak perempuan The Rock ikuti jejak langkah ayahnya, bakal sertai World Wrestling Entertainment (WWE) tidak lama lagi, lapor Daily Mail. Bagaimana acuan begitulah kuihnya, Simone Alexandra Johnson, 20, anak kepada ahli gusti profesional terkenal Dwayne Johnson, (The Rock) mengumumkan bakal membuat penampilan sulungnya di WWE. Difahamkan, Simone telah membuat pendaftaran dalam siaran itu sejak dua […]

Bom Lama Dijumpai Di Kepong Tidak Aktif Dan Berbahaya – Polis
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Sebutir bom lama yang dijumpai orang awam ketika menjalankan kerja-kerja pembinaan di Jalan Taman Pusat Kepong, di sini tengah hari tadi tidak lagi aktif dan berbahaya. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata perkara itu disahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang bergegas […]

Digelar ‘Spidergirl’, Kanak-kanak Miliki Empat Tangan & Empat Kaki
Seorang budak perempuan di India diberi nama gelaran Spidergirl gara-gara hidup dengan memiliki empat tangan dan empat kaki sejak dilahirkan, lapor Mirror baru-baru ini. Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu mempunyai dua tangan tambahan dan dua kaki ‘diikat’ pada pinggangnya. Dia tinggal bersama ibunya, Usha Devi di Kampung Hemda di Nawada, Bihar di India. Menurut Mirror, ibunya […]