Berita

Peluang Temukan Tiga Lagi Penyelam Dalam Keadaan Selamat Adalah Tinggi – Polis
MERSING, 7 April (Bernama) – Peluang menemukan tiga lagi penyelam warga asing yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, di sini, dalam keadaan selamat adalah tinggi, kata Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing. Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan pengalaman ketiga-tiga penyelam itu iaitu Adrian Peter, 46, yang merupakan warga Britain dan anak […]

Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti Perlukan Kajian Mendalam – Annuar Musa
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Anti Lompat Parti memerlukan kajian dan penelitian mendalam sebelum ia dibentangkan di Parlimen. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu penting bagi mengelakkan sebarang masalah berhubung tindakan lompat parti timbul pada masa akan datang. “Apabila nak lakukan perkara […]

Ribut Petir Dan Hujan Lebat Diramal Landa Hampir Seluruh Malaysia Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga malam ini. Menurut MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda sembilan negeri sehingga jam 7.00 malam ini iaitu di seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Selain itu, di negeri Kedah, daerah yang terlibat adalah […]

Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Insiden Wanita Dipukul
PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) — Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan cedera berhubung insiden pertengkaran dan pergelutan antara seorang wanita dan bekas teman lelakinya di Taman Equestrian, Presint 5 di sini pada 26 Mac lepas. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz dalam satu kenyataan […]

Remaja Cedera Parah, Tiga Jari Hancur Akibat Main Mercun
Indonesia – Seorang remaja berusia 20 tahun di Dusun Suki, Desa Sambilawang, Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur dilaporkan telah kehilangan tiga jari tangan kanannya akibat bermain mercun. Difahamkan, insiden letupan mercun itu berlaku pada Isnin lalu. “Berlaku kemalangan akibat terkena letupan mercun, ada seorang pemuda yang menyalakan mercun sehingga mencederakan tiga jari kanannya,” kata seorang pengguna […]

Empat Penyelam Warga Asing Hilang: Mangsa Pertama Ditemui Selamat
CYBERJAYA – Seorang daripada empat penyelam warga asing yang dilaporkan hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, ditemui selamat. Mangsa yang merupakan warganegara Norway, Kristen Grodem, 35, dilaporkan tiba di Stadium Mersing dengan menaiki helikopter dari Unit Udara APMM, kira-kira jam 12.05 tengah hari tadi. Kristen yang juga jurulatih selam telah dihantar ke Hospital […]

Tiga Wakil Negara Berjaya Mara Ke Pusingan Seterusnya Di Terbuka Korea
Tiga wakil dari Malaysia telah berjaya menumpaskan saingan masing-masing dalam pusingan 16 Terbuka Korea 2022 yang berlangsung sebentar tadi. Kesemua mereka terdiri daripada pemain perseorangan wanita negara dan pasangan beregu campuran negara. Pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei telah menumpaskan pemain tuan rumah, Lee Se Yeon dengan kemenangan 21-17, 17-21 dan 21-12. Sementara itu, pasangan […]

Irdina Shahriman Duduki Ranking No.1, Cemerlang Capai Kelas Pertama CGPA 4.0 Di Virginia Tech
CYBERJAYA: Seorang pelajar Malaysia, Irdina Shahriman mencipta sejarah yang membanggakan negara apabila berjaya memperoleh keputusan cemerlang sekaligus menduduki tempat pertama dalam kalangan hampir 10,000 pelajar di Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat. Irdina Shahriman yang mengikuti Program Pertukaran Sarjana Muda Amerika (ADTP) Yayasan Tenaga Nasional, mencapai purata mata gred kumulatif (CGPA) 4.0 secara konsisten di dalam […]

Enggan Lakukan Hubungan Intim ‘Bersama’, Wanita ‘Kejar’ Suami Isteri Guna Pedang Samurai
Bangkok – Seorang wanita di Thailand meraih perhatian setelah video yang memaparkannya menyerang suami isteri dengan membawa sebilah pedang samurai tular di media sosial. Memetik laporan The Thaiger, wanita tersebut bertindak sedemikian kerana pasangan suami isteri itu enggan melakukan hubungan intim bersamanya. Pasangan itu mendakwa bahawa mereka telah diugut beberapa kali sehingga terpaksa melarikan diri […]

Sempat Buka Puasa Sebelum Perlawanan, Karim Benzema Tetap Cergas Jaringkan Hat-trick
Penyerang berbisa Real Madrid, Karim Benzema berjaya mencuri tumpuan apabila tetap memberikan aksi yang terbaik ketika menentang Chelsea walaupun sedang berpuasa. Memetik laporan TBS News, Benzema, 34, berbuka puasa kira-kira 15 minit sebelum perlawanan Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung awal pagi tadi itu bermula. Tanpa berlengah, pemain yang berasal dari Perancis itu terus […]

Jangan Ada Peningkatan Harga Pelitup Muka Selepas Perakuan MS SIRIM – Pakar
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan yang akan dikuatkuasakan mulai 4 Julai depan, diharap tidak akan menyebabkan kenaikan harga produk itu di pasaran. Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatik) Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Malina Osman berkata ini kerana sesuatu produk yang perlu mendapat verifikasi atau disahkan […]

