Berita

Tragedi
Empat Maut Dalam Kemalangan Babitkan Dua Kereta
ALOR SETAR, 21 Mac (Bernama) — Empat maut termasuk seorang rentung dalam kemalangan melibatkan kereta jenis Nissan Almera dan Proton Wira di KM58.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Pendang, awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata identiti lelaki yang memandu kereta Nissan Almera, yang rentung dalam kejadian pada […]
Berita
Pemandu Toyota Hilux Ditahan Bantu Siasatan Buli Jalan Raya
BUKIT MERTAJAM, 21 Mac (Bernama) – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux secara berbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan di Km138.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada […]
Berita
Van Jenazah Dicuri Ditemui, Polis Kini Giat Kesan Suspek
Van jenazah yang dilaporkan telah dicuri dari sebuah masjid di Kampung Padang Lati, Sabtu lalu telah ditemui oleh anggota polis. Memetik laporan Kosmo, polis kini sedang giat mengesan suspek setelah menerima aduan mengenai kes tersebut. Pengadu yang merupakan pembantu di Masjid Al-Ghafor memaklumkan rakan setugasnya bahawa dia telah melihat van tersebut di persimpangan Alor Tampang. […]
Berita
Pencuci Pantai Terkejut, Temui Ikan Kembar Berkepala Dua
Seorang pencuci pantai telah menemui seekor ikan berkepala dua yang menyerupai bentuk hati, lapor Mirror UK. Claudinei Antonio yang telah bertugas mencuci pantai selama 25 tahun di Sao Paulo, Brazil berkata, dia tidak pernah menemui ikan seperti itu sebelum ini. “Ikan ini menarik perhatian saya kerana ia sangat berbeza, ia mempunyai dua kepala. Saya sempat […]
Berita
Beberapa Negeri Dijangka Hujan Hingga Pagi Nanti
Beberapa kawasan dan negeri di sekitar Semenanjung serta Sabah dan Sarawak bakal dilanda hujan lebat dan ribut petir hingga 6 pagi nanti. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan yang terlibat di Pahang hanyalah di Bentong. Manakala bagi Negeri Sembilan, kawasan terlibat dengan cuaca tersebut adalah di sekitar Port Dickson, Rembau dan Tampin. Sementara itu, seluruh […]
Luar Negara
Sekolah Seni Mariupol, ‘Shelter’ 400 Penduduk Ukraine Musnah Diserang Rusia
Sebuah sekolah seni di Mariupol, Ukraine yang menempatkan kira-kira 400 orang yang berlindung di sana musnah akibat terkena serangan pihak Rusia, lapor BBC. Menurut BBC, serangan tersebut mengakibatkan ramai orang terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, “Serangan Rusia ke atas bandar pelabuhan selatan Mariupol akan sentiasa diingati selama berabad-abad,” “Semakin banyak […]
Berita
Teleskop Angkasa Baru ‘James Webb’, Mampu Lihat Bintang Lebih Teliti
Sebuah agensi angkasa lepas di Amerika Syarikat (US) telah berjaya mencapai kejayaan besar dalam mencipta Teleskop Angkasa James Webb yang baharu. Menurut BBC, jurutera agensi itu berkata mereka telah berjaya menyiapkan sepenuhnya sebuah balai cerap yang bernilai RM40 billion dalam ujian bintang. “Untuk sampai ke tahap ini, cermin di teleskop James Webb perlu diselaraskan dengan pecahan […]
Berita
Selepas 24 Jam Pembedahan, Kembar Siam Pramatang Stabil
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) – Pasangan kembar siam pramatang yang berjaya dipisahkan melalui satu pembedahan di Hospital Tunku Azizah (HTA), di sini semalam berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan alat bantuan pernafasan. Pakar Perunding Pembedahan Kanak-kanak HTA Datuk Dr Zakaria Zahari berkata ini kerana kembar siam tersebut adalah kategori bayi pramatang, dan kemungkinan […]
Berita
Konvoi Kereta Mewah Berhenti Tengah ‘Highway’ Sebab Tak Puas Hati
Kejadian konvoi kereta mewah yang memberhentikan kenderaan mereka di tengah-tengah lebuh raya baru-baru ini adalah kerana tidak puas hati selepas dilanggar. Ketua Polis Daerah IPD Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, perlanggaran tersebut melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan Lamborghini. Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6:10 petang pada 18 […]
Berita
Lelaki Ditemukan Lemas Di Air Terjun Lata Macau, Kuala Kubu Bharu
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) – Aktiviti riadah empat sekawan bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas ketika mandi di Air Terjun Lata Macau, Kuala Kubu Bharu dekat sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 11 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai […]
Berita
Terima Bisikan Ghaib, Ibu Dera Anak Hingga Mati
