Berita

Penduduk Jawa & Sumatera Diminta Peka, Kemungkinan Berlaku Tsunami Waktu Malam Dalam Masa Terdekat
Jabatan Meterologi, Klimatologi dan Geofizik, Indonesia (BMKG), telah mengeluarkan amaran kemungkinan akan berlaku tsunami dalam masa terdekat. Memetik Kompas, dalam satu kenyataan Ketua Pengarah BMKG, Dwikorita Karnaawati berkata amaran gunung berapi itu dinaikkan ke tahap tiga (daripada maksimum empat) berikutan peningkatan aktiviti Gunung Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda antara Pulau Jawa dan Sumatera. […]

Enggan Bayar Guna Rubel, Rusia Hentikan Bekalan Gas Asli Ke Poland & Bulgaria
WARSAW/ SOFIA, 27 April – Rusia akan menghentikan bekalan gas asli ke Poland dan Bulgaria mulai Rabu, menurut syarikat tenaga dan pihak berkuasa. Syarikat minyak dan gas Poland PGNiG memaklumkan pada Selasa bahawa syarikat tenaga Rusia Gazprom akan menggantung bekalan gas ke negara itu mulai petang Rabu. “PGNiG telah menerima surat daripada Gazprom yang mengumumkan […]

Umum Kelonggaran SOP? Nantikan Sidang Media Menteri Kesihatan 4 Petang Ini
Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin dijangka akan mengadakan satu sidang media pada petang ini. Melalui satu hantaran ringkas di laman facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa sidang media berkenaan akan diadakan pada 4 petang ini. Sidang media berkenaan akan disiarkan secara langsung di laman facebook tersebut. Bagaimanapun dalam hantaran itu, tiada maklumat lanjut dikongsikan berkenaan […]

Wanita Tertua Di Dunia, Kane Tanaka Meninggal Dunia Pada Usia 119 Tahun
Wanita tertua di dunia, Kane Tanaka dari Jepun dilapor telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 19 April baru-baru ini, memetik laporan CNN pada semalam. Menurut laporan, Tanaka yang memegang rekod wanita tertua di dunia setakat ini disahkan meninggal dunia pada usia 119 tahun oleh Menteri Wanita, Buruh dan Kebajikan Jepun. Sementara itu, Rekod Dunia Guinness juga […]

Tiktok: Pegawai Polis Narkotik Wanita Dipindahkan – Razarudin
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) — Seorang pegawai polis wanita daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok ketika operasi di sebuah pusat hiburan kini dipindahkan ke jabatan lain. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama pagi ini mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan pegawai polis wanita itu akan berpindah […]

Pengkalan Kubor Lokasi Tumpuan Banteras Seludup Mercun, Bunga Api – Polis
TUMPAT, 27 April (Bernama) — Polis mengenal pasti kawasan di Pengkalan Kubor, di sini, menjadi lokasi tumpuan untuk membanteras kegiatan penyeludupan mercun dan bunga api dari Thailand ke pasaran negara ini berikutan ia mendapat permintaan tinggi menjelang sambutan Aidilfitri pada bulan depan. Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Tan Seng Lee berkata pasukannya diarahkan membuat pemantauan di […]

Nagaenthran Sudah Jalani Hukuman Gantung Pagi Ini – Keluarga
SINGAPURA, 27 April – Rakyat Malaysia Nagaentran Dharmalingam menjalani hukuman mati di Penjara Changi di sini, pagi ini dan jasadnya akan dihantar pulang ke Ipoh hari ini. Perkara itu telah disahkan adiknya Navin Kumar kepada Bernama. Ketika dihubungi, Navin masih berada di Penjara Changi untuk menuntut jasad abangnya. Nagaentran, 34, anak kedua daripada empat beradik. […]

Jangan Undang Padah Balik Beraya
KUALA LUMPUR, 27 April – Pastinya ramai yang sedang menghitung hari untuk bercuti panjang dan pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut lebih kurang seminggu lagi. Lagu “Balik Kampung” dendangan penyanyi tersohor negara, Allahyarham Sudirman Haji Arshad sudah tentu menjadi siulan dan nyanyian, begitunya lagu yang sinonim dengan Hari Lebaran termasuk […]

Kanak-kanak Di China Dilapor Positif Selsema Burung H3N8, Kes Pertama Libatkan Manusia
BEIJING – Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) melaporkan telah mengesan kes pertama jangkitan selsema burung H3N8 melibatkan manusia pada seorang kanak-kanak berusia 4 tahun di wilayah Henan, 5 April lalu. Memetik BNO News, kanak-kanak tersebut mengalami demam dan beberapa gejala lain sebelum dimasukkan ke hospital pada 10 April apabila keadaannya semakin teruk. Pusat Kawalan dan […]

