Berita

Rebah Pada Rakaat Ke-20, Lelaki Dilapor Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih
Baling – Seorang jemaah lelaki dilaporkan telah meninggal dunia ketika menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah semalam. Memetik laporan Utusan, kejadian tersebut berlaku di Masjid Tunku Intan Safinaz di Kampung Lanai, Baling, Kedah. Difahamkan, jemaah yang dikenali sebagai Zamri Saad, 51, itu rebah ketika menunaikan solat tarawih pada rakaat ke-20. Tidak lama kemudian, arwah disahkan […]

2,000 Ekor Babi Berhampiran Ladang Dijangkiti ASF ‘Hilang’
SEREMBAN, 24 April (Bernama) — Kira-kira 2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dipercayai dibawa keluar dari kawasan itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa berkaitan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Bakri Sawir berkata kesemua babi itu yang ditempatkan berhampiran dengan ladang […]

Aidilfitri: 28,000 Tiket Bas Konsortium E-Mutiara Habis Dijual
KOTA BHARU, 24 April (Bernama) — Sebanyak 28,000 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara ke semua destinasi di Semenanjung bagi perjalanan bermula Selasa (26 April) sehingga 2 Mei ini sempena sambutan Aidilfitri habis dijual. Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata antara tiket paling laris bagi tempoh itu adalah bagi perjalanan dari […]

Para Peluncur Maut: Cuaca, Angin Bukan Punca Berlaku Insiden – Polis
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) — Faktor cuaca dan angin bukanlah punca berlaku insiden seorang para peluncur maut selepas payung terjun dikendalikannya hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu, semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin berkata insiden itu berlaku dipercayai berpunca daripada masalah teknikal yang belum […]

Lelaki Dipenjara 18 Minggu & Sebatan, Pasang Kamera Intip Anak Sendiri Salin Pakaian
Singapura – Seorang lelaki telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 minggu dan sebatan selepas didapati bersalah merakam video anak perempuannya sendiri yang berusia 13 tahun sedang membuka pakaian di dalam bilik, lapor CNA. Memetik laporan The Mothership, lelaki berusia 43 tahun itu telah mengaku memasang kamera pengintip yang menyerupai pengecas USB untuk merakam anak perempuannya […]

Aidilfitri: Anak Kelantan Di Perantauan Digalak Lakukan RTK-AG
KOTA BHARU, 24 April (Bernama) — Anak Kelantan di perantauan yang akan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di negeri ini digalakkan untuk melakukan ujian saringan RTK-AG bagi membendung penularan COVID-19. Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata walaupun bukan paksaan, inisiatif itu adalah antara kaedah terbaik dilakukan bagi menjamin keselamatan bersama khususnya kepada ibu bapa […]

Pekerja Balak Mengamuk Bakar Kereta Peronda Polis
KUANTAN, 24 April (Bernama) — Sebuah kereta peronda polis jenis Proton Waja musnah terbakar angkara tindakan seorang pekerja balak yang mengamuk di Kampung Selengkong Nenasi, Pekan,semalam. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian berlaku sekitar pukul 11 malam apabila pihaknya menerima maklumat daripada penjaga tanah matau balak yang mengatakan terdapat seorang […]

Kanak-kanak Maut Digilis, Cuba Tahan Kereta Berundur
Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dilapor maut digilis ketika cuba menghentikan sebuah kereta yang sedang berundur, lapor Sinar Harian. Merujuk laporan, kejadian tragis itu berlaku dalam satu kejadian kira-kira pukul 2:15 petang di Kampung Keledang Luar Tawar di Baling, Kedah pada Sabtu baru-baru ini. Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, segalanya berlaku […]

Mike Tyson Tumbuk Lelaki Mabuk, Bengang Kena Provok
Bekas juara tinju dunia, Mike Tyson menumbuk seorang lelaki mabuk semasa dalam pesawat yang dinaikinya gara-gara hilang sabar selepas diprovok banyak kali, lapor TMZ Sports. Menurut laporan, kejadian yang berlaku kira-kira 10:30 malam itu terjadi semasa pesawat berkenaan baru hendak berlepas dari Lapangan Terbang San Fransisco menuju ke Florida. Difahamkan, menurut saksi kejadian, segalanya bermula […]

Polis Siasat Terperinci Kes Tiga Remaja Maut Bermotosikal
ISKANDAR PUTERI, 24 April (Bernama) — Polis akan melakukan siasatan terperinci kes tiga remaja maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dua hari lepas di Taman Kota Masai, Pasir Gudan, di sini. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan dilakukan demi memastikan keadilan kepada pihak terlibat selepas ada ahli keluarga mangsa mendakwa insiden itu tidak melibatkan […]

Kemalangan Maut Di Melaka Meningkat 50 Peratus Tiga Bulan Pertama Tahun Ini
MELAKA, 24 April (Bernama) — Sebanyak 48 kes kemalangan maut direkodkan di Melaka dari awal Januari hingga Mac lepas, iaitu meningkat 50 peratus berbanding 32 kes dalam tempoh sama tahun lepas. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Supt Amran @ Mohamad Zaki Omar berkata jumlah itu dilihat membimbangkan, membuatkan pihaknya mempergiatkan kempen kesedaran dan keselamatan jalan raya kepada pengguna […]