Didakwa gara-gara terima bisikan ghaib, seorang ibu berusia 35 tahun mendera anaknya sendiri hingga mati dan cedera parah di Brebes, Indonesia. Dilaporkan oleh Tribun News, tiga mangsa yang terlibat merupakan darah dagingnya sendiri, masing-masing berumur 10, tujuh dan lima tahun. Menurut laporan, anaknya yang berusia tujuh tahun itu telah meninggal dunia, manakala dua lagi masih […]
Berita
Amaran Keras Kepada Syarikat Televisyen Yang Tidak Jaga Sensitiviti Agama, Rakyat – Annuar Musa
KOTA BHARU, 20 Mac (Bernama) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi amaran keras kepada semua pengendali syarikat televisyen, supaya tidak memaparkan sebarang adegan yang menyentuh sensitiviti agama dan rakyat di negara ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan, sekiranya terdapat stesen televisyen yang melanggar […]
Berita
Amaran Keras Kepada Syarikat Televisyen Yang Tidak Jaga Sensitiviti Agama, Rakyat – Annuar Musa
KOTA BHARU, 20 Mac (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi amaran keras kepada semua pengendali syarikat televisyen, supaya tidak memaparkan sebarang adegan yang menyentuh sensitiviti agama dan rakyat di negara ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan, sekiranya terdapat stesen televisyen yang melanggar […]
Berita
Pembayaran BKM Kepada 8.6 Juta Penerima Bermula 28 Mac Ini
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melibatkan kira-kira 8.6 juta orang penerima bakal diberikan secara berperingkat bagi fasa satu bermula 28 Mac ini. Hal itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini, memetik laporan Sinar Harian. Ismail berkata, 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 […]
Berita
150 Individu Dikompaun RM150,000 Langgar SOP PPN – Polis
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) – Seramai 150 individu dikenakan kompaun berjumlah RM150,000 kerana disyaki tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat ketika berhibur di dua premis hiburan di Jalan Raja Chulan dan Jalan Bukit Bintang, di sini tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya […]
Berita
Tak Mahu Anak Rasa Hidup Susah Sepertinya, Ibu Tergamak Tetak 3 Anak Hingga Mati
Seorang ibu tergamak menetak 3 orang anaknya di Tonjong, Brebes, Jawa Tengah pada pagi Ahad, 20 Mac 2022 hanya kerana tak mahu anak-anaknya rasa hidup susah, lapor SeputarTangsel. Menerusi satu video yang tular di media sosial, dapat dilihat bahawa ibu kepada mangsa telah ditahan polis. Video itu dimuat naik oleh pemilik akaun Mazzini @mazzini_gsp. “Suspek […]
Berita
Panahan Petir Di Litar MotoGP Indonesia Kejutkan Penonton
Ribut petir dipercayai telah melanda kawasan perlumbaan MotoGP Indonesia 2022 di Litar Jalanan Antarabangsa Pertamina Mandalika sehingga menyebabkan perlumbaan tertangguh. Menerusi video yang dimuatnaik di media sosial, panahan kilat dilihat berlaku di litar tersebut sebentar tadi sehingga mengejutkan orang ramai dan pelumba. Dalam video itu, bunyi dentuman yang kuat dapat kedengaran apabila kilat ‘menyambar’ litar […]
Berita
Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa 9 Negeri Hingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 2:45 petang (20 Mac 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri dan kawasan sehingga 6:00 petang ini. Antara kawasan yang terlibat dengan amaran ribut petir dan hujan lebat adalah negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, […]
Berita
Hanya Kerana RM1 Untuk Beli Barang Keperluan, Lelaki Nekad Tikam Isteri Hingga Mati
Dubai – Seorang lelaki Mesir nekad menikam isterinya sehingga mati hanya kerana wang berjumlah RM1, lapor Gulf News. Difahamkan bahawa, mereka berdua baru sahaja 20 hari mendirikan rumah tangga. Memetik laporan, jenayah itu terbongkar selepas pihak polis menerima laporan mengenai penemuan mayat wanita yang berlumuran darah di sebuah apartmen. Menurut siasatan polis, suami mangsa disyaki […]
Berita
Lelaki Menangis, Tak Sengaja Gilis Isteri Ketika Mengendalikan Jengkaut
Seorang lelaki dilaporkan menangis kerana tidak sengaja membunuh isterinya apabila dia melanggar dan menggilisnya dengan jengkaut di tapak pembinaan kereta api di Ratchaburi, Thailand, lapor media Thai. Memetik akhbar, lelaki yang berusia 45 tahun itu bekerja dalam satu pasukan dengan isterinya, 40 tahun, di sebuah tapak pembinaan kereta api berkembar itu. Difahamkan, lelaki tersebut bertugas […]