Berita

OPR: Bank Islam Akan Hantar Surat Pelarasan Ansuran Bulanan Kepada Pelanggan Terlibat
Sejajar dengan pengumuman langkah baharu Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) daripada 1.75 kepada 2.00 peratus, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dalam satu notis memaklumkan telah menyemak semula kadar asas (BR) dan kadar pembiayaan asas (BFR). Semakan ini masing-masing menunjukkan peningkatan kepada 2.77 peratus dan 5.72 peratus […]

Warga Emas Meninggal Dunia Di Puncak Gunung Yong Belar Berjaya Diturunkan
IPOH, 19 Mei (Bernama) — Seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia Selasa lepas semasa mendaki Puncak Gunung Yong Belar, Ulu Kinta dekat sini berjaya dibawa turun dengan helikopter pada pukul 1.30 tengah hari tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata mangsa berusia 66 tahun itu dipercayai tidak sedarkan diri pada Selasa […]

Sukan SEA: Kem Memanah Akhiri Cabaran Di Hanoi Dengan Dua Emas
HANOI, 19 Mei (Bernama) — Penantian skuad memanah kebangsaan menuai pingat emas pada Sukan SEA ke-31, berakhir selepas gandingan Mohd Juwaidi Mazuki-Fatin Nurfatehah Mat Salleh mendominasi saingan final compound berpasukan campuran, mengatasi pasangan Filipina di sini, hari ini. Pada aksi penentuan pingat emas di lapang sasar memanah di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi di sini, […]

RM1.58 Juta Dana COVID-19 Bandar Lebur Akibat Tersilap ‘Transfer’, Lelaki Habiskan Untuk Berjudi
Jepun – Seorang lelaki berusia 24 tahun dilaporkan telah menghabiskan wang sebanyak 46.3 juta yen (RM1.58 juta) untuk berjudi selepas menerima dana COVID-19 yang tersilap dipindahkan daripada bandar yang didiaminya, lapor Japan Today. Menurut peguamnya, lelaki tersebut difahamkan tidak akan dapat memulangkan wang tersebut yang telah dimasukkan oleh pihak berkuasa di bandar Abu, Wilayah Yamaguchi. […]

Pemandu Maut, Kelindan Cedera Treler Bawa Muatan Tepung Terbalik
GERIK, 19 Mei (Bernama) – Seorang pemandu treler maut manakala kelindannya cedera selepas treler muatan tepung seberat 20 tan terbalik ke bahu jalan di KM 24 Bukit Jalan Raya Timur Barat (JRTB) pagi ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata dalam kejadian pada 7.38 pagi itu, pemandu treler Adzri Mat, 43 maut di tempat kejadian […]

Tak Dapat Timang Cucu Punya Pasal, Ibu Bapa Nekad Saman Anak & Menantu RM2.8 Juta
India – Seorang pesara dan isterinya dilaporkan telah saman anak dan menantu mereka sendiri kerana gagal memberikan cucu selepas enam tahun berkahwin. Memetik laporan Times of India, kedua-dua mereka telah mengemukakan saman tersebut dengan alasan mengalami ‘gangguan mental’ disebabkan perkara itu. Dalam kejadian di Haridwar, Uttarakhand, pasangan warga emas itu menuntut seorang cucu ‘dalam tempoh […]

Keselamatan Makanan: Bank Dunia Umum Pembiayaan US$30 Bilion
WASHINGTON, 19 Mei (Bernama) — Bank Dunia pada Rabu mengumumkan pembiayaan sehingga US$30 bilion di bawah pelan tindak balas global dalam usaha menangani krisis keselamatan makanan, lapor Xinhua. Dalam satu kenyataan bank itu memaklumkan pembiayaan berkenaan adalah untuk sektor seperti pertanian, pemakanan, perlindungan sosial, air dan pengairan bagi tempoh 15 bulan akan datang. Pembiayaan itu […]

Polis Siasat Video Lelaki Bawa Objek Menyerupai Senjata Dalam Pasaraya
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin bin Abdul Hamid menerusi siaran media yang dikeluarkan pada 18 Mei 2022 menyatakan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka berhubung isu tular seorang lelaki membawa objek menyerupai senjata ke dalam sebuah pasaraya di kawasan Petaling Jaya. Menerusi siaran media yang dikeluarkan, beliau menyatakan pada 17 Mei 2022 […]

Thailand Menang Emas, Skuad Muda Badminton Negara Bawa Pulang Pingat Perak Dari Sukan SEA
Malaysia sah bawa pulang pingat perak dalam acara badminton berpasukan lelaki Sukan Sea 2021 selepas tewas kepada skuad lebih berpengalaman, Thailand. Ia berikutan perseorangan lelaki kedua Thailand, Khosit Phetradab berjaya mencatatkan kemenangan ke atas pemain negara Lee Shun Yang dengan keputusan 16-21, 21-13, 21-19. Perkara itu sekaligus menguburkan impian pasukan negara untuk mencipta kejutan dengan […]