Suami Isteri, Anak Perempuan Melecur Dalam Kebakaran Empat Rumah Di Ipoh
IPOH, 27 April – Sepasang suami isteri serta seorang anak perempuan mereka melecur dalam kebakaran membabitkan empat rumah di Hala Taman Meru 10, Taman Meru Fasa 2B di sini, malam tadi. Jurucakap Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan bantuan BBP Ipoh serta […]

Remaja Perempuan Tipu Diragut Elak Didenda Hilang Kad Pengenalan
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Gara-gara mahu mengelak daripada didenda kerana hilang kad pengenalan, seorang remaja perempuan sanggup membuat laporan palsu mendakwa dia diragut. Remaja berusia 18 tahun itu mendakwa diragut di Jalan Puteri 1/6, Bandar Puteri Puchong, Puchong oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menunggang motosikal semasa berjalan kaki. Ketua Polis Daerah Serdang […]

4 Terbunuh, Beberapa Yang Lain Cedera Letupan Di Universiti Di Karachi, Pakistan
ISLAMABAD, 26 April (Bernama) — Empat orang maut dan beberapa mangsa cedera dalam satu letupan di premis sebuah universiti di Karachi, Pakistan pada Selasa, memetik laporan tempatan. Sebuah van yang diletakkan di premis universiti tiba-tiba meletup dan terbakar, lapor Xinhua. Jenis bahan letupan belum dapat dipastikan lagi dan polis memanggil skuad pemusnah bom untuk menentukan […]

Ikhtiar Terakhir Selamatkan Nagaenthran Daripada Hukuman Mati Gagal
SINGAPURA, 26 April (Bernama) — Mahkamah Rayuan Singapura pada Selasa menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaenthran Dharmalingam untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya. Dengan keputusan itu menamatkan ikhtiar saat akhir warga Malaysia berusia 34 tahun itu yang dijadualkan dihukum gantung pada Rabu (27 April) selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman […]

Tular Kereta Langgar Penunggang Motosikal, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan
Polis mengesahkan video yang tular di media sosial semalam yang memaparkan penunggang motosikal dilanggar oleh sebuah kereta. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Bin Ibrahim, penunggang motosikal itu telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang datang dari arah yang sama. “Mangsa telah terjatuh dan mengalami kecederaan di muka dan tangan. […]

Tempat Pelupusan Mercun Di Sentul Terbakar
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Tapak pelupusan mercun di Sentul Work dekat sini terbakar dalam kejadian kira-kira 6.30 petang tadi. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan operasi pemadaman sedang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Menurutnya terdapat mangsa dalam kejadian tersebut namun belum dapat dipastikan […]

Tempoh Perjalanan Mungkin Lebih Panjang, Pengguna Dinasihat Buat Persiapan Rapi
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai supaya membuat persiapan rapi dengan jangkaan tempoh perjalanan di lebuh raya lebih panjang terutama pada Sabtu dan Ahad ini serta 7 dan 8 Mei depan. Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata ia berikutan sebahagian besar pengguna lebuh raya dijangka merebut peluang […]

Wanita Dilapor Maut Lepas Bergaduh Dengan Anak Yang Menghidap Autisme & Kemurungan
Singapura – Seorang wanita dilapor meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya di kepala selepas bergaduh dengan dua anak lelakinya yang merupakan penghidap autisme dan mengalami kemurungan. Memetik laporan The Straits Times, insiden yang menimpa wanita berusia 52 tahun itu bermula setelah anak lelaki sulungnya mengesyaki bahawa dia mempunyai hubungan sulit. Difahamkan, pergaduhan antara mereka tercetus […]

Bekas Finalis Masterchef Malaysia Hadapi Tuduhan Bunuh, Bebas Dengan Jaminan
PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) — Bekas finalis program MasterChef Malaysia 2012 yang menghadapi pertuduhan membunuh, dibenar diikat jamin oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini sementara menunggu kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Lee Swee Seng, Datuk Supang Lian dan Datuk M. Gunalan dalam keputusan sebulat suara, membenarkan Etiqah diikat […]

Pemandu Lori Tetak Ibu Mentua, Isteri, Dua Adik Ipar Dipenjara 15 Tahun, Lapan Sebatan
KOTA TINGGI, 26 April (Bernama) — Seorang pemandu lori dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap empat ahli keluarganya dengan menggunakan parang panjang. Hakim Norsiah Ujang menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Hadi Hashim, 38, selepas dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan. Mahkamah […]

Elon Musk Terima Kunjungan Delegasi Indonesia Hanya Dengan Berbaju T-Shirt
Pengasas Tesla, Elon Musk hari ini menerima kunjungan sebuah delegasi korporat dari Indonesia, namun apa yang menariknya, beliau kelihatan begitu ‘santai’ dengan berbaju t-shirt sahaja. Salah seorang ahli perniagaan Indonesia yang menyertai delegasi tersebut, Anindya Novyan Bakrie berkongsi detik bersejarah bertemu dengan orang antara terkaya di dunia itu menerusi laman Facebook miliknya hari ini. “Alhamdulillah […]