Berita

Petronas Sangkal Laporan, Spekulasi Beli Kepentingan Dalam Sapura Energy
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada Jumaat menyangkal secara mutlak laporan dan spekulasi berhubung dakwaan “perbincangan dengan kerajaan mengenai cadangan untuk membeli kepentingan signifikan” dalam Sapura Energy Bhd (SEB). “Petronas sentiasa dan akan terus dipandu hanya oleh rangka kerja yang mantap untuk sebarang pertimbangan pelaburan atau penjualan,” menurutnya dalam kenyataan. […]

Hentakan Di Kepala Punca Kematian Kanak-kanak Lelaki 11 Tahun
KUANTAN, 25 Mac (Bernama) — Punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang menghuni di sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan asnaf di sini, berpunca daripada hentakan di kepala. Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata ia berdasarkan hasil laporan bedah siasat mangsa manakala kertas siasatan berhubung kes yang melibatkan suspek remaja berumur 16 tahun sedang […]

Mayat Dalam Gaung: Suspek Dipercayai Sorok Kematian
SEREMBAN, 25 Mac (Bernama) — Mayat wanita yang ditemukan di dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah di sini, Ahad lepas dipercayai ditinggalkan di lokasi terbabit bagi menyorokkan kematiannya. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata ia berdasarkan hasil siasatan pihaknya setakat ini susulan penahanan tiga suspek sebelum ini. “Walaupun menyorok […]

Kelantan Benar Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Fizikal Mulai 1 April
KOTA BHARU, 25 Mac (Bernama) — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat fardu, solat Jumaat dan solat tarawih dilakukan tanpa penjarakan fizikal di semua masjid dan surau di negeri itu bermula 1 April ini sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19. Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul […]
COVID-19: 24,316 Kes Baharu, 64 Lagi Kematian Direkodkan
KUALA LUMPUR – Sebanyak 24,316 kes positif harian COVID-19 direkodkan di Malaysia setakat tengah malam semalam (24 Mac 2022). Menurut data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, kes baharu yang dicatat melibatkan 24,019 kes tempatan, manakala 297 lagi adalah kes import. Jumlah tersebut menjadikan bilangan kes kumulatif COVID-19 di negara ini […]
Penyanyi Nasyid Ditahan Disyaki Terlibat Kes Berkaitan Dadah
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Seorang penyanyi nasyid ditahan kerana disyaki terlibat kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara, dekat sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan lelaki berkenaan. “Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut […]

MU Hubungi Erik Ten Hag, Bincang Tugas Pengurus
Manchester United telah bercakap dengan jurulatih Ajax yang berpotensi tinggi, Erik ten Hag mengenai jawatan pengurus mereka yang kosong. Ralf Rangnick, jurulatih Manchester United telah melakukan tugas itu secara sementara sejak Ole Gunnar Solskjaer dipecat pada November. Tekanan semakin dirasai di Old Trafford dan masih terlalu awal untuk mula bercakap tentang tugas itu, walaupun kelab […]

Renault Tutup Kilang Di Moscow, Didakwa Taja ‘Mesin Perang’ Untuk Russia
Pengeluar kereta dari Perancis, Renault mengumumkan bahawa syarikat itu akan tutup kilang mereka di Moscow, lapor CNN. Pengumuman itu dibuat sejurus Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menggesa memboikot Renault selain mendakwa syarikat itu menaja ‘mesin perang’ untuk Russia. “Renault, Auchan, Leroy Merlin dan lain-lain perlu berhenti untuk menjadi penaja jentera perang Russia,” kata presiden itu, memetik […]

Kanak-kanak Hanyut Ditemui Mati, Penduduk Sangka Patung
Bandung – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang hanyut dibawa arus deras dan dilaporkan hilang sejak 12 hari lalu ditemukan maut dalam sebuah parit, lapor Kompas.com. Ketua Polis Daerah Ciwidey, Hadi Mulyana berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan oleh penduduk sekitar ketika mereka sedang lalu di hadapan Sekolah Rendah Penundaan sekitar jam 1.45 petang waktu tempatan. […]

Dua Lelaki Warga Pakistan Ditemukan Lemas Di Sungai Klang
KUALA LUMPUR, 24 Mac – Dua lelaki warga Pakistan ditemukan lemas di Sungai Klang berhampiran sebuah sekolah menengah di Jalan Tun Sambanthan di sini, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.09 tengah hari tadi dan seramai 18 anggota dari […]

