Berita

Suhu Panas Dari Biasa Landa Tiga Daerah Ini, Cecah 37 Darjah Celcius
Kuala Lumpur – Suhu panas dari biasa mencecah 37 darjah celcius dilapor melanda Temerloh, Maran dan Tangkak selama tiga hari berturut-turut. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, tiga daerah itu tersenarai dalam kawasan Tahap 1 (berjaga-jaga) bagi status cuaca panas Semenanjung setakat semalam. Menurut kenyataan MET Malaysia, tiga daerah tersebut mencapai suhu maksimum harian antara 35 […]

KTM Laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim Lewat 60 Minit
KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim dilapor mengalami kelewatan 60 minit akibat gangguan perkhidmatan. Menurut kenyataan KTM Berhad (KTMB) yang dikeluarkan pada 8:42 pagi tadi, kelewatan tersebut disebabkan gangguan teknikal yang berlaku di Stesen Klang. “Ekoran masalah teknikal di Stesen Klang, tren KTM Komuter laluan Pelabuhan Klang – Tanjung Malim mengalami kelewatan […]

Gempa Kuat Melanda Kepulauan Loyalty
KUALA LUMPUR, 31 Mac – Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter dikesan melanda tenggara Kepulauan Loyalty awal pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pada 4.57 pagi itu berpusat di 912 kilometer (km) barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 49 km. Penilaian awal jabatan mendapati tiada ancaman […]

Vokalis The Wanted, Tom Parker Meninggal Dunia Akibat Barah Otak
Vokalis band popular The Wanted, Tom Parker meninggal dunia pada Rabu selepas berjuang selama dua tahun melawan barah otak. Perkara itu disahkan oleh isterinya, Kelsey Hardwick menerusi hantaran di laman Instagramnya semalam. “Dengan dukacitanya kami mengeshakan Tom telah meninggal dunia hari ini (Rabu) di samping keluarga tercinta. “Hati kami hancur, Tom sangat bermakna dalam hidup […]

Faktor Suhu Boleh Pengaruhi Kadar Ketepatan Kit Ujian Kendiri COVID-19
Kadar ketepatan kit ujian kendiri mungkin boleh merosot disebabkan oleh beberapa faktor termasuk suhu dan cara penyimpanan. Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pendaftaran Peranti Perubatan, Mariammah A/P Krishnasamy, berkata kemerosotan ketepatan itu memang satu masalah yang besar. Menurutnya, kit ujian mempunyai suhu yang tersendiri ketika ia dibuat di kilang iaitu sekitar 24 hingga 28 darjah Celcius. […]

Kanak-kanak Dibenar Masuk Stadium Berikutan Fasa Peralihan Endemik
PUTRAJAYA, 30 Mac (Bernama) — Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun akan dibenarkan masuk ke dalam stadium selaras dengan fasa peralihan endemik bermula 1 April ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Selain itu, Ahmad Faizal berkata aktiviti makan dan minum di dalam stadium yang sebelum ini tidak dibenarkan, kini dibolehkan. […]

Polis Tahan Pemandu Van Sekolah Disyaki Cabul Kanak-kanak 11 Tahun
SEREMBAN, 30 Mac (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki di Jalan Persiaran Utama Seremban 2, di sini hari ini kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki berkenaan ditahan pada pukul 2 petang tadi sementara kejadian dilaporkan berlaku pada 6.20 pagi, dua hari lepas di sekitar Taman Suriaman 3 di sini. Katanya dalam satu […]

Bella Bagi Tahu ‘Mommy’ Dia Dicili, Dijirus Dengan Air Panas Dan Diikat – Saksi
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella ada menceritakan kepadanya bahawa dia dicili, dijirus dengan air panas dan diikat. Pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, 39, berkata Bella memaklumkan kejadian itu […]

Rakan Cuba Selamat Tapi Gagal, Lelaki Lemas Ketika Mandi Di Air Terjun
MACHANG – Seorang lelaki ditemukan lemas ketika sedang bermandi-manda bersama dua rakannya di Air Terjun Jeram Linang, Banggol Judah, petang tadi . Memetik laporan Sinar Harian, mayat mangsa yang berusia 35 tahun dilaporkan tenggelam di kawasan air terjun berkenaan sekitar jam 3.30 petang tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superitendan (DSP) Ganti Jimmy, misi mencari […]

Solat Berjemaah: Pahang Benar Rapat Sejadah Tanpa Sentuhan Fizikal
KUANTAN, 30 Mac (Bernama) — Pahang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau secara merapatkan sejadah tanpa berlaku sentuhan fizikal, dengan kehadiran terbuka kepada semua sama ada divaksin atau belum, berkuatkuasa Jumaat ini (1 April). Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi memaklumkan, sejadah tersebut hendaklah dibawa […]

