Berita

Banjir : Mayat Wanita Warga Emas Hanyut Ditemukan Hari Kelima
IPOH, 2 April – Mayat seorang wanita warga emas yang dilaporkan hanyut dibawa arus banjir kilat di Cameron Highlands, Pahang pada Selasa lepas ditemukan pada hari ini kira-kira 11.45 pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Mariam Bertampan, 62, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat […]

Agong, Raja Permaisuri Jalani Kuarantin Kendiri Setelah Positif Covid-19
KUALA LUMPUR, 2 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara setelah disahkan positif COVID-19. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata Al-Sultan Abdullah akan menjalani kuarantin kendiri hingga […]

Abang Umum Ganjaran RM12,000 Jika Jumpa Acap Sebelum Hari Raya
CYBERJAYA – Abang kepada Mohammad Ashraf Hassan, peserta Gopeng Ultra Trail 2019 yang hilang sejak tiga tahun lepas, menawarkan ganjaran RM12,000 kepada individu yang berjaya menemui adiknya sebelum Syawal ini. Abang kepada Mohammad Ashraf atau lebih dikenali sebagai Acap, Mohd Zahiruddin, 38, mengumumkan ganjaran tersebut setelah pelbagai usaha dilakukan oleh keluarganya bagi membawa pulang Acap. […]

Dua Kilang Proses Makanan Diarah Tutup Kerana Kotor
GEORGE TOWN, 2 April – Kilang memproses produk berasaskan kacang soya dan kilang memproses mee dan kuetiau telah diarah tutup selama dua minggu kerana kotor dan menjijikkan, termasuklah terdapatnya najis tikus di ruang pemprosesan makanan dan stor. Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata […]

Sri Lanka Isytihar Darurat Susulan Krisis Ekonomi
COLOMBO, 2 April (Bernama) — Presiden Gotabaya Rajapaksa pada Jumaat mengisytiharkan darurat susulan krisis ekonomi dan peningkatan inflasi di Sri Lanka, lapor Xinhua. Menurut Rajapaksa pengisytiharan darurat itu demi kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam serta membolehkan penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan yang penting dilaksana untuk rakyat. Darurat akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai Jumaat. Sri Lanka dicengkam krisis ekonomi sejak […]

Will Smith Letak Jawatan Daripada Akademi Filem
HOUSTON (Texas), 2 April – Will Smith pada Jumaat meletak jawatan daripada Akademi Seni dan Sains Motion Picture selepas insiden menampar pelawak Chris Rock ketika anugerah Oscar hujung minggu lalu, lapor Agensi Anadolu (AA). “Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan saya. “Tindakan saya ketika penyampaian Anugerah Akademi ke-94 adalah mengejutkan, menyakitkan dan tidak boleh dimaafkan,” […]

T20, M40, Kedai Makan Punca Bekalan Minyak Masak Paket Kurang
RANTAU PANJANG – Antara punca kekurangan bekalan minyak masak paket didapati kerana golongan T20, M40 dan pengusaha kedai makan yang turut menggunakan bahan mentah bersubsidi itu. Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, minyak masak paket itu telah diperuntukkan untuk golongan B40 namun dikatakan kurang bekalan di pasaran. “Ada […]

Peniaga Telur Penyu Di Pasar Payang Akur Larangan Penjualan
KUALA TERENGGANU, 2 April – Berbaki dua bulan lagi sebelum pelaksanaan larangan menjual telur penyu di Terengganu, kebanyakan peniaga di Pasar Besar Kedai Payang telah pun bersedia untuk mematuhi peraturan tersebut. Walaupun berasa sedikit terkilan kerana tidak lagi dapat memenuhi permintaan pelanggan tetap yang menggemari telur eksotik itu, mereka akur dengan keputusan kerajaan Terengganu demi […]

Presiden AS, PBB Ucap Selamat Menyambut ‘Ramadan Kareem’
WASHINGTON, 2 April – Presiden Joe Biden mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada masyarakat Islam di Amerika Syarikat (AS) dan di seluruh dunia, lapor Agensi Anadolu (AA). “Saya dan isteri (Jill) mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada masyarakat Islam di AS dan di seluruh dunia. “Masyarakat bersama berkumpul mengamalkan sikap memaafkan dan berdaya tahan, menunjukkan rasa simpati […]

Remaja Lelaki 16 Tahun Didakwa Bunuh Kanak-Kanak
KUANTAN, 2 April – Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun pada bulan lepas. Remaja lelaki berusia 16 tahun itu didakwa menyebabkan kematian Muhammad Hafdan Mohd Qurbani Azhar di surau An-Nadwah Kompleks Asrama Cempaka Permata Camar, Jalan Pantai Sepat di sini, antara 3.45 petang […]
Tiga Sekeluarga Maut, Dua Parah Kemalangan Di Semporna
SEMPORNA, 2 April (Bernama) — Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan maut, manakala dua lagi ahli keluarga mereka parah, dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 12 Jalan Tagasan dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kemalangan pada 4.30 petang itu, melibatkan kereta jenis Perodua Kancil dan Ford Ranger yang berada […]

