Berita

Dua Lemas, Seorang Masih Hilang Di Kuala Krai
KUALA KRAI, 27 Mei (Bernama) — Tiga remaja warga Thailand lemas dalam satu kejadian di Sungai Kelantan, berhampiran Pengkalan Feri Kampung Pasir Kelang, di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Suzaimi Mohammad berkata mangsa pertama dikenali sebagai Nikallia, 15, telah ditemukan oleh orang penduduk kampung pada 6.30 petang, manakala mangsa kedua dikenali […]

Pemandu Ditemukan Lemas, Kereta Terjunam Di Sungai Rajang
SIBU, 27 Mei (Bernama) — Pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini berjaya menemukan seorang lelaki dipercayai lemas setelah kereta yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Rajang di sini tengah malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral Suna Kahar berkata mangsa dikenal pasti sebagai Andy Ting King Dieng, 43, ditemukan kira-kira 2.55 […]

Ibu Reda Pemergian Anak, Tidak Berdendam Dengan Pemandu Bas
SEPANG, 27 Mei (Bernama) — Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia setahun empat bulan, yang maut dilanggar bas sekolah di Salak Tinggi dekat sini, semalam, berharap agar polis tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemandu terbabit. “Saya dan suami reda dengan pemergian anak kami, malah tidak berdendam dengan pemandu bas tersebut,” kata Zainab Mohideen Abdul Kadar, 37, […]

Setelah Hampir 3 Tahun, Big Bad Wolf Books Kembali Ke Negeri Sembilan
SEREMBAN, MEI 27, 2022 — Wahai pencinta buku sekalian! Big Bad Wolf Books akhirnya akan kembali ke Negeri Sembilan setelah hampir tiga tahun semenjak acara Jualan Buku fizikal kali terakhir. Bersempena dengan kepulangan Serigala, Big Bad Wolf Books menjemput semua penggemar buku dan juga pemburu tawaran dari Lembah Klang untuk menyelami ribuan buku yang ditawarkan […]

Sunway Pyramid Singkap Zaman Purbakala Bersama Filem Jurassic World Dominion
Kuala Lumpur, 26 Mei 2022 – Francais filem pecah panggung kegemaran ramai yang berkisarkan dinosaur bakal menemui pengakhirannya dan Sunway Pyramid mengambil peluang untuk berganding bahu dengan Universal Pictures bagi membawakan sebuah pengalaman istimewa bertemakan haiwan purbakala ini buat para pembeli-belah. Mulai hari ini hingga 12 Jun, para pengunjung dapat menikmati pelbagai pameran dan aktiviti […]

Tokoh Islam Indonesia, Buya Syafii Meninggal Dunia Pagi Tadi
Seluruh umat Islam terutamanya di Indonesia menerima khabar duka apabila tokoh Islam negara tersebut, Buya Syafii Maarif disahkan meninggal dunia. Buya Syafii Maarif atau Ahmad Syafii Maarif merupakan bekas Ketua Umum Pengurus Pusat Muhammadiyah menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun di kediamannya di Sleman, Yogyakarta pada 10.15 pagi waktu tempatan, hari ini (Jumaat). “Muhammadiyah […]

Bomba Giat Kesan Sebuah Kereta, Dilapor Terjunam Dalam Sungai Rajang
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Bomba Sarawak dilapor sedang berusaha mengesan sebuah kereta yang terjunam ke dalam Sungai Rajang, tengah malam tadi. Memetik daripada laporan ringkas Jabatan Bomba Negeri Sarawak memaklumkan, mereka menerima panggilan yang melaporkan sebuah kereta yang dipercayai dipandu laju terjatuh ke dalam sungai sekitar jam 12.40 tengah malam berhampiran Kingwood Hotel, Sibu. […]

Dipercayai Terlalu Sedih, Suami Guru Mangsa Tembakan Di Amerika Meninggal Dunia Dua Hari Kemudian
Baru-baru ini dunia digemparkan dengan tragedi tembakan di Robb Elementary School di Amerika Syarikat yang meragut 21 nyawa insan yang tidak bersalah. Sebanyak 19 orang kanak-kanak dan dua orang guru, Irma Gracia serta Eva Mireles terbunuh dalam kejadian tembakan yang didalangi oleh seorang remaja berusia 18 tahun. Bagaimanapun, berita sedih sekali lagi menimpa keluarga mendiang […]

Gempa Bumi Kuat Gegar Timur Indonesia
JAKARTA, 27 Mei (Bernama) – Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter melanda wilayah timur Indonesia, Maluku pada Jumaat, namun tiada amaran kemungkinan tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik. Xinhua melaporkan, gempa berlaku pada pukul 9.36 waktu Jakarta (0236 GMT), dengan pusat gempa berada 85 kilometer (km) barat daya daerah Maluku Barat Daya […]

Bintang Hollywood & Aktor Filem Goodfellas, Ray Liotta Meninggal Dunia
Pelakon terkenal filem 90-an, Goodfellas, Ray Liotta meninggal dunia ketika tidur di lokasi penggambaran di Republik Dominican. Bintang Hollywood kelahiran Amerika Syarikat itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun. Berita pemergian pelakon klasik ini disahkan oleh wakil agensi publisiti yang mewakilinya, Jennifer Allen. Memetik daripada laporan BBC, Liotta berada di Republik Dominican bagi menjalani […]

