Berita

Lebih 15.4 Juta Populasi Dewasa Terima Dos Penggalak
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) – Sebanyak 15,425,524 individu dewasa atau 65.6 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 22,940,801 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,216,630 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. […]

Jabatan Perhilitan Rampas Burung Pelbagai Spesies
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah merampas beberapa spesies burung di dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), baru-baru ini. Menerusi satu kenyataan di Twitter rasmi Jabatan Perhilitan, sebuah premis yang terletak di sekitar daerah Labis, Johor telah diperiksa dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia pada 11 Mac lalu. ”Hasil pemeriksaan […]

Penyelidik Temui Spesies Baru Ikan Berwarna-Warni Di Maldives
Penyelidik mengesahkan bahawa ikan wrasse berwarna-warni yang ditemui di perairan Maldives, merupakan satu spesies baharu. Ikan berwarna pelangi itu dikatakan hidup di antara terumbu karang yang biasa dikenali sebagai twilight reefs. Menurut laporan Live Science, spesies baru ikan itu dinamakan rose-veiled fairy wrasse (Cirrhilabrus finifenmaa) yang menyerupai ikan wrasse pari baldu merah (Cirrhilabrus rubrisquamis). Kedua-dua spesies […]

Air Sungai Melimpah, Beberapa Kawasan Di Bentong Dinaiki Air
BENTONG – Air dari Sungai Benus dilaporkan melimpah melepasi jalan, manakala beberapa kawasan telah dinaiki air susulan hujan lebat sejak petang tadi. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, pasukan bomba telah menyelamatkan beberapa orang mangsa terjejas dan akan memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan mangsa yang memerlukan dapat dibantu. “Di kawasan Kampung Kemansur, […]

Kanak-Kanak Lelaki Lemas, Kereta Terbabas Ke Dalam Terusan Air
IPOH, 17 Mac (Bernama) – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan lemas akibat terperangkap di dalam kereta, selepas kenderaan yang dinaikinya itu terbabas ke dalam tali air di Kilometer 32 Jalan Bota Kiri-Ulu Dedap dekat Kampung Gajah. Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa Muhamad […]
Bersedia Untuk Hilang Semua Wang Dalam Kripto – Sekuriti Kesatuan Eropah
London – Pengguna berisiko kehilangan semua wang yang dilaburkan dalam aset Kripto dan boleh menjadi mangsa penipuan, kata badan pemerhatian sekuriti, perbankan dan insurans Kesatuan Eropah dalam satu kenyataan bersama pada Khamis. “Pengguna menghadapi kemungkinan yang sangat nyata untuk kehilangan semua wang mereka yang dilaburkan jika mereka membeli aset ini”, kata tiga pihak berkuasa Eropah […]

Lebih 700 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau
TAWAU, 17 Mac (Bernama) — Lebih 700 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, di sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Julius John Stephen berkata kejadian dipercayai bermula kira-kira 4.40 petang dan pihaknya menerima panggilan kecemasan lima minit selepas itu. Beliau berkata lebih 40 […]

Tawau Berduka, Rakaman Keadaan Lebih 700 Buah Rumah Hangus Terbakar
TAWAU – Rakaman insiden kebakaran melibatkan lebih 700 buah rumah atas air di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, menjadi tular di media sosial hari ini. Menerusi video yang dikongsikan oleh warganet, dapat dilihat keadaan api yang marak menjilat rumah penduduk yang terlibat disertai kepulan asap tebal yang meliputi kawasan berkenaan. Rata-rata penduduk cuba […]

KPM Umum Tatacara, Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum Secara Bersemuka
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa penambahbaikan ke atas tatacara pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0. KPM dalam kenyataan malam ini memaklumkan garis panduan tersebut dikeluarkan susulan kebenaran menjalankan aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah, melibatkan individu atau berkumpulan secara bersemuka […]
Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Landa Beberapa Negeri
Kuala Lumpur – Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda beberapa negeri dan kawasan di Malaysia sehingga 2 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa antara negeri dan kawasan yang dijangka terlibat dengan ramalan hujan lebat dan ribut petir adalah di seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur […]