Pemimpin Korea Utara-Selatan Bertukar Surat, Jalin Hubungan ‘Mesra’
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un dilapor bertukar surat dan jalin hubungan ‘mesra’ dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, lapor Aljazeera. Menurut Aljazeera, bagi media Korea Utara, tindakan Kim tersebut disifatkan sebagai berita positif yang jarang berlaku antara kedua-dua negara. Difahamkan, media Korea Utara melaporkan bahawa Moon menghantar surat kepada Kim awal minggu ini dan berkata, […]

Yayasan AL-Quds Malaysia Lancar Kempen Solidariti Palestin, Kecam Serangan Ke Atas Masjidil Al-Aqsa
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) — Yayasan Al-Quds Malaysia dengan kerjasama 43 badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan kempen solidariti bersama rakyat Palestin “Hands off Masjid AL-Aqsa” dan mengecam serangan rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa, terutamanya ketika 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu sidang media semalam, kesemua NGO itu sebulat suara menyatakan sokongan mereka dan teguh […]

Budak 4 Tahun Maut, Nenek Paksa Minum Arak
Seorang budak perempuan berusia empat tahun maut selepas dipaksa minum minuman beralkohol di Baton Rouhe, Louisiana baru-baru ini, lapor CNN. Namun lebih malang, dia dipaksa minum minuman tersebut oleh nenek dan ibu kandungnya sendiri dalam kejadian tragis itu. Berdasarkan laporan, segalanya bermula apabila kanak-kanak tersebut meminum sedikit minuman itu yang berada di kaunter di sebuah […]

Bot Persiaran Hilang Di Jepun, 4 Mangsa Ditemukan
TOKYO, 24 April (Bernama) — Empat penumpang bot pelancong KAZU 1 yang dilaporkan hilang di pantai Hokkaido Jepun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri, lapor Sputnik memetik penyiar NHK. Dalam kemas kini pada Ahad, NHK melaporkan penyelamat menjumpai tiga lagi penumpang namun keadaan mereka masih tidak dapat dipastikan. Pada Sabtu, bot persiaran KAZU 1 menghantar isyarat […]

Bot Bawa 60 Migran Karam Di Pantai Tripoli
BEIRUT, 24 April (Bernama) — Sebuah bot membawa 60 pendatang asing, karam di luar pantai bandar Tripoli, Lubnan, lapor Agensi Anadolu (AA) menurut Palang Merah Lubnan pada Sabtu. “Bot yang membawa 60 penumpang itu karam. Pasukan Palang Merah Lubnan menghantar tujuh ambulans ke pelabuhan Tripoli untuk bantuan,” ciapnya di Twitter. Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) melaporkan seorang remaja terbunuh dan […]

Lebih 100 Terbunuh Letupan Di Kilang Penapisan Minyak Haram Di Nigeria
ABUJA, 24 April (Bernama) — Lebih 100 orang terbunuh berikutan letupan di loji penapisan minyak haram di Imo, selatan Nigeria, lapor Agensi Berita Xinhua memetik sumber rasmi dan tempatan pada Sabtu. Letupan berlaku lewat Jumaat di loji penapisan minyak haram di kawasan Egbema dekat sempadan antara Imo dan Rivers. “Berlaku kebakaran di tapak loji haram yang mengakibatkan lebih 100 rentung […]

Pengantin & Katerer Ditahan, Didakwa Jamu Ganja Dalam Hidangan Kenduri
Pengantin dan katerer ditahan selepas semua tetamu undangan di sebuah majlis perkahwinan dilapor sakit akibat makan makanan yang dipercayai dicampur dengan ganja. Menurut Insider, pengantin tersebut yang dikenali sebagai D (bukan nama sebenar), 42, melangsungkan perkahwinan di The Springs Clubhouse di Longwood, Florida pada 19 Februari lalu. Berdasarkan laporan, majlis tersebut yang dihadiri seramai 40 orang […]

APMM Tahan 21 Nelayan Vietnam Di Perairan Mersing
MERSING, 24 April (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 21 nelayan Vietnam dan merampas dua bot serta peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM2 juta selepas mereka dikesan menceroboh di perairan negara, dua hari lepas. Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata pihaknya turut merampas hasil tangkapan yang dianggarkan 6,000 […]

PLUS Senarai Waktu Cadangan Masuk Lebuh Raya, Elak Lepas 10 Pagi
PLUS senarai waktu cadangan untuk orang awam masuk ke lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan di sepanjang perjalanan. Orang awam yang ingin pulang ke kampung halaman bagi perjalanan arah utara dan selatan disaran untuk memasuki lebuh raya sebelum pukul 10 pagi, umum PLUS Malaysia Berhad (PLUS). Ketua pegawai operasinya, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, PLUS telah […]