Berita

Kes Basikal Lajak: Rayuan Pemandu Wanita Didengar Isnin Ini
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Rayuan pemandu wanita terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menaiki basikal lajak lima tahun lalu, akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya, Isnin ini. Menerusi semakan sistem mahkamah, rayuan Sam Ke Ting, 27, akan didengar di hadapan panel […]

Kanak-kanak Tunggang Basikal Lajak Secara Berbahaya Di Lekas, Video Lama – Polis
SEREMBAN, 16 April (Bernama) — Polis menjelaskan video tular berdurasi 44 saat di laman sosial Facebook yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak menunggang basikal lajak secara berbahaya di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) hari ini, merupakan video lama. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata semakan mendapati kejadian tersebut dipercayai berlaku pada September 2019 sekitar pukul 1 tengah hari di Kilometer (KM) 39 hingga KM […]

Pemandu E-Hailing Nyaris Maut Dikelar Penumpang Perempuan
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu e-hailing nyaris maut dikelar di leher oleh penumpang iaitu seorang remaja perempuan. Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.55 pagi di Jalan Kovil Hilir, Jalan Ipoh pada 13 April lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Assisten Komisioner Beh Eng Lai, mangsa yang berusia 63 tahun mengambil suspek, seorang remaja warga tempatan […]

Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 18
KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat 18 sebuah kondominium awal pagi tadi. Mangsa berusia empat tahun yang tindilaporkan terjatuh dari salah satu unit di tingkat berkenaan ketika ibunya tiada di rumah. Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, polis menerima laporan daripada orang awam yang menemui […]
Tiga Warga Indonesia Ditahan Bantu Siasatan Penemuan Mayat Di Sepang
SEPANG, 16 April (Bernama) — Tiga lelaki warga Indonesia termasuk seorang pemastautin tetap ditahan di Padang Jawa, Shah Alam awal pagi ini bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan seorang lelaki warga Bangladesh yang mayatnya ditemukan di tepi Jalan Sepang-Salak di sini semalam (15 April). Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika […]
Bantuan Khas Kewangan RM1,000 Untuk Penjawat Awam Perak
IPOH, 16 April (Bernama) — Kerajaan Perak mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000, kepada setiap penjawat awam di negeri itu. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata penyaluran bantuan khas tersebut, dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022. “Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam memikul […]

KJ Jangka Kes Covid-19 Meningkat Selepas Sambutan Aidilfitri
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya menjangkakan jumlah jangkitan Covid-19 di negara ini akan meningkat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Beliau berkata, jangkaan itu dibuat memandangkan ramai yang akan pulang beraya di kampung tahun ini memandangkan sudah 2 tahun aktiviti berkenaan tidak dapat dilaksanakan. “Bila balik raya nanti akan berjumpa dan bergaul antara saudara mara […]

Empat Beranak Parah Ditetak Ketika Mahu Berbuka Puasa, Suspek Masih Diburu Polis
KOTA TINGGI – Satu keluarga parah ditetak ketika sedang menunggu untuk berbuka puasa dalam kejadian di Kampung Sedili Kecil Kuala Sedili semalam. Memetik Kosmo, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam itu melibatkan seorang wanita berusia 34 tahun, ibu mentua berusia 50-an dan dua adik ipar berusia antara 16 dan 31 tahun dilaporkan parah. Ketua Polis […]

Saintis Dilapor Berjaya Cipta Alat Bantu Sperma Sihat Berenang & ‘Asingkan Diri’ Dari Sperma Tak Sihat
Sperma yang sihat adalah satu ‘bahan’ yang penting bagi mana-mana lelaki dan pasangannya untuk menimang cahaya mata. Dianggarkan, kira-kira 10 peratus lelaki, dilapor menghadapi masalah kesuburan, di mana sperma tidak sihat sering dipersalahkan. Bertentangan dengan kepercayaan ramai, lelaki yang menghadapi masalah kesuburan sebenarnya masih menghasilkan sperma yang sihat. Bagaimanapun, jumlah sperma sihat yang dihasilkan adalah […]

Manusia ‘Tanpa Kepala’ Ditemui Dalam Google Maps, Merayau Bawa Kapak & Nota ‘Misteri’
Pengguna aplikasi peta, Google Maps dilaporkan menemui imej misteri yang kelihatan seperti manusia memakai sut perlindungan diri namun tanpa kepala dan seluruh anggota badan seperti halimunan. Memetik Daily Star, imej tersebut yang dilihat berdiri ditengah jalan dikesan menggunakan peta Google di kawasan Limbungan Tentera Laut Brooklyn, Bandar Raya New York. Bagaimanapun, menurut laporan gambar tersebut […]

