Berita

Berita
Cubaan Seludup 6 Kontena Minuman Keras, Cerut Libatkan Cukai, Duti Lebih RM5 Juta
PETALING JAYA, 13 April (Bernama) — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup masuk enam kontena minuman keras dan cerut bernilai RM468,994 melibatkan cukai dan duti dianggarkan lebih RM5 juta menerusi dua rampasan pada Februari dan Mac lepas. Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Tengah Mohammad Sabri Saad berkata dalam kedua-dua kes yang melibatkan pasukan […]
Berita
Sampel Kuih Limas Dengan Gumpalan Rambut Diserah Kepada Pejabat Kesihatan
IPOH, 13 April (Bernama) — Sampel kuih limas yang tular dalam media sosial kerana penemuan gumpalan rambut di dalamnya yang didakwa dibeli di sebuah bazar Ramadan di Perak telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak untuk siasatan lanjut. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata […]
Berita
COVID: Hanya Satu Kluster Masih Aktif Di Sabah – Masidi
KOTA KINABALU, 13 April (Bernama) — Hanya tinggal satu sahaja kluster COVID-19 yang masih aktif di Sabah pada masa ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun. Beliau yang juga jurucakap COVID-19 Sabah bagaimanapun tidak menamakan kluster berkenaan. “Perkembangan baharu itu susulan penamatan satu kluster iaitu Kluster Tolokoson Kem 2 di Tenom, […]
Berita
Keluarga Mangsa Remaja Basikal Lajak Lega Dapat Pembelaan
JOHOR BAHRU, 13 April (Bernama) — Keluarga remaja yang terlibat kemalangan basikal lajak hari ini menzahirkan kesyukuran dan kelegaan apabila akhirnya tragedi yang menyebabkan kematian lapan remaja itu mendapat pembelaan. Bagaimanapun tragedi itu sukar untuk dilupakan oleh keluarga mangsa selain memberikan kesan yang mendalam dalam hidup mereka serta menyebabkan gangguan emosi. Sabariah Yusof, 54, ibu kepada […]
Berita
Kereta Api Terlanggar Kereta Di Pelabuhan Johor
JOHOR BAHRU, 13 April (Bernama) — Sebuah kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) terlanggar sebuah kereta di Landasan Kilometer 31 berdekatan pintu besar Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian pada pukul 9.40 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan. Beliau berkata […]
Berita
Siti Bainun Dera Bella Setiap Hari – Saksi
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) — Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah mendera remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella, setiap hari selama hampir empat bulan. Yasmin Nahar Mahmood, 18, penghuni Rumah Bonda, berkata kejadian itu berlaku pada setiap malam sejak Mac 2021 hingga 24 Jun […]
Berita
Tiada Produk Coklat Kinder Tercemar Masuk Ke Malaysia – KKM
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) — Tiada produk coklat jenama Kinder daripada kilang Ferrero Ardenes di Arlon, Belgium yang dilaporkan tercemar dengan bakteria Salmonella typhirium masuk ke Malaysia. Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (KKM) Mohd Salim Dulatti mengesahkan perkara itu berdasarkan semakan data melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan (FoSIM) Malaysia dari tahun […]
Berita
Tiga Maut Dalam Insiden Nahas Kereta Kabel Di India
Deoghar – Angka kematian dalam nahas kereta kabel di Jharkhand, India dilaporkan meningkat kepada tiga orang selepas seorang lagi mangsa terjatuh dari helikopter semasa operasi menyelamat dilakukan. Memetik laporan The Times of India, semua pelancong yang terperangkap di dalam kereta kabel itu telah berjaya diselamatkan oleh Tentera Udara India. “Daripada baki 15 orang yang terperangkap […]
Berita
Penjawat Awam Pahang Terima RM1,200 Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
KUANTAN, 13 April (Bernama) — Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,200 diberikan kepada semua 8,000 penjawat awam Pahang sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan dibayar pada 20 April ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini, dan melibatkan penjawat awam daripada […]
Berita
Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Dihempap Pagar Batu
ALOR GAJAH, 13 April (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dihempap pagar batu di beranda rumahnya di Kampung Bukit Nangka di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata Nur Iman Irdina Abdul Nuur yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik ditemukan ibunya Aznynaqiah Mat Ali, 45, dalam […]
