Berita
Harga Runcit RON97, RON95 Dan Diesel Kekal
KUALA LUMPUR, 20 April – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 27 April. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.81 dan RM2.05 seliter, manakala diesel ditetapkan RM2.15 seliter. “Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar […]
Ribut Petir Landa Kesemua Negeri Hingga Malam Ini
Ribut petir dijangka akan landa kesemua negeri di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak sehingga malam ini, menurut jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Data terkini yang dikeluarkan oleh MET Malaysia pada sebentar tadi melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kulai Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu) […]
Adun Perak Didakwa Ambil Dadah
BUKIT MERTAJAM, 20 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, V.R.Terence Naidu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengambil dadah pada Januari lepas. Terence Naidu, 54, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta […]

Wang Lebih RM400,000 Milik Isteri Addy Kana Dan Syarikatnya Kini Hak Kerajaan
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) — Wang milik isteri kepada ‘Datuk Addy Kana’, Alyaa Syuhaila Mohamad Shariff berjumlah RM353,723.81 dan wang RM75,846.82 milik syarikatnya, Nine Nine International yang didakwa diperoleh melalui hasil daripada aktiviti haram, kini menjadi harta kerajaan. Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan wang itu dilucut hak kepada kerajaan selepas Timbalan Pendakwa […]

Tiket Bas Balik Raya Laris Bak Pisang Goreng Panas
SHAH ALAM, 20 April- Kurang dua minggu lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam Fasa Peralihan ke Endemik, jualan tiket bas ekspress ke semua destinasi di semenanjung negara dilihat laris dijual ‘bak pisang goreng panas’. Tinjauan Bernama di Terminal 17, di Seksyen 17, di sini mendapati sebagaimana kelaziman tiket bas ekspres ke Pantai […]
Dua Ditahan Ragut Wanita Di Port Dickson
SEREMBAN, 20 April (Bernama) — Polis menahan dua lelaki terbabit dalam kes ragut seorang wanita berusia 56 tahun di sebuah pusat beli-belah di Regina Mall, Port Dickson, dekat sini dalam kejadian pada Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson menahan lelaki berumur 28 dan 26 […]

Penceramah Yang Ditahan Dalam Kes Amang Seksual Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
KUALA TERENGGANU, 20 April (Bernama) — Penceramah bebas yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan mengenai kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Suffian Sulaiman berkata ia susulan tempoh tahanan reman ke atas lelaki berusia 61 itu berakhir hari ini. “Polis sedang melengkapkan […]

Polis Lancar Op Kesan Jejak 171 Pelarian Rohingya Lari Dari Depot
ALOR SETAR, 20 April (Bernama) — Polis Kedah melancarkan Op Kesan bagi mengesan baki 171 pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, dekat Bandar Baharu kira-kira 4.30 pagi tadi. Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad berkata 171 pelarian itu terdiri daripada 131 lelaki dewasa, 28 wanita dewasa dan 12 kanak-kanak […]

Empat Peguam Pemerhati Dibenar Ikuti Prosiding Bicara Kes Aniaya Bella
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) — Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan empat peguam dilantik oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk bertindak sebagai peguam pemerhati dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella. Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas peguam Datuk Khairul […]
Kes Tuntutan Palsu RM150,000: Pemilik, Pengurus Besar Syarikat Direman
JOHOR BAHRU, 20 April (Bernama) — Seorang pemilik syarikat pembinaan dan seorang pengurus besar syarikat pangkalan pelabuhan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM150,000. Tempoh reman sehingga Ahad ini terhadap pemilik syarikat berusia 30 tahun dan pengurus besar syarikat yang berusia 39 tahun itu dikeluarkan […]

Enam Etnik Rohingya Lari Dari Depot Maut Ketika Melintas Lebuh Raya – Polis
NIBONG TEBAL, 20 April (Bernama) — Enam daripada 528 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap maut akibat dilanggar kenderaan semasa melintasi Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan iaitu berhampiran kawasan Jawi di sini pagi tadi. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam […]

Pemuda Maut Dihempap Lif Pada Hari Pertama Bekerja
BINTULU – Seorang lelaki dilapor maut selepas terjatuh dari lif yang menjunam dari tingkat tiga pada hari pertamanya bekerja. Ketika kejadian, lelaki berusia 18 tahun itu sedang memindahkan kotak di hari pertamanya bekerja sebagai kakitangan sebuah pasar raya pada 11 April lalu, lapor Mothership. Menerusi sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dapat dilihat sebuah lif […]