Risiko Alami Darah Beku Lebih Tinggi Sehingga Enam Bulan Selepas Dijangkiti COVID-19 – Kajian
Individu yang pernah dijangkiti COVID-19 berdepan risiko yang lebih tinggi untuk mengalami komplikasi darah beku yang lebih serius sehingga enam bulan selepas dijangkiti, walaupun dalam kes ringan. Perkara itu didedahkan menerusi satu kajian baharu di dalam jurnal perubatan BMJ yang menunjukkan berapa lama ancaman darah beku boleh berlarutan, berbanding penyelidikan sebelum ini yang hanya mengesan […]

Ayah Maher Zain Meninggal Dunia
Pemergian seseorang pasti meninggalkan kesan emosi, lagi-lagi orang yang disayangi. Begitulah nasib yang menimpa seorang penyanyi yang pernah membawa fenomena suatu ketika dahulu dengan lagu “Palestine Will Be Free”, Maher Zain. Penyanyi Sweden yang berasal dari Lubnan itu meluahkan rasa hiba dengan pemergian ayahnya, Mustafa Maher yang meninggal dunia pada hari ini menerusi foto pilu […]

Tempoh Pngecualian Bayaran Tol Tambak Johor, Tanjung Kupang Tamat Esok – PLUS
KUALA LUMPUR, 6 April – Pengecualian bayaran tol selama tujuh hari di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Linkedua) di Johor sempena pembukaan semula laluan darat Malaysia-Singapura bermula Jumaat lepas akan tamat esok. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi kutipan tol akan dilaksanakan seperti biasa mulai Jumaat […]

Cara Nak Buat ‘5 Klik’ Panggilan SOS Di Iphone, Boleh Minta Bantuan Penyelamat Ketika Kecemasan
Teknologi sekali lagi berjaya membuktikan manfaatnya kepada manusia. Seorang peluncur salji berjaya diselamatkan oleh ‘fungsi’ panggilan kecemasan yang tersedia di telefon pintar Iphone apabila terjatuh dan terjunam dalam gaung salji yang dalam. Tim Blakey menceritakan semula pengalaman ‘ngeri’ yang berlaku pada Mac lalu apabila sedang meluncur bersendirian di atas glasier di Apls, Zermatt, Switzerland. Pada […]

Tiga Kedai Kayu Musnah Dalam Kebakaran Di Jertih
JERTIH, 6 April (Bernama) – Sebuah bengkel membaiki motosikal, sebuah kedai membaiki televisyen dan sebuah bengkel kimpalan musnah dalam kebakaran satu deretan kedai berstruktur kayu di Kampung Seberang Jertih di sini, petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih Muhammad Tarmimi Che Musa berkata tiga jentera bomba dan sebuah lori tangki dengan 14 kekuatan anggota dari […]

Penghantar Makanan Ditahan Cabul Dua Wanita Di Cyberjaya
CYBERJAYA, 6 April – Polis hari ini menahan seorang khidmat penghantar makanan yang disyaki terlibat dalam dua kes mencabul wanita di kawasan parkir pusat komersial Tamarind Square, di sini, petang semalam. Bertindak atas aduan kes cabul yang diterima daripada dua wanita masing-masing berumur 27 tahun dan 34 tahun di kawasan parkir pusat komersial berkenaan sekitar […]

Padah Onani Empat Kali, Lelaki Dilarang Naik Kapal Terbang Seumur Hidup
Seorang lelaki yang mendedahkan alat sulit dan melakukan onani sebanyak empat kali dalam satu penerbangan Southwest Airlines baru-baru ini dilarang terus menaiki pesawat tersebut seumur hidup. Menurut The Independent, tidak kurang juga, lelaki berkenaan turut ditahan dan berdepan dengan tuduhan jenayah antarabangsa atas kes kelakuan tidak senonoh yang dilakukannya. Pada awalnya, lelaki tersebut, M (bukan […]

Pihak Berkuasa Thailand Tahan 40 Warga Myanmar Cuba Seludup Masuk Ke Malaysia
SONGKHLA, 6 April (Bernama) – Pihak berkuasa tempatan Thailand menahan 40 warga Myanmar yang cuba menyeludup masuk ke Malaysia di Sadao, Songkhla, berdekatan sempadan Thailand. Dalam kejadian kira-kira 1 pagi (waktu tempatan), pihak berkuasa menahan 31 lelaki dan sembilan wanita warga Myanmar yang bersembunyi di sebuah ladang getah di Samnak Kham yang berdekatan sempadan Sadao-Bukit […]

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Di Seri Kembangan
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) – Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelaki di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor, Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A. Anbalagan berkata mereka yang berusia lingkungan 30-an dan 40-an ditahan di tepi Jalan Songket, Taman Maznah, dekat Klang, awal pagi tadi. “Semakan mendapati […]