Gangguan Perkhidmatan Maybank Kembali Pulih, Hanya Aplikasi MAE Masih Dalam Selenggaraan
CYBERJAYA – Gangguan perkhidmatan melibatkan sistem perbankan Maybank kini dilapor sudah kembali pulih. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Maybank melalui satu hantaran di Facebook sebentar tadi. “Kami ingin maklumkan kepada anda bahawa perkhidmatan ATM, Terminal Layan Diri (SST), M2U web dan perkhidmatan mudah alih sudah disambung semula,” kata kenyataan itu. Bagaimanapun, Maybank memaklumkan aplikasi MAE masih […]

Janin Bertali Pusat Ditemukan Di Tempat Penapisan Loji Kumbahan
TANJUNG MALIM, 16 April- Janin bayi yang masih bertali pusat ditemukan di tempat penapisan sampah loji kumbahan di Kota Malim Prima di sini semalam. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata janin yang tidak dapat dikenal pasti jantina itu dijumpai oleh pekerja yang melakukan kerja pembersihan sistem penapisan loji kumbahan itu yang memaklumkan kepada […]

Rakaman Video Siti Bainun Layan Saksi Didakwa Seperti ‘Hamba Abdi’ Ditayang Di Mahkamah
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini ditunjukkan beberapa rakaman video yang memaparkan layanan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap penghuninya yang didakwa layanan seperti ‘hamba abdi’. Antara rakaman tersebut adalah sambutan hari lahir Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang ketika itu penghuni di rumah tersebut, video Yasmin bercuti bersama […]

Kejadian Tertarik Langsir, Punca Siti Bainun Mula ‘Naik Hantu’ Pukul Bella – Saksi
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Kejadian tertarik langsir sehingga besi penggantung langsir tercabut menjadi punca pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mula ‘naik hantu’ dan bertindak memukul serta memarahi remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella. Yasmin Nahar Mahmood, 19, penghuni Rumah Bonda, memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa Siti Bainun mula mendera remaja itu […]

Polis Tahan Lelaki Myanmar Sengaja Cederakan Diri Dalam Kemalangan
SHAH ALAM, 15 April (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar, yang dipercayai dengan sengaja mencederakan dirinya dalam satu kemalangan jalan raya di sekitar Klang, minggu lepas. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima satu laporan polis dari seorang lelaki tempatan pada Khamis lalu (7 April), yang mengatakan semasa sedang memandu […]

Bot Karam Di Semporna: Juragan Ditahan Bantu Siasatan – Polis
SEMPORNA, 15 April (Bernama) — Polis hari ini menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 64 tahun yang merupakan juragan sebuah bot yang karam, menyebabkan lima penumpangnya lemas berdekatan perairan Kampung Tandoan, Pulau Timbun Mata di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata penahanan lelaki itu adalah bagi membantu siasatan […]

Pelakon Terkenal Hong Kong & Singapura, Mak Ho Wai Meninggal Dunia
SINGAPURA – Pelakon veteran yang cukup terkenal dengan sitkom ‘Don’t Worry Be Happy’, Mak Ho Wai meninggal dunia pda usia 76 tahun. Kematianya disahkan oleh sahabatnya, pelakon Hong Kong terkenal Michelle Yim dalam satu kenyataan kepada media Hong Kong pada 14 April lalu. Mendiang meninggal dunia di kediamannya di Singapura. Bagaimanapun, punca kematiannya masih belum […]

Pasangan Raja Sehari Di Johor Bakal Terima Bantuan RM1,000
ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri Johor mengumumkan bantuan khas RM1,000 kepada pasangan raja sehari di negeri itu. Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam pengumuman Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) semalam. Pasangan yang berkahwin buat pertama kali dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah dijangka mendapat insentif berkenaan yang dijangka memanfaatkan 10,000 […]

Polis Israel Didakwa Serbu Masjid Al-Aqsa Ketika Solat Subuh, Berpuluh-Puluh Jemaah Dilapor Cedera
Puluhan anggota polis Israel didakwa menyerbu Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis awal pagi tadi ketika jemaah sedang menunaikan solat Subuh. Memetik Palestin News Agency (WAFA), saksi mendakwa polis menyerbu perkarangan masjid itu ketika beribu-ribu jemaah termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak sedang menunaikan solat Subuh. Polis Israel didakwa menembak peluru getah, membaling stun grenade […]

Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas Ganja, Ketum
TAIPING, 15 April (Bernama) — Polis menahan dua lelaki dan merampas ganja serta ketum, bernilai kira-kira RM10,000, dalam serbuan di Taman Menteri di sini Rabu lepas dan di KM 212.1 Lebuhraya Utara Selatan pagi semalam. Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Menteri, seorang lelaki berumur 42 tahun ditahan […]