Netflix Bakal Tawarkan Harga Langganan Lebih Murah
Netflix dilaporkan merancang untuk menawarkan harga langganan yang lebih murah dan disokong oleh iklan kepada pengguna sepanjang satu atau dua tahun akan datang. Memetik laporan TechCrunch, langkah itu dilakukan untuk meningkatkan pangkalan pelanggannya di tengah-tengah persaingan yang lebih sengit daripada firma saingan. Pada suku pertama tahun ini, Netflix dipercayai telah kehilangan 200,000 pelanggan di seluruh […]

362 Daripada 528 Tahanan Etnik Rohingya Larikan Diri Berjaya Ditahan Semula
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) — Seramai 528 tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang, kira-kira 4.30 pagi tadi. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataan berkata daripada jumlah tersebut, seramai 362 tahanan ditahan semula manakala gerakan mencari baki pendatang tanpa izin itu […]

Lelaki Tergamak Sumbat Nenek Sendiri Dalam Peti Sejuk Sehingga Mati
Seorang lelaki di Georgia dipercayai tergamak membunuh neneknya sendiri dengan menyumbat warga emas itu hidup-hidup di dalam peti sejuk sehingga tulangnya patah, lapor New York Post. Menurut laporan, lelaki tersebut didakwa tinggal bersama mayat neneknya yang berusia 82 tahun itu selama berbulan-bulan sebelum pasukan polis Floyd County melakukan penemuan mengerikan itu pada Khamis lalu. Polis […]

Elon Musk Dedah Harga Tiket ‘Mampu’ Milik Ke Marikh Untuk Semua, Mungkin Sekitar RM 425,000 Sekeping
Elon Musk dalam satu temubual bersama TED baru-baru ini membuat pendedahan mengenai harga tiket yang dianggapnya mampu milik untuk orang ramai berkunjung ke Planet Marikh. Beliau secara hipotetikal berkata, anggaran harga tiket itu mungkin dimuktamadkan dengan mengambil kira beberapa faktor. ”Jika kos untuk berpindah ke Marikh, sekadar perbincangan, andaikan sekeping USD 100,000 (RM435,000), maka saya […]

Barang Dipos Selepas 25 & 27 April Hanya Akan Dihantar Selepas Aidilfitri Mulai 5 Mei – Pos Malaysia
Tidak dapat dinafikan, umat Islam khususnya di Malaysia sudahpun membuat persediaan awal untuk menyambut Aidilfitri. Setelah dua tahun ‘diperam’ di dalam rumah, tidak dapat meraikan hari lebaran semeriah sebelum zaman Covid-19, rata-rata memang tidak sabar menunggu ketibaan hari raya pada tahun ini. Walaupun begitu, dengan situasi semasa negara yang masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19, […]

KKM Tidak Pernah Memperaku Produk, Makanan Boleh Ganti Ubatan
KUALA LUMPUR, 19 April – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperaku mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah. Perkara itu dimaklumkan KKM menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini bagi menjelaskan tindakan sebuah laman Facebook Myspringshop-US yang cuba mengelirukan orang ramai dengan mendakwa penjualan […]

Pembukaan Sempadan Negara: Polis Johor Nafi Kadar Jenayah Meningkat
JOHOR BAHRU, 19 April – Polis Johor menafikan dakwaan kadar jenayah di negeri itu akan meningkat apabila sempadan Malaysia-Singapura dibuka berikutan kedudukan jenayah indeks terkawal dan tidak menunjukkan sebarang kenaikan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Shahurinain Jais berkata pihaknya, menerusi Operasi Lejang yang dilancarkan di seluruh negeri pada 27 Mac lepas sehingga kini, berjaya […]

Kanak-Kanak Dua tahun Rentung Dalam Kebakaran Di Lahad Datu
LAHAD DATU, 19 April – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan 11 rumah atas air di Kampung Sabah Baru, Jalan Nipah di sini, pagi tadi. Mayat Nurul Alisha Putri Abdullah ditemukan selepas operasi pemadaman. Bapa saudara mangsa Alsad Albani, 32, berkata kejadian itu berlaku dengan pantas dan dia tidak menyedari […]