Berita

Kes Bella: Rina Nafi KPWKM Tidak Ambil Tindakan
KUALA LUMPUR, 21 April – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menafikan bahawa, kementerian itu tidak mengambil sebarang tindakan berkaitan kes pengabaian dan penganiayaan remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella. Menterinya Datuk Seri Rina Harun berkata antara tindakan yang diambil adalah melucutkan hak penjagaan anak angkat, kepada Pengasas Rumah Bonda Siti […]

Lebih 24 Jam Lolos, Tahanan Rohingya Dijangka Serah Diri Akibat Kelaparan
BANDAR BAHARU, 21 April (Bernama) — Polis tidak menolak kemungkinan tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap di sini awal pagi semalam akan menyerah diri dalam masa terdekat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Datuk G.Suresh Kumar berkata ini kerana tahanan yang menghilang lebih dari 24 jam itu tidak mempunyai bekalan makanan dan pakaian. […]

Kapten Man United, Harry Maguire Dilapor Terima Ancaman Bom
Pihak polis United Kingdom ketika ini dilapor mengawal dan memeriksa kediaman Kapten Manchester United, Harry Maguire selepas dia dan keluarganya menerima ancaman bom. Menurut laporan SportBible, polis telah menghantar anjing pengesan ke rumah pemain pertahanan termahal di dunia itu, yang mana didiami bersama tunang dan dua anaknya. Harry sebelum ini dilapor menerima satu email yang […]

Polis Kenal Pasti Dalang Insiden Ratusan Rohingya Lari Dari Depot Imigresen
BANDAR BAHARU, 21 April (Bernama) — Polis sudah mengenal pasti dalang utama yang disyaki mencetuskan insiden ratusan tahanan Rohingya melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Datuk G. Suresh Kumar berkata lelaki berumur lingkungan 30-an itu merupakan tahanan di depot berkenaan dan dipercayai tahanan lama. “Kami percaya lelaki […]

Tasik Galilee Semakin ‘Tenat’ & Kering, Israel Rancang Isi Dengan Air Laut Dinyahgaram
Israel dilapor merancang untuk menyalurkan air laut yang dinyahgaram ke Tasik Galilee yang kini semakin tenat dan kering. Menurut laporan The Times Of Israel, hujan yang tidak menentu dan peningkatan suhu dikatakan antara punca yang menyebabkan air tasik air tawar terbesar di Timur Tengah ini semakin susut. Tasik berkenaan sebelum ini berfungsi sebagai kawasan tadahan […]

KKM Benarkan Penjaga, Pelawat Pesakit Dirawat Di Wad Mulai Sabtu Ini
KUALA LUMPUR, 21 April – Kementerian Kesihatan (KKM) membenarkan pesakit-pesakit di wad fasiliti kementerian itu untuk ditemani oleh penjaga dan menerima pelawat mulai Sabtu ini (23 April). KKM dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan polisi penjaga dan pelawat di hospital KKM semasa fasa peralihan ke endemik itu, bagaimanapun adalah berdasarkan kriteria-kriteria tertentu tertakluk kepada kapasiti dan […]

Netflix Dilapor Akan Masukkan Iklan
Syarikat penstriman atas talian, Netflix dilapor bakal menawarkan harga pakej lebih murah, tapi turut memasukkan sekali ruangan iklan dalam penstrimannya, lapor CNBC. Ketua pegawai eksekutifnya, Reed Hastings berkata, pertambahan iklan tersebut adalah bagi menampung harga pakej yang semakin murah serta kos yang tinggi. Jelas Hastings, menawarkan pakej lebih murah kepada pelanggan sambil ‘diselangi’ dengan ruangan […]

Hakim Ingatkan Orang Awam Tidak Buat Kenyataan, Komen Berhubung Kes Bella
KUALA LUMPUR, 21 April – Hakim Mahkamah Sesyen hari ini mengingatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau komen di media sosial berhubung perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella. Izralizam Sanusi yang mendengar perbicaraan […]

Polis Nafi Saman Tidak Dikenakan Jika Tidak Pakai Pelitup Muka Semasa Ramadan, Syawal
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) — Polis hari ini menafikan pihaknya tidak menyaman individu yang tidak memakai pelitup muka sepanjang Ramadan dan semasa sambutan Aidilfitri nanti. Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass ketika dihubungi Bernama sebaliknya berkata penguatkuasaan tetap dilaksanakan ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk kesalahan tidak […]

Jual Kad ATM: Dua Wanita Antara 10 Individu Ditahan
SERDANG, 21 April (Bernama) — Seramai 10 individu termasuk dua wanita ditahan dalam beberapa serbuan di Kuala Lumpur, Puchong dan Gombak disyaki terlibat dalam kes penjualan kad juruwang automatik (ATM). Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata kesemua suspek berumur 25 hingga 39 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dijalankan sejak 14 April dan polis turut merampas […]