Ini 6 Nama Bayi Tiga Kaum Utama Paling Popular Di Malaysia, Nama Anak Anda Mungkin Salah Satunya
Dalam keterujaan kita untuk menyambut kehadiran si comel, kita juga berusaha mencari nama-nama popular yang sesuai untuk diberikan kepada bayi perempuan mahupun anak lelaki. Setiap orang mempunyai pilihan nama yang tersendiri dan mempunyai maksud yang berbeza-beza. Tidak dinafikan, pilihan nama yang diberikan oleh ibu bapa adalah yang terbaik sekali gus sebagai doa kepada kita. Nama […]

Gajah Bunting Dipercayai Spesis Hampir Pupus Ditemui Mati Dengan Mulut Berbuih
Seekor gajah bunting dipercayai daripada spesis hampir pupus dilapor ditemui mati dalam keadaan mulut berbuih, di Indonesia. Bangkai mamalia yang sarat itu telah dijumpai di bersebelahan ladang kelapa sawit, Wilayah Riau di Sumatera. Kawasasn tersebut merupakan sebuah pulau besar yang menempatkan beberapa haiwan yang jarang ditemui di dunia. Ibu gajah bunting dipercayai 22 bulan itu […]

Kebakaran Hospital, Menteri Kesihatan Senegal Dipecat
KIGALI (Rwanda), 27 Mei (Bernama) – Menteri Kesihatan, Abdoulaye Diouf Sarr dipecat oleh Presiden Senegal Macky Sall pada Khamis susulan insiden kebakaran hospital yang mengorbankan nyawa 11 bayi baru lahir. Dalam ucapannya di televisyen, Sall menamakan Marie Khemesse Ngom Ndiaye sebagai menteri kesihatan baharu, lapor Agensi Anadolu. Ndiaye pernah berkhidmat sebagai ketua pengarah kesihatan awam. […]

Penduduk Kampung Tian Ketakutan Ekoran Serangan Monyet
SIBU, 27 Mei (Bernama) – Penduduk Kampung Tian dalam daerah Matu, kira-kira 115 km ke barat dari sini, berada dalam ketakutan sejak dua minggu lepas setelah lapan daripada mereka mendakwa diserang dan digigit sekumpulan monyet ketika sedang tidur di rumah mereka. Penghulu kampung itu, Saleh Napi berkata maklumat yang diperoleh daripada penduduk yang menjadi mangsa […]

Kes Cacar Monyet Dilaporkan Terus Meningkat 84 Kes Di Sepanyol, Kanada, Amerika Syarikat
MADRID, 27 Mei (Bernama) – Jumlah kes cacar monyet di Sepanyol meningkat kepada 84 pada Khamis selepas Kementerian Kesihatan melaporkan 25 lagi kes baharu. Menurut kementerian, semua yang dijangkiti mengalami “gejala ringan” dan kini menjalani kuarantin di rumah. Majoriti kes dilaporkan di Madrid selain di Kepulauan Canary, Basque dan Andalusia, lapor Xinhua. Sementara itu di […]

Asteroid Dua Kali Ganda Besar Burj Khalifa Dijangka ‘Hampiri’ Bumi Hari Ini
NASA mengesahkan satu asteroid gergasi yang bersaiz dua kali ganda dari menara Burj Khalifa dijangka akan menghampiri Bumi pada hari ini (27 Mei). Menurut NASA, asteroid yang dinamakan sebagai 7335 (1989 JA) itu mempunyai diameter sekitar 1.8 kilometer. Ia dikategorikan sebagai objek dekat Bumi (Near-Earth Objects) iaitu objek astronomikal yang melintasi pada jarak diantara 46 […]

Pelajar Ditahan Bawa AK-47 Pistol & Replika AR-15 Ke Sekolah, Sehari Selepas Insiden Tembakan Ragut 21 Nyawa
Seorang pelajar telah ditahan di sebuah sekolah menengah di Dallas selepas polis menemui senjata AK-47 style pistol dan replika AR-15 dalam keretanya pada Rabu. Kejadian ini berlaku sehari selapas salah satu kejadian tembakan terburuk di Texas mengakibatkan 21 maut ditembak di sebuah sekolah rendah di Texas. Menurut laporan BNO News, kejadian berlaku kira-kira 10.55 pagi […]

Hebat, Proton Saga Dipilih Sebagai Model Sedan Paling Laris 2021 Kenya
Siapa sangka, sejak syarikat pengeluar nasional, Proton yang mula bertapak di Kenya pada 2020 lalu, salah satu modelnya iaitu Proton Saga telah menjadi pilihan utama penduduk tempatan di situ. Dalam satu hantaran Facebook oleh Proton Kenya, Proton Saga diiktiraf sebagai model kereta sedan paling laris di pasaran negara berkenaan untuk tahun lepas. Untuk pengetahuan anda, […]

Kanak-Kanak Perempuan Maut Dilanggar Bas Sekolah Di Sepang
PUTRAJAYA, 26 Mei (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun empat bulan maut selepas dilanggar sebuah bas sekolah di hadapan rumahnya di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini. Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mangsa dipercayai dilanggar ketika mengekori kakaknya yang keluar dari rumah untuk menaiki […]

Gempa Bumi Kuat 7.2 Dilapor Gegar Peru Malam Ini
Peru – Satu gempa bumi kuat 7.2 magnitud dilaporkan telah menggegarkan tenggara Peru Pada Khamis, lapor AFP. Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa yang terjadi pada 7.02 pagi waktu tempatan itu berlaku pada kedalaman 218 kilometer (135 batu). Pusat Seismologi Kebangsaan Peru pula berkata gempa itu mempunyai magnitud 6.9 dan pada kedalaman 240 […]