Berita

KPM Perkenal Kluster Mata Pelajaran Dalam Pengambilan Guru Secara ‘One-Off’
KUALA LUMPUR, 29 Mac – Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) dalam pengambilan guru secara ‘one-off’ bagi memastikan tiada lambakan graduan yang mengambil Ikhtisas Pendidikan. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata langkah yang diperkenalkan itu bakal memberi peluang lebih luas kepada para graduan untuk memohon berdasarkan pemetaan ijazah sarjana muda […]

Pengeluaran Khas KWSP: Hanya Tiga Golongan Ini Yang Layak
Hanya tiga golongan sahaja yang benar-benar layak dan dibenarkan untuk melakukan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Menurut infografik terkini KWSP yang dikongsikan sebentar tadi, golongan pertama adalah melibatkan ahli-ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun. Selain itu, golongan kedua pula melibatkan pemohon yang terdiri daripada kategori warganegara dan bukan warganegara termasuklah pemastautin […]

Pengeluaran Khas KWSP Dibuat Dalam Satu Bayaran Sahaja
Berikutan permohonan Pengeluaran Khas yang boleh dibuat tidak lama lagi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja. Menerusi infografik yang dimuatnaik di Facebook KWSP sebentar tadi, pembayaran Pengeluaran Khas secara ‘single payment’ akan dibuat mulai 20 April 2022. Selain itu, orang ramai perlu mengetahui beberapa perkara tentang amaun pengeluaran […]

Budak Tahun Tujuh Rebah, Meninggal Dunia Di Sekolah Akibat Jantung
Seorang budak lelaki tahun tujuh yang rebah ketika sesi persekolahan dilapor meninggal dunia secara tragis selepas menerima rawatan kecemasan di sekolah. Menurut Mirror, kanak-kanak tersebut meninggal dunia di Sekolah Tinggi Shoeburyness, UK sekitar jam 1.20 petang baru-baru ini akibat serangan jantung. Perkhidmatan kecemasan dipanggil ke sekolah sekitar jam 1 tengah hari. Jurucakap Polis Essex berkata […]

Perak Tidak Mahu Rakyat Menderita Kekurangan Bekalan Air – MB
IPOH, 29 Mac – Kerajaan Negeri Perak tidak mahu rakyat di negeri itu menderita mengalami masalah kekurangan bekalan air mentah pada masa akan datang sekiranya menyalurkan bekalan berkenaan kepada Pulau Pinang. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ini dapat dilihat berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh rakyat Pulang Pinang apabila bekalan air sentiasa tidak […]

Kotak Hitam Kedua Pesawat China Eastern Ditemui
Kotak Hitam kedua dari pesawat China Eastern Boeing 737-800 ditemukan pada Ahad dengan harapan mungkin dapat menjelaskan punca pesawat tersebut terhempas. Menurut NPR, anggota bomba yang mengambil bahagian dalan pencarian menemukan kota hitam tersebut di kawasan lereng bukit kira-kira 40 meter dari titik pesawat tersebut terhempas. “Pakar mengesahkan bahawa itu merupakan kotak hitam kedua dari […]

G7 Tolak Tuntutan Rusia Supaya Pembelian Gas Dibayar Dalam Matawang Ruble
BERLIN, 29 Mac – Kumpulan Negara G7 (G7) sepakat menolak tuntutan Moscow supaya eksport gas Rusia dibayar dalam mata wang ruble, kata Naib Canselor Jerman Robert Habeck pada Isnin. Tuntutan Rusia “hanya membabitkan sebelah pihak dan jelas melanggar kontrak sedia ada”, kata Habeck, yang juga menteri hal ehwal ekonomi dan tindakan iklim Jerman, selepas mesyuarat […]

KKM Syor Kanak-Kanak Segera Divaksin Sebelum 1 April – Dr Noor Azmi
KUALA LUMPUR, 29 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan supaya kanak-kanak yang belum mendapatkan vaksin agar berbuat demikian menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dengan kadar segera sebelum negara beralih ke Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April ini. Timbalan Menteri berkenaan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu […]

Kanak-kanak Jadi Saksi Ibu Ditikam Kejam Hingga Mati
SYDNEY: Seorang kanak-kanak tiga tahun jadi saksi ibunya ditikam dengan kejam berkali-kali hingga mati oleh bekas teman lelakinya, lapor Mirror. Menurut laporan, mangsa (ibu) ditemui mati akibat luka tikaman yang banyak di luar rumahnya di Mayfield, pinggir bandar Newcastle di New South Wales. Difahamkan, pada awalnya mangsa menghubungi pihak polis kira-kira 10:40 malam apabila menyedari rumahnya […]

Will Smith Mengaku Tindakan Pukul Chris Sesuatu Tidak Boleh Dimaafkan
Pelakon Hollywod terkenal, Will Smith mengaku tindakannya memukul pelawak Chris Rock di Anugerah Oscar adalah perkara yang tidak boleh dimaafkan. Will Smith dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, dia tidak dapat menerima tindakan pelawak itu kerana ia sangat menyentuh emosinya. “Keganasan dalam semua bentuk adalah beracun dan merosakkan. Tingkah laku saya pada malam itu tidak […]