Syarikat Taiwan, Foxconn Rancang Bina Kilang Cip Untuk Kereta Elektrik Di Malaysia
Foxconn yang merupakan syarikat pemasangan iPhone merancang untuk membina kemudahan pengeluaran cip di Malaysia bersama rakan kongsi tempatan bagi memenuhi permintaan keperluan semikonduktor yang digunakan dalam penghasilan kenderaan elektrik. Memetik Nikkei Asia, Foxconn Taiwan telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Dagang NeXchange Berhad (DNex) Malaysia sebagai usaha sama untu membina dan mengendalikan kemudahan untuk mencipta cip […]

Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Daki Puncak Banjaran Titiwangsa
IPOH, 18 Mei (Bernama) — Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dipercayai akibat kepenatan semasa mendaki puncak Banjaran Titiwangsa berhampiran Kem Kuali, Tanjung Rambutan dekat sini semalam. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berusia 66 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur itu memiliki kebenaran memasuki hutan simpan kekal berkenaan bersama-sama 13 pendaki […]

Bukit Aman Siasat Dakwaan Penjualan Data Pribadi Rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya turut menerima satu laporan berkaitan dakwaan yang dilaporkan beberapa portal berita tempatan hari ini. […]

“Final” Badminton Berpasukan Lelaki Sukan SEA, Malaysia Ketinggalan 2-0 Dengan Thailand
Pasukan regu badminton lelaki negara tumpas kepada gandingan hebat Thailand dalam acara lelaki berpasukan akhir Sukan Sea 2021. Terdahulu, pemain perseorangan lelaki Kok Jing Hong turut tewas kepada pemain Gajah Putih, Kunlavut Vitidsarn dengan keputusan 10-21, 15-21 dalam perlawanan pembukaan. Pasukan negara terus ketinggalan selepas beregu lelaki Tee Kai Wun dan Man Wei Chong akur […]

Musim Kering: Rizab Telaga Air Bawah Tanah Negara Mencukupi – NADMA
KUALA LUMPUR, 18 Mei – Telaga aktif sumber air bawah tanah atau telaga tiub di negara ini mempunyai rizab yang mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika berlakunya bencana pada musim kering susulan peralihan Monsun Barat Daya. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata berdasarkan data Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh […]

26 Kali Gagal Ujian Kemasukan, Lelaki 55 Tahun Masih Gigih Cuba Masuk Universiti
Seorang lelaki berusia 55 tahun gagal sebanyak 26 kali gigih ikuti ujian memasuki ke Universiti, lapor Liputan6. Liang Shi, lelaki berasal dari negara China masih mempunyai cita-cita walaupun usianya yang kian meningkat tua. Difahamkan, dia telah mengikuti ujian yang dikenali sebagai “Gaokao”, sebuah ujian kemasukan ke institut perguruan di China sejak tahun 1983. Ujian Gaokao […]

HFMD: Tiada Keperluan Tutup Taska, Tadika, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Di Selangor
SHAH ALAM, 18 Mei – Kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Selangor masih dalam keadaan terkawal dan tiada keperluan untuk menutup taska, tadika dan pusat jagaan harian di negeri itu. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebarang kes penutupan premis berkenaan adalah atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor terutamanya apabila melihat […]

Kepala Air: Perak Tutup 14 Kawasan Rekreasi, Riadah, Hutan Simpan Serta Merta
IPOH, 18 Mei – Jabatan Perhutanan negeri Perak akan menutup 14 kawasan rekreasi, riadah atau hutan simpan yang mempunyai air terjun berkuat kuasa serta-merta untuk sementara waktu sehingga cuaca sesuai dilawati pengunjung. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bagi tujuan itu, satu perbincangan bersama Pengarah Jabatan Perhutanan akan diadakan dengan mengambil kira insiden […]

Sukan Sea: Terlepas Gelaran Raja Pecut, Penyertaan Muhammad Azeem Terbatal
HANOI, 18 Mei – Skuad olahraga Malaysia gagal mempertahankan gelaran Raja Pecut Asia Tenggara pada Sukan SEA ke-31 di sini, selepas penyertaan Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan pada saringan kedua acara 100m di Stadium Nasional My Dinh di sini. Atlet berusia 18 tahun itu tidak dibenarkan untuk meneruskan cabaran apabila didapati waktu reaksinya 0.058 saat lebih […]

Altantuya Buat Laporan Polis, Minta Cari Razak Baginda Jika Apa-Apa Berlaku Kepadanya – Saksi
SHAH ALAM, 18 Mei (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wanita warga Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu pernah membuat laporan polis menyatakan ‘sekiranya apa-apa berlaku kepadanya, cari Razak Baginda’, hari yang sama wanita itu hilang hampir 16 tahun lepas. Supt Tonny Anak Lunggan, 42, pegawai penyiasat dalam kes bunuh wanita itu berkata […]

Harga Minyak RON97 Naik Lagi, Harga RON95 Dan Diesel Kekal
Kementerian Kewangan Malaysia sebentar tadi memuat naik satu kenyataan berhubung kenaikkan harga runcit produk petroleum bagi tempoh 19 Mei 2022 hingga 25 Mei 2022. Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM4.31 kepada RM4.33 seliter. Manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel kekal pada […]