Rambut Bentuk ‘Helmet’, Penjual Barang Lusuh Viral Hari Ini
GEORGE TOWN: Seorang penjual barangan lusuh, R.Rajah, 70, mampu menjelajah ke seluruh dunia antaranya Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Itali, Jerman, China, Arab Saudi berikutan rambutnya yang berbentuk topi keledar. “Saya dijemput oleh seorang pelancong asing untuk menjelajah ke seluruh dunia pada tahun 1992”, kata Rajah. Menurutnya ada dikalangan penduduk tempatan di negara berkenaan menarik rambutnya […]

Sebar Berita Palsu Vaksin, Polis Kesan Wanita Gagal Hadir Ke Mahkamah
IPOH, 17 Mac (Bernama) – Polis sedang mengesan seorang wanita yang dikenali sebagai Liyana Razali kerana gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan susulan mengeluarkan kenyataan tidak benar berkaitan vaksin COVID-19 pada September tahun lepas. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata suspek yang beralamat terakhir di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor itu gagal […]

23 Tahun Naik Kapal Persiaran, Lelaki Dah Tak Biasa Hidup Di Darat
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Mario Salcedo dari Miami, Florida mungkin mengejutkan ramai apabila mengakui telah naik atau ‘tinggal’ selama 23 tahun di atas kapal persiaran. Menurut laporan Oddity Central, Salcedo sebelumnya menghabiskan masa bekerja di beberapa syarikat kewangan. Namun disebabkan tuntutan pekerjaan yang memerlukannya mengembara ke seluruh dunia, Salcedo hanya mampu melihat orang lain […]
Nitrit Dalam Sosej: KKM Analisis 207 Sampel, Semua Patuhi Tahap Ditetapkan
PUTRAJAYA, 17 Mac (Bernama) — Kesemua 207 sampel produk hasilan daging termasuk sosej yang diambil daripada pasaran tempatan dan pintu masuk untuk dianalisis tahap kandungan nitrit, didapati mematuhi tahap yang ditetapkan, demikian menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan (KKM). Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM Mohd Salim Dulatti berkata sampel berkenaan […]

Polis Nafi Dakwaan Culik, Nota Suara Pernah Tular 2019
JOHOR BAHRU, 17 Mac (Bernama) — Polis menafikan terdapat kejadian penculikan, pembunuhan serta pengambilan organ dalaman kanak-kanak di negeri ini seperti nota suara yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook, hari ini. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata hasil semakan mendapati nota suara yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di Kahang, Kluang, […]

Kapal Kargo Karam Di Iran, Misi Menyelamat 30 Anak Kapal Dilancarkan
IRAN – Sebuah kapal kargo dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan karam di Teluk Parsi, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran pada Khamis. Memetik sumber, kapal itu yang membawa kenderaan dan 30 anak kapal dikatakan tenggelam ketika berada berdekatan bandar pelabuhan Assalouyeh. Syarikat Salem Al Makrani Cargo yang berpangkalan di Dubai turut mengesahkan bahawa salah […]

Nenek Ditumbuk 125 Kali, Parah Alami Pendarahan Otak
Seorang nenek berusia 67 tahun cedera parah akibat ditumbuk 125 kali oleh seorang lelaki dalam satu kejadian di Yonkers, New York baru-baru ini. Menurut kenyataan polis, selain parah di bahagian muka dan kepala, nenek tersebut juga turut mengalami pendarahan di dalam otaknya. “Nenek tersebut ditumbuk lebih 125 kali di sekitar bahagian kepala dan muka. “Malah […]
Calon Exco Johor Perlu Isytihar Harta, Semak Latar Belakang Dengan Polis Dan SPRM – Sultan Johor
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar calon-calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang bakal dilantik perlu membuat pengisytiharan harta. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman rasmi baginda. “DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah supaya calon-calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang bakal dilantik perlu membuat pengisytiharan […]
Tujuh Terlibat Kegiatan Curi Kabel Telekom Ditahan
ALOR SETAR, 17 Mac (Bernama) – Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri kabel milik Telekom Malaysia Bhd (TM) di sekitar Baling beberapa serbuan di daerah itu serta Pendang, pada hari Sabtu dan Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata lima lelaki ditahan dalam dua serbuan oleh pasukan daripada […]
Ketua Balai Polis Nafi Terima Rasuah
MELAKA, 17 Mac (Bernama) – Seorang ketua balai polis di sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dakwaan menerima rasuah daripada seorang pemilik pusat hiburan dua tahun lepas. Abdul Halim Alias, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas lima pertuduhan terhadapnya yang dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Tertuduh yang berpangkat Sub Inspektor […]