Kadar Baharu Gaji Minimum Perlu Kajian Menyeluruh – Penganalisis
KUALA LUMPUR, 29 Mac – Masih samar selain menimbulkan banyak persoalan. Rancangan kerajaan untuk menguatkuasakan gaji minimum RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini dilihat oleh kebanyakan pihak sebagai satu keputusan tepat seiring situasi semasa ekonomi, namun ada beberapa polemik yang harus dituntaskan terlebih dahulu sekiranya mahu dasar itu mencapai matlamatnya. Dari segi majikan, mereka tertanya-tanya […]

Bapa Tergamak Rogol Anak Kandung Sendiri Hingga Sebabkan Ketagihan Seks
Seorang bapa dilaporkan tergamak perkosa anak kandungnya sendiri yang kini berusia 15 tahun di rumahnya di Pasir Puteh, Kelantan sejak setahun lalu, lapor Kosmo. Menurut laporan, suspek yang juga seorang buruh telah ditahan oleh pihak polis selepas satu laporan polis dibuat oleh isterinya. ‘Kantoi’ perbualan lucah suspek dan mangsa Difahamkan, isteri suspek telah membaca perbualan […]

Pemilik Chelsea Disyaki Diracun Lepas Hadiri Rundingan Damai Di Kyiv
Pemilik Chelsea FC, Roman Abramovich dan dua orang perunding damai Ukraine dilaporkan mengalami keracunan, beberapa minggu selepas menghadiri satu pertemuan di Kyiv. Memetik laporan Daily Mail, mereka mengalami gejala termasuk mata merah serta kulit muka dan tangan menggelupas. Selain daripada itu, Abramovich juga turut dilaporkan ‘hilang penglihatan selama beberapa jam’ dan dirawat di sebuah hospital […]

Penunggang Motosikal Nyaris Maut, Jatuh Terseret Lepas Langgar Lubang
Tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang penunggang motosikal jatuh terseret di atas jalan raya dalam kejadian pada petang tadi. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Shah Alam (KESAS). Menerusi video itu, penunggang tersebut dilihat tidak dapat mengawal motosikalnya selepas terlanggar jalan berlubang yang terdapat di situ. Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh […]

MetMalaysia Uji Siren Amaran Awal Tsunami Di Mersing, Johor Esok
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) di Menara Tanjung Mersing, Johor, pada 9.30 hingga 10.30 pagi esok. MetMalaysia menerusi ciapan di akaun rasmi Twitternya menasihatkan penduduk di kawasan sekitar menara itu agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut. Sebarang perubahan […]

Kenderaan, Khemah Peniaga Rosak Akibat Angin Kuat Di Ipoh
IPOH, 28 Mac (Bernama) — Beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini dilanda angin kuat dan hujan lebat petang tadi, sehingga menyebabkan kejadian pokok tumbang yang mengakibatkan kerosakan pada kenderaan dan khemah peniaga. Salah satu insiden terbabit, yang turut tular di media sosial, ialah di kawasan parkir restoran makanan segera di Medan Gopeng yang melibatkan […]

Netizen Kongsi Detik Fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang Yang Berlaku Siang Tadi
Fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang dilaporkan telah berlaku sekitar pukul 1.19 dan 1.20 tengah hari tadi. Untuk pengetahuan, fenomena Hari Tanpa Bayang berlaku susulan peristiwa Ekuinoks iaitu apabila matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Ia merupakan fenomena dua kali setahun yang akan menyebabkan seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu […]

Gempa Bumi Dilapor ‘Gegar’ Sabah Sebentar Tadi
Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Beluran, Sabah sekitar pukul 8.39 malam tadi, lapor MetMalaysia. Menerusi perkongsian MetMalaysia di Twitter, pusat gempa bumi itu adalah 47 km dari timur Pitas dengan kedalaman 7 km. Gegaran akibat daripada gempa itu mungkin dirasai di Beluran dan sekitarnya. “Jabatan meteorologi akan terus memantau keadaan ini,” kata MetMalaysia. […]

Will Smith Menangis, Mohon Maaf Lepas Insiden Tampar Chris Rock
Will Smith dilaporkan menitiskan air mata semasa memberikan ucapan ketika menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di majlis Anugerah Akademi (Oscar) yang Ke-94 sejurus selepas insiden menampar Chris Rock berlaku. Memetik laporan Independent, Smith telah menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya dalam filem ‘King Richard’. Pelakon itu menyampaikan ucapan yang panjang semasa menerima anugerah tersebut […]

Johor Benar Masjid, Surau Rapatkan Sejadah Solat Berjemaah Mulai Jumaat
ISKANDAR PUTERI, 28 Mac (Bernama) — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan membenarkan semua masjid dan surau di negeri ini merapatkan sejadah, ketika pelaksanaan solat berjemaah tanpa bersentuhan antara jemaah yang hadir mulai Jumaat ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata setiap jemaah, diminta membawa sejadah sendiri […]