Sofia Raniya Ditemui Selamat
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang tular di media sosial kerana dipercayai hilang dari sekolah di sini petang tadi, ditemui selamat. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar ketika dihubungi Bernama, malam ini. Muhammad Idzam berkata kanak-kanak itu ditemui di Bandar Tun Razak, Cheras, […]

Hanya Kit Ujian Kendiri Yang Diluluskan MDA Dibenarkan Dijual Di Pasaran
Hanya premis-premis, farmasi dan fasiliti kesihatan yang mendapat kelulusan dari Medical Device Authority (MDA) sahaja yang dibenarkan untuk menjual kit ujian kendiri. Menurut Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Dasar, Inter-Agensi dan Hubungan Antarabangsa MDA, Norhafiza Mohd Salleh, satu dasar telah dibangunkan oleh MDA berkaitan penjualan kit ujian kendiri di pasaran bermula Julai 2021 lalu. Ketika itu, […]

Juruterbang Pelatih Cedera Ringan, Pesawat Tergelincir Dari Landasan
LANGKAWI, 30 Mac (Bernama) — Seorang juruterbang pelatih wanita cedera ringan apabila pesawat latihan yang dikendalikannya, tergelincir dari landasan ketika sedang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, malam ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.15 malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai […]

Nak Elak Ditahan Polis, 5 Sekeluarga Nekad Terjun Apartmen Tujuh Tingkat
Sebuah keluarga kaya di Perancis yang didakwa terlalu obses dengan teori konspirasi COVID-19 telah terjun seorang demi seorang dari tingkat tujuh apartmen mereka di bandar Montreux, Switzerland selepas mengelak dari ditahan polis. Memetik laporan Daily Mail, suami isteri yang berusia 40 dan 41 tahun serta kakak kembarnya dan anak perempuan pasangan itu telah ditemui mati […]

MySejahtera: Keperluan SOP Daftar Masuk Ke Premis Mungkin Dimansuhkan
PUTRAJAYA, 30 Mac (Bernama) — Keperluan menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai prosedur operasi standard (SOP) daftar masuk ke premis-premis mungkin dimansuhkan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata keputusan sama ada meneruskan atau memansuhkan SOP daftar masuk melalui MySejahtera itu, akan ditentukan berdasarkan trend jangkitan pandemik COVID-19 serta data mobiliti penduduk dan pengembara, apabila sempadan negara […]

Individu Hilang Status Lengkap Vaksin Masih Boleh Makan Di Restoran, Masuk Pejabat
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Individu yang hilang status lengkap vaksin bermula 1 April kerana tidak mendapat dos penggalak masih boleh melakukan aktiviti sama seperti mereka yang lengkap divaksinasi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Antara aktiviti itu ialah makan di restoran, memasuki pusat beli-belah, tempat kerja dan rumah ibadat. “Sehubungan itu, pemilik-pemilik premis perlu […]

Pasar Malam Lorong TAR Dipindahkan Sementara Mulai 9 April – DBKL
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Aktiviti pasar malam di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, akan dipindahkan ke Jalan TAR, susulan pembukaan Bazar Aidilfitri Kuala Lumpur 2022 yang beroperasi mulai 9 April hingga 2 Mei depan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, operasi pasar malam yang beroperasi setiap Sabtu itu […]

Kereta Kebal Rusia Dirakam Masih ‘Teguh’ Lepas Ditembak Senjata Buatan UK
Mariupol – Satu rakaman menunjukkan kereta kebal Rusia T-728 gagal dimusnahkan oleh senjata anti kereta kebal buatan United Kingdom (UK), NLAW tular di media sosial. Memetik laporan Daily Mail, peluru berpandu itu gagal untuk melumpuhkan sepenuhnya kereta kebal Rusia berkenaan selepas ianya dilihat masih meneruskan perjalanannya tanpa terkesan dengan letupan tersebut. Difahamkan, kereta kebal Rusia […]

Kilang Pau Dan Dimsum Diarah Tutup Kerana Kotor
BUTTERWORTH, 30 Mac (Bernama) — Sebuah kilang memproses pau dan dimsum di Medan Melor Selatan, di sini diarah tutup selama dua minggu berikutan keadaan premis yang kotor dan menjijikkan, termasuklah terdapat najis tikus di ruang pemprosesan makanan dan stor. Selain penemuan najis tikus, pihak berkuasa turut menemui tikus dan lipas di situ, malah pemiliknya juga […]

Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Landa Beberapa Negeri Sehingga Malam Ini
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda beberapa negeri sehingga jam 8.00 malam ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda seluruh negeri Perlis, Kuala Lumpur dan Melaka. Selain itu, daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap, Sik dan Baling di negeri Kedah akan dilanda […]