Polis Tumpas Dua Sindiket Pengedaran Dadah, Rampas Syabu, Ganja Bernilai RM1.2 Juta
GEORGE TOWN, 1 April (Bernama) — Polis Pulau Pinang menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah selepas menahan 11 individu dan merampas dadah jenis syabu dan ganja bernilai hampir RM1.2 juta dalam siri serbuan di sekitar negeri ini, baru-baru ini. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kedua-dua sindiket yang beroperasi di negeri ini sejak November […]

UDA Bekerjasama Dengan CIDBEC & BSI Malaysia, Perkasa Pendigitalan Pembangunan Hartanah
KUALA LUMPUR, 1 April 2022 – UDA Holdings Berhad (UDA), syarikat pemaju hartanah, pengurusan aset, fasiliti dan perhotelan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CIDB e-Construct Services Sdn Bhd (CIDBEC), sebuah anak syarikat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan British Standards Institution (BSI) Malaysia, hari ini. Menerusi MoU tersebut, UDA mengeratkan jalinan kerjasama dengan CIDBEC dan […]

Pengerusi MAIS Saran Perbanyak Amalan dan Ibadah Sepanjang Bulan Ramadhan
Shah Alam – YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyarankan supaya umat Islam mengambil peluang untuk memperbanyakkan amalan terpuji dan ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini. Bermula 1 April 2022, negara memasuki fasa peralihan endemik, namun ia bukan halangan untuk setiap umat Islam meningkatkan ibadah dan mengambil […]

Treler Melintang Alami Masalah Brek, Semua Lorong Di Jalan Tun Razak Terhalang
KUALA LUMPUR – Trafik dilaporkan sesak di hadapan TRX menghala ke RHB di Jalan Tun Razak ekoran sebuah treler yang menghalang semua lorong. Treler berkenaan melintang antara keempat-empat lorong, dikatakan mengalami masalah brek bocor dan menyebabkan aliran trafik sesak dari Jalan Yew. Menurut kemaskini di laman Twitter ITIS Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis trafik […]

Malaysia, Indonesia Sepakat Perkasa Bahasa Melayu
JAKARTA, 1 April – Malaysia dan Indonesia akan terus sama-sama memperkasakan bahasa rumpun Melayu yang berkemungkinan dijadikan sebagai Bahasa ASEAN satu hari nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Kedua negara sepakat untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di setiap persidangan antarabangsa. “Kita berterima kasih kepada Bapak Presiden kerana bersetuju dengan Malaysia […]
Bunuh Gelandangan, Dua Lelaki Berdepan Hukuman Mati
MELAKA, 1 April – Dua lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang gelandangan bulan lepas. Dua orang tertuduh masing-masing berusia 20 tahun, didakwa secara bersama membunuh Mohd Eddie Hafiez Yusof, 42, di hadapan kedai di Jalan Persisiran Bungai Raya dalam daerah Melaka Tengah di sini, […]

Profesor Roshana Direhatkan Dari Tugas – UITM
Profesor Dr. Roshana Takim dilapor telah direhatkan daripada tugas pengajaran bermula 1 April 2022 sehingga siasatan lengkap dilaksanakan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dalam satu kenyataan Jabatan Komunikasi UiTM memaklumkan keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang telah diadakan pada 31 Mac lalu. “Keputusan ini dibuat bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan […]

Syukur Dah Boleh Rapat Saf Sejadah, Masjid ‘Dibanjiri’ Jemaah Solat Jumaat
Solat Jumaat hari ini merupakan Solat Jumaat ‘rapat saf’ yang pertama kali diadakan di seluruh negara selepas Perdana Menteri mengumumkan berkaitan fasa ‘peralihan ke endemik’ yang bermula pada 1 April. Menerusi perkongsian ringkas Bernama menunjukkan ‘kemeriahan’ suasana orang ramai menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Solat Jumaat ini diimamkan oleh Ustaz Rodhi […]

Tiga Maut, Pesawat Latihan Tentera Udara Korea Berlanggar Sesama Sendiri Di Udara
SEOUL – Dua pesawat latihan tentera udara Korea Selatan dilapor telah bertembung dan terhempas di Tenggara Bandar Sancheong, Korea Selatan sekitar jam 1.36 petang pada Jumaat. Dalam satu laporan pegawai bomba dan penyelamat memaklumkan bahawa, pesawat latihan KT-1 itu bertembung antara satu sama lain semasa latihan menyebabkan tiga terkorban dan seorang mengalami cedera parah. Menurut […]