Berita

Wanita Antara Tiga Individu Ditahan Polis, Edar Air Ketum Di Kajang – Polis
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita disyaki terlibat dalam kegiatan memproses dan mengedar air ketum di Kajang, dekat sini. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata susulan tangkapan pada 11.20 malam, 19 Mei lepas polis merampas tiga kilogram daun ketum dan 70 bungkusan air ketum dianggarkan […]

Lee Zii Jia Berjaya Mara Ke Pusingan Akhir Badminton Terbuka Thailand
Perseorangan badminton utama negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke pusingan akhir Terbuka Thailand selepas menumpaskan rakan senegara yang kini bergelar pemain profesional, Liew Daren. Beliau mara selepas beraksi dalam 3 set dengan mencatatkan kemenangan pada set pertama 21-16. Bagaimanapun, Liew Daren berjaya bangkit pada set kedua dan berjaya memenangi set tersebut dengan mata 21-13, […]

Dunia Berdepan Krisis Kelaparan Yang Tidak Pernah Terjadi Sebelum Ini – Pakar
ISTANBUL, 21 Mei (Bernama) — Ketua Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bersetuju dunia akan menghadapi krisis kelaparan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Eren Gunhan Ulusoy memetik laporan antarabangsa […]

Pengguna Perlu Rancang Lebih Awal Persiapan Raya Aidiladha – EXC0
SEREMBAN, 21 Mei (Bernama) — Pengguna digalakkan membuat tempahan awal untuk ibadah korban menjelang perayaan Aidiladha Julai ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan Datuk Bakri Sawir. Beliau menjangkakan kenaikan harga daging ketika musim perayaan adalah 15 hingga 20 peratus berbanding harga asal pasaran susulan permintaan yang tinggi. “Anggaran satu bahagian […]

Tiga Rakyat Malaysia Dicekup Di Singapura Selepas Cubaan Seluduk Dadah Gagal
SINGAPURA, 21 Mei (Bernama) — Tiga rakyat Malaysia ditahan susulan cubaan menyeludup kira-kira 17,704 gram heroin, 261g ‘Ice’ dan 2g pil ‘Ecstasy’ di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Rabu ( 18 Mei) digagalkan Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA). Penemuan itu mendorong operasi penguatkuasaan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB), di mana sejumlah tiga lelaki warga […]

Saintis Temui Hutan ‘Tersembunyi’ Dalam Lubang Benam Gergasi
Lubang benam besar sedalam 630 kaki yang mempunyai hutan purba dengan pokok setinggi 131 kaki (40 m) di dalam, telah ditemui oleh penyelidik di China. Difahamkan, pakar penjelajah gua menemui lubang benam tersebut berhampiran dengan perkampungan Ping’e di Daerah Leye di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang pada awal bulan ini. Memetik agensi berita Xinhua, lubang benam […]

Kelibat Menyerupai UFO Ketika Melintas Laut China Selatan Dirakam Juruterbang
Sebuah video yang memaparkan seorang juruterbang tentera Amerika Syarikat yang didakwa terserempak dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) di Laut China Selatan, menjadi tular di media sosial. Difahamkan, rakaman berdurasi 53 saat itu diambil pada 24 November 2021 dan telah dimuat naik ke laman web pengesanan UFO pada 4 Disember. Namun, klip tersebut telah mendapat […]

MetMalaysia Keluar Nasihat Lekukan Tropika
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Nasihat Lekukan Tropika yang dikesan pada Latitud 17.4 Utara dan Longitud 98.0 Timur, kira-kira 474 kilometer (km) dari barat laut Bangkok, Thailand. MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini memaklumkan ribut itu bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan 7 km sejam (km/j) dengan kelajuan […]

Hajat Nak Bergaya Dengan Jet TUDM Tercapai, Adik Irfan Meninggal Dunia Tengah Malam Tadi
Adik Muhammad Irfan Muhammad Irfan Mikael telah menghembuskan nafas terakhir dan meninggal dunia tepat jam 12.30 malam tadi di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis. Berita duka ini dikongsikan oleh laman Friends of Childhood Cancer Northern sebentar tadi. “Telah berpulang seorang wira kanser kepada Maha Pencipta sebentar tadi. Irfan Mikael Mohd Syukri telah […]

PDRM Siasat Kenyataan Kit Siang Didakwa Gugat Ketenteraman Awam
KUALA LUMPUR, 20 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung ciapan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan berkata imej tangkap layar ciapan tersebut tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam. […]

Gempa Bumi Berkekuatan 5.6 Skala Richter Gegar Utara Maghribi Sebentar Tadi
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Utara Magribi sebentar tadi. Institut Geofizik Maghribi telah mengesahkan kejadian ini dan memaklumkan bahawa pusat gempa bumi tersebut berada di pantai Driouch terletak di utara Maghribi sekitar jam 1.35 petang (waktu tempatan). Gempa bumi yang berada pada kedalaman 17 kilomenter turut dirasai di Wilayah Nador […]