Masjid Di Afghanistan Dibom, Sekurang-kurangnya 5 Maut & 65 Cedera Setakat Ini
ISTANBUL, 21 April – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam letupan di sebuah masjid di utara Afghanistan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan. Ledakan berlaku di masjid Seh Dokan yang terletak di Mazar-e-Sharif, kawasan padat dengan penduduk, lapor Tolo News memetik sumber sebagai berkata. Seramai 65 lagi mangsa dilaporkan cedera, […]

Man United Lantik Erik Ten Hag Sebagai Jurulatih Baharu, ‘Gergasi EPL Bakal Kembali’?
Desas-desus mengenai pengendali baharu kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Machester United (Man United) menghampiri penghujungnya apabila Erik Ten Hag disahkan bakal mengisi posisi tersebut. Berita berkenaan diumumkan oleh wartawan bola sepak terkemuka Itali, Fabrizio Romano di laman Twitternya sebentar tadi. Menurut laman web rasmi kelab, Erik Ten Hag akan menandatangani kontrak sehingga 2025 dengan […]

Fasiliti Nuklear Israel ‘Diserang’ Landak Perosak
Sebuah fasiliti nuklear paling ‘terahsia’ di Israel berada dalam ancaman bahaya gara-gara ‘diserang’ landak perosak yang menjadikan kawasan itu sebagai ‘rumah’ mereka. Menurut Daily Star, Pusat Penyelidikan Nuklear Shimon Peres di Negev, Tel Aviv itu mula didatangi kawanan landak sejak beberapa tahun yang lalu. Difahamkan, pada awalnya haiwan itu datang sebagai satu kumpulan yang kecil, […]

Pemuda Cedera Ketika Menangkap Pelarian Rohingya Lolos
BANDAR BAHARU, 21 April (Bernama) — Seorang pemuda cedera di kaki selepas terjatuh dari motosikalnya yang ditendang pelarian etnik Rohingya ketika cuba menahan mereka selepas lolos dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat sini, semalam. Menceritakan kejadian itu, Mohamad Ashraf Firdaus Mohd Yusof, 30, berkata dia bersama beberapa orang penduduk kampung bertindak mengejar sekumpulan pelarian itu […]

Kebakaran Rumah Di Semporna Berulang, Mangsa Pasrah Mulakan Kembali Kehidupan
SEMPORNA, 21 April (Bernama) — Kehilangan segala harta benda dalam kejadian kebakaran rumah pada tahun 2015, Angelista Bastara sama sekali tidak menyangka kejadian itu berlaku sekali lagi malam tadi, namun beliau pasrah untuk memulakan kembali kehidupannya. Angelista, 45, berkata tragedi malam tadi menyebabkan semua harta benda yang dikumpul selepas kebakaran tahun 2015 itu musnah sekelip mata, […]

Viral Proton Preve Didakwa Lawan Arus Dipercayai Di Lebuhraya Seremban – Port Dickson
Sebuah rakaman yang menunjukkan kereta Proton Preve bewarna hitam didakwa dipandu secara melawan arus menjadi tular di platform TikTok hari ini. Insiden tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Seremban – Port Dickson. Rakaman berkenaan dimuat naik oleh akaun TikTok Utusan, dipercayai dirakam oleh pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan itu. Ketika kereta berkenaan dipandu melawan arus, […]

Polis Lulus Permohonan Enam Syarikat Jual Bunga Api Di Kelantan
KOTA BHARU, 21 April – Polis Kelantan meluluskan enam syarikat yang memohon bagi penjualan bunga api pada musim perayaan Aidilfitri kali ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat. Beliau berkata daripada 13 permohonan yang diterima, hanya enam sahaja diberikan kelulusan untuk menjual bunga api iaitu jenis ‘pop-pop’ dan ‘happy boom’ kerana ia tidak membahayakan […]

Video Buli Pelajar Asrama Sekolah Sibu Tular, Polis Kenal Pasti Suspek Dan Mangsa Terlibat
SIBU – Baru-baru ini, tular satu video pendek kejadian buli di salah sebuah asrama sekolah di Sibu. Video berkenaan mula tular di laman Facebook semalam (20 April 2022) dan sempat mendapat perhatian warganet. Dalam video berdurasi 23 saat itu, dapat dilihat beberapa individu sedang membuli seorang lelaki yang dikenalpasti pihak polis merupakan pelajar sekolah berkenaan. […]

Polis Buru Lelaki Siku Pembonceng Wanita Atas Motosikal
Klang – Pihak polis kini sedang mengesan penunggang motosikal yang tular selepas bertindak menyiku seorang wanita ketika di Jambatan Teluk Gadong, Jalan Sungai Bertih baru-baru ini. Memetik laporan Kosmo, video berdurasi 11 saat itu telah dikesan oleh pihak Polis Daerah Klang Selatan di laman Facebook, kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, […]

KPDNHEP Umum Harga Maksimum Skim Harga Maksimum Bagi Musim Hari Raya Puasa 2022
PUTRAJAYA, 21 April 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) terus komited untuk memastikan Keluarga Malaysia dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (COL) ketika ini. Kementerian telah melaksanakan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam pada 5 Februari 2022 dan sedang berkuatkuasa sehingga 5 Jun 2022 sebagai langkah […]