Berita
Cederakan Isteri Dengan Rotan: Pemilik Restoran Dipenjara 10 Tahun, Empat Sebatan
TAWAU, 13 April – Seorang pemilik restoran dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Tawau hari ini kerana mencederakan isterinya menggunakan sebatang rotan minggu lepas. Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 34 tahun yang mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Mohd Faizal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan […]
Berita
Filipina: Angka Korban Akibat Ribut Tropika Megi Meningkat 56
MANILA, 13 April (Bernama) — Angka korban akibat ribut tropika Megi yang melanda Filipina sejak Ahad meningkat kepada 56 termasuk 47 mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh, menurut pihak berkuasa pada Rabu, lapor Xinhua. Datuk Bandar Baybay City, Jose Carlos Cari berkata pasukan penyelamat setakat ini telah menemukan 47 mayat di 10 perkampungan di wilayah Leyte. “Sebahagian […]
Berita
Lelaki Warga Myanmar Maut Ditikam, Tiga Rakan Senegara Ditahan
SHAH ALAM, 13 April (Bernama) — Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki yang juga rakan senegara mereka dalam kejadian di belakang sebuah kedai di Seksyen 25 di sini, Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian itu dilaporkan oleh orang awam […]
Berita
Ayah Dr MAZA Meninggal Dunia
Ayah kepada pendakwah terkenal yang juga Mufti Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin meninggal dunia hari ini. Menerusi perkongsian daripada ‘Insta-Story’ miliknya, beliau memaklum berita sedih tersebut dan memohon orang ramai untuk mendoakan keampunan untuk Allahyarham ayahandanya. Berita sedih berkenaan turut dikongsikan oleh beberapa laman facebook sebentar tadi. Tiga hari lepas, beliau […]
Berita
PDRM Gerakkan Unit MPV dan URB Cegah Jenayah Musim Perayaan
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mencegah jenayah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri awal Mei ini. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya menjangkakan orang ramai akan menggunakan peluang cuti Hari Raya Aidifitri dan cuti […]
Berita
Kes Bella: Hakim Dan Semua Pihak Terlibat Lawat Lokasi Kejadian
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) — Hakim dan semua pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella, hari ini melawat lokasi kejadian di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju yang merupakan tempat tinggal mangsa. Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi tiba […]
Berita
Tujuh Individu Didakwa Miliki Kereta Mewah Hasil Kegiatan Judi Haram
SHAH ALAM, 13 April – Tujuh individu termasuk dua wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tujuh pertuduhan berkaitan kes pengubahan wang haram dalam pengumpulan dan pemilikan harta hasil daripada kegiatan judi haram. Kesemua tertuduh membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim […]
Berita
Pemilik Tadika Didakwa Dedahkan Dua Kanak-Kanak Kepada Kecederaan, Lemas
MUAR, 13 April – Seorang pemilik tadika swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendedahkan dua kanak-kanak lelaki di bawah jagaannya kepada kecederaan dan lemas, Februari lepas. Wanita berusia 57 tahun itu yang juga guru di tadika yang beroperasi sejak Oktober 2016 itu, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim […]
Berita
Aidilfitri: Jangan Berhutang, ‘Balas Dendam’ Berbelanja
KUALA LUMPUR, 13 April – Saban tahun, orang ramai akan berbelanja sakan membeli pelbagai barangan seperti pakaian dan langsir baharu, menukar peralatan atau perabot rumah terutama ketika membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tambahan pula, kemeriahan Syawal tahun ini pastinya amat dirindui selepas lebih dua tahun tidak dapat meraikannya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) […]
Berita
Turki Sasar Jadi ‘Kuasa Besar Logistik’ Menjelang 2053: Erdogan
ANKARA, 13 April (Bernama) — Turki berhasrat muncul sebagai kuasa besar logistik, selaras dengan wawasan 2053 negara itu, kata Presidennya Recep Tayyip Erdogan. Kedudukan Turki yang strategik di segi tiga perdagangan Eropah-Asia-Afrika, menawarkan peluang besar terutama dalam sektor pengangkutan, katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet. Turki membuat pelaburan besar bernilai US$172 bilion dalam […]