Mayat Pelatih AMD Lemas Ketika Mandi Sungai Ditemukan
ALOR SETAR, 24 Mac – Mayat pelatih Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Muhammad Saiful Ezzudin Mustafa ditemukan petang tadi selepas lebih 20 jam dilaporkan hilang sejak semalam. Ketua Zon 3 Kedah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali berkata mangsa berusia 14 tahun itu ditemukan dalam penyedut pasir […]

Polis Siasat Tular Aksi Bahaya Tiga Kanak-Kanak Dalam Kenderaan
IPOH, 24 Mac (Bernama) – Polis sedang menyiasat isu tular menerusi video menunjukkan aksi berbahaya tiga kanak-kanak dalam sebuah kereta dipercayai dirakamkan di Jalan Tambun di sini hari ini. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya mengesan video berdurasi seminit dua saat itu di laman Facebook memaparkan tiga kanak-kanak melakukan aksi berbahaya dengan […]

Korea Utara Langgar Perjanjian, Lepas ‘Missile’ Terlarang Ke Perairan Jepun
Korea Utara dilapor telah melepaskan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) terlarang ke perairan zon ekonomi eksklusif (ZEE) Jepun baru-baru ini, lapor Japan Times. Kementerian Pertahanan Jepun berkata, pelepasan peluru berpandu tersebut didakwa menetapkan ‘pentas’ pertarungan baharu bagi program senjata nuklear mereka. Menurut laporan, pelancaran ICBM itu disyaki jelas menunjukkan Korea Utara yang dipimpin Kim […]

Kira-kira 2 Juta Penerima Vaksin Sinovac Berisiko Kehilangan Status ‘Lengkap Vaksin’ Bermula 1 April
KUALA LUMPUR – Kira-kira 2 juta penerima vaksin Sinovac berisiko kehilangan status vaksinasi lengkap jika mereka tidak menerima dos penggalak menjelang 1 April. Justeru, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menggesa mereka yang masih belum mengambil dos penggalak agar berbuat demikian bagi mengelakkan mereka kehilangan status vaksin sepenuhnya. Jelasnya lagi dalam Sidang Media KKM sebentar tadi, […]

Pelitup Muka Masih Kekal Diguna Pakai Buat Masa Ini – Khairy
Kuala Lumpur – Buat masa ini mandat pelitup muka di Malaysia masih dikekalkan pengunaannya bagi memastikan Covid-19 mampu dikawal. Kenyataan itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin menerusi sidang media yang telah berlangsung sebentar tadi. “Dalam keadaan tempat atau premis yang mempunyai kehadiran orang awam yang lain, pelitup muka masih perlu dipakai, termasuk indoor premis. […]
Miliki Dadah: Pemandu Lori Gagal Rayu Sabitan, Hukuman Penjara 10 Tahun
PUTRAJAYA, 24 Mac – Seorang pemandu lori gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan memiliki dadah. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah menolak rayuan N. Raman terhadap sabitan dan hukumannya. […]

Hanya Dua Pintu Sempadan Darat Malaysia-Thailand Akan Dibuka Bermula 1 April Ini
Kerajaan memaklumkan bahawa hanya dua pintu sempadan darat Malaysia-Thailand di buka untuk pengembara yang berkuat kuasa pada 1 April 2022. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dua pintu sempadan darat tersebut adalah pintu masuk Bukit Kayu Hitam- Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan. Katanya lagi, kerajaan Thailand hanya bersedia untuk menerima pengembara dan pelancong sahaja. Manakala bagi […]

Tiada Lagi Kuarantin, Ini Senarai Protokol Khas Pengembara Lengkap Vaksin
KUALA LUMPUR – Tiada lagi kuarantin antara Malaysia dan Singapura apabila masuk ke fasa endemik yang akan berkuat kuasa pada 1 April ini. Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin menerusia sidang media yang berlangsung sebentar tadi. “Hari ini kedua-dua perdana menteri (PM) telah bersetuju membenarkan semua pengembara yang lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan […]

Pengembara Lengkap Vaksin Dibenar Rentas Sempadan Darat Malaysia-Singapura, Tak Perlu Kuarantin
KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju membenarkan pengembara yang lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat Malaysia-Singapura tanpa perlu menjalani kuarantin. Kemudahan ini adalah terpakai ke atas semua kategori pengembara dan jenis pengangkutan darat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Pejabat Perdana […]

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 1 April
KUALA LUMPUR, 24 Mac – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa tahun ini ialah pada petang Jumaat, 1 April 2022 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijriah, menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan hari ini menyebut tarikh permulaan puasa akan diisyitharkan pada malam itu melalui radio […]