Kes Pertama Penyakit Monkeypox Dilapor Dikesan Di Perancis, Jerman & Belgium
Tiga negara Eropah iaitu Perancis, Jerman dan Belgium dilapor telah merekodkan kes pertama penyakit cacar yang dikenali sebagai monkeypox pada Jumaat lalu. Menurut pihak berkuasa kesihatan di Perancis memaklumkan bahawa penyakit cacar ini dikenalpasti daripada seorang pemuda berusia 29 tahun dari wilayah Ile-de-Perancis. Laporan lain daripada Institut Mikrobiologi Angkatan Tentera Jerman pula mengesahkan jangkitan itu […]

Zoo Negara Sahkan Tiada Harimau Terlepas – Polis
KUALA LUMPUR, 20 Mei – Zoo Negara mengesahkan tiada harimau terlepas dari premisnya susulan tular insiden haiwan itu dikatakan dilihat di sebuah kawasan perumahan di Kemensah Height, Hulu Kelang di sini, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak. Bagaimanapun, beliau berkata polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah […]

Indonesia Rancang Hapus Tol Berpalang Akhir Tahun Ini, Ganti Dengan Transaksi Digital Nir-Sentuh
Indonesia dilapor merancang untuk menghapuskan sistem tol berpalang tradisional dimana kereta harus berhenti dan bertukar kepada kaedah transaksi digital nir-sentuh iaitu sistem aliran bebas pelbagai lorong (MLFF). Pengarah Umum Pengangkutan Darat Indonesia, Budi Setiyadi berkata, pihaknya merancang untuk memperkenalkan sistem berkenaan di laluan bertol sepenuhnya akhir tahun ini atau paling lewat pada 2023. Katanya lagi, […]

Kes Rasuah Zahid: Catatan KJ, Bomoh Direkod Dalam Dalam Buku Faraid UKSB
SHAH ALAM, 20 Mei – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa catatan “KJ”, dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku “faraid” Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun memaklumkan perkara […]

Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor Sahkan Tiada Pengeluaran Ayam Dari Ladang Esok
Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) mengesahkan tiada pengeluaran ayam dari ladang pada esok (Sabtu,21 Mei 2022). Memetik laporan Sinar Harian, Pengeri PPANS, Idrus Zainal mendakwa permasalahan tersebut disebabkan isu bekalan berpunca daripada ayam sakit. Jelasnya, 7 peratus atau ribuan anak ayam dari reban miliknya mati disebabkan sakit. Malah, kebanyakan penternak lain di Selangor turut […]

Polis Tumpaskan Sindiket Edar Dadah Di Miri
KUCHING, 20 Mei – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan kurier di bandar raya Miri selepas menahan dua lelaki dan seorang wanita dalam operasi khas yang berakhir hari ini. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata operasi melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak dan Ibu Pejabat Polis Miri selama dua hari itu […]

LRT Laluan Kelana Jaya: Masalah Gerabak Di Stesen KL Sentral, Pengguna Disaran Cari Pengangkutan Alternatif
Rapid KL dalam satu tweet di laman rasmi Twitter mereka memaklumkan sebuah gerabak di Stesen KL Sentral dilapor mengalami masalah gerabak. Susulan daripada kejadian itu, perkhidmatan LRT bagi laluan Kelana Jaya berdepan dengan kelewatan operasi. Seterusnya, perkhidmatan gerabak shuttle telah diaktifkan diantara stesen Bangsar ke Pasar Seni. Manakala gerabak dari Putra Height akan berpatah balik […]

Pemain Utama Terlalu Malu, Man United Dikhabar Akan Batalkan Acara Anugerah “Player of The Season”
Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dikhabar akan membatalkan acara anugerah “Player of The Season/Year” selepas pemain-pemain skuad senior dikatakan terlalu malu dengan persembahan yang ditunjukkan mereka sepanjang musim ini, menurut satu laporan. Memetik laporan portal sukan Sport Bible, dengan 11 kekalahan liga yang dicatatkan musim ini, MU secara rasminya meraih mata paling […]

Starlink Milik Elon Musk Rancang Sedia Internet Menerusi Satelit Di Malaysia
LOS ANGELES, 20 Mei – Starlink, penyedia Internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan pendaman rendah yang dikendalikan oleh syarikat aeroangkasa milik Elon Musk, SpaceX, merancang untuk mengembangkan operasinya di Malaysia dalam usaha meningkatkan kadar penembusan Internet di negara ini, terutama bagi kawasan luar